Adakah Kopi Luwak Haram Diminum


Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi. Kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia.Adakah Kopi Luwak Haram Diminum ?
Credit Pic : SUMBER
Luwak adalah nama haiwan kumpulan mamalia daripada spesis musang yang hidup dalam hutan sekitar Asia Tenggara termasuk di kepulauan Indonesia. Haiwan ini menggemari buah kopi sebagai makanan bijian sehariannya. Adakah Kopi Luwak Haram Diminum ?Mamalia ini diketahui tabiatnya hidup dengan menyelongkar biji kopi dan memilih biji kopi yang segar dan betul-betul masak sebagai makanannya. Biji kopi yang berkulit keras biasanya tidak akan tercerna dan akan keluar bersama najisnya.Kopi Luwak pula merujuk kepada biji kopi yang keluar bersama najis musang tersebut akan dicuci dan diproses untuk dijadikan kopi. Kopi Luwak diusahakan secara kecil-kecilan di daerah Bali, Jawa dan Sumatera Indonesia sebagai tempat memproses yang tidak menggunakan mesin (cara manual).Di sini dibentangkan beberapa pandangan ulama yang berkaitan dengan isu ini:- Menurut Imam al-Nawawi: “ Jika ada haiwan memakan biji tumbuhan kemudian dapat dikeluarkan daripada perut, jika tetap keadaannya dengan sekiranya jika ditanam dapat tumbuh maka ia tetap suci.”- Dalam Kitab Hasyiah I’anatu al-Thalibin Syarh Fath al-Mu’in pula: Jika ada haiwan memuntahkan biji tumbuhan atau mengeluarkannya melalui kotoran, jika biji tersebut keras sekira ditanam dapat tumbuh maka statusnya adalah mutanajjis bukannya najis.Setelah melihat kepada pandangan ulama berkenaan sesuatu makanan yang diselimuti dengan najis, maka kita dapat simpulkan bahawa kebanyakkannya mereka berpandangan bahawa jika sesuatu biji tumbuhan itu dimakan oleh binatang kemudian dikeluarkan menerusi perkumuhannya, maka ia adalah suci jika struktur biji tumbuhan itu masih lagi utuh, baik dan dapat tumbuh jika ditanam.Selain itu, terdapat juga beberapa fatwa dan pandangan yang telah diberikan oleh para sarjana Islam berkenaan isu ini, antaranya :Menurut pandangan Majelis Ulama Indonesia (MUI) menyatakan bahawa biji kopi yang keluar bersama-sama najis luwak adalah mutanajjis (iaitu terkena najis). Ini sebagai mana diumumkan melalui fatwanya bahawa, kopi luwak adalah halal setelah melalui proses pencucian. Diperbolehkan meminum, memproduksi, dan memperdagangkannya.Menurut pandangan Fadhilatul al-Sheikh Ahmad Hujji al-Kurdi, seorang pakar dalam bidang al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah dan juga salah seorang anggota Jawatankuasa Fatwa Negara Kuwait telah memberi fatwa untuk menjawab soalan yang ditanya kepada beliau mengenai hukum meminum kopi yang berasal daripada najis musang adalah tidak harus kerana ia adalah najis.Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 telah memutuskan bahawa biji Kopi Luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat :- Biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan- Biji kopi tersebut hendaklah dibersih dan disucikan terlebih dahulu daripada najis.Kopi Luwak yang dihasilkan tersebut hendaklah terlebih dahulu mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.Setelah melihat dan menekuni pandangan ulama tentang hukum kopi luwak, kami lebih cenderung berpandangan kopi tersebut pada asalnya dikira sebagai kategori “mutannajis” (terkena najis) tetapi selepas dibasuh dan diproses maka hilanglah kenajisannya. Justeru, hukumnya adalah HARUS.Sehubungan itu, kami juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk menasihati umat Islam agar sentiasa berhati-hati dalam pengambilan apa jua makanan dan juga minuman agar ia benar-benar bertepatan dengan prinsip halalan tayyiban agar segala daging yang tumbuh pada tubuh badan kita berpunca daripada sumber yang baik seterusnya menjauhkan kita neraka Allah SWT. Oleh itu, tanyalah kepada yang mengetahui agar kita tidak terjerumus ke lembah syubhah.SUMBER
Baca Juga : Adakah Dibolehkan Membuat Majlis Petunangan Secara Besar-Besaran Dalam Islam ?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2019/07/adakah-kopi-luwak-haram-diminum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beredar Daftar Menteri Jokowi Surya Paloh Sebut Itu Kabinet Kedai Kopi

Beredar Daftar Menteri Jokowi Surya Paloh Sebut Itu Kabinet Kedai Kopi

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 281 hits
Beredar surat seolah olah berisi pembentukan susunan Kabinet Jilid II Presiden Joko Widodo atau Jokowi Dalam surat itu disebutkan disusun saat Jokowi berada di Sentul Bogor 14 Juli Minggu 2019
Best Ke Pakai Mesin Kopi Dolce Gusto By Nescafe

Best Ke Pakai Mesin Kopi Dolce Gusto By Nescafe

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 956 hits
Kopi Dolce Gusto dah lama aku dengar cuma time tu takde rasa teringin nak try minum even aku sendiri peminat kopi Kebiasaanya minum tin kopi je lah macam Nescafe wonda dan kopi 3 in 1 Entah macam mana tetiba terdetik nak try kopi Dolce Gust...
Kenapa Masih Mengantuk Walaupun Sudah Minum Kopi

Kenapa Masih Mengantuk Walaupun Sudah Minum Kopi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 352 hits
Ramai yang minum kopi untuk mendapatkan rasa segar kerana merangsang otak tetapi tidak semua orang mendapat kesan yang sama dan sebagai contoh ada orang minum secawan kecil kopi pada waktu maghrib mungkin terus tidak dapat tidur sepanjang m...
Scammer Haram Di Tanah Haram

Scammer Haram Di Tanah Haram

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 428 hits
AssalamualaikumInilah kisahnya Aku sendiri pernah jumpa masa pergi Mekah dulu dan suami rakan sebilik pun dah kena lebih RM300 Bila aku jumpa post pengalaman kena scam di FB aku pun nak share dengan semua sedihnya tak takut melakukan perkar...
Kementan Kopi Indonesia Jadi Komoditas Paling Laris Di Pasar Dunia

Kementan Kopi Indonesia Jadi Komoditas Paling Laris Di Pasar Dunia

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 344 hits
Hingga saat ini kopi jadi salah satu komoditas paling laris di pasar dunia Bahkan di krisis perang dagang Amerika dengan China saat ini peluang ekspor komoditas ini makin terbuka lebar
Pernah Cuba Kopi Kluang Railcoffee

Pernah Cuba Kopi Kluang Railcoffee

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 578 hits
Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee Siapa orang Kluang of course la korang akan kata pernah tapi kalau orang luar dan datang ke Kluang Pernah Cuba Kopi Kluang RailCoffee Anyway cik en pernah ke Kluang masa ambil peperiksaan jabatan di Instit...
5106 Program Nasi Lemak Kopi O Ppim Ppim 26 07 2019

5106 Program Nasi Lemak Kopi O Ppim Ppim 26 07 2019

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 516 hits
Aktiviti mingguan Nasi Lemak Kopi O PPIM diteruskan minggu ini dengan perjumpaan dengan pelbagai pihak Antara yang hadir ialah wakil PPIM dari Canada En Mohamed Masudur yang membawa rakan niaga dari luar negara Wakil Biro Agama yang membinc...
Penjual Kopi Terkaya Di Dunia Berasal Daripada Keluarga Miskin

Penjual Kopi Terkaya Di Dunia Berasal Daripada Keluarga Miskin

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 463 hits
1 Siapa Howard Scultz Mungkin tidak semua orang mengenali Howard Schultz akan tetapi semua orang pasti mengenali jenama Bermula dari tahun 1980s Schultz melakukan penjenamaan terhadap produknya dan syarikat kopi biasa itu mula terkenal
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Kkv Alamanda

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Ramai Yang Skeptikal

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi