Affiliate Marketing Vs Network Marketing Apa Rahsia Tersembunyi Yang Perlu Anda Tahu


Saya tahu kenapa anda berada disini.
 
Anda berada disini sebab anda adalah seorang yang rajin berusaha dan gemar melakukan sesuatu yang baru. Pada ketika ini, anda sedang ikhtiar untuk tambahkan pendapatan. Betul tak?
 
Ketika orang lain memilih untuk buat kerja part time, sama ada sebagai pemandu kereta atau penghantar makanan, anda mempunyai pandangan yang berbeza.
 
Ya, anda lebih tertarik untuk buat duit online.

Dalam pencarian anda mencari mana satu kaedah terbaik untuk menjana pendapatan, anda mungkin pernah mendengar mengenai dua konsep menjalankan bisnes, iaitu affiliate marketing dan juga network marketing.
 
Kedua-dua jenis bisnes ini boleh dijalankan secara online. Apa pentingnya untuk kita pilih bisnes yang boleh dibuat secara online?
 
Ada banyak kelebihannya. Kita boleh jalankan bisnes dimana-mana sahaja, boleh buat tanpa mengira masa, dan ada potensi untuk dapat lebih banyak pelanggan.
 
Dalam posting ini, saya tidak bercadang untuk mencari mana satu yang terbaik, atau cuba untuk mempengaruhi anda untuk bersetuju dengan saya, bahawa salah satu daripada konsep bisnes ini adalah yang terbaik.
 
Sebaliknya saya sekadar ingin menunjukkan kepada anda bahawa kedua-dua konsep bisnes ini ada kelebihan dan keistimewaannya. Apabila anda benar-benar sudah faham, bagaimana setiap konsep ini berfungsi, sudah pasti ini akan memudahkan anda membuat keputusan.

 
Akhirnya, terpulang pada anda untuk buat keputusan mana satu yang paling sesuai untuk anda. Jika anda merasakan yang anda mampu untuk jalankan kedua-duanya, ia juga terpulang pada anda.
 
Kita hanya sekadar berusaha dan lakukan hanya yang terbaik, dan mudah-mudahan ada rezeki buat kita.
 
Perkongsian ini saya tulis berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri menceburi perniagaan yang dibincangkan, sama ada yang berkonsepkan affiliate mahupun networking.
 
Selain pengalaman sendiri, terdapat juga beberapa idea yang saya ketengahkan yang bersumberkan kepada pembacaan. Anda tak perlu terima semua secara bulat-bulat, namun jika anda rasakan apa yang saya kongsikan disini baik untuk anda, silalah ambil manfaatnya.
 
Tanpa membazirkan lebih banyak masa, mari kita lihat perbandingan antara affiliate marketing dengan network marketing.
 
1. Kos memulakan atau menyertai bisnes i. Affiliate marketing Kebiasaannya, tiada sebarang kos atau yuran diperlukan untuk menyertai program affiliate. Ya, penyertaan adalah percuma.
 
Namun, ada juga keadaan dimana pihak penganjur meletakkan syarat tertentu, sebelum menerima orang untuk jadi ejen. Antaranya,
i. Program affiliate hanya dibuka kepada pelanggan sahaja
ii. Pemohon perlu mempunyai laman web sendiri
iii. Laman web perlu ada jumlah trafik yang besar
iv. Pemohon perlu tunjukkan bukti bahawa dia ada kemampuan untuk dapatkan sales, seperti ada follower media sosial yang ramai, memiliki senarai emel yang besar dan sebagainya
 
Syarat seumpama ini dapat kita lihat, sekiranya kita ingin mempromosikan sesuatu program affiliate menerusi Affiliate Network. Affiliate Network ini merujuk kepada satu platform atau laman web yang membolehkan kita untuk mempromosikan banyak merchant hanya dengan mendaftar satu akaun sahaja.
 
Kelebihan menjalankan program affiliate menerusi Affiliate Network ini ialah kita tak perlu nak daftar akaun satu per satu dengan merchant yang berbeza.
 
Selain itu, hasil jualan juga akan disatukan dalam satu akaun.
 
Contoh Affiliate Network adalah seperti
i. Involve Asia

ii. Indoleads
iii. Access Trade
 
Ok tapi kenapa nak letak syarat yang macam-macam hingga menyukarkan sesetengah orang untuk jadi affiliate?
 
Saya percaya yang mereka ada sebab tersendiri. Boleh jadi sebab mereka ada imej yang perlu dijaga.
 
Bila mereka letakkan syarat yang agak ketat dan membuka ruang kepada individu yang ada kemampuan untuk buat sales sahaja, mereka bolehlah kata nanti dalam laporan atau media statement bahawa “secara purata affiliate kami mampu hasilkan pendapatan RM500 minima setiap bulan”.
 
Ini memberi gambaran bahawa setiap ejen affiliate yang berdaftar dengan affiliate network tersebut, semuanya mempunyai skil menjual yang hebat. Kesannya? Merchant lain yang sebelum ini tak pernah gunakan khidmat affiliate network akan mula berminat untuk buat joint venture dengan affiliate network tersebut.
 
ii. Network marketing Hal ini agak berbeza dengan bisnes network marketing. Lazimnya, untuk join program perlu buat pembelian terlebih dahulu. Kos boleh mencecah sekitar RM100 – RM1,000 bergantung kepada pakej yang dipilih.
 
Bila join dengan pakej yang paling mahal sepatutnya peserta akan dapat benefit yang lebih baik berbanding join pakej paling murah.
 
Selain itu, bagi memastikan keahlian masih berjalan dan layak untuk terus dapat komisen, ahli perlu maintain buat pembelian pada sekian jumlah.
 
Sebelum buat keputusan untuk join company MLM, ada baiknya anda dapatkan maklumat sepenuhnya. Adakah terdapat syarat seperti anda perlu maintain buat pembelian setiap bulan, ataupun anda wajib buat sales pada sekian jumlah tertentu pada setiap bulan.
 
Kalau ada syarat tersebut, yang dikenali dengan istilah autoship, atau maintain belian bulanan, maka anda perlu ambil kira ia sebagai kos untuk jalankan bisnes.
 
Saranan saya, jika anda nak buat bisnes MLM yang mewajibkan anda untuk maintain pembelian bulanan semata-mata untuk melayakkan anda dapat komisen atau kekal berada dalam program, maka pilihlah syarikat yang mengeluarkan produk yang memang anda akan guna secara berkala setiap bulan.
 
Produk yang memang anda akan guna setiap bulan, selalunya anda pasti akan beli, tak kiralah sama ada produk tersebut mahal atau murah, memberikan anda komisen ataupun tidak.
 
Sebagai alternatif, saya juga nak mengajak anda sertai bisnes MLM yang tak mewajibkan anda untuk buat belian secara bulanan. Bukan tak perlu beli langsung, tetap kena beli barang, tetapi beli hanya apabila ada keperluan sahaja. Ada satu syarikat yang saya tahu, iaitu syarikat dari Korea Selatan yang tak letakkan syarat wajib untuk beli setiap bulan.
 
Saya telahpun sertai syarikat tersebut, sebab tu saya tahu. Anda boleh baca disini, sebab kenapa saya pilih untuk sokong bisnes mereka.
 
2. Pilihan produk untuk dipromosikan i. Affiliate marketing Dari segi pilihan produk untuk dipromosikan, saya nampak affiliate marketing menawarkan lebih banyak pilihan.
 
Tidak kira apa niche yang anda pilih, pasti akan ada program affiliate dan produk yang sesuai untuk dipromosikan.
 
Anda minat niche atau bidang berkaitan pelancongan dan percutian?
Anda boleh promosikan produk-produk dari Agoda, booking.com, Airbnb, tiket penerbangan, tiket bas, tiket masuk ke tempat menarik dan sebagainya.

 
Anda minat nak buat duit dalam niche haiwan kesayangan?
Boleh promosikan produk-produk yang terdapat di Lazada. Ada macam-macam produk, dan saya percaya pasti ada yang sesuai untuk anda promosikan.
 
Anda cenderung kepada niche kewangan, pelaburan dan yang berkaitan dengannya?
Tak perlu gusar, sebabnya memang ada program affiliate yang sesuai untuk niche seperti ini. Anda boleh jadi ejen affiliate yang mempromosikan produk kewangan seperti kad kredit, pakej loan, pelan insurans dan takaful, pelan pelaburan serta banyak lagi.
 
Berikut adalah antara syarikat atau merchant yang berkaitan dengan bidang kewangan yang anda boleh promosikan apabila join Involve Asia.

 
Saya menjangkakan di masa akan datang akan ada banyak lagi produk kewangan yang boleh dipromosikan oleh affiliate.
 
Lagi satu, saya tak pernah lagi jumpa program affiliate yang letakkan syarat seperti “jika anda mempromosikan syarikat pesaing, keahlian anda sebagai ejen affiliate akan dibatalkan”.
 
Contohnya, kalau anda dah jadi ejen affiliate Lazada, anda tak boleh promosikan produk dari syarikat pesaing, misalnya Shopee.
 
Malahan sepanjang saya terlibat dengan affiliate marketing, saya tak pernah ambil kisah langsung, sama ada mereka bersaing atau tidak. Apa yang penting adalah pelanggan. Pelanggan wajib dapat maklumat yang lengkap dan tawaran terbaik untuk buat keputusan pembelian.
 
Namun berbeza dengan network marketing. Saya sudah beberapa kali mendapat maklumat, bahawa syarikat tak suka kalau ada ahlinya yang buat dua program atau lebih dalam satu masa. Kalau syarikat saling merupakan pesaing antara satu sama lain, orang tu hanya boleh pilih salah satu sahaja.
 
ii. Network marketing Sesetengah program network marketing hanya mempunyai satu atau dua produk sahaja. Kalau ada banyak produk sekalipun, ia mungkin diolah dari produk utama.
 
Katakanlah, produk utama sebenarnya adalah susu kambing. Kalau ada lain-lain produk yang dijual, ia mungkin susu kambing perisa coklat, susu kambing perisa kurma, kopi susu kambing, sabun susu kambing.
 
Apabila produknya limited, kita pun tak mempunyai lebih banyak pilihan untuk buat pemasaran.
 
3. Struktur komisen i. Affiliate marketing Dalam program affiliate, struktur pembayaran komisen sangat mudah difahami sebab ianya begitu straight forward.
 
Sekiranya pihak penganjur program telah menetapkan, kadar komisen kita sebagai 50% dari harga jualan produk, maka itulah yang bakal kita perolehi.
 
Sebagai contoh, harga produk ialah RM100. Bermakna setiap kali kita berjaya buat jualan, kita punya bahagian komisen adalah sebanyak RM50.
 
Sekiranya pihak merchant menjual pelbagai jenis produk menggunakan platform e-commerce, kebiasaannya kadar komisen yang ditawarkan akan jadi berbeza mengikut kategori produk.
 
Untuk memudahkan penerangan, saya tunjukkan kepada anda contoh kadar komisen yang bakal diperolehi oleh para ejen affiliate lazada.

 
Sejak kebelakangan ini, telah mula muncul beberapa program affiliate yang mula menawarkan komisen berbilang peringkat seperti mana yang biasa terlihat di dalam bisnes MLM.
 
Antara yang saya tahu dan yang dapat saya kongsikan disini adalah seperti berikut
i. Adhance
ii. Indoleads
iii. Visondata
iv. Sistem Jualan PRO
 
Walaupun program affiliate ada yang tawarkan komisen berbilang peringkat, namun matlamat kita adalah tetap sama, iaitu nak jual produk dan dapatkan sales.
 
Cuma bila ada komisen lebih dari satu level, kita ada lebih fleksibiliti dalam kegiatan pemasaran. Selain fokus buat sale, boleh juga tambah aktiviti untuk rekrut affiliate.
 
Jadi disini kita ada peluang untuk hasilkan pendapatan yang lebih besar, iaitu pendapatan daripada jualan yang kita sendiri hasilkan dan juga dari affiliate bawah kita.
 
ii. Network marketing Struktur komisen dalam bisnes MLM mungkin agak complicated kalau dibandingkan dengan affiliate program.
 
Dalam bisnes ini, mungkin tak menggunakan sistem peratus komisen, sebaliknya menggunakan konsep Point Value atau lebih kerap dipanggil sistem PV.
 
Setiap pembelian (atau jualan) yang berlaku dalam rangkaian akan menghasilkan nilai PV dalam jumlah tertentu. Setiap produk memiliki nilai PV yang tersendiri.
 
Soalan yang agak mudah seperti “bro, kalau aku beli sabun cuci pinggan ni, berapa komisen ko akan dapat?” tak dapat dijawab dengan mudah seperti mana di program affiliate.
 
Hal ini kerana kita bukan dapat komisen dalam bentuk peratusan komisen, sebaliknya kita hanya dapat kumpul PV. Kemudian untuk melayakkan PV tersebut jadi nilai duit, kita kena ambil kira juga berapa PV yang ada di kaki kiri dan juga di kanan. Jika berlaku pairing, maka dapatlah komisen.
 
Agak complicated bukan bila nak cerita tentang bab duit. At least untuk orang yang masih baru dengan konsep network marketing, mereka mungkin perlukan masa untuk betul-betul faham dengan cara pengiraan komisen.
 
4. Sistem pengesahan dan pengesanan komisen i. Affiliate marketing Menggunakan sistem cookies.
 
Bila prospek klik pada link affiliate kita, cookies akan ditanam di browser yang digunakan. Jika berlaku jualan, pihak pengendali program akan lihat maklumat yang terdapat pada cookies pembeli untuk mengetahui terdapat affiliate id milik ejen yang mana satu.
 
ii. Network marketing Menggunakan member id. Setiap kali pembelian dilakukan melalui saluran yang sah, sistem akan merekod transaksi tersebut dan upline yang berada dalam rangkaian akan dapat manfaat, dalam bentuk PV.
 
Dalam hal ini, ahli perlu ikut arahan syarikat untuk buat pembelian dari saluran yang telah diumumkan sahaja.
 
5. Adakah boleh jana pendapatan pasif Ada ke dalam kalangan pembaca yang suka dengan konsep pendapatan pasif? Kalau ada, maka bolehlah bagi perhatian yang lebih untuk topik ini.

Pada pemerhatian saya, anda boleh hasilkan pendapatan pasif, tak kira sama ada melalui program affiliate mahupun bisnes MLM. Mari saya ceritakan dengan lebih mendalam.
 
i. Affiliate marketing Macam mana nak hasilkan pendapatan pasif melalui program affiliate?
Ada beberapa pendekatan yang boleh digunakan sebenarnya.
 
Pertama, jalankan kerja pemasaran menggunakan laman web dan dapatkan trafik menerusi teknik search engine optimization (SEO).
 
Apabila laman web promosi yang anda gunakan telah berjaya masuk ke halaman pertama google bagi kata kunci yang anda sasarkan, pada waktu itu anda akan dapat jana income secara automatik… atau pasif.
 
Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang bagaimana laman search engine seperti google berfungsi dan anda juga perlu tahu teknik penulisan copywriting.
 
Cara kedua adalah dengan memberi fokus kepada program affiliate yang menawarkan komisen berbilang peringkat. Asalkan affiliate dibawah kita masih aktif buat sales, selagi itu kita akan dapat komisen secara pasif.
 
Walaubagaimanapun, saya kurang selesa dengan cara ini sebab seolah-olah kita perlu bergantung dengan orang lain untuk memperolehi pendapatan.
 
Cara ketiga adalah dengan mempromosikan produk yang memerlukan pembeli membuat bayaran secara berkala. Biasanya produk yang mempunyai unsur langganan, seperti software, laman keahlian dan sebagainya.
 
Kiranya selagi mana pembeli itu tadi masih membuat bayaran, selagi itu komisen kita akan terus berjalan.
 
ii. Network marketing Sepatutnya boleh.
 
Saya menggunakan istilah sepatutnya sebab saya sedia maklum, bukan semua yang join MLM company akan berjaya bina networking.
 
Kalau anda berjaya bina rangkaian, dan rangkaian anda berkembang secara sihat, iaitu setiap downline mampu untuk bergerak sendiri untuk kembangkan lagi rangkaian, maka anda berada dilandasan yang betul untuk memperolehi pendapatan pasif.
 
Sekiranya anda join dan gagal membina rangkaian downline maka sampai disitu sahajalah perjalanan anda dalam bisnes ini.
 
7. Target jualan minima (sales target) Saya merujuk kepada adakah wujud pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum layak untuk terima sebarang komisen.
 
Sebelum itu, saya nak tegaskan disini, bahawa kedua-dua jenis bisnes sama ada affiliate mahupun network marketing memerlukan kita untuk buat jualan.
 
No such thing as kita join, duduk diam then dapat duit.
 
Hanya apabila kita berjaya buat jualan, maka dari situ barulah kita layak untuk dapat komisen. Saya akan sentuh sedikit lagi tentang topik ini.
 
i. Affiliate marketing Anda akan dibayar apabila berjaya buat jualan.
 
Ada program affiliate yang meletakkan syarat misalnya anda hanya akan dibayar apabila komisen terkumpul mencecah jumlah tertentu.
 
Program affiliate Lazada menetapkan komisen minimum sebanyak RM90 untuk layak dapat payment.
Involve Asia pula menetapkan RM80.
 
Saya kurang pasti, kenapa perlu ada jumlah minimum seperti ini, tapi saya boleh fikirkan beberapa sebab,
Mereka ada banyak affiliate. Kalau tak diletakkan amaun minimum, ejen yang cuma berjaya dapat komisen RM1 pun kena bayar. Ini akan menyebabkan mereka perlu urus jumlah transaksi yang sangat banyak.
 
Oleh yang demikian, mereka letakkan syarat, tunggu cukup jumlah minimum, lepas tu baru buat bayaran.
 
ii. Network marketing Kebiasaannya ada syarat untuk mewajibkan ahli untuk buat pembelian pada kadar tertentu. Kalau tak cukup nilai belian, ahli tersebut akan dianggap tak layak untuk menerima bayaran pada bulan tersebut.
 
Sebagai contoh, kena maintain buat pembelian sebanyak RM100 setiap bulan.
Pada bulan tersebut pula jumlah komisen yang terkumpul dan layak diperolehi adalah sebanyak RM120.
 
Tapi disebabkan kena maintain pembelian RM100, ibaratnya seperti dia cuma dapat komisen RM20 sahaja.
 
Atau boleh juga kita lihat menerusi sisi pandang begini. Bulan tersebut dapat barang-barang syarikat bernilai RM100 secara percuma dan dapat komisen sebanyak RM20.
 
Cuma isu dengan wajib buat pembelian ini ialah akan ada individu yang memilih untuk tak beli apa-apa selagi masih belum layak terima komisen.
 
Syarat yang mewajibkan kena maintain pembelian, walaupun kita sebenarnya tak perlukan produk tersebut, membuatkan saya kurang minat untuk join syarikat sedemikian.
 
Saya pula secara peribadi lebih suka untuk join company ini sebab mereka tak letakkan syarat kena maintain belian setiap bulan.
 
8. Kaedah teknik pemasaran i. Affiliate marketing Dijalankan 100% online. As simple as that.
 
ii. Network marketing Ada yang boleh dijalankan secara online dan ada juga yang agak mustahil untuk dibuat secara online.
 
Sesetengah syarikat menggunakan kaedah bisnes preview untuk buat jualan. Bakal ahli hanya akan mengetahui mengenai produk dan bisnes hanya apabila sudah sampai di sesi preview.
 
Secara jujur, saya sarankan anda tak payah bazirkan masa dengan company seperti ini. Kalau bisnes mereka tak boleh atau hampir mustahil untuk dilakukan secara online, anda lupakan sahaja company tersebut dan cari saja peluang lain.
 
9. Kaedah menjual i. Affiliate marketing Proses menjual dalam program affiliate sangatlah mudah. Kita ni sebagai ejen affiliate sebenarnya fungsi kita adalah bawa masuk trafik sahaja.
 
Laman jualan itu yang akan main peranan untuk menjual.
 
Kadang-kadang saya tak rasa pun macam tengah buat jualan. Sebelum ini, saya pernah kongsi cerita tentang bagaimana saya selesaikan masalah kutu pada kucing yang saya bela.
 
Saya ceritakan semula pengalaman saya, langkah-langkah yang saya ambil dan jenis ubat yang saya beli. Dalam penceritaan tersebut, saya ada selitkan beberapa link affiliate yang menjual ubat kutu, serta beberapa produk yang ada kaitan dengan kucing.
 
Selang beberapa hari, saya perasan saya mula dapat banyak sale.
 
Satu lagi yang saya nak highlight disini ialah, bila kita buat affiliate marketing, kita boleh gunakan sama ada teknik soft selling ataupun hard selling. Kedua-dua teknik ini memang mujarab untuk convert kepada jualan.
 
ii. Network marketing Proses untuk mendapatkan jualan agak panjang, bila melibatkan bisnes networking.
 
Kalau kita cuma nak dapatkan pengguna, kita hanya akan dapat income dari penggunaan produk sahaja. Kalau banyak yang dibeli, maka banyaklah income.
 
Tapi bagaimana kalau dia cuma beli ubat gigi sahaja? Sudah tentulah income yang dapat dijana juga sikit sahaja.
 
Ada tak cara untuk kita dapatkan lebih banyak income dari seorang pelanggan yang kita bawa masuk ke syarikat MLM?
 
Sudah tentulah ada cara.
 
Cara yang saya maksudkan ialah kita educate pelanggan itu dengan beberapa ilmu, antaranya
a. Ilmu berkaitan produk lain yang dikeluarkan oleh syarikat
Kalau selama ini cuma beli ubat gigi, kita tunjuk pula kelebihan produk lain. Perlahan-lahan kita jadikan dia pengguna setia dan tukar semua jenama kepada jenama syarikat.
 
b. Ilmu berkaitan compensation plan.
Ini kita cerita macam mana dengan mengajak orang lain untuk jadi pengguna sama macam kita, syarikat akan bayar kita sedikit imbuhan.

 
c. Ilmu berkaitan industri network marketing
Banyak orang masih ada kefahaman yang salah mengenai industri network marketing. Mereka mungkin masih kabur dan tak mampu nak membezakan antara bisnes yang sah dengan scam.
 
Disini kita perlu main peranan untuk berikan ilmu yang betul kepada orang ramai dan mereka yang dekat dengan kita. Bisnes network marketing bukan sekadar tentang nak buat duit, nak kaya cepat atau nak hidup senang.
 
Its a real business.
 
Ada syarikat yang sah, yang menjalankan perniagaan mengikut lunas undang-undang negara dan mereka mempunyai produk yang sangat bagus yang dijual dengan harga pasaran yang sama atau lebih murah.
 
Dengan ilmu yang betul, kita mampu untuk buat keputusan betul apabila kita pilih sama ada nak menerima atau menolak.
 
Maka selepas ini, orang kita akan ada lebih banyak pilihan apabila nak menceburi dunia perniagaan.
i. Boleh turun ke tepi-tepi jalan untuk buka gerai menjual burger, air dalam balang, nasi berlauk dan sebagainya.
ii. Boleh masuk ke shopping mall besar untuk buka outlet menjual barangan serbaneka
iii. Jalankan bisnes secara dalam talian sama ada menerusi sistem ecommerce, marketplace, affiliate marketing dan sebagainya
iv. Lakukan bisnes berkonsepkan multi level marketing
 
d. Ilmu buat bisnes
Ini merangkumi ilmu pemasaran, pengiklanan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
 
Ada kalanya, produk network marketing dijual dengan pendekatan yang agak pelik.
 
Kenapa saya kata pelik? Sebab potential buyer atau prospek akan dibawa ke sesi preview (atau Business Opportunity Presentation) dan dalam sesi tersebut pihak pembentang kurang bercerita pasal produk.
 
Sebaliknya dia lebih menekankan konsep kebebasan kewangan, jadi kaya, dan sebagainya. Kalau ini yang berlaku didepan mata anda, awas!
 
Ini lebih mirip kepada sistem piramid berbanding bisnes MLM itu sendiri.
 
10. Customer support i. Affiliate marketing Ini yang paling menarik mengenai program affiliate. Peranan kita hanyalah membawa trafik atau potential buyer untuk masuk ke halaman jualan.
 
Sekiranya berlaku jualan, maka kita dapat komisen. Jika tiada jualan berlaku, kita fokus untuk bawa lebih banyak trafik.
 
Kita tak perlu susah payah nak berikan khidmat sokongan kepada pembeli. Menyediakan customer support adalah tanggungjawab merchant.

 
ii. Network marketing Pelanggan kita tu tadi juga adalah downline kita. Kita perlu beri support jika diperlukan. Kalau boleh sentiasa keep in touch sebabnya kita mahu dia buat belian ulangan.
 
Kalau dia jadi pengguna setia untuk seumur hidup, maka dia akan menyumbangkan atau menjadi sebab kita terus dapat komisen dari pihak syarikat.
 
11. Business and marketing support i. Affiliate marketing Tidak perlu berikan sebarang sokongan ataupun kongsikan ilmu buat bisnes online dan teknik-teknik pemasaran.
 
Malahan dalam banyak keadaan, pembeli tak tahupun yang dari pembelian yang dia lakukan, ada pihak yang dibayar upah selaku ejen affiliate.
 
ii. Network marketing Orang yang kita promosikan produk syarikat dan yang telah setuju nak beli, dia bukan sekadar pelanggan, tapi dia juga adalah downline kita.
 
Downline ni pula ada dua jenis. Pertama, jenis yang nak jadi pengguna sahaja. Mereka tak minat nak ambil tahu tentang compensation plan dan bagaimana cara nak buat duit.
 
Asalkan produk bagus, berkesan dan berfungsi seperti yang diiklankan, itu dah cukup.
 
Jenis yang kedua, adalah yang memang nak buat bisnes. Setelah menggunakan produk, dia dah mula yakin lepas tu barulah jadi distributor.
 
Untuk downline yang kedua ini, kita kenalah bagi sokongan, ajarkan dengan ilmu-ilmu yang diperlukan. Maklumlah, kita ni kan upline yang bagus dan bertanggungjawab.
 
Kalau dia tak nak belajar dari kita, jangan paksa. In fact kita fokus sahaja dengan kerja kita dan tak perlu susah payah nak mengajar orang yang tak ada keinginan untuk belajar.
 
12. Cara jana pendapatan tambahan i. Affiliate marketing Kita bebas untuk lakukan cross promote kepada prospek yang sama bagi tujuan menjana pendapatan tambahan, walaupun dengan berbuat demikian kita akan recommend lebih daripada seorang seller.
 
Malahan, salah satu teknik yang cukup berkesan untuk dapatkan sales adalah dengan membuat perbandingan antara seller, perbandingan produk dan juga perbandingan antara jenama.
 
Selain itu, bagi mereka yang menggunakan laman web sendiri bagi tujuan pemasaran, kita juga boleh gabungkan program affiliate bersama dengan program pengiklanan. Sebagai contoh, sambil kita promosi produk, kita juga siarkan iklan-iklan dari pihak Google Adsense.
Baca juga perbincangan ini: Google Adsense VS Affiliate Program – Mana lebih baik?
 
Kalau anda nak gabungkan promosi produk affiliate dengan menjual produk sendiri juga ok tak ada masalah.
 
ii. Network marketing Apa yang saya pernah lihat sendiri dari pengalaman lepas, untuk buat pendapatan tambahan melalui bisnes network marketing ini, ada leader yang menjual training courses dan marketing material kepada ahli yang minat.
 
Leader yang dah berjaya hasilkan income 5 – 6 angka sebulan akan buat kursus (berbayar) kepada ahli baru. Saya pun tak tahu, apakah yang diajar dalam kursus seperti ini.
 
Adakah modul pembelajaran merangkumi kaedah menulis business plan, teknik pemasaran online/offline, kemahiran penulisan online, copywriting, pengiklanan online dan sebagainya.
 
Saya sendiri tak pernah hadir ke sesi seperti itu. Kalaulah modul dan pengisian hanya semata-mata bab motivasi, ubah mindset and so on, kemudian disusuli dengan kisah masuk bakul angkat sendiri sang leader yang anjurkan kursus, saya kira ia hanya memberi sedikit sahaja impak kepada para peserta.
 
Cuma ada semangat, tapi teknik tak ada, tetap tak akan berjaya. Ibarat nak pergi berperang, jeneral hanya mampu naikkan semangat dan motivasi para pejuang semata. Walhal teknik berlawan, cara guna senjata, cara mempertahankan diri langsung tak diajar.
 
Rasa-rasa boleh ke menang peperangan tersebut?
 
Jadi kat sini, saya nak selitkan sedikit pesanan. Kalau nak belajar, belajarlah sesuatu skil yang kita boleh gunakan selama bertahun-tahun lamanya.
 
Just to name a few, antaranya
a. Content marketing
Strategi menghasilkan konten yang dapat memikat prospek untuk membaca dan jatuh hati dengan bisnes yang kita jalankan.
 
b. Video marketing
Ini juga sejenis content marketing, cuma ia dalam bentuk video. Kalau video kita tak mampu untuk buat sales, at least dengan ilmu ini kita boleh manfaatkan untuk jadi Youtuber.
 
If tak begitu berjaya sebagai network marketer, masih boleh jadi youtuber.
 
c. Paid advertising
Sama ada Google Adwords atau Facebook Advertising (FBAds). Boleh cover topik mengenai jenis-jenis iklan dan iklan dalam format yang bagaimana yang sesuai untuk tujuan apa.
 
Zaman sekarang ini tak perlu la buang duit nak print fliers, banner dan sebagainya. Kita susah nak track sejauh mana keberkesanan iklan kita.
 
Berbanding dengan online advertising, kita akan dapat laporan penuh, merangkumi data-data seperti berapa ramai yang tengok (views) iklan, berapa yang klik pada link.
 
Kesemua data ini sangat berguna untuk bantu kita buat keputusan seterusnya, sama ada nak teruskan iklan atau hentikan.
 
Boleh dah ucapkan selamat tinggal kepada kerja yang memenatkan seperti berdiri tengah panas edar fliers, jalan jauh rumah ke rumah, selit pamphlet kereta ke kereta.
 
Dengan iklan melalui FB, semua yang ada akaun boleh nampak iklan kita. Kalau nak target iklan di kawasan kejiranan kita sahaja pun tak ada masalah.
 
d. Copywriting
Ini pula teknik menggunakan perkataan yang tepat dan power untuk memujuk pembaca ikut cakap kita.
 
e. Teknik Search Engine Optimization
Khusus untuk yang ada laman web sendiri, dan ingin memastikan laman web miliknya berada di kedudukan yang bagus di search engine.
 
f. Story selling
Idea dibelakang konsep ini ialah, kita menulis satu cerita yang membuatkan orang suka baca. Justeru, bagaimana cara untuk kita bercerita sambil selitkan idea untuk mengajak pembaca membeli sesuatu.
 
13. Siapa bos? Biasa tak dengar istilah seperti “be your own boss”? Kerap kali berlaku, untuk menggalakkan orang ramai menceburi bidang perniagaan, lifestyle seorang boss dijadikan sebagai modal.
 
Mari kita lihat dari sudut pandang tersebut. Dalam bisnes ini, adakah kita bos atau sebenarnya kita hanya kuli-kuli sahaja.
 
i. Affiliate marketing Pada asasnya, kita hanyalah berperanan sebagai seorang ejen yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja pemasaran.
 
Tapi ia boleh jadi satu bisnes, apabila kita sertai lebih dari satu program dan kita faham kaedah untuk hasilkan pendapatan yang lebih besar.
 
Cuba buat begini.
 
Anda bina satu pasukan, dan bekerjasama untuk jalankan kerja pemasaran. Hasilnya pasti akan dapat lebih besar, dan selepas itu pandai-pandailah anda agihkan hasil mengikut kadar yang telah dipersetujui.
 
Ataupun, anda boleh ambil pekerja freelance, (atau kalau nak ambil pekerja sepenuh masa pun boleh) untuk bantu anda buat kerja pemasaran.
 
Saya sendiri pernah bekerja secara freelance untuk bantu ejen affiliate lain untuk buat duit dengan affiliate. Ejen tersebut upah saya untuk hasilkan artikel pemasaran dan buatkan kerja-kerja SEO untuk dia.
 
Artikel tersebut juga masih lagi saya siarkan sampai ke hari ini. In Shaa Allah, selagi mana artikel tersebut masih wujud, selagi itu ejen tersebut masih ada peluang untuk jana pendapatan.
 
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, bila anda join program affiliate, anda bebas untuk buat kerja pemasaran selagi mana tidak melanggar terma dan syarat. Malahan, kalau anda nak upah orang lain untuk jadi pekerja juga boleh, tak ada masalah.
 
Sekarang anda sudah ada pekerja, so layaklah anda dipanggil sebagai bos, setuju?
 
ii. Network marketing Bila kita join, kita akan jadi downline kepada seseorang. Biasanya kita akan jadi downline orang yang ajak kita join tu.
 
Kemudian, bila kita dah mula berjaya rekrut downline, waktu tu kita pula yang jadi upline. Persoalannya, bolehkah kita anggap diri kita sebagai boss, sebab dah berjaya dapat downline?
 
Kena ingat. Downline kita tu join mungkin sebab dia dah terbeli dengan idea nak jadi boss dalam bisnes ini. Tiba-tiba anda nak arah-arah dia buat itu ini. Boleh ke seorang boss arah-arah orang yang turut bercita-cita untuk jadi boss jugak?
 
Macam tak berapa kena. Silap-silap nanti merajuk pula downline kita tu, dan terus tak nak buat bisnes ni. Anda mungkin ada pendapat sendiri, namun bagi saya, amatlah tak sesuai untuk kita lihat hubungan upline – downline seperti boss – pekerja. Lebih sesuai kita anggap ia seperti hubungan partner – partner. Iaitu hubungan yang sama taraf.
 
Bila anda dah lama dalam bisnes ini, dan mula menempah kejayaan, anda akan sedar, company tersebut tetap bukan milik anda.
 
Baiklah, saya kira cukup dulu perkongsian saya pada kali ini. Saya telah cuba memberikan pandangan yang tidak bias kepada mana-mana pihak.
 
Tak kira mana satu yang anda pilih, saya doakan semoga anda berjaya! Saya harap anda juga sudi doakan kejayaan saya dalam affiliate marketing dan juga dalam bisnes MLM yang saya sertai ya.
 
Jika anda ada pendapat lain untuk dikongsikan, boleh share dibahagian komen. Jika ada salah dan silap harap anda dapat kongsikan input untuk saya perbetulkan.
 
 
The post Affiliate Marketing vs Network Marketing – Apa RAHSIA tersembunyi yang perlu anda tahu? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/affiliate-marketing-vs-network-marketing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Terkini Jana 4 Hingga 5 Angka Dengan Video Rahsia Income Affiliate Power

Cara Terkini Jana 4 Hingga 5 Angka Dengan Video Rahsia Income Affiliate Power

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 559 hits
Rahsia Bagaimana Sifu Sifu Di Malaysia Jana 4 Hingga 5 Angka Dengan Affiliate Kini Didedahkan Anda Tidak Tahu Jana Komisen Affiliate Yang Lumayan Seperti Mereka Saya pasti anda tertanya tanya bagaimana nak jana komisen yang masyuk dengan af...
Cikgu Kongsi Rahsia Resepi Kerutuk Kelantan Sama Rasa Dengan Kerutuk Atas Pasar Siti

Cikgu Kongsi Rahsia Resepi Kerutuk Kelantan Sama Rasa Dengan Kerutuk Atas Pasar Siti

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 408 hits
Cikgu Kongsi Rahsia Resepi Kerutuk Kelantan Sama Rasa Dengan Kerutuk Atas Pasar SitiJangan tidak bagi peminat masakan kerutuk kena cuba juga ye Dulu cikgu nak tahu sangat rahsia nak masak gulai kerutuk tersedap Orang Kelantan memang tersoho...
Rais Dedah Rahsia 28 Februari Mahathir

Rais Dedah Rahsia 28 Februari Mahathir

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 312 hits
FAZLI RADZI Tun Dr Mahathir Mohamad pernah bersetuju dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum kemudiannya hendakkan semula jawatan itu Dakwaan Senator Tan Sri Dr Rais Yatim yang juga Ahli Majlis Pimpinan Te...
Ini Formula Rahsia Bisnes Online Tanpa Ilmu Anda Tidak Akan Berjaya

Ini Formula Rahsia Bisnes Online Tanpa Ilmu Anda Tidak Akan Berjaya

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 699 hits
Ramai orang mengimpikan untuk menjadi usahawan berjaya dalam bisnes online tanpa perlu bersusah payah merungut bulan tapi tak cukup kerana menjual barangan di internet kepada pasaran yang sangat besar di seluruh dunia lebih mendatangkan keu...
Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 14 Kilogram Lepas Bercerai Gu Hyesun Kongsi Rahsia Diet

Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 14 Kilogram Lepas Bercerai Gu Hyesun Kongsi Rahsia Diet

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 440 hits
Selepas sah sahaja bercerai dengan Ahn Jae hyun Gu Hye sun nampaknya lebih senang menghabiskan masa untuk dirinya sendiri Bahkan wanita itu telah belajar kursus di sebuah universiti di luar negara selama beberapa bulan selain turut berjaya ...
Hair Stylist Kylie Jenner Kongsi Rahsia Pakai Rambut Palsu

Hair Stylist Kylie Jenner Kongsi Rahsia Pakai Rambut Palsu

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 235 hits
Daripada seorang abang yang hanya mendandan rambut adik perempuannya sehingga menjadi professional hair stylist Tokyo Stylez kini pakar rambut palsu Hair stylist kegemaran selebriti seperti Kylie Jenner Cardi B Kim Kardashian dan lain lain ...
Status Hubungan Syamel Ernie Terbongkar Selepas Sekian Lama Simpan Rahsia

Status Hubungan Syamel Ernie Terbongkar Selepas Sekian Lama Simpan Rahsia

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 827 hits
Penyanyi duet popular Ernie Zakri dan Syamel telahpun bertunang petang semalam Sebelum ni memang selalu sangat mereka ni digossipkan sedang bercinta pun dan semuanya telah terjawab Lama betul mereka berdua ni simpan rahsia Majlis pertunanga...
Dia Jadi Mudah Makan Bapa Kongsi Rahsia Buat Anak Jadi Suka Nak Makan

Dia Jadi Mudah Makan Bapa Kongsi Rahsia Buat Anak Jadi Suka Nak Makan

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 448 hits
Bila bercakap tentang pemakanan ramai ibu ibu yang mengadu anak saya tak suka makan bila makan sikit je atau anak saya langsung tak nak makan cuma nak susu Fasa ni tentu akan dilalui oleh setiap ibu Baca Kadang kadang ibu pun buntu sebab da...
Rahsia Tabung Haji Terbongkar Jam 8 30 Malam Ini

Rahsia Tabung Haji Terbongkar Jam 8 30 Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 364 hits
Sinar Harian bakal mempertemukan Ahli Parlimen Parit Buntar vs Ahli Parlimen Baling bagi menjawab polemik pengurusan Lembaga Tabung Haji menerusi program BERANI SEMUKA Saksikan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian The post...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco