Adakah Mengorek Hidung Boleh Membatalkan Puasa



Soalan:
Adakah mengorek hidung boleh membatalkan puasa?

Jawapan:
Lubang hidung dianggap sebagai saluran terbuka yang bersambung kepada jauf, atau rongga tengah badan. Dalam mazhab al-Syafie, sengaja memasukkan suatu ain, benda fizikal, ke dalam jauh melalui saluran terbuka, tanpa keuzuran, adalah membatalkan puasa.

Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/342) ada menyebut bahawa salah satu daripada perkara yang membatalkan puasa ialah: “Sampainya suatu ain ke jauh (rongga) daripada saluran yang terbuka. Ain itu adalah suatu yang boleh dilihat dengan mata kasar. Jauf pula ialah bahagian otak[1] atau bahagian selepas tekak sehingga perut dan usus-usus. Saluran terbuka pula bermaksud mulut, telinga, alat sulit hadapan, dan belakang, bagi lelaki dan perempuan.”

Saluran hidung hukumnya sama seperti mulut yang terbahagi kepada bahagian zahir (luaran) dan batin (dalaman). Perbahasan ini boleh ditemukan dalam isu istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) dan madhmadhah (berkumur-kumur) semasa berpuasa. Ini berdasarkan hadis Laqit bin Sobrah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepadanya:

أَسْبِغِ الوُضُوءَ، وَخَلِّلْ بَيْنَ الأَصَابِعِ، وَبَالِغْ فِي الِاسْتِنْشَاقِ، إِلَّا أَنْ تَكُونَ صَائِمًا
“Sempurnakanlah wuduk, gosoklah di celahan jari-jemari, serta berlebihanlah ketika melakukan istinsyaq, melainkan jika kamu berpuasa.” [Riwayat al-Tirmidzi (no.788) dan lain-lain. Al-Tirmidzi mengatakan hadis ini sahih]

Hukum berkumur-kumur dan istinsyaq semasa berwuduk adalah disunatkan, sama ada bagi orang yang berpuasa atau tidak. Cumanya, bagi orang yang berpuasa, mereka dilarang secara makruh untuk mubalaghah (melampau) semasa berkumur dan melakukan istinsyaq.

Berkata Syeikh Abu al-Husein al-Imrani:

فلا يستقصي في المبالغة، فيصير سعوطا، فلولا أن الفطر يتعلق بما يصل منه لما نهى عنه ولأن ما يصل إلى دماغ الإنسان يغذي كما يغذي ما يصل إلى الجوف، فوجب أن يفطر به، كالواصل إلى الجوف
“Janganlah terlalu dalam ketika melakukan mubalaghah (semasa beristinsyaq), lalu jadilah ia suatu su`ut (kaedah memasukkan sesuatu, kebiasaannya ubat, ke kawasan melepasi pangkal hidung). Jika tidak, sesungguhnya pembatalan puasa itu berkait dengan apa yang sampai kepada sebahagiannya, oleh kerana itu Syarak melarangnya. Ini juga kerana apa yang sampai ke bahagian otak manusia boleh diambil khasiat, sama seperti suatu yang sampai kepada rongga, lalu batallah puasa dengan sebab itu, sama seperti suatu yang sampai ke bahagian rongga.” [Rujuk al-Bayan fi al-Madzhab al-Syafie (3/501)]

Oleh sebab itu, perbuatan isti`at iaitu memasukkan sesuatu seumpama ubat titis ke bahagian otak melalui saluran hidung adalah membatalkan puasa. [Rujuk Ghayah al-Bayan Syarh Matan Ibn Ruslan (hlm. 302) oleh Imam Syamsuddin al-Ramli]

Manakala Syeikh Muhammad al-Zuhaili pada perkara yang makruh dilakukan semasa berpuasa berkata: “Meninggalkan mubalaghah ketika berkumur dan istinsyaq bagi orang yang berpuasa, sebagai langkah berhati-hati supaya air tidak mendahuluinya sehingga ke tekak lalu dia menelannya, lalu batallah puasanya.” [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/84)]


Maksud berkumur-kumur di sini adalah memasukkan air ke dalam mulut dan istinsyaq ialah memasukkan air ke dalam hidung. [Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah (hlm. 87) oleh Syeikh Hasan al-Kaf]

Manakala maksud mubalaghah ketika berkumur dan isitinsyak ialah seperti yang dinukilkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Majmu` Syarh al-Muhadzdzab (1/355) daripada Imam al-Syafie:

الْمُبَالَغَةُ فِي الْمَضْمَضَةِ أَنْ يَأْخُذَ الْمَاءَ بِشَفَتَيْهِ فَيُدِيرَهُ فِي فَمِهِ ثُمَّ يَمُجَّهُ وَفِي الِاسْتِنْشَاقِ أَنْ يَأْخُذَ الْمَاءَ بِأَنْفِهِ وَيَجْذِبَهُ بِنَفَسِهِ ثُمَّ يَنْثُرَ وَلَا يَزِيدُ عَلَى ذَلِكَ
“Berlebihan (mubalaghah) semasa berkumur itu ialah dengan mengambil air dengan kedua-dua bibirnya lalu memusing-musingkan air di dalam mulutnya kemudian meludahnya, dan semasa istinsyaq itu dengan mengambil air dengan hidungnya dan menarik air itu dengan nafasnya kemudian dihembus, dan tidak ditambah lebih daripada itu.”

Imam al-Nawawi juga menyebut perkataan para ashab (Syafieyyah):

قَالَ أَصْحَابُنَا الْمُبَالَغَةُ فِي الْمَضْمَضَةِ أَنْ يُبَلِّغَ الْمَاءَ أَقْصَى الْحَلْقِ وَيُدِيرَهُ فِيهِ وَفِي الِاسْتِنْشَاقِ أَنْ يُوَصِّلَهُ الْخَيَاشِيمَ قَالَ فِي التَّتِمَّةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أُصْبُعَهُ فِيهِ فَيُنْزِلُ مَا فِي الْأَنْفِ مِنْ أَذًى
Berkata para ashab kami: “Berlebihan (mubalaghah) semasa berkumur itu ialah dengan menyampaikan air ke pangkal tekak dan memusing-musingkan air itu padanya, dan semasa istinsyaq itu dengan menyampaikan air kepada bahagian-bahagian kaisyum.” Disebut dalam kitab al-Tatimmah: “Kemudian dia memasukkan jari-jemarinya dan menurunkan kotoran dari dalam hidungnya keluar.”

Para ulama Syafieyyah menyebutkan had zahir dan had batin bagi hidung dalam konteks puasa. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Syeikh Sulaiman al-Jamal dalam Hasyiah-nya ke atas kitab Manhaj al-Tullab karangan Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari – Rahimahumullah – tentang had zahir bagi hidung ialah:

وَالْأَنْفِ إلَى مُنْتَهَى الْخَيْشُومِ لَهُ حُكْمُ الظَّاهِرِ فِي الْإِفْطَارِ بِاسْتِخْرَاجِ الْقَيْءِ إلَيْهِ وَابْتِلَاعِ النُّخَامَةِ مِنْهُ وَعَدَمِهِ بِدُخُولِ شَيْءٍ فِيهِ وَإِنْ أَمْسَكَهُ وَإِذَا تَنَجَّسَ وَجَبَ غَسْلُهُ وَلَهُ حُكْمُ الْبَاطِنِ فِي عَدَمِ الْإِفْطَارِ بِابْتِلَاعِ الرِّيقِ مَعَهُ وَفِي سُقُوطِ غَسْلِهِ مِنْ نَحْوِ الْجُنُبِ
“Dan bagi hidung sehingga hujung al-khaysyum (pangkal hidung) baginya hukum zahir pada terbatalnya puasa apabila sengaja mengeluarkan muntah pada kawasan ini, dan menelan nukhamah (kahak) daripadanya, dan tiada membatalkan dengan memasukkan sesuatu pula ke bahagian ini sekalipun jika ia menahannya. Jika (kawasan ini) wajib membasuhnya. Dan padanya hukum batin pula pada tidak membatalkan kerana menelan lendir yang ada bersamanya dan pada gugurnya (kewajipan) membasuhnya semasa melakukan seumpama mandi junub.” [Rujuk Hasyiah al-Jamal (2/317)]

Daripada kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa perbuatan mengorek hidung tidak membatalkan puasa. Ini kerana diharuskan bagi orang yang berpuasa untuk berwuduk dengan mengamalkan sunat istinsyak. Cumanya, jika dibuat secara berlebihan sehingga sampai ke pangkal hidung atau kaisyum itu adalah dimakruhkan, selagi tidak sampai ke bahagian otak atau tekak. Jika sampai, maka batal puasanya.

Justeru, berdasarkan fakta tersebut, jelaslah bahawa perbuatan mengorek hidung juga tidak membatalkan puasa kerana kaedah dan wasilahnya yang sama yakni, memasukkan suatu ain untuk mengeluarkan kotoran daripada lubang hidung. Ini juga kerana sekalipun terdapat perbuatan memasukkan ain ke dalam saluran yang terbuka, namun ia tidak sampai kepada had rongga sehingga membatalkan puasa. Namun jika dilakukan dengan melampau dengan alat-alat yang boleh menyampaikan ke bahagian otak maka itu batallah puasanya. Wallahua’lam.

