Adakah Undian Umno Hari Ini Dapat Kukuhkan Perpaduan Parti Sebelum Pru15


freemalaysiatoday.com
Hakimie Amrie Hisamudin
-May 15, 2022 8:40 AM

Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu memilih untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga PRU15.
PETALING JAYA: Ahli Umno membuang undi penting hari ini mengenai pindaan kepada perlembagaannya yang bertujuan mengukuhkan perpaduan parti menjelang pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Kegagalan berbuat demikian boleh memecahbelahkan parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) itu.

Pindaan itu bagi membolehkan pemilihan parti 2021, yang ditangguhkan sehingga 30 Dis tahun ini, diadakan enam bulan selepas PRU15.

Pemimpin Umno tidak sefahaman tentang bila pemilihan parti patut diadakan, walaupun perhimpunan agung parti pada Mac telah memutuskan untuk mengadakannya selepas PRU.

Timbul spekulasi bahawa kem Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob lebih suka pemilihan parti diadakan terlebih dahulu untuk memberi laluan kepada Ismail menggantikan Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti.

Di sebalik perselisihan faham itu, pucuk pimpinan tetap bersatu padu apabila parti itu bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor pada November dan Mac melalui BN.

Malah mereka yang kononnya dalam kluster Jemaah Menteri dan mereka yang dilihat “rapat” dengan pemimpin Bersatu turun padang untuk memastikan kemenangan BN.

Ketua Penerangan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Wan Agyl Wan Hassan berkata, terdapat merit kepada hujah sama ada pemilihan parti diadakan sebelum atau selepas PRU15.

“Ada yang percaya kita mempunyai momentum yang baik sejak beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan PRN, sehinggalah PRN Johor. Itu mungkin benar, tetapi sama ada ia cukup untuk kita melangkah ke PRU15 masih boleh dipertikaikan.

“Mengadakan pemilihan parti sebelum PRU15 juga mempunyai hujahnya tersendiri. Ada yang percaya kita akan berpecah selepas pemilihan parti dan itu akan merugikan kita pada PRU15. Ia bukan hujah yang boleh kita abaikan begitu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun semua ahli parti memahami risikonya. Inilah sebabnya mengapa mesyuarat agung luar biasa hari ini adalah penting, kerana ia akan membolehkan perbincangan mengenai perkara itu.

Seramai 2,666 perwakilan dijangka menghadiri perhimpunan hari ini dan mengundi pindaan kepada perlembagaan parti, menurut Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.

Jika pindaan itu tidak dilaksanakan, Umno perlu mengadakan pemilihan pada penghujung tahun ini. Kali terakhir pemilihan diadakan adalah pada 2018.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, yang menyokong penangguhannya berkata, mengadakan pemilihan parti sekarang boleh mencetuskan perpecahan dan menjejaskan persiapan pilihan raya parti.

Beliau tidak keseorangan; tokoh Umno yang lain termasuk Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak mempunyai pandangan yang sama.

Penganalisis politik Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara percaya ahli Umno akan mengundi menyokong penangguhan bagi mengelak risiko perpecahan parti sebelum PRU15.

Bagaimanapun, Azmi berkata, penangguhan itu akan membawa impak, terutamanya bagi pemimpin parti.

“Tidak dinafikan, pemimpin (Umno) akan dipertanggungjawabkan jika parti itu mencatatkan prestasi buruk pada PRU15. Mereka akan dituduh kemaruk kuasa.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/adakah-undian-umno-hari-ini-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 255 hits
Cukup cukuplah Tun Mahathir1 Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan 2 Pertama keti...
Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

Pindaan Perlembagaan Umno Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 229 hits
Pindaan Perlembagaan UMNO Penting Demi Kelangsungan Parti Gerak Kerja Hadapi PRU15 Pindaan perlembagaan UMNO penting untuk menyempurnakan hasrat ahli dan akar umbi parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu tetapi juga sebagai kelangsungan...
2 Hari Sebelum Syawal Photoshoot Raya Di Taiping

2 Hari Sebelum Syawal Photoshoot Raya Di Taiping

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 535 hits
2 HARI SEBELUM SYAWAL PHOTOSHOOT RAYA DI TAIPING Salah satu aktiviti last minit ni Dok terfikir kenapa macam awal sangat balik Taiping Ye lah 3 hari sebelum raya kami dah sampai Taiping kalendar sebelum ni Kami balik awal sebenarnya nak rat...
Balik Taiping 3 Hari Sebelum Raya

Balik Taiping 3 Hari Sebelum Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 529 hits
BALIK TAIPING 3 HARI SEBELUM RAYA Dah 17 Syawal masih story kisah sebelum Syawal lagi Mood raya lemau nau nak update blog huhu Okay ini kisah kami balik raya di Taiping BALIK TAIPING 3 HARI SEBELUM RAYABALIK TAIPING 3 HARI SEBELUM RAYAAwal ...
Noh Umno Pas Elak Bertembung Di Selangor Pada Pru15

Noh Umno Pas Elak Bertembung Di Selangor Pada Pru15

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 252 hits
malaysiakini comUmno dan PAS Selangor akan memastikan tiada pertembungan sesama mereka di negeri ini ketika Pilihan Raya Umum Ke 15 akan datang Pengerusi Umno Selangor Noh Omar berkata pembahagian kerusi telah dibincang secara dasar oleh ke...
Pas Cuba Hantar Mesej Tersirat Sebelum Egm Umno Shabery

Pas Cuba Hantar Mesej Tersirat Sebelum Egm Umno Shabery

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 202 hits
PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno Shabery Sempena Hari Umno semalam pemimpin PAS membuat kenyataan bertali arus berhubung kerjasama kedua dua parti itu sehingga menyebabkan ahli Majlis Tertinggi Umno Shabery Cheek tertanya tan...
5 Hari Sebelum Raya 1 Syawal

5 Hari Sebelum Raya 1 Syawal

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 364 hits
5 HARI SEBELUM RAYA 1 SYAWAL Oleh kerana Jumaat malam kami dah berangkat ke Taiping Seminggu sebelum raya tu memang penuh giler jadual mummy Dengan pi SPA p servis kereta p aligment tayar kereta pi saloon warna rambut raya hahaha dan juga p...
Umno Perlu Lupakan Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Kata Zahid

Umno Perlu Lupakan Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 459 hits
Umno perlu lupakan kerjasama dengan PAS pada PRU15 kata Zahid Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 May 2022 10
Mahathir Usah Sibuk Urusan Umno Jaga Parti Sendiri Yang Hilang Deposit Itu Terlebih Dulu

Mahathir Usah Sibuk Urusan Umno Jaga Parti Sendiri Yang Hilang Deposit Itu Terlebih Dulu

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 333 hits
Oleh Sirajuddn AhmadKeputusan UMNO berkenaan urusan ahli UMNO bersetuju dengan sebulat suara pendirian ubah perlembagan pada EGM UMNO telah mengundang keresahan Mahathir Mahathir telah memberi kenyataan bahawa ia melanggar perlembagaan Iron...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Kumpulan As Bersedia Untuk Menyambung Bantuan Gaza Apabila Gencatan Senjata Berkuat Kuasa

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Penyakit Tiroid Berulang Bagaimana Pulak Kalau Mereka Yang Hypothyroid Sebab Pembedahan

Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Living In The Past Rtm Red Faced In Hattrick Of Blunders As Pmx Hitches A Ride In The Beast To Klcc

Blackmores Kekal Sebagai Jenama Kesihatan Dipercayai Setelah Meraih Anugerah Platinum Ke 11 Pada 2025

Brazil Sokong Hasrat Malaysia Jadi Anggota Penuh Brics Lula

Kitingan Pandikar S Ma63 Remarks Show Grs Willing To Compromise

6 3 Quake Jolts Indonesia S East Nusa Tenggara No Tsunami Risk

Pomegranate