Malaysia Fair Tokyo 2018 Dapat Sambutan Apa Yang Menarik




TOKYO: Program Malaysia Fair Tokyo 2018 yang berlangsung selama tiga hari di Shinjuku Chuo Park, dekat sini, mendapat sambutan hebat masyarakat Jepun.Lebih 30,000 pengunjung menyertai program julung kali diadakan itu yang turut menghimpunkan ramai rakyat Malaysia di negara ini.
Apa yang menarik, mereka sanggup beratur panjang lebih sejam termasuk dalam hujan semata-mata untuk menikmati kepelbagaian menu makanan Malaysia yang disajikan. PENGUNJUNG beratur panjang untuk membeli makanan di Malaysia Fair Tokyo 2018.Antara menu makanan yang dijual dari harga serendah ¥500 (RM18) ialah nasi lemak, laksa Sarawak, mee kari, bihun sup, pisang goreng, pulut kuning, rendang, roti canai, satay dan satar.Kebanyakan makanan habis dalam tempoh singkat sehingga memaksa segelintir peniaga, terdiri rakyat Malaysia menambah hidangan dari masa ke semasa bagi mengelak pengunjung kehampaan. KUIH-MUIH seperti Puteri Ayu, bahulu, karipap, seri muka dan bingka turut laris dan menjadi pilihan warga Jepun pada program Malaysia Fair Tokyo 2018. PISANG goreng turut laris pada program Malaysia Fair Tokyo 2018.Selain makanan enak, pengunjung juga tertarik melihat persembahan bintang rock tanah air, Amy Search, dan menunggu sehingga lewat petang untuk menyaksikan acara kemuncak Malaysia Fair itu.Program itu anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersama beberapa agensi kerajaan termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia dan Tourism Malaysia.Penasihat Pertanian di Jepun, Mohd Taqiuddin Zakaria, berkata selain kepelbagaian menu, Malaysia Fair Tokyo 2018 turut memaparkan keunikan kebudayaan dan kesenian pelbagai kaum di Malaysia.Beliau berkata program turut menonjolkan elemen perdagangan dan pelaburan dalam sektor agromakanan, pelancongan dan pendidikan."Malaysia Fair Tokyo 2018 adalah kemuncak kepada program promosi yang diadakan sepanjang tahun ini di Jepun."Selain daripada memperkenal dan mempromosi Malaysia secara keseluruhannya, program ini juga membuka peluang kepada usahawan Malaysia mempromosikan produk makanan keluaran tempatan, kebudayaan dan produk pelancongan kepada masyarakat di sini."Tambahan pula, permintaan kepada produk halal Malaysia semakin meningkat di Jepun terutamanya menjelang Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020," katanya.Majlis pelancaran Malaysia Fair Tokyo 2018 disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris. DATUK Ahmad Izlan (bersongkok) memotong riben pada majlis pelancaran Malaysia Fair Tokyo 2018 di sini semalam.Sebanyak 35 agensi kerajaan, syarikat swasta, persatuan pelajar dan individu menyertai program itu termasuk Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Kesatuan Pelajar Malaysia di Jepun, Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri, Janji Beger, Malay Asian Cuisine, Brahim's Food Japan, Ayam Brand, Petronas dan Tanamera Spa Kemaman. PENYANYI Amy Search turut mempromosi produk air kopi berperisa nanasnya, Phewiiit. BINTANG rock tanah air, Amy Search turut membuat persembahan menghiburkan penonton pada program Malaysia Fair Tokyo 2018.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa yang menarik faedahnya? Dari sudut bisnes, pengembangan budaya, agama atau lain-lainnya berbanding kos modal?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/malaysia-fair-tokyo-2018-dapat-sambutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia 2018

Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 388 hits
KUALA LUMPUR 26 OKTOBER 2018 telah berjaya meningkatkan pemahaman dan kemahiran para peserta dalam penyelesaian masalah global dan isu semasa dengan menggunakan teknologi nano Pertandingan ONM2018 merupakan program anjuran Pusat Nanoteknolo...
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 27 Oktober 2018

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 27 Oktober 2018

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 526 hits
Stadium Shah Alam 9 00 malam 27 10 2018Berikut adalah keputusan semasa Piala Malaysia peringkat akhir antara Terengganu FC menentang Perak FA penentuan penalti Terengganu FC 3 3 PerakTFC X X OPFA O O O OPasukan bola sepak Perak memenangi pe...
Telco Malaysia 2018 Yang Mana Satu Pilihan Dihati

Telco Malaysia 2018 Yang Mana Satu Pilihan Dihati

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 602 hits
Statistik OpenSignal pada bulan april 2018 mengatakan talian Maxis mendahului dari yang lain bermaksud ia adalah yang terbaik Jadi apa pula pendapat dari pengguna telefon pada hari ini Sedikit ulasan dari kami berkaitan isu isu yang terjadi...
Perusahaan Pembiayaan Ini Punya Paket Kredit Motor Menarik Selama Imos 2018

Perusahaan Pembiayaan Ini Punya Paket Kredit Motor Menarik Selama Imos 2018

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 390 hits
Pameran sepeda motor terbesar di Indonesia Indonesia Motorcycle Show 2018 bertaburan tawaran kredit menarik Salah satunya datang dari PT Federal International Finance atau FIFGROUP melalul brand FIFASTRA Apa saja penawarannya
Malaysia Tempat Ketiga Trofi Juara Juara Asia 2018

Malaysia Tempat Ketiga Trofi Juara Juara Asia 2018

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 457 hits
KETANGKASAN Muhammad Hairi Abdul Rahman membolehkan Malaysian Tigers mengakhiri kempen Trofi Juara Juara Asia 2018 Muscat Oman dikedudukan tiga terbak selepas menewaskan Jepun 3 2 menerusi penentuan shoot out selepas terikat 2 2 Penjaga gol...
8 Perkara Menarik Pada Apple Ipad Pro 2018

8 Perkara Menarik Pada Apple Ipad Pro 2018

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 306 hits
Seperti diramalkan iPad Pro baharu dilancarkan dengan perubahan paling drastik sejak iPad dilancarkan lapan tahun yang lalu Jadi apakah perubahan paling menarik yang dilakukan oleh Apple pada tablet ini Berikut ialah senarai perkara perkara...
421 706 Calon Akan Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2018

421 706 Calon Akan Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 447 hits
421 706 Calon akan Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia 2018 ini merupakan statistik yang dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan medianya pada 05 November baru baru ini Peperiksaan Sijil Peperiksaan Mala...
Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru

Intipati Menarik Bajet 2019 Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 641 hits
Berikut adalah antara intipati penting dan menarik Belanjawan 2019 yang telah dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada jam 4 00 petang Jumaat 02 November 2018 Ringkasan Kandungan Intipati Penting Bajet 2019 Malaysia Baru Hutang dan...
84 Jumlah Pendapatan Ahli Parlimen Anggota Pentadbiran Malaysia 2018

84 Jumlah Pendapatan Ahli Parlimen Anggota Pentadbiran Malaysia 2018

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 456 hits
Sebelum ini melaporkan semua Menteri Kabinet anggota pentadbiran kerajaan dan Ahli Parlimen kerajaan wajib mengisytiharkan harta dalam tempoh 3 bulan selepas mengangkat sumpah Keputusan itu dibuat melalui persetujuan Jawatankuasa Khas Kabin...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Resepi Pulut Kuning

Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial