Mufti Wilayah Jawab Isu Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Masjid Surau




Assalamualaikum wbt.

Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat

Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau. Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini http://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/1154-bayan-linnas-siri-63-masjid-kanak-kanak untuk membaca.

Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.



Al-Imam al-Mawardi rahimahullah di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir: “dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (di dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340).

Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa. Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita. Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)

Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan. Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.

Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.

1. Jika seorang imam bersama dengan dua orang ataupun lebih dari makmum lelaki, ataupun di belakang imam tersebut terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada di dalam satu saf di belakang imam.

2. Sekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.

3. Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).

Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:

1. Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.

2. Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.

3. Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.

4. Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

Yang benar,

Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/mufti-wilayah-jawah-isu-kedudukan-saf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 333 hits
Semalam tersebar satu surat layang yang ditulis oleh seorang kanak kanak apabila di berasa kecewa apabila dihalau ke saf belakang ketika ingin melakukan solat berjemaah dengan alasan mengatakan dia belum berkhatan Kanak kanak yang dikenali ...
Jawapan Mufti Wilayah Berkenaan Surat Kanak Kanak Yang Tidak Dibenarkan Solat Di Saf Hadapan

Jawapan Mufti Wilayah Berkenaan Surat Kanak Kanak Yang Tidak Dibenarkan Solat Di Saf Hadapan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 648 hits
Baru baru ini telah viral satu surat di media sosial daripada seorang kanak kanak yang menceritakan bagaimana adik tersebut tidak dibenarkan untuk solat di bahagian saf hadapan disebuah surau Surat tersebut ditulis kepada AJK surau tersebut...
Harap Surau Masjid Lebih Mesra Kanak Kanak Netizen Puji Kepetahan Nadzrul

Harap Surau Masjid Lebih Mesra Kanak Kanak Netizen Puji Kepetahan Nadzrul

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 341 hits
Kita mungkin menganggap bahawa kanak kanak merupakan golongan yang masih lagi tidak matang kerana faktor umur dan fizikal mereka yang tidak sama seperti orang dewasa namun ketahuilah ada sesetengah kanak kanak yang telah matang dari segi pe...
Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa Dihalau Ke Saf Belakang Ini Respon Padu Mufti Wilayah

Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa Dihalau Ke Saf Belakang Ini Respon Padu Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 543 hits
Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa Dihalau Ke Saf Belakang Ini Respon Padu Mufti Wilayah Tindakan seorang budak lelaki yang menulis surat kepada Tok Imam kerana mahu meluahkan rasa kecewa apabila disuruh ke saf belakang menjadi viral di media...
Netizen Kecam Sikap Pengurusan Masjid Yang Reserved Saf Khas Untuk Golongan Menteri

Netizen Kecam Sikap Pengurusan Masjid Yang Reserved Saf Khas Untuk Golongan Menteri

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 266 hits
Sumber gambar dari AREAJULIDTerkejut Ohmedia baca cerita ni Ohmedia ingat restoran dengan parking kereta je boleh booked booked tak sangka masjid pun boleh Kejadian dilaporkan berlaku di Indonesia dimana sebuah masjid disana telah menyediak...
Kanak Kanak Di Masjid Antara Sunnah Dan Sikap Yang Tidak Mesra

Kanak Kanak Di Masjid Antara Sunnah Dan Sikap Yang Tidak Mesra

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 634 hits
Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin1 Islam memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang anak Islam tidak pernah melayankan kanak kanak dengan layanan yang hina seperti yang dilakukan oleh SEGELINTIR...
Soal Jawab Isu Solat Subuh Lewat 8 Minit Di Selangor

Soal Jawab Isu Solat Subuh Lewat 8 Minit Di Selangor

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 1260 hits
Subuh 28hb November lepas hari Khamis tu mujur ana solat Subuh agak lewat dari biasa sebab duk dalam bilik air terlama pula Masa tu baru terdengar di masjib berhampiran Imam masih membaca surah Al Fatihah Dalam hati terdetik juga lah eh lew...
Kena Halau Solat Ke Saf Belakang Kanak2 Layang Surat Sound Pengerusi Surau

Kena Halau Solat Ke Saf Belakang Kanak2 Layang Surat Sound Pengerusi Surau

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 333 hits
Solat berjemaah di masjid merupakan satu amalan yang sangat dituntut terutamanya bagi golongan lelaki Sesiapa yang sudah akil baligh dan cukup syarat tertentu disarankan untuk memenuhi ruangan hadapan saf solat Namun begitu telah menjadi sa...
Najib Jawab Kritikan Mufti Perlis

Najib Jawab Kritikan Mufti Perlis

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 335 hits
MUFTI PERLIS KENA SEMAK DULU KETERANGAN SAKSI SEMASA PERBICARAAN TIDAK SEMESTINYA BETUL Oleh kerana kes audit 1MDB dalam perbicaraan saya tidak boleh menjawab secara terperinci Kena tunggu pemeriksaan semula saksi oleh peguam saya Bagaimana...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja