Jawapan Mufti Wilayah Berkenaan Surat Kanak Kanak Yang Tidak Dibenarkan Solat Di Saf Hadapan


Baru-baru ini telah viral satu surat di media sosial daripada seorang kanak-kanak yang menceritakan bagaimana adik tersebut tidak dibenarkan untuk solat di bahagian saf hadapan disebuah surau. Surat tersebut ditulis kepada AJK surau tersebut dengan nama Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat.

Adik tersebut mempersoalkan kenapa ada jemaah yang tidak membenarkan adik tersebut untuk solat di saf hadapan sedangkan di sudah pun bersunat walaupun masih kecil. Adik tersebut tidak bersetuju apabila kanak-kanak tidak dibenarkan untuk solat di saf hadapan seperti jemaat lain yang lebih dewasa.
Sehubungan viral nya surat tersebut, akhirnya ia sampai ke pengetahuan SS Mufti Wilayah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Akhirnya SS Mufti Wilayah telah pun respon terhadap terhadap surat tersebut di Twitter beliau walaupun sebenarnya ianya telah dijawab di dalam Bayan Linnas Siri Ke-63: Masjid & Kanak. Ikuti jawapan Mufti Wilayah dibawah
Respond Dan Jawapan Mufti Wilayah Terhadap Surat Adik Tersebut Assalamualaikum wbt.
Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin Mat
Pakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial. Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak-kanak dalam masjid/surau.
Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.
Baca Juga : Tips Mengajar Murid Kelas Belakang
Imam al-Mawardi berkata: “telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340).
Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa.

Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya.
Beliau memperakukan hal tersebut. Ini kerana mereka (kanak-kanak) merupakan daripada jenis mereka (lelaki dewasa), tidak seperti khunsa dan wanita.
Sesungguhnya kanak-kanak hanya diletakkan di belakang daripada lelaki dewasa sebagaimana kata Al-Azraie apabila saf lelaki tidak muat untuk mereka. Jika tidak, hendaklah disempurnakan. (Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/492)
Maknanya anakanda, tak salah apa yang anakanda buat tu. Bagus duduk dengan orang-orang dewasa. Belajar cara solat dengan lebih sempurna. Tahniah pakcik ucapkan.
Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.
Keadaan Saf Mengikut Bilangan Makmum Dan Jantinanya Secara umumnya, di bawah ini adalah keadaan saf mengikut bilangan makmum dan jantinanya.
Jika imam bersama dengan dna orang / lebih dari makmum lelaki, / belakang imam terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak maka keduanya berada dalam satu saf di belakang imamSekiranya seorang imam diikuti oleh dua orang makmum lelaki dan seorang perempuan, maka kedua orang lelaki tersebut berada dalam satu saf di belakang imam manakala perempuan tersebut berada di belakang keduanya.Dalam keadaan ramainya makmum lelaki berserta perempuan dan juga kanak-kanak bersama imam maka kedudukan para makmum lelaki adalah di saf pertama atau kedua-dua saf yang paling hampir dengan imam. Kemudian kanak-kanak berada di belakang mereka. Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37)
Cadangan Daripada SS Mufi Wilayah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri Kepada pihak masjid dan ibu bapa, ini cadangan saya:
Jika kanak-kanak teramat kecil dan susah untuk di jaga serta mengganggu Jemaah, maka aulanya tidak di bawa ke masjid.Jika kanak-kanak tidak mengganggu namun dibimbangi oleh kedua ibu-bapa akan keadaannya, maka boleh diletakkan di sebelah ibu-bapanya. Saya syorkan dalam keadaan sebegini, ibu-bapa untuk bersolat di tepi dinding (hujung saf) dan diletakkan anaknya itu dihujung sekali.Jika kanak-kanak mampu berdikari, aulanya diletakkan di saf kanak-kanak. Tetapi kanak-kanak tersebut telah berada di saf pertama sejak awal, tidak perlu menghalau mereka ke belakang.Sayugia juga wujudnya penyelia yang mengawasi dan membimbing kanak-kanak di dalam saf dan solat mereka agar kanak-kanak dapat melakukan solat dengan sebaik mungkin. Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid. ahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.
sumber : twitter twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pendidikan4all.net/jawapan-mufti-wilayah-surat-viral-saf-hadapan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jawapan-mufti-wilayah-surat-viral-saf-hadapan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

Mufti Wilayah Respon Isu Kanak Kanak Dihalau Ke Saf Belakang Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 398 hits
Semalam tersebar satu surat layang yang ditulis oleh seorang kanak kanak apabila di berasa kecewa apabila dihalau ke saf belakang ketika ingin melakukan solat berjemaah dengan alasan mengatakan dia belum berkhatan Kanak kanak yang dikenali ...
Mufti Wilayah Jawab Isu Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Masjid Surau

Mufti Wilayah Jawab Isu Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Masjid Surau

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 539 hits
Assalamualaikum wbt Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin MatPakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak kanak dalam mas...
Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa Dihalau Ke Saf Belakang Ini Respon Padu Mufti Wilayah

Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa Dihalau Ke Saf Belakang Ini Respon Padu Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 579 hits
Adik Ni Tulis Surat Sebab Kecewa Dihalau Ke Saf Belakang Ini Respon Padu Mufti Wilayah Tindakan seorang budak lelaki yang menulis surat kepada Tok Imam kerana mahu meluahkan rasa kecewa apabila disuruh ke saf belakang menjadi viral di media...
Kena Halau Solat Ke Saf Belakang Kanak2 Layang Surat Sound Pengerusi Surau

Kena Halau Solat Ke Saf Belakang Kanak2 Layang Surat Sound Pengerusi Surau

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 363 hits
Solat berjemaah di masjid merupakan satu amalan yang sangat dituntut terutamanya bagi golongan lelaki Sesiapa yang sudah akil baligh dan cukup syarat tertentu disarankan untuk memenuhi ruangan hadapan saf solat Namun begitu telah menjadi sa...
Budak Tulis Surat Lps Dihalau Dari Saf Pertama Dibalas Padu Dari Mufti Ibu Tampil Perjelas Hal Sebenar

Budak Tulis Surat Lps Dihalau Dari Saf Pertama Dibalas Padu Dari Mufti Ibu Tampil Perjelas Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 1066 hits
Tular di laman sosial akan sepucuk surat terbuka dari seorang kanak kanak yang berasa kecewa apabila disuruh ke saf belakang hanya kerana dikatakan belum lagi berkhatan Surat itu ternyata telah mendapat perhatian dari Mufti Wilayah Persekut...
Surat Untuk Mufti Pulau Pinang

Surat Untuk Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 390 hits
Yang berada di jalan salah ialah agamawan yang menerbitkan status sektarianisme di media sosial dan laman rasmi pejabatnya
Sprm Beritahu Tersalah Hantar Tetapi Tidak Menafikan Kandungan Di Dalam Surat Berkenaan

Sprm Beritahu Tersalah Hantar Tetapi Tidak Menafikan Kandungan Di Dalam Surat Berkenaan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 287 hits
SPRM kata tersalah hantar surat tak sepatutnya surat itu dihantar kpd parti hingga mnyebabkan dua org dipecat dari parti Rakyat tidak ambil tahu kesilapan teknikal SPRM itu Isu silap hantar surat tu biarlah Latheefa Koya yg jawab takkan nak...
Boleh Menangis Tok Imam Dan Jemaah Bila Baca Surat Layang Kanak Kanak Ni

Boleh Menangis Tok Imam Dan Jemaah Bila Baca Surat Layang Kanak Kanak Ni

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 626 hits
Baru baru ini telah tular sekeping surat layang yang ditulis seorang kanak kanak yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan solat di saf hadapan bersama jemaah yang lain Berikut adalah gambar isi kandungan surat tersebut perkongsian Yu...
Dari Surat Terbuka Hingga Ke Temu Bual Kanak Kanak Ini Berjaya Buatkan Ramai Netizen Kagum

Dari Surat Terbuka Hingga Ke Temu Bual Kanak Kanak Ini Berjaya Buatkan Ramai Netizen Kagum

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 268 hits
Ramai di antara kita yang masih menganggap kanak kanak merupakan golongan yang masih lagi tidak matang disebabkan faktor umur dan fizikal mereka yang masih terlalu muda tidak seperti orang dewasa Tetapi perlu diketahui bahawa sesetengah kan...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation