Adakah Bersahur Sudah Dikira Berniat Puasa



Soalan:
Sekiranya seseorang itu tidak berniat puasa pada malam hari namun dia bersahur sebagai persiapan untuk berpuasa, adakah sah puasanya menurut mazhab kita?

Jawapan:
Puasa adalah salah satu ibadat yang difardhukan oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya. Maka, setiap ibadat atau perbuatan yang khusus dilakukan kerana Allah SWT memerlukan niat sebagai membezakan di antara ibadat dan adat kebiasaan seperti membezakan di antara orang yang menahan diri daripada makan dan minum kerana berpuasa dengan orang yang tidak mempunyai makanan untuk dimakan.

Asas kepada kewajipan untuk berniat dalam semua ibadat berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لاِمْرِئٍ مَا نَوَى
“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat, dan setiap orang (perbuatannya) dikira berdasarkan apa yang diniatkan.” [Riwayat Muslim (1907)]

Maka, niat berpuasa diletakkan sebagai satu syarat sah puasa seseorang itu. Hal ini disebutkan secara jelas di dalam kitab-kitab fiqh, yang antaranya disebutkan Ibn Qasim:

وفرائض الصوم أربعة أشياء): أحدها (النية) بالقلب؛ فإن كان الصوم فرضًا كرمضانَ أو نذرا فلا بد من إيقاع النية ليلا
“(Dan kewajipan-kewajipan puasa itu ada empat perkara); salah satunya, (niat) di dalam hati, sekiranya puasa yang fardhu seperti puasa Ramadhan atau puasa nazar, maka mestilah diniatkan pada waktu malam.” [Lihat Fath al-Qarib (1/136)]

Di sisi jumhur fuqaha’, niat puasa Ramadhan hendaklah dilakukan pada setiap hari pada waktu malam seperti yang disebutkan sebelum masuk waktu subuh. Hal ini kerana setiap hari dalam Ramadhan dikira berasingan. [Lihat al-Mausuah al-Fiqhiyyah (28/26)]

Dalam menetapkan niat, hendaklah seseorang itu menetapkan niat seperti berikut:


Syarat-Syarat Niat

Dalam berniat untuk berpuasa, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi agar ianya dinamakan dengan berniat. Kebanyakan kitab-kitab fiqh telah menggariskan beberapa panduan dalam berniat ketika berpuasa bagi memudahkan umat Islam memahaminya. Antara yang disebutkan ialah:

1. Al-Jazm yang dimaksudkan di sini adalah benar-benar memastikan tanpa ragu-ragu.

2. Al-Ta’yiin iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura, dsb). Tidak memadai dengan berniat secara mutlak untuk berpuasa.

3. Al-Tabyiit menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat). Ini adalah syarat di sisi al-Malikiyyah, al-Syafi’iyyah dan juga al-Hanabilah. Ini berdasarkan sebuah hadith Nabi ﷺ riwayat Hafsah R.Anha:

مَنْ لَمْ يُجْمِعِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
“Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).” [Riwayat Abu Daud (2454)]

Namun begitu, seperti yang disebutkan di dalam persoalan ini, adakah dengan tindakan bangun bersahur dikira sudah berniat tanpa dia menghadirkan di dalam hati niat puasa, maka hal ini dijawab oleh Imam Ibn hajar al-Haithami:

لَوْ تَسَحَّرَ لِيَصُومَ أَوْ امْتَنَعَ مِنْ الْفِطْرِ خَوْفَ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَعَ خُطُورِ الصَّوْمِ بِبَالِهِ كَذَلِكَ كَفَاهُ ذَلِكَ؛ لِأَنَّ خُطُورَ الصَّوْمِ بِبَالِهِ كَذَلِكَ مَعَ فِعْلِ مَا يُعِينُ عَلَيْهِ أَوْ تَرْكِ مَا يُنَافِيهِ يَتَضَمَّنُ قَصْدَ الصَّوْمِ
“Sekiranya bersahur untuk tujuan berpuasa atau menghalang (dirinya) daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa kerana bimbang terbitnya fajar ditambah pula muncul dalam fikiranya untuk berpuasa, maka sudah cukup (dikira sebagai niat), kerana terdetiknya untuk berpuasa pada fikirannya bersama dengan perbuatan yang mendorong ke atasnya (untuk berpuasa) atau dengan meninggalkan perbuatan yang menafikan (orang tersebut berpuasa) (secara tidak langsung) telah mengandungi niat puasa. [Lihat Tuhfah al-Muhtaj fi Syarhi al-Minhaj (3/386)]

Berdasarkan kenyataan di atas, orang yang bersahur yang sememangnya untuk berpuasa bukan kerana sarapan pagi atau tujuan lain, maka sudah cukup menurut salah satu pendapat fuqaha’ mazhab al-Syafie seperti yang dinyatakan di atas.

Kesimpulan

Melihatkan kepada nas dan hujah di atas, kami katakan bahawa puasa orang yang melakukan sahur dan menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa sebelum fajar lagi dikira sah walaupun orang tersebut lupa menghadirkan niatnya secara khusus.

Namun begitu, seseorang yang hendak berpuasa wajib terutamanya di bulan Ramadhan ini, hendaklah meniatkan puasanya pada waktu malam dengan menghadirkan niat tersebut di dalam hati. Sekiranya, dia tidak melakukan hal ini, namun telah bersahur dan telah menahan diri apabila tiba waktu fajar, maka puasanya adalah sah.

Semoga kita mendapat taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat-Nya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/adakah-bersahur-sudah-dikira-berniat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Bermulanya Puasa Apabila Masuk Waktu Imsak

Adakah Bermulanya Puasa Apabila Masuk Waktu Imsak

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 415 hits
Soalan Umum mengetahui bahawa waktu imsak masuk 10 minit sebelum waktu subuh Adakah dengan masuknya waktu imsak tersebut maka kita tidak lagi boleh untuk makan dan minum kerana telah bermulanya puasa Jawapan Di antara perkara perkara sunat ...
Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur

Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 1752 hits
Menu Bersahur Atau Berbuka Puasa Resepi Sup Telur Salam Ramadan buat semua masuk bulan Ramadan ni memang ramailah yang pening dok pikir nak masak apa untuk bersahur mahu pun berbuka puasa nanti Okey aku share satu resepi yang mudah dan cepa...
Hukum Gosok Gigi Pada Bulan Ramadan Adakah Ia Boleh Membatalkan Puasa

Hukum Gosok Gigi Pada Bulan Ramadan Adakah Ia Boleh Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 630 hits
Hukum Gosok Gigi Pada Bulan Ramadan Adakah Ia Boleh Membatalkan Puasa Salam semua alhamdulillah kita sekarang dah berada dalam fasa ke 2 Ramadan Sebaik sahaja masuk bulan puasa pasti tertanya tertanya balik apa hukum gosok gigi pada bulan r...
Resipi Ayam Masak Halia Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur

Resipi Ayam Masak Halia Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 782 hits
Menu Berbuka Puasa Atau Bersahur Resipi Ayam Masak HaliaHari ini aku nak share resipi Ayam Masak Halia pula menu ayam masak halia ni boleh dimasak untuk berbuka puasa atau pun bersahur Semestinya menyelerakan gitu ikutkan aku jarang masa re...
Adakah Berbohong Akan Membatalkan Puasa

Adakah Berbohong Akan Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 340 hits
Soalan Adakah perbuatan berbohong semasa seseorang itu sedang berpuasa menyebabkan puasanya terbatal Jawapan Imam Ibn Hajar Al Asqalani mendefinisikan berbohong seperti berikut Memberitahu akan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya sama...
Informasi Ramadhan Pejabat Pas Pusat Peluang Buka Puasa Berjamaah Tazkirah

Informasi Ramadhan Pejabat Pas Pusat Peluang Buka Puasa Berjamaah Tazkirah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 440 hits
KL Ihya Ramadan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dengan kerjasama LKKP Wilayah Persekutuan dan Selangor pada tahun ini memasuki tahun ke 11 pelaksanaannya Menarik pada hari kedua Ramadan ini Pejabat Agung PAS di Jalan R...
10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya Di Bulan Puasa Ni

10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya Di Bulan Puasa Ni

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 395 hits
10 Amalan Ni Buatkan Korang Kaya di Bulan Puasa Ni Bulan Ramadhan bulan yang di gandakan pahala bagi siapa yang buat amalan wajib dan sunat Siapa buat yang wajib memang untung tapi lagi untung kalau tambah yang sunat Perkara sunat dalam bul...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025