Adakah Musuh Negara Akan Lepas Bebas


Mana-mana pihak hina tentera adalah musuh negara - Mat Sabu
Mana-mana pihak tanpa mengira kaum yang menghina peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan musuh kepada negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Mohamad turut menganggap perbuatan itu sebagai jijik dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Mutakhir ini kita lihat disebabkan negara aman dan tenteram, ada yang lupa peranan Kementerian Pertahanan dan unit-unit dibawahnya.

“Bagi kita, siapa sahaja yang hina ATM, mereka adalah musuh negara, tidak kira mana-mana kaum atau pihak. Bahkan, bagi kita menghina ATM juga adalah jijik dan tidak boleh diterima,” kata Mohamad.

Mohamad berkata demikian menerusi ucapannya ketika Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2019 di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Hadir sama dalam Majlis tersebut Timbalannya Liew Chin Tong.

Baru-baru ini, pengasas Gamuda, Koon Yew Yin dalam blognya berkata ramai anggota tentera hanya makan dan tidur malah ramai antara mereka tidak pernah menembak, dan mencadangkan anggota tentera dihantar bertugas ke ladang-ladang Felda.

Kenyataan itu dibuat Koon menerusi satu tulisan bertajuk "Cadangan saya untuk mengurangkan dan meningkatkan perkhidmatan awam kita".

Bagaimanapun pendapat itu mengundang kritikan pemimpin kerajaan, pembangkang dan NGO yang berpandangan kenyataan itu menghina pasukan ATM.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Koon akhirnya membuat permohonan maaf, terutamanya kepada anggota tentera yang tersinggung dengan kenyataan itu.

Mengulas mengenai permohonan maaf dibuat Koon, Mohamad memaklumkan tidak akan ada perkataan menerima maaf yang akan keluar dari mulutnya, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada polis.

“Tidak sebut soal maafkan. Tidak ada perkataan maaf dan sebagainya. Laporan yang dibuat kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan atau tidak, atas kebijaksanaan mereka,” katanya.

Mohamad dalam ucapannya turut yakin kredibiliti anggota tentera tetap utuh dalam menangani pelbagai isu keselamatan domestik dan antarabangsa.

'Ada isu perkauman dimainkan'

Beliau turut mengkritik sikap netizen yang hanya melenting apabila kritikan terhadap anggota ATM dibuat seorang jutawan bukan Melayu, namun berdiam diri apabila kritikan terhadap pasukan itu dibuat bekas Ketua Menteri Sabah Harris Salleh.

Julai lalu, sebuah portal berpengkalan di Sabah, Dailyexpress melaporkan Harris menggesa anggota parlimen mengemukakan usul untuk mengkaji semula peranan ATM supaya wang berbilion ringgit yang dibelanjakan ketika ini boleh dijimatkan untuk memulihkan ekonomi negara.

“Apabila bekas ketua menteri Sabah keluarkan kenyataan minta bekas tentera jadi pengawal keselamatan, manakala tentera wanita elok menjadi amah atau tukang cuci, rakyat tidak melenting. Ia juga merendahkan pasukan tentera.

“Rakyat melenting dan membela pasukan tentera apabila ada jutawan katakan tentera hanya makan dan tidur, serta elok jadi peneroka Felda.

“Saya lihat ada isu perkauman yang dimainkan. Kenapa seorang Islam mengkritik tentera netizen diam, tetapi kenapa bila jutawan ini mereka melenting,” katanya.

Jelasnya, walau apa pandangan dilontarkan netizen, pasukan ATM harus tetap berkhidmat kepada kerajaan dan akan mempertahankan kedaulatan negara.

“Disebabkan kedaulatan negara yang dijaga oleh tentera menyebabkan peniaga boleh jadi jutawan, boleh bergerak ke mana-mana, boleh mencari makan dan boleh tambah pendapatan,” katanya.- www.malaysiakini.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2019/08/adakah-musuh-negara-akan-lepas-bebas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mana Mana Pihak Hina Tentera Adalah Musuh Negara Mat Sabu

Mana Mana Pihak Hina Tentera Adalah Musuh Negara Mat Sabu

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 332 hits
Diterbitkan Hari ini 9 34 pagiMana mana pihak tanpa mengira kaum yang menghina peranan Angkatan Tentera Malaysia merupakan musuh kepada negara kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Mohamad turut menganggap perbuatan itu sebagai jijik dan tid...
Individu Hina Atm Adalah Musuh Negara Menteri Pertahanan

Individu Hina Atm Adalah Musuh Negara Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 297 hits
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu menegaskan ATM terbuka untuk menerima kritikan pandangan dan diberi tunjuk ajar tetapi perbuatan menghina ATM adalah tidak boleh diterima dan pihak yang berbuat demikian dianggap sebagai musuh negara Beliau b...
Hilang Kaki Tempur Komunis Demi Tewaskan Musuh Negara Selepas Merdeka

Hilang Kaki Tempur Komunis Demi Tewaskan Musuh Negara Selepas Merdeka

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 309 hits
MELAKA 8 Ogos Kehilangan kaki kanan akibat terkena jerangkap samar ketika bertempur dengan komunis di Gerik Perak merupakan tragedi hitam dalam hidup Sulaiman Maarof namun beliau berbangga kerana menjadi antara perajurit yang bertarung nyaw...
Dong Jiau Zong Musuh Identiti Negara

Dong Jiau Zong Musuh Identiti Negara

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 309 hits
Saya tidak pernah merasa hairan jika Dong Jiau Zong dan DAP begitu bersungguh menentang cadangan untuk dimasukkan silibus khat jawi dalam sistem pendidikan Kerana umum mengetahui bahawasanya Dong Zong dan DAP amat memusuhi segala agenda pem...
Mat Sabu Koon Yew Yin Musuh Negara

Mat Sabu Koon Yew Yin Musuh Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 486 hits
HARAP KOON YEW YIN DIHADAPKAN KEMUKA PENGADILAN SEBAB DIA ADALAH MUSUH NEGARA TUDUHAN MAT SABU ADALAH BERAT DAN KOON YEW YIN MESTI DIAMBIL TINDAKAN LEPAS NI KITA NAK TENGOK DAN DENGAR ADAKAH KOON YEW YIN AKAN DIBICARAKAN ATAU DIBUANG DAERAH...
Jangan Jadi Musuh Negara Tindakan Hina Tentera Tidak Boleh Diterima

Jangan Jadi Musuh Negara Tindakan Hina Tentera Tidak Boleh Diterima

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 260 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Adakah Kerajaan Ph Lakukan Lawatan Luar Negara Sambil Bawa Balik Hutang

Adakah Kerajaan Ph Lakukan Lawatan Luar Negara Sambil Bawa Balik Hutang

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 358 hits
Menteri Kewayangan masih teruskan usaha Bon Panda dia Sudah pinjam Bon Samurai Sedang pinjam Bon Panda Selepas ini mungkin giliran Bon Kimchi Adakah kerja menteri PH sekadar sering melawat ke luar negara untuk bawa balik hutang Jangan sampa...
Majlis Fatwa Putuskan Korban Di Luar Negara Harus Ini Antara Cara Terbaik Untuk Laksanakannya

Majlis Fatwa Putuskan Korban Di Luar Negara Harus Ini Antara Cara Terbaik Untuk Laksanakannya

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 599 hits
Hujung minggu ini umat Islam akan menyambut satu lagi perayaan besar iaitu Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali dengan nama Hari Raya Korban Perayaan ini sangat sinonim dengan dua ibadah yang tinggi martabatnya dalam hidup seorang Muslim ...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang

Sarapan Di Ashoka Curry House

Memang Tiada Kekasih Sampah Bertimbun Ahli Running Man Terkejut Lihat Rumah Kim Jongkook