Aff Suzuki 2018 Mat Yo Selamatkan Maruah Malaysia


Sumbat dua gol ketika bantu skuad Harimau Malaya kalahkan Laos 3-1 di Bukit Jalil malam tadi
MAT YO  (dua dari kiri) menjaringkan dua gol ketika membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 pada aksi Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.
PENYERANG negara, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo menjadi penyelamat Malaysia apabila berjaya menyumbat dua gol pada lewat permainan bagi mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Laos bagi aksi kedua Kumpulan A Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Meskipun beraksi tanpa khidmat pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh selepas mengalami kecederaan semasa menjalani latihan bersama pasukan kelmarin, namun ia tetap tidak menjadi masalah buat Harimau Malaya yang berada di ranking ke-169 dunia untuk menundukkan pasukan lawan yang berada di kedudukan 181.

Pada aksi tersebut, skuad negara terlebih dulu dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat menerusi sepakan percuma yang disempurnakan Phithack Kongmathilath pada minit ke-6 selepas pemain pertahanan negara dipersalahkan apabila mengasari Souk Aphone Vongchiengkham.

Namun, skuad negara bimbingan Tan Cheng Hoe tidak menunggu lama untuk kembali menyamakan kedudukan apabila Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak bijak menyempurnakan hantaran Muhammad Syahmi Safari untuk menewaskan penjaga gol lawan, Saymanolinh Praseuth pada minit ke-15.

Kemasukan Muhammad Akhyar Abdul Rashid, Shahrel Fikri Md. Fauzi dan Ahmad Hazwan Bakri pada babak kedua ternyata memberikan kelebihan buat skuad negara apabila corak permainan skuad negara berubah menerusi asakan bertali arus ke kubu pertahanan lawan.

Namun, tuah Harimau Malaya hadir pada lewat permainan hasil sentuhan Mat Yo apabila penyerang berusia 32 tahun itu berjaya melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menerusi dua gol masing-masing pada minit ke-85 dan ke-90 perlawanan.

Jaringan tersebut merupakan gol ketiga peribadi pemain kelahiran Terengganu itu apabila sebelum ini turut menyumbang satu gol ketika Malaysia menumpaskan Kemboja 1-0 pada aksi pembukaan minggu lalu di Phnom Penh.

Skuad negara selepas ini bakal berdepan ujian sebenar apabila dijadualkan bertemu skuad pilihan, Vietnam di Hanoi pada Jumaat sebelum menutup kempen Kumpulan A menentang Myanmar di laman sendiri 24 November ini.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2018/11/aff-suzuki-2018-mat-yo-selamatkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Aff Suzuki Cup 2018 Malaysia Laos

Keputusan Aff Suzuki Cup 2018 Malaysia Laos

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 581 hits
Perlawanan kedua Kumpulan A bagi Kejohanan Bola Sepak ASEAN antara Malaysia dan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil 12 November 2018 Keputusan masa penuhMalaysia 3 1 Laosminit 7 P Kongmathilath minit 15 Mohd Zaquan Adha minit 86 Norshahrul...
Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tumpaskan Kemboja Dalam Perlawanan Pertama

Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tumpaskan Kemboja Dalam Perlawanan Pertama

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 767 hits
Skuad Malaysia memulakan aksi dengan kemenangan dalam Kejohanan Piala AFF 2018 selepas mencatatkan kemenangan ke atas Cambodia Jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 30 memisahkan antara pasukan negara dan pasukan Cambodia dalam per...
23 Pemain Skuad Harimau Malaya Piala Aff Suzuki 2018

23 Pemain Skuad Harimau Malaya Piala Aff Suzuki 2018

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 853 hits
23 Pemain Skuad Harimau Malaya Piala AFF Suzuki 2018 menarik apabila 23 Pemain Skuad Harimau Malaya Piala AFF Suzuki 2018 sudah pun diumumkan Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan iaitu Tan Cheng Hoe telah mengatakan inilah pemain terbaik y...
Men S Biore Sebagai Penaja Utama Piala Aff Suzuki 2018

Men S Biore Sebagai Penaja Utama Piala Aff Suzuki 2018

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 1076 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Men s Bior jenama Skrub Muka Lelaki No 1 di Malaysia menjadi penaja utama Piala AFF Suzuki 2018 sebagai tanda sokongan terhadap acara dwitahunan Ke...
Piala Aff Suzuki 2018 Jadual Keputusan

Piala Aff Suzuki 2018 Jadual Keputusan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 1054 hits
Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bakal bersaing dalam kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam Myanmar Kemboja dan Laos manaka...
Kejohanan Aff 2018 Malaysia Tempah Kemenangan Sukar

Kejohanan Aff 2018 Malaysia Tempah Kemenangan Sukar

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 357 hits
Perlawanan kedua bagi skuad Malaysia menentang Laos di tempat sendiri memberikan 3 mata penuh buat anak buah Tan Cheng Hoe Meskipun beraksi di gelanggang sendiri namun skuad Malaysia menghadapi kesukaran untuk menumpaskan pasukan Laos Pasuk...
Malaysia Fair Tokyo 2018 Dapat Sambutan Apa Yang Menarik

Malaysia Fair Tokyo 2018 Dapat Sambutan Apa Yang Menarik

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 469 hits
TOKYO Program Malaysia Fair Tokyo 2018 yang berlangsung selama tiga hari di Shinjuku Chuo Park dekat sini mendapat sambutan hebat masyarakat Jepun Lebih 30 000 pengunjung menyertai program julung kali diadakan itu yang turut menghimpunkan r...
84 Jumlah Pendapatan Ahli Parlimen Anggota Pentadbiran Malaysia 2018

84 Jumlah Pendapatan Ahli Parlimen Anggota Pentadbiran Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 430 hits
Sebelum ini melaporkan semua Menteri Kabinet anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen kerajaan wajib mengisytiharkan harta dalam tempoh 3 bulan selepas mengangkat sumpah Keputusan itu dibuat melalui persetujuan Jawatankuasa Khas Kabin...
Ajl 33 Year 2018 Malaysia Top 30 Songs

Ajl 33 Year 2018 Malaysia Top 30 Songs

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 432 hits
Well Malaysia s top 30 songs has been selected The whole year of ups and downs every weeks in Muzik muzik 33 music chart has produced this list of 30 best songs for the year of 2018 in Malaysian mainstream music scene These songs will enter...
Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inna Lillahi Wainna Ilaihi Rajiuun

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja