4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung Betul Ke
  Ramai individu yang sedang gigih berusaha untuk menurunkan berat badan. Antara   pantang larang yang diamalkan adalah jangan makan malam atau lebih tepat lagi,   makan lewat malam. Ya, petua yang diamalkan oleh golongan ini wajar juga   dipraktikkan oleh setiap individu.                      

                            4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung? Betul Ke...             
  Ini kerana ia bukan sahaja boleh membantu mengawal berat badan malah   mengurangkan risiko kesihatan yang lain.  Buat anda yang belum tahu,   makan berat pada lewat malam mungkin boleh mendatangkan pelbagai risiko   kesihatan. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan   lebih mendalam lagi
      Kenapa pakar kata jangan makan lewat malam?      Sebenarnya, bukan hanya individu yang memasang impian untuk kurus sahaja     yang kata jangan makan malam terutamanya lewat malam. Malahan golongan pakar     juga turut menyatakan perkara yang sama.       
      Menurut kajian yang dijalankan oleh Perelman School of Medicine di     University of Pennsylvania, didapati makan lewat malam boleh mendatangkan     pelbagai kesan negatif terhadap kesihatan.     
      4 Sebab Jangan Makan Lewat Malam Ada Kaitan Dengan Jantung? Betul Ke...     
      Berikut merupakan 4 risiko kesihatan yang boleh berlaku jika makan berat     pada lewat malam:                       

                            Jangan Makan Lewat Malam - Pertambahan Berat Badan               
#1. Pertambahan berat badan      Inilah puncanya mereka yang sedang berdiet untuk kurus tidak mahu untuk     makan malam.     
      Menurut kajian, telah dibuktikan secara saintifik bahawa individu yang gemar     makan lewat malam akan mempunyai berat badan yang lebih tinggi berbanding     mereka yang tidak mengambilnya. Kenapa?     
      Ini kerana perbuatan ini hanya akan menyebabkan tubuh badan individu hilang     atau kurang keupayaan untuk membakar lemak selain menyimpan lebih banyak     karbohidrat.     
      Dalam pada itu, pengkaji turut menyatakan bahawa individu yang gemar makan     pada waktu siang akan berasa kenyang lebih lama ekoran pengeluaran hormon     lantas mengurangkan potensi makan lewat malam.     
      Ini menunjukkan cara yang paling terbaik untuk elak makan pada lewat malam     adalah makan pada siang hari!     
  #2. Asid refluks      Untuk pengetahuan anda, bukan bayi sahaja yang boleh mengalami refluks.     Malahan, orang dewasa juga boleh mengalami asid refluks jika makan pada     sekitar waktu masuk tidur. Selain itu, makan berat pada lewat malam juga     boleh menyebabkan ketidakhadaman, pedih ulu hati serta tidak nyenyak tidur.     
      Jadi, sila elak makan 1 jam sebelum meletakkan kepala di bantal. Bukan itu     sahaja, elakkan juga pengambilan minuman berkarbonat, beralkohol dan     berkafein 2 ke 3 jam sebelum tidur. Ini kerana ia juga adalah salah satu     pencetus asid refluks.                       

                            Jangan Makan Lewat Malam - Meningkatkan Risiko Diabetes               
#3. Meningkatkan risiko diabetes      Tahukah anda ada kaitan di antara makan lewat malam dengan risiko diabetes     menjadi lebih tinggi?Menurut kajian dari Amerika Syarikat, makan berat pada     lewat malam boleh meningkatkan risiko diabetes. Ini kerana ia boleh     meninggikan kadar insulin, glukosa, kolesterol serta triglyceride.     
      Peningkatan kadar glukosa dan insulin adalah punca utama terjadinya     pradiabetes. Lama-kelamaan, ia akan menjadi lebih teruk dan akhirnya berubah     kepada diabetes. Kolesterol dan triglyceride yang bertambah pula adalah     disebabkan oleh lemak pada saluran darah yang akan meningkatkan risiko     diabetes dan beberapa lagi penyakit kronik yang lain.     
  #4. Meningkatkan risiko penyakit jantung      Buat anda yang belum tahu, makan pada lewat malam boleh menjejaskan tekanan     darah pada tubuh badan anda. Ini kerana tekanan darah manusia akan turun 10%     pada waktu malam untuk membenarkan tubuh badan berehat. Namun pengambilan     makanan sebelum masuk tidur hanya membuat ia kekal aktif.     
      Kesannya, tekanan darah anda tetap berada pada kadar yang sama walaupun     ketika sedang tidur lantas meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit     jantung. Oleh itu, cuba ikut pesan pakar yang menyatakan jangan makan malam     terutamanya lewat malam.     
      Sebaliknya, anda mungkin boleh gantikan hidangan berat kepada snek untuk     hilangkan lapar? Selain itu, cuba alihkan perhatian anda terhadap makanan     dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, melayari internet,     bermain telefon pintar atau permainan video.     
      Ia sudah tentu buat anda lupa untuk makan lewat malam lagi! Selamat mencuba!   
  Nak dapatkan pelbagai informasi yang bermanafaat, klik   SINI
  p/s; Ingat tu jangan makan lewat malam, kosongkan perut untuk elak penyakit   dan yang pastinya untuk kurus dan cantikkk! 
  #kredit blog hellodoktor
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.huhahuhajerr.com/2020/07/4-sebab-jangan-makan-lewat-malam-ada-kaitan-dengan-jantung-betul-ke.html