Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa Dihalau Ke Saf Belakang Ini Respon Padu Mufti Wilayah


Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa ‘Dihalau’ Ke Saf Belakang. Ini Respon Padu Mufti Wilayah. Tindakan seorang budak lelaki yang menulis surat kepada Tok Imam kerana mahu meluahkan rasa kecewa apabila disuruh ke saf belakang menjadi viral di media sosial.
BACA: Amalkan Solat Tahajud Suami Isteri, Inilah Keajaiban Yang Akan Terjadi!
Adik Ni Tulis Surat
Dalam surat tersebut, dia menyatakan rasa sedih dan kecewa kerana dihalau dari saf pertama walaupun tidak bermain-main dan bersolat dengan khusyuk.
Surat tersebut menjadi tular dan ramai netizen memuji tindakan adik ini kerana isu ini sering berlaku di banyak lagi surau serta masjid di Malaysia.
Ia juga mendapat perhatian daripada Mufti Wilayah Persekutuan dan beliau memberi respon yang cukup jelas serta terperinci terhadap isu ini.
Malah, dalam masa 1 jam saja post beliau ini mendapat lebih 5ribu perkongsian di Facebook!
Berikut adalah respon Mufti Wilayah yang dituliskan beliau di akaun Facebook.
RESPON MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEDUDUKAN SAF KANAK-KANAK DALAM MASJID / SURAU
Assalamualaikum wbt.Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin MatPakcik ada membaca surat…
Posted by Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Khamis, 5 Disember 2019
Assalamualaikum wbt.
Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat
Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini http://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1154-bayan-linnas-siri-63-masjid-kanak-kanak untuk membaca.
Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.
Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: “dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340).
Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa. Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)
Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.
Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.
2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.
3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).
Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:
1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.
2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.
3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.
4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.
Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.
Yang benar,
Dato’ Seri. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
SEMOGA LEBIH RAMAI FAHAM ISU INI
Tahniah adik! Adik patut menjadi contoh kerana rajin ke surau dan menjaga kelakuan di surau. Tak semua kanak-kanak bermain di surau kan?
Disebabkan adik juga, ramai yang lebih faham tentang isu ini. Semoga kita juga faham dan mengambil iktibar daripada penjelasan Mufti WP.
Sumber: Mufti WP
The post Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa ‘Dihalau’ Ke Saf Belakang. Ini Respon Padu Mufti Wilayah appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/adik-ni-tulis-surat-sebab-kecewa-dihalau-ke-saf-belakang-ini-respon-padu-mufti-wilayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Tulis Surat Lps Dihalau Dari Saf Pertama Dibalas Padu Dari Mufti Ibu Tampil Perjelas Hal Sebenar

Budak Tulis Surat Lps Dihalau Dari Saf Pertama Dibalas Padu Dari Mufti Ibu Tampil Perjelas Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 277 hits
Tular di laman sosial akan sepucuk surat terbuka dari seorang kanak kanak yang berasa kecewa apabila disuruh ke saf belakang hanya kerana dikatakan belum lagi berkhatan Surat itu ternyata telah mendapat perhatian dari Mufti Wilayah Persekut...
Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 65 hits
Semalam tersebar satu surat layang yang ditulis oleh seorang kanak kanak apabila di berasa kecewa apabila dihalau ke saf belakang ketika ingin melakukan solat berjemaah dengan alasan mengatakan dia belum berkhatan Kanak kanak yang dikenali ...
Jawapan Mufti Wilayah Berkenaan Surat Kanak Kanak Yang Tidak Dibenarkan Solat Di Saf Hadapan

Jawapan Mufti Wilayah Berkenaan Surat Kanak Kanak Yang Tidak Dibenarkan Solat Di Saf Hadapan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 183 hits
Baru baru ini telah viral satu surat di media sosial daripada seorang kanak kanak yang menceritakan bagaimana adik tersebut tidak dibenarkan untuk solat di bahagian saf hadapan disebuah surau Surat tersebut ditulis kepada AJK surau tersebut...
Kena Halau Solat Ke Saf Belakang Kanak2 Layang Surat Sound Pengerusi Surau

Kena Halau Solat Ke Saf Belakang Kanak2 Layang Surat Sound Pengerusi Surau

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 53 hits
Solat berjemaah di masjid merupakan satu amalan yang sangat dituntut terutamanya bagi golongan lelaki Sesiapa yang sudah akil baligh dan cukup syarat tertentu disarankan untuk memenuhi ruangan hadapan saf solat Namun begitu telah menjadi sa...
Mufti Wilayah Jawab Isu Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Masjid Surau

Mufti Wilayah Jawab Isu Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Masjid Surau

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 92 hits
Assalamualaikum wbt Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin MatPakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak kanak dalam mas...
Spotify Kini Jadi Wilayah Terbaru Dakwah Mufti Wp

Spotify Kini Jadi Wilayah Terbaru Dakwah Mufti Wp

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 39 hits
MALAYSIAKINI Aplikasi Spotify sememangnya menjadi pilihan pengguna telefon pintar untuk berhibur sambil mendengar seleksi lagu lagu lama atau terkini daripada penyanyi kegemaran masing masing Tetapi kini aplikasi itu juga boleh dimanfaatkan...
Wanita Ini Tulis Surat Terbuka Untuk Daie Farhan Kerana Jual Agama

Wanita Ini Tulis Surat Terbuka Untuk Daie Farhan Kerana Jual Agama

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 263 hits
Oleh Surat Terbuka Buat Daie F Salamun Alaikum wa Alaina salam Firstly congrats for you Encik F isteri ke 2 yang TIDAK Di REDHAI oleh isteri 1 dan SELURUH AHLI KELUARGA Sebelum tu saya rasa terpanggil untuk membuat status TERBUKA sebab apa ...
Surat Untuk Mufti Pulau Pinang

Surat Untuk Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 55 hits
Yang berada di jalan salah ialah agamawan yang menerbitkan status sektarianisme di media sosial dan laman rasmi pejabatnya
Sampai Menteri Pun Panggil Jumpa Adik Ini Selepas Surat Dia Hantar Kepada Pengerusi Masjid Tular

Sampai Menteri Pun Panggil Jumpa Adik Ini Selepas Surat Dia Hantar Kepada Pengerusi Masjid Tular

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 117 hits
Sy berbual mesra dan mengenali adik ini dengan dekat masya Allah auranya dapat saya rasa kanak kanak berusia 10 tahun dikurniakan Allah S W T keberanian dan kepetahan Demikian kata kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof ya...
Papagomo Terima Padah Di Sabah Gara Gara Koyak Gambar Shafie Afdal

15 Worthy Diy Decor Ideas For Your Home Office

Rakyat Meluat Dengan Pakatan Termasuk Anwar Ibrahim

Why Are Tv Cameras Still Huge And Expensive

Gosip Panas Bakal Nikah Kerabat Raja Emma Maembong Masih Berdiam Diri

Patung Elsa Berhantu

Runtuhkan Rak Roti Gardenia Punca Mamat Ni Kena Pukul Di Persimpangan Lampu Isyarat

Sejarah Mata Wang Dunia Dan Kelebihan Mata Wang Digital Berbanding Mata Wang Fiat



Akhirnya Ibu Dedah Punca Puteri Balqis Tutup Instagram

Resepi Seri Muka Durian Paling Sedap

Resepi Teresek Jantung Pisang Paling Padu

Bagaimana Sistem Pendidikan British Menyebarkan Mitos Melayu Malas

Biodata Wanna Ali Pelakon Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi


Dayyan Berjaya Tukar Sekolah Rendah

Berhati Hati Dengan Wabak Influenza

Kurasi Fashion Terkini Semua Original Dari Jepun

Air Mutlak Air Mustakmal Musyammas Mutanajis

Petani Hilang Sejak Tahun Baru Ternyata Dimangsa Babi

Meninggal Saat Berlayar Jenazah Pelaut Asal Sulawesi Selatan Dibuang Ke Laut