Best Ke Pakai Mesin Kopi Dolce Gusto By Nescafe
Kopi Dolce Gusto dah lama aku dengar cuma time tu takde rasa teringin nak try minum even aku sendiri peminat kopi. Kebiasaanya minum tin kopi je lah macam Nescafe, wonda dan kopi 3 in 1.
Entah macam mana tetiba terdetik nak try kopi Dolce Gusto ni. Nak try minum kopi dia ni kena pakai mesin. Harga mesin dia pula boleh tahan mahal jugalah sambil telan air liur.
Lama punya lama fikir, terbeli pula mesin kopi. Brand mesin kopi ni adalah Krups yang memang sesuai dengan capsule Dolce Gusto.
Masa nak beli mesin ini, promoter bagi penerangan antara mesin kopi yang manual dengan automatik. Automatik mahal sedikit berbanding manual tapi senang nak guna.. beza tak banyak pun cuma manual dengan automatik je.
Apa beza manual dengan automatik? Nak tahu bezanya korang kena tanya promoter sendiri kalau nak beli sbab aku nak terangkan kat sini pun tak reti. haha.
Automatik just setting level air dan tunggu je air siap.. kalau manual kena tekan lama dan kena tunggu air siap baru lepas tekan tu. leceh. Aku beli Brand Krups Lumio warna putih hitam. Sebab apa aku pilih mesin ni adalah rekaan bentuk yang unik dan jenis automatik.
Mesin Kopi Krups Lumio
Kelebihan Mesin Nescafe Dolce Gusto LumioMempunyai pilihan Panas dan SejukPam bertekanan tinggi sehingga 15 peringkatTekanan yang terbaik untuk setiap minumanDulang tadah (dip tray) (tray untuk lebihan air)Automatik berhenti sekiranya sudah selesai. Eco Mode - Auto Off selepas 1 minit tidak digunakanWarranty 2 tahunJenis Kapsul kopi Dolce Gusto
Contoh kotak Dolce Gusto perisa Cafe Au LaieCapuccinoLatte Macchiato (recommended)Flat white Cafe Au Lait (recommended)AmericanoGrande IntensoGreen Tea LatteChococinodan banyak lagi.
Try Capuccino..macam minum kat cafe plak. rasa kopi memang terbaikKalau korang perasan gambar kat atas ada lampu hijau tu adalah sukatan air. Jadi boleh adjust level sukatan air nak tahap mana. nak sikit ke, banyak ke or separuh. Biasa kat kotak capsule ada penerangan tentang level air untuk buat kopi yang sedap. Kat belakang pula ada tank air sebanyak (1l) dan mudah ditanggalkan serta dipasang semula. better pakai air masak/ kosong.
Lepas ni dah tak payah la lepak kat cafe order kopi mahal dah.. minum je pakai mesin ni senang cerita. lagi jimat skit. Rasa memang tak payah cakaplah memang sedap macam minum kat cafe. Boleh kata setanding dengan cafe la.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akubahrain.com.my/2019/07/best-ke-pakai-mesin-kopi-dolce-gusto-by.html