Apa Itu E Dompet


Perkhidmatan e-wallet atau dompet digital telah berkembang pesat sejak beberapa tahun yang lepas dengan lebih daripada 40 lesen e-wallet telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, yang merupakan antara inisiatif bank negara untuk mengubah Malaysia sebagai negara tanpa tunai atau cashless nation menjelang tahun 2020 dengan pembayaran mudah alih.


E-wallet, e-Dompet, electronic wallet atau dompet digital, adalah sebuah aplikasi yang berfungsi sama seperti dompet fizikal iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit dan juga maklumat akaun bank kita dalam bentuk aplikasi digital.

E-Dompet berfungsi sama seperti debit card, namun perbezaannya ialah, semua individu boleh mendaftar secara online dan percuma.

Manakala untuk mendapatkan kad kredit/debit, kebiasaannya anda perlu memohon melalui bank.

E-Wallet atau e-Dompet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal supaya kita tidak perlu lagi membawa wang tunai atau beg tangan ke mana-mana.

Kelebihan E-Wallet (E-Dompet):
Mengurangkan jumlah wang tunai yang perlu dibawa dalam poket.Tidak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan wang di mesin ATM.Transaksi menjadi lebih pantas.Boleh menyimpan rekod perbelanjaan, tidak perlu menyimpan resit.Banyak peluang untuk mendapat pulangan wang dan diskaun.
Kekurangan E-Wallet:
Sukar digunakan jika sambungan internet kurang stabil dan tidak laju.Risiko penipuan, sama seperti penggunaan perbankan internet.Terlalu banyak e-wallet di pasaran, tidak tahu hendak pilih yang mana satu.Sesetengah peniaga hanya menerima e-Dompet tertentu.
Bagaimana Menggunakan E-Wallet (E-Dompet)?

Mungkin ada sedikit perbezaan untuk setiap e-wallet, tetapi prosesnya mudah dan lebih kurang sama.

Selepas memuatnaik e-wallet, pengguna hanya perlu memasukkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan.

Sesetengah e-wallet juga membenarkan maklumat kad kredit atau akaun bank dihubungkan melalui aplikasi itu sendiri.

Pengeluaran bergantung kepada kemudahan setiap e-wallet. Sebagai contoh, GrabPay membenarkan pengguna untuk menggunakan baki yang ada untuk membayar tambang Grab, manakala Boost membolehkan pengguna membeli apa-apa saja di KK Speedmart.

Hanya imbas kod QR dan anda sudah berjaya melakukan pembayaran.

Baki wang di e-wallet akan ditolak, dan anda boleh memasukkan (deposit) seberapa banyak jumlah wang pada bila-bila masa jika baki tidak mencukupi.

Cara Deposit Wang Ke Dalam E-Dompet:
Deposit terus dari akaun e-Dompet. Anda perlu login terlebih dahulu. Biasanya, butang Deposit/Withdraw/Transfer akan dipaparkan.Transfer dari e-Dompet orang lain.Melalui kaunter bank dan Kiosk terpilih.
Senarai E-Wallet Yang Ada Di Malaysia

Berikut adalah senarai e-wallet yang ada di Malaysia. Setiap e-Dompet ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing:
BoostGrabPayWeChat PayTouch n Go WalletBigPayFavePaySamsungPayPaypalVCashMPayKiplePayRazerPayIpay88PayfyMCashSetelUOB Mighty
Isu Perlindungan Data Peribadi

Merujuk kepada terma dan syarat e-Tunai Rakyat:

Untuk melayakkan diri menyertai program ini, pemohon perlu mengemukakan bukti pengenalan diri menggunakan kad pengenalan Malaysia yang sah, berdasarkan kepada rekod JPN.

Pemohon yang layak akan menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ apabila tuntutan telah diluluskan, dan akan dikreditkan ke dalam e-Wallet pemohon dalam tempoh lima hari.

Sebagai tambahan kepada Notis Privasi Data, peserta bersetuju dan membenarkan pihak pengendali, Kerajaan Malaysia dan agensi/syarikat berkaitan untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi peserta, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Nama, nombor kad pengenalanAlamat, nombor telefon mudah alihButiran akaun bank, penyata bankMaklumat transaksi pembelian
Perkongsian dan pendedahan Data Peribadi peserta e-Tunai Rakyat adalah dibenarkan untuk tujuan seperti berikut, antaranya:
Pengesahan kelayakan permohonan dan pengesahan tuntutan insentif dengan penyedia perkhidmatan e-dompet lain.Memproses sebarang aduan, dan menghantar sebarang notis atau berkomunikasi.Mengumpul data dan maklumat transaksi perbelanjaan ketika menggunakan insentif ini.Membolehkan Data Peribadi peserta digunakan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan program ini.
Tidak dinafikan insentif ini boleh merancakkan penggunaan e-tunai dalam transaksi harian, seterusnya meningkatkan kecekapan dan transparensi dalam usaha pendigitalan ekonomi yang lebih meluas.

Namun timbul persoalan adakah pengguna memahami implikasi daripada perkongsian data peribadi ini, dan apakah jaminan tidak berlaku penyelewengan terhadap penyimpanan dan pemprosesan data (termasuk prinsip keselamatan), sebagaimana yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Rahsia Kenapa Bank Kekurangan Wang Tunai Dan Bagaimana Wang 'Atas Angin' Dicipta!10 Negara Dengan Matawang Paling Murah Di Dunia
sumber: pepitih



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/apa-itu-e-dompet-e-wallet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ello Tauke Mana Itu Bas

Ello Tauke Mana Itu Bas

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 272 hits
Nizam AkaEllo tauke Apa masalah lu ni Itu thn 2017 Waa punya lebai kelantan ada odar itu elektlik punya bas Waa manyak syok woo Tp apasal lu hantar itu Mencedez Itu punya bas mana pigi Malu lah Waa punya lebai lu bikin ini mcm Itu Selangor ...
Ibu Nak Ayam Tu Semua Tengok Budak Yang Minta Ayam Kfc Yang Jatuh Di Lantai Itu

Ibu Nak Ayam Tu Semua Tengok Budak Yang Minta Ayam Kfc Yang Jatuh Di Lantai Itu

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 620 hits
Ibu Nak Ayam Tu Suara Itu Membuatkan Semua Disitu Tengok Budak Yang Minta Ayam KFC Yang Jatuh Di Lantai itu Perkembangan seorang kanak kanak bergantung kepada tahap didikan dan asuhan ibu bapa dan guru Jika contoh dan akhlak yang terbaik di...
Apa Yang Tidak Beretika Itu Pm Soal Kembali Wartawan Selepas Diaju Soalan Berkenaan Pendedahan Sprm

Apa Yang Tidak Beretika Itu Pm Soal Kembali Wartawan Selepas Diaju Soalan Berkenaan Pendedahan Sprm

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 385 hits
Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi tiada beza dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah bekas...
Giroud Hampir Pasti Sertai Inter Milan Lampard Puji Profesionalisme Pemain Itu

Giroud Hampir Pasti Sertai Inter Milan Lampard Puji Profesionalisme Pemain Itu

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 253 hits
Olivier Giroud kini menghampiri perpindahan ke Serie A dengan menyertai Inter Milan Fabrizio Romano melaporkan bahawa Giroud dan Inter Milan sudah mencapai persetujuan Dan kini mereka dalam proses untuk menanti pelepasan daripada Chelsea Gi...
Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 1207 hits
Sehingga hari ini wabak Influenza A sudah pun merebak dengan cepat Ketika aku warded di hospital tempoh hari kedengaran seperti ramai kanak kanak dimasukkan ke hospital Walau nampak seperti demam biasa Influenza A boleh membawa maut Wabak y...
Penunggang Motosikal Itu Enggan Berhenti Lari Rempuh 2 Pegawai Jpj

Penunggang Motosikal Itu Enggan Berhenti Lari Rempuh 2 Pegawai Jpj

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 380 hits
Viral di media sosial semalam video yang menunjukkan seorang penunggang motosikal dipukul oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan mengundang pelbagai reaksi netizen Berdasarkan video itu penunggang motosikal terbabit berada di kawasan rumpu...
G25 Jika Mahu Tinggalkan Islam Itu Antara Dia Dan Tuhan

G25 Jika Mahu Tinggalkan Islam Itu Antara Dia Dan Tuhan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 262 hits
Diterbitkan Hari ini 12 50 tengahariBERITAKumpulan bekas penjawat awam kanan G25 membidas undang undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan Demikian menurut kertas laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Ja...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator