Adun Baru Chini Ikrar Tiada Penduduk Setempat Diabai Kerajaan


BernamaMohd Sharim Md Zain (tengah) sedia belajar dan berhasrat menjadikan Menteri
Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) dan Ahli Parlimen Pekan, Najib
Razak sebagai mentornya. (Gambar Bernama)PEKAN: Mohd Sharim Md Zain yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, mahu memastikan tiada masyarakat di kawasan itu tersisih daripada perhatian kerajaan.
Menyifatkan masa untuk bekerja sudah bermula sebaik saja diisytiharkan sebagai pemenang, Sharim, 41, berkata misi utamanya ialah menyelesaikan permasalahan penduduk dan beliau akan menemui semua pemimpin masyarakat setempat.
Mengakui dirinya masih mentah dalam hal politik, Sharim, yang merupakan generasi kedua Felda Chini 3, berkata beliau sedia belajar dan berhasrat menjadikan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak sebagai mentor.
“Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik untuk BN (Barisan Nasional). Sekarang adalah masa untuk belajar dan bekerja. Saya mohon diberikan masa untuk saya menyesuaikan diri memandangkan pemilihan saya (sebagai calon) juga tidak pernah diimpikan.
“Tapi, saya berjanji akan melakukan sehabis baik dan mohon semua yang lain untuk sama-sama mendoakan saya supaya terus istiqamah dalam perjuangan,” katanya semasa ditemui Bernama di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan malam tadi.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberikan sokongan kepadanya sehingga menang besar dalam PRK itu, iaitu dengan majoriti 12,650 undi yang diakuinya melebihi jangkaan.
Katanya, jumlah itu tidak boleh dicapai jika pengundi luar tidak pulang menunaikan kewajipan mereka, menyebabkan beliau secara peribadi amat terharu dengan sokongan tersebut.
Selain pengundi, beliau turut mengakui terhutang budi dengan jerit perih jentera PRK itu yang bukan hanya melibatkan BN, tetapi juga PAS dalam kerjasama Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional.
“Mereka bertungkus-lumus dalam tempoh 2 minggu ini untuk memastikan kemenangan BN. Walaupun hanya dicabar calon bebas, kami sentiasa berpegang kepada pesanan pimpinan atasan parti supaya tidak alpa atau memandang ringan kemampuan mereka.
“Semangat muafakat semua membuahkan hasil apabila BN memperoleh kemenangan dengan majoriti yang sangat besar dan ini membuktikan tiada yang mustahil jika kami semua bekerjasama.”
Sharim mempertahankan kerusi milik BN itu selepas memperoleh 13,872 undi dengan menewaskan Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, yang mendapat 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli memperoleh 137 undi.
Kedua-dua calon bebas itu hilang wang deposit.
PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, pada 7 Mei lalu akibat serangan jantung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/adun-baru-chini-ikrar-tiada-penduduk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Arab Saudi Umum Peraturan Baru Ibadah Haji

Kerajaan Arab Saudi Umum Peraturan Baru Ibadah Haji

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 329 hits
Memandangkan tidak lama lagi akan menjelang musim haji kerajaan Arab Saudi mengumumkan peraturan baru ibadah berkenaan di mana ibadah haji akan diadakan secara terhad kerana kebimbangan berlaku kluster terbesar COVID 19 apabila ramai jemaah...
Selepas Jadi Kerajaan Baru Pas Sedar Banyak Tidak Boleh Dibuat

Selepas Jadi Kerajaan Baru Pas Sedar Banyak Tidak Boleh Dibuat

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 408 hits
MALAYSIA DATELINE Selepas menjadi kerajaan barulah Pas memahami kaedah pentadbiran negara dakwa aktivis ekoran tindakan diam pemimpin dan penyokong parti itu dalam menghadapi isu semasa sejak kebelakangan ini Aktivis Jamzuri Ardani telah me...
Pemulihan Tasik Chini Dalam Perancangan Kerajaan Pahang

Pemulihan Tasik Chini Dalam Perancangan Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 427 hits
Bernama Mesyuarat exco kerajaan negeri Pahang pada 13 Mac 2019 bersetuju mewartakan kawasan seluas 4 498 hektar di Tasik Chini sebagai Hutan Simpanan Kekal Gambar fail PEKAN Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali...
Meriam Peninggalan Kerajaan Aceh Bakal Jadi Situs Wisata Baru Di Aceh Barat

Meriam Peninggalan Kerajaan Aceh Bakal Jadi Situs Wisata Baru Di Aceh Barat

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 444 hits
Dinas Pariwisata Kebudayaan Pemuda dan Olahraga Kabupaten Aceh Barat memastikan tiga unit meriam diduga peninggalan Kerajaan Aceh Darussalam yang ditemukan di Desa Arongan Kabupaten Aceh Barat akan dijadikan situs sejarah baru
Ph Penakut Tak Berani Tanding Prk Chini

Ph Penakut Tak Berani Tanding Prk Chini

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 274 hits
PH penakut tak tanding PRK Chini kata penganalisis politik Seorang penganalisis politik menyifatkan Pakatan Harapan penakut kerana tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Chini sedangkan ia patut bertanding untuk mengaktifkan jentera...
Ppbm Sacks Ex Pekan Division No 2 For Standing In Chini By Election

Ppbm Sacks Ex Pekan Division No 2 For Standing In Chini By Election

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 442 hits
PPBM has given Tengku Zainul Hisham Hussin the boot for offering himself as an independent candidate in the Chini by election PETALING JAYA PPBM sacked former Pekan PPBM division deputy chief Tengku Zainul Hisham Hussin today after he put h...
Prk Chini Suasana Kempen Kurang Menyengat

Prk Chini Suasana Kempen Kurang Menyengat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 473 hits
PEKAN Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Chini merasakan suasana kempen Pilihan Raya Kecil kali ini tidak semeriah sebelum ini berikutan ia dilakukan dalam keadaan normal baharu Rata rata penduduk mendakwa tiada bendera parti dinaikk...
Tourism Selangor Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

Tourism Selangor Lafaz Ikrar Bebas Rasuah

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 257 hits
SHAH ALAM 11 JULAI Tourism Selangor kelmarin melafazkan ikrar bebas rasuah di Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda bagi membendung jenayah tersebut dalam kalangan warga kerjanya Pengurus Besarnya Azrul Shah Mohamad berkata sesi itu memberi ...
Penduduk Mohon Kawasan Lapang Terbangkan Wau Kapal

Penduduk Mohon Kawasan Lapang Terbangkan Wau Kapal

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 365 hits
JERAM 12 JULAI Kelayangan Cagat Tegak Kampung Bukit Kuching Tengah berharap Kerajaan Negeri menyediakan kawasan lapang untuk permainan wau kapal Naib Presidennya Mohd Nazri Abdul Samad berkata penduduk terpaksa berlatih dan bermain di padan...
Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

Umno Must Come First Says Mohamad Hasan Amid Talk Of Internal Sabotage

Upsi Bus Crash Survivors To Get Oku Card Says Noraini

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Ernie Zakri Nyanyi Dengan Peminat Netizen Terhibur Video

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Kalendar Islam 2026 Tarikh Penting Bulan Islam Jakim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


It S The Job Of The Media To Ask Tough Questions Not Just The Ones You Like Redzuan

Bukan Cikgu Saja Ibu Bapa Juga Wajib Prihatin Fasiliti Sekolah

Dari Birmingham Ke Shah Alam Pengalaman Melawat Kilang Cadbury Dairy Milk Malaysia Yang Amat Bermakna

Lirik Lagu Nanti Kita Seperti Ini Batas Senja Hannah Delisha

Petaka Gunung Gede Kisah Benar Di Sebalik Filem Seram 2025

Gerakan Solat Itu Terapi Badan