Nota hujung:
[1] Istilah otak di sini merujuk kepada kawasan yang berdekatan dengan otak. Kajian saintifik moden menunjukkan bahawa saluran hidung tidak sampai secara terus kepada bahagian dalam otak.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/adakah-mengorek-hidung-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Gosok Gigi Pada Bulan Ramadan Adakah Ia Boleh Membatalkan Puasa

Hukum Gosok Gigi Pada Bulan Ramadan Adakah Ia Boleh Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 626 hits
Hukum Gosok Gigi Pada Bulan Ramadan Adakah Ia Boleh Membatalkan Puasa Salam semua alhamdulillah kita sekarang dah berada dalam fasa ke 2 Ramadan Sebaik sahaja masuk bulan puasa pasti tertanya tertanya balik apa hukum gosok gigi pada bulan r...
Jangan Terkejut Ada Orang Tak Tahu Apa Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa

Jangan Terkejut Ada Orang Tak Tahu Apa Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1604 hits
Jangan Terkejut Ada Orang Tak Tahu Apa Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa Assalamualaikum dan salam sejahtera Memandangkan tak ada idea nak kongsi apa dengan korang jadi hari ini Sha cuma nak kongsi pasal dunia kerja Sha Sempena bulan pua...
Suami Istri Ciuman Di Siang Hari Ramadhan Apakah Membatalkan Puasa

Suami Istri Ciuman Di Siang Hari Ramadhan Apakah Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 333 hits
Para ulama sepakat tentang keabsahan puasa seseorang yang dicium atau mencium dan mencumbui istrinya yang tidak membuat spermanya keluar akibat rangsangan yang dirasakannya Sedangkan bila hal tersebut membuatnya terangsang dan mengakibatkan...
Adakah Bersahur Sudah Dikira Berniat Puasa

Adakah Bersahur Sudah Dikira Berniat Puasa

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 264 hits
Soalan Sekiranya seseorang itu tidak berniat puasa pada malam hari namun dia bersahur sebagai persiapan untuk berpuasa adakah sah puasanya menurut mazhab kita Jawapan Puasa adalah salah satu ibadat yang difardhukan oleh Allah SWT kepada ham...
Apakah Berbohong Membatalkan Puasa

Apakah Berbohong Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 201 hits
Berbohong mungkin menjadi suatu hal yang sulit dihindari oleh sebagian besar orang Pasalnya apabila kebohongan sudah menjadi suatu kebiasaan maka orang tersebut tidak bisa terlepas dari kebiasaan berbohong tersebut Lalu apa jadinya jika ses...
Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

Jangan Ajar Anak Tak Boleh Makan Dan Minum Je Masa Puasa Rugi Besar Kita

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 630 hits
Selalu bila nak didik anak berpuasa mama papa selalu beritahu mengenai tak boleh makan dan minum sahaja kan Hakikatnya ada banyak lagi kita patut ajar dan beritahu secara perlahan lahan Jangan paksa Perkongsian lima tip oleh Dr Taufiq Razif...
Kamasutra Tak Membatalkan Puasa

Kamasutra Tak Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 547 hits
Ada terhadap bekas pekerja pejabatnya Viral di media sosial blog dan portal berita sampai ada yang Ah dia tak puasa bukan syarat membatalkan puasa dia pun Dia berkongsi kitab Hindu Kamasutra Dah Apa dia Wow PM in waiting belum lagi PM 8
Ini Lokasi Menarik Berbuka Puasa Dan Membeli Belah Siap Boleh Dapat Hadiah Lagi

Ini Lokasi Menarik Berbuka Puasa Dan Membeli Belah Siap Boleh Dapat Hadiah Lagi

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 346 hits
Apabila menjelang sahaja bulan Ramadan yang mulia ini pasti ramai yang memikirkan di mana boleh berbuka puasa dengan juadah yang sedap dalam The post appeared first on
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan

Tahukah Anda Fasal Pelancong Ke Tuvalu

Pelancong Mati Digigit Gajah

Tiada Bantahan Ketika Pemilihan Upko Pertahan Presiden Dilantik Pengerusi Ph Sabah

Apa Itu Gluten Manfaat Dan Kesan Pengambilannya


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Selamat Tahun Baru 2025 Cukup Jadi Jahat Dalam Cerita Orang Lain

Aktiviti Perjumpaan Tertutup Sekretariat Kedaulatan Agama Negara Ppim 04 01 2025

Haiwan Yang Tertangkap Melakukan Kesalahan Lazim Dalam Dunia Manusia

Batas Senja Belum Beruntung Chord

Resipi Puding Gula Hangus Sedap Mudah Tak Hanyir

12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin