Tak Mudah Tenaga Pengajar Maahad Tahfiz Al Fateh Kongsi Proses Raih Syahadah Ula
“Tak Mudah,” Tenaga Pengajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Kongsi Proses Raih Syahadah Ula
Sejak beberapa hari lalu, media sosial dipenuhi dengan kejayaan pelajar-pelajar tahfiz yang menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Salah seorang darinya ialah Haryz Irfan Wan Azrizul Azad dari Maahad Tahfiz Al-Fateh yang mendapat pengiktirafan tertinggi, Syahadah Ula, selepas berjaya menamatkan hafazan dengan markah 93.28 peratus.
Bagaimanapun, kejayaan itu tidak datang bergolek, banyak proses yang perlu dilalui oleh pelajar itu untuk mencapai Syahadah Ula.
Salah seorang tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Ustaz Syed Muhammad Firdaus berkongsi perjalanan yang dilalui pelajar terbabit untuk berada di tahap yang cemerlang.
“Alhamdulillah dengan izin Allah, kejayaan pelajar kami ini sedang tular di berbagai platform media sosial. Tapi di sebalik kejayaan pelajar kami ini, sebenarnya dia melalui proses yang sangat ketat dan penuh disiplin,” katanya.
Menerusi perkongsian di TikTok, dia berkata tidak mudah untuk menyediakan mental, emosi, fizikal dan spiritual untuk menjayakan bacaan 30 juzuk dalam sehari dengan tidak lebih dari 10 kesalahan.
“Pelajar kami di Al-Fateh, setelah khatam kami akan terus masukkan ke dalam proses khusus untuk Syahadah Ula,” katanya.
Terdapat lima langkah menuju ke Syahadah Ula iaitu bermula dengan semua ujian di bawah ini:
1. Khatam dalam masa 10 hari (bacaan 3 Juz sehari)
2. Khatam dalam masa enam hari (5 Juz sehari)
3. Khatam dalam masa empat hari (7.5 Juz sehari)
4. Khatam dalam masa tiga hari – Syahadah Thalith (10 Juz sehari)
5. Khatam dalam masa dua hari – Syahadah Thani, (15 Juz sehari)
Menurutnya, kesemua proses ini mestilah dilalui dengan syarat yang sama iaitu tidak lebih dari 10 kesalahan. Jika lebih, pelajar tidak akan sampai ke peringkat seterusnya.
“Setiap proses ini ada guru yang setia mendengar dan memberikan semangat.
“Doakan kami dapat melahirkan lebih ramai lagi Al Hafiz yang cemerlang di dunia dan akhirat, InsyaAllah,” katanya.
BACA JUGA: Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran
Untuk pengetahuan, Maahad Tahfiz Al-Fateh merupakan sebuah institusi tahfiz yang menawarkan sistem hafazan yang terbukti berkesan dan menyeluruh.
Ia juga menitikberatkan pembangunan generasi pemimpin masa depan melalui pelbagai program khas yang disusun rapi bagi membina 12 ciri-ciri Susuk Tubuh Pemimpin yang telah digariskan.
Tahfiz itu turut menghidupkan pembelajaran sukan sunnah seperti berkuda, memanah dan berenang. Malah, para pelajar juga dilatih mempertahankan diri dengan pembelajaran Silat Hang Tuah.
Dalam masa yang sama, orang ramai juga boleh melakukan pembayaran zakat di tahfiz tersebut kerana ia secara rasmi telah menjadi salah satu amil zakat yang sah di bawah Lembaga Zakat Selangor.
Sumber: syedmfirdaus, Maahad Tahfiz Al-Fateh (1) (2)
The post “Tak Mudah,” Tenaga Pengajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Kongsi Proses Raih Syahadah Ula appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/25/tak-mudah-tenaga-pengajar-maahad-tahfiz-al-fateh-kongsi-proses-raih-syahadah-ula/