2 Hari Sebelum Syawal Photoshoot Raya Di Taiping
2 HARI SEBELUM SYAWAL PHOTOSHOOT RAYA DI TAIPING ! - Salah satu aktiviti last minit ni. Dok terfikir, kenapa macam awal sangat balik Taiping ! Ye lah 3 hari sebelum raya kami dah sampai Taiping kalendar sebelum ni). Kami balik awal sebenarnya nak rate bilik murah selain reason jalan sesak yang mummy tulis di : https://www.azlindaalin.com/2022/05/balik-taiping-3-hari-sebelum-raya.html
2 HARI SEBELUM SYAWAL PHOTOSHOOT RAYA DI TAIPING !Tetiba datang idea untuk projek 2 HARI SEBELUM SYAWAL PHOTOSHOOT RAYA DI TAIPING ! Mummy terfikir tentang projek ini, lebih kurang 3 hari sebelum balik kampung.
Mujur dapat juga photographer raya yang avalaible dan juga make up artist MUA Taiping yang avalaible. Rezeki keluarga kami. Lama raya PKP kan, so kali ni memang nak photoshoot lawa sketlah hehe.
Dan, niat ambil photographer ni sebab tak mahu susahkan sedara amra jadi photographer kami, almaklumlah...mummy ni ada cerewetnya juga bab bergambar hehehe !
Untung photoshoot awal, malam di istiharkan raya mengejut tu... mummy dah boleh edit poster raya hehe. Orang kalut kat dapur, kita wat relax aje. Lagi pun, kuah kacang dan rendang daging mummy bawa balik ke Taiping sesiap dah. Kasi frozen.
Ahli keluarga daddy (suami) biasanya dorang bermenukan nogori di pagi raya. Cuma kali ni, tukar menu nasi lemak, rendang ayam, lemang (beli), ketupat palas (beli) dan nasi impit yang mummy siap bawa.
So, semua tak terkejut mana pun raya kali ini hehehe.
PHOTO SHOOT DI HOTEL GRAND BARON TAIPING
Kami memilih Hotel Grand Baron Taiping untuk penginapan kami sebab kami dapat harga murah RM12+ per night. Mungkin sebab beli bilik awal.
Terlanjur tu,lokasi photoshoot raya pun di Hotel Grand Baron Taiping juga. Tak koserr lah nak penat-penat photoshoot sana sini. Lagi pun, semua puasa kecuali Dzal , Daim je yang tak puasa.
FAMILY PORTRAIT
Family ! Gambar depan bilik hotel. Gambar masa ni, photograher tak sempat edit. Dah raya mengejut. Tapi tak pe, i edit sket2 ajelah
ANAK-ANAK
INDIVIDU
BERDUA
Lega, bila dah tertunai hajat nak photoshoot raya.Yang masih belum tertunai adalah photoshoot raya dengan ahli keluarga mummyu dengan photographer je.
Tunggu semua FREE nanti insyaallah !
Ni hasil make up dari MUA Taiping , Ida namanya. Kalau korang nak cari make up artist area Taiping, Kamunting ke boleh cari Ida 017-5356308 https://www.wasap.my/+60175356308
Gambar yang Fie edit pun sebenarnya cantik, tapi mummy malas nak tukar gambar. Gambar dalam blog ini lama dah simpan dalam draft.
Untuk photographer Taiping pula, kalau korang mencari juru gambar di Taiping / Kamunting. Boleh cari Fie 017-5416182 https://www.wasap.my/+60175416182
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2022/05/2-hari-sebelum-syawal-photoshoot-raya.html