Umno Terpalit Dengan Nama Busuk Hingga Hari Ini Akibat Mengizinkan Tun Mahathir Menunggang Parti Umno Lebih 22 Tahun


 


Cukup-cukuplah Tun Mahathir


1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu.
Saya beri 3 sebab utama kenapa beliau kurang relevan.
2. Pertama, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dasar pro-Melayu/Bumiputera yang beliau lakukan kurang berjaya. Malah beliau sentiasa menyindir dan memperkecilkan orang Melayu dengan panggilan malas dan mudah lupa.
3. Beliau tidak mengutamakan dasar-dasar pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, kad siswa, Teksi 1Malaysia subsidi bantuan kepada penoreh getah, nelayan dan  lain-lain kerana ianya dianggap membazir dan memanjakan orang Melayu.



4. Kongres Maruah Melayu yang dianjur tidak lebih sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tiada tawaran konkrit kepada orang Melayu yang diberikan.
5. Jika ada pun, Dasar Kemakmuran Bersama yang dipelopori Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Orang Melayu/Bumiputera masih lagi ketinggalan. Kesenjangan pendidikan dan pendapatan dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak bertambah baik.
6. Baru-baru ini beliau berkata ada banyak perancangan untuk membangunkan orang Melayu namun tidak sempat kerana telah dibuang dan ditolak jatuh dari jawatan Perdana Menteri.
7. Beliau sudah lupa, bahawa beliau lah yang meletakkan jawatan dan mencetuskan konflik pentadbiran. Konflik ini telah menjatuhkan Kerajaan yang diundi rakyat pada PRU-14.

8. Kerajaan 22 bulan beliau itu pun menjadi suatu corak hitam dalam politik tanah air kerana gagal melaksana manifesto yang beliau katakan bukan kitab suci.
9. Kedua, Tun Mahathir sudah tidak lagi mengurus dinamika politik Malaysia. Jika beliau dan partinya diberi kepercayaan mengemudi Malaysia, kestabilan tidak akan dicapai.  Parti Pejuang adalah parti ketiga beliau setelah UMNO; keluar UMNO, masuk UMNO; keluar semula UMNO tubuh PPBM; keluar PPBM, tubuh Pejuang.
10. Ketika PPBM di dalam Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir gagal “mengawal” Tan Sri Muhyiddin Yassin dan suatu perancangan ‘scheme of things’ berlaku yang menjadi rahsia umum itu.

11. Tun Mahathir juga gagal “mengawal” Democratic Action Party (DAP) dengan doktrin politik yang dapat memastikan parti itu menjaga kepentingan Melayu/Bumiputera dalam setiap dasar, tindakan dan tutur kata.
12. Ketiga, jika Tun Mahathir melontarkan kata nista kepada Datuk Seri Najib Razak atas terma ‘Cash is King’, beliau patut ingat yang di zamannya, ‘Crony is King’ dan bukan rakyat, rakyat, rakyat yang didahulukan.
13. Ideologi ekonomi dalam mengkayakan segelintir kroni dengan anggapan yang lain akan mendapat faedahnya, sukar untuk menjadi. Hasilnya, kroni beliau yang sedikit itu menjadi kaya dan rakyat biasa, terutama sekali Melayu/Bumiputera masih kurang berjaya sehingga kini.


14. Tun Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau tidak pernah ada kroni, cuma ada orang yang layak dan berkebolehan. Mustahil jika dalam 32 juta rakyat Malaysia yang ada, hanya kroni beliau sahaja yang berkebolehan.
15. Igauan ngeri buat Tun Mahathir bermula bila keluar dari “rumah agam” UMNO.  Kepimpinannya dihargai apabila menjadi PM paling lama 22 tahun.  Walaupun pelbagai dasar dan pendekatannya ada yang berjaya namun banyak yang menemui kegagalan.  Tetapi itu Tun Mahathir semasa dalam UMNO.

16. Tun Mahathir tanpa UMNO kelihatan amat lesu dan banyak kontroversi.  Bukan Tun Mahathir sahaja, pemimpin lain yang meninggalkan parti keramat ini juga menemui nasib yang sama.  Apa yang tidak kena?
17. UMNO melahirkan kepimpinan melalui satu proses tarbiah dan pengalaman yang panjang.  Tidak mudah memimpin parti yang mempunyai 22 ribu cawangan dan struktur yang kompleks di peringkat bahagian, negeri dan nasional.  Proses pembuatan keputusan dalam UMNO juga melalui proses yang panjang dan teliti sebelum diputuskan.
18. Tun Mahathir sedang berhadapan dengan perubahan lanskap politik yang amat dinamik.  Suatu gelombang yang dicipta dengan tujuan untuk menjatuhkan UMNO dan BN tetapi juga melanda dan menghempas sebuah gabungan politik bernama Pakatan Harapan.  
19. Siapa Tun Mahathir tanpa UMNO?  Parti Pejuang yang diciptakannya hilang deposit di kesemua 42 kerusi ditandingi di Johor.  PPBM yang diilhamkannya “berkhianat” sesama sendiri sehingga tersungkurnya pentadbiran Pakatan Harapan.   Parti Pejuang hanya ada 4 kerusi Parlimen itupun termasuk dirinya sendiri dan anak beliau.

20. Kegagalan pelbagai dasar dan polisi yang mengganggu gugat kesejahteraan dan keharmonian rakyat ibarat mencurah cuka ke atas luka.  Pelbagai kenyataan beliau yang mengguris dan menghiris hati dan perasaan orang Melayu sudah pastinya menambah parah lagi duka yang sedia ada.  
21. Siapa Tun Mahathir tanpa UMNO? Beliau sentiasa mengikuti rapat perkembangan yang berlaku dalam UMNO. Sehingga Perhimpunan Agung Khas  mengenai pindaan perlembagaan terkini UMNO pun tidak lepas dari pemerhatian.  Komen beliau tidak diperlukan.
22. Pembunuhan karakter yang dilakukan kepada pemimpin UMNO tidak mampu merobohkan rumah agam UMNO ini.  Dia lupa bahawa UMNO ini bukan milik sesiapa.  UMNO milik semua orang Melayu dan terus menjadi penjaga serta pelindung kepada Perlembagaan Persekutuan dan Institusi Beraja .
23. Kesimpulannya, kemerosotan Malaysia dalam banyak bidang dan arena, adalah banyak juga berpunca daripada tindak tanduk politik Tun Mahathir sendiri.

24. Beliau mungkin Bapa Pemodenan Malaysia, namun  beliau kurang berjaya untuk mengemudi Malaysia ke arah modenisasi yang lebih baik buat semua.
25. Untuk itu, beliau perlu menerima realiti tersebut dan cukup-cukuplah !!
Sumber  :  AHMAD BIN MASLAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.suaramelayubaru.xyz/2022/05/umno-terpalit-dengan-nama-busuk-hingga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
76 Tahun Umno Bukan Parti Pegun Iltizam Demi Malaysia Dan Bangsa Timbalan Presiden

76 Tahun Umno Bukan Parti Pegun Iltizam Demi Malaysia Dan Bangsa Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 158 hits
76 Tahun UMNO Bukan Parti Pegun Iltizam Demi Malaysia Dan Bangsa Timbalan Presiden Assalamualaikum WBT dan selamat Hari Raya Moderator Ahli2 panel yg di hormati serta tuan tuan dan puan puan hadirin sekalian Saya mengajak sekalian yang hadi...
Pkr Lebih Berani Daripada Umno Adakan Pemilihan Parti

Pkr Lebih Berani Daripada Umno Adakan Pemilihan Parti

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 147 hits
JOHOR BAHRU Parti Keadilan Rakyat lebih yakin dan berani berbanding UMNO kerana mengadakan Pemilihan PKR 2022 sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata keberanian itu tidak ada dalam UMNO yang men...
Adakah Undian Umno Hari Ini Dapat Kukuhkan Perpaduan Parti Sebelum Pru15

Adakah Undian Umno Hari Ini Dapat Kukuhkan Perpaduan Parti Sebelum Pru15

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 123 hits
freemalaysiatoday com May 15 2022 8 40 AMPerhimpunan Agung Umno pada Mac lalu memilih untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga PRU15 PETALING JAYA Ahli Umno membuang undi penting hari ini mengenai pindaan kepada perlembagaannya yang bert...
Lebih 800 Ahli Bersatu Keluar Parti Sokong Umno

Lebih 800 Ahli Bersatu Keluar Parti Sokong Umno

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 115 hits
Lebih 800 ahli Bersatu keluar parti sokong UMNO KANGAR Lebih 800 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia cawangan Kampung Hujung Tanjung Kuala Perlis membuat keputusan keluar parti berkuat kuasa serta merta dan menyatakan sokongan kepada UMNO B...
Umno 76 Tahun Terjemahan Kebangkitan Ahli Parti Setelah Lalui Pelbagai Ranjau Bung Moktar

Umno 76 Tahun Terjemahan Kebangkitan Ahli Parti Setelah Lalui Pelbagai Ranjau Bung Moktar

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 149 hits
UMNO 76 Tahun Terjemahan Kebangkitan Ahli Parti Setelah Lalui Pelbagai Ranjau Bung Moktar Ulang tahun ke 76 UMNO hari ini memberi terjemahan untuk parti dan ahli bangkit kembali setelah melalui pelbagai ranjau cabaran khususnya ketika parti...
Mahathir Usah Sibuk Urusan Umno Jaga Parti Sendiri Yang Hilang Deposit Itu Terlebih Dulu

Mahathir Usah Sibuk Urusan Umno Jaga Parti Sendiri Yang Hilang Deposit Itu Terlebih Dulu

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 133 hits
Oleh Sirajuddn AhmadKeputusan UMNO berkenaan urusan ahli UMNO bersetuju dengan sebulat suara pendirian ubah perlembagan pada EGM UMNO telah mengundang keresahan Mahathir Mahathir telah memberi kenyataan bahawa ia melanggar perlembagaan Iron...
Umno Pantau Noh Omar Tuntut Jam Dan Gelang Berlian Duit Saya Lebih D

Umno Pantau Noh Omar Tuntut Jam Dan Gelang Berlian Duit Saya Lebih D

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 113 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 25 Mei 2022 1 Pemimpin tertinggi Umno terasa hati dengan cara Noh di Selangor 2 Najib dan Rosmah tuntut 7 jam gelang berlian RM1 juta dipulangkan 3 Baki akaun saya lebih dari cukup untuk bayar kad kredit Zahid 4...
Cfd Perdana Usai 2 Tahun Ditiadakan Akibat Pandemi

Cfd Perdana Usai 2 Tahun Ditiadakan Akibat Pandemi

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 148 hits
CFD Perdana Usai 2 Tahun Ditiadakan Akibat Pandemi Pemerintah kembali menggelar Car Free Day di 6 titik setelah dua tahun ditiadakan akibat pandemi Covid 19 mulai pukul 06 00 10 00 WIB
Kenaikan Harga Barang Bakal Dorong Umno Desak Pru Lebih Awal

Kenaikan Harga Barang Bakal Dorong Umno Desak Pru Lebih Awal

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 115 hits
agendaily com21 5 2022Perhimpunan Agung UMNO 2021 Rasa tidak puas hati orang ramai berhubung kenaikan harga barangan pengguna boleh mendorong UMNO berusaha lebih keras untuk mendesak Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan lebih awal menurut penda...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia

Wordpress Block Patterns Give You Superpowers

Video 2 Helikopter Bertembung Ketika Raptai Di Pangkalan Tldm Lumut

9 Tips Mengajar Murid Kelas Belakang

Status Puasa Qadha Puasa 6 Syawal