Adakah Bermulanya Puasa Apabila Masuk Waktu Imsak



Soalan:
Umum mengetahui bahawa waktu imsak masuk 10 minit sebelum waktu subuh. Adakah dengan masuknya waktu imsak tersebut maka kita tidak lagi boleh untuk makan dan minum kerana telah bermulanya puasa?

Jawapan:
Di antara perkara-perkara sunat di dalam berpuasa adalah dengan mengakhirkan bersahur. Mengakhirkan di sini bermakna melewatkan proses bersahur tersebut. Seperti yang kita maklum, di Malaysia, masuknya waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh. Terkadang timbulnya persoalan dan kekeliruan adakah waktu imsak itu waktu bermulanya puasa. Untuk membincangkan isu ini mari sama-sama kita renungi firman Allah SWT ini:

وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِۚ
“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” (Al-Baqarah: 187)

Al-Imam Ibn Kathir Rahimahullah di dalam tafsirnya menyebutkan bahawa ayat di atas memberi kebenaran untuk makan dan minum sehingga ternampaknya cahaya subuh (fajar sadiq) dari kegelapan malam.[1]

Terdapat beberapa hadith yang lain menceritakan tentang sifat sahur Nabi ﷺ serta arahan Baginda ketika bersahur, antaranya:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ، قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟ قَالَ: قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً.
Kami telah bersahur bersama Nabi SAW kemudian kami mendirikan solat (solat sunat). Aku telah berkata (iaitu Anas bin Malik RA bertanyakan kepada Zaid bin Thabit RA): “Berapakah kiranya (masa) di antara azan dan sahur itu?” Jawab Zaid bin Thabit RA: “Sekadar bacaan 50 ayat (al-Quran)”. [Riwayat Al-Bukhari (1921) & Al-Tirmidzi (703)]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di mengatakan kadar bacaan 50 ayat tersebut adalah kadar bacaan sederhana. Tidak terlalu laju dan tidak pula terlalu lambat. Begitu juga dengan kadar panjang ayat yang sederhana. Tidaklah ayat yang penjang, tidak juga ayat yang terlalu pendek.[2]

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ
“Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Ummi Maktum”. [Riwayat al-Bukhari (620)]


Ketika zaman Rasulullah ﷺ , azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali. Sekali sebelum masuknya waktu subuh untuk memberikan peringatan manakala azan yang kedua bermaksud telah masuknya waktu subuh. Berdasarkan hadith di atas, Bilal RA azan pada waktu malam menunjukkan bahawa beliau melaungkan azan yang pertama iaitu sebelum masuknya waktu subuh (diiktibarkan pada waktu malam). Maka, Rasulullah ﷺ memberikan keizinan untuk makan dan minum pada waktu tersebut (untuk bersahur). Sekiranya telah azan Ibn Umm Maktum RA untuk azan yang kedua, maka ia menunjukkan bahawa waktu subuh telah masuk dan telah bermulanya waktu berpuasa. Iktibarnya di sini adalah masuknya waktu iaitu terbitnya fajar al-sadiq dengan berkumandangnya azan.

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ menyebutkan: “Telah kami sebutkan sekiranya telah terbit fajar dan padanya (di dalam mulutnya) terdapat makanan, maka perlu dia mengeluarkan makanan tersebut dan kemudian sempurnakan puasanya. Sekiranya dia menelan apa yang ada di dalam mulutnya itu, setelah mengetahui terbitnya fajar al-sadiq, maka batallah puasanya. Dalilnya adalah hadith daripada Ibn ‘Umar dan ‘Aisyah R.Anhum yang mana Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ بِلاَلاً يُنَادِي بِلَيْلٍ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُنَادِيَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ (hadith seperti di atas)…”.[3]

Kesimpulan

Setelah melihat kepada dalil serta nas yang terdapat di dalam perbahasan ini, kami katakan di sini bahawa waktu imsak (10 minit sebelum masuknya waktu subuh) bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka pada tempoh tersebut dibolehkan lagi untuk makan dan minum. Namun, sekiranya telah kedengaran azan subuh, maka hendaklah berhenti serta merta dan kemudian sempurnakan puasa tersebut sehingga masuk waktu berbuka.

Kami melihat bahawa waktu imsak yang selama 10 minit itu ada asasnya sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu. Kami amat bersetuju dengan waktu imsak ini dan sekiranya seseorang yang bangun lewat untuk bersahur dan masa masih berbaki untuk beliau bersahur di dalam waktu imsak, maka ianya dibolehkan dan ianya tidak pula memudharatkan puasanya pada hari tersebut. Oleh itu, kami mencadangkan agar sahur itu diselesaikan sebelum masuknya waktu iaitu sebelum azan agar tidak timbul syubhah (keraguan).

Akhir kalam, suka untuk kami menyebutkan antara hikmah mengapa disunatkan untuk melewatkan sahur itu, agar muslim khususnya lelaki dapat terus bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh yang mana jika seseorang itu mengawalkan sahurnya, boleh jadi dia akan tidur sejurus selepas bersahur dan kebarangkalian untuk dia terlepas waktu subuh amat besar. Amat tidak patut bagi seseorang muslim itu mengejar yang sunat namun meninggalkan perkara yang wajib.

Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/adakah-bermulanya-puasa-apabila-masuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa

Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 1306 hits
Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa Waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuk waktu subuh Dalam kalendar waktu berbuka puasa ada ditulis waktu imsak Biasanya kita akan ajar anak anak untuk berhenti makan semasa dah masuk waktu imsak J...
Serunya Mengisi Waktu Puasa Ramadhan Dengan Bermain Burung Kenari

Serunya Mengisi Waktu Puasa Ramadhan Dengan Bermain Burung Kenari

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 459 hits
Hari ini merupakan hari pertama kali umat islam menjalankan ibadah puasa Ramadhan dan sebelumnya kami ucapkan Marhaban Ya Ramadhan Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan buat sobat sekalian yang menjalankan ibadah di bulan Ramadhan Memang hal y...
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2019 Sarawak

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak 2019 Sarawak

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 753 hits
Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak sepanjang bulan Ramadhan 1440H 2019M bagi setiap zon di seluruh negeri Sarawak sepertimana dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jadual atau takwim ini diharap dapat membantu um...
Waktu Berbuka Dan Imsak Bagi Cameron Highlands 2019

Waktu Berbuka Dan Imsak Bagi Cameron Highlands 2019

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 626 hits
Saya kongsikan waktu Berbuka Dan Imsak bagi kawasan Cameron Highlands untuk Ramadhan 2019 Kami masih kenal sebagai Daerah berbuka puasa yang paling lewat di negeri Pahang Darul Makmur Tak kisah sebab tak terasa laparnya
Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Selangor 2019

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 441 hits
JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1440H 2019M BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR Mama perasan ramai yang masuk blog Ni hari ini kerana nak melihat Waktu Berbuka Puasa bagi Negeri Selangor Kasihan pula data yang mama Ada cuma tahun lepas ...
Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 843 hits
Cara pemakanan teknik mengepam dan mindset yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak Bagaimanapun ada beberapa cara yang bo...
Selama Puasa Penumpang Di Dalam Mrt Diizinkan Minum Dan Makan Saat Waktu Berbuka

Selama Puasa Penumpang Di Dalam Mrt Diizinkan Minum Dan Makan Saat Waktu Berbuka

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 375 hits
Mulai 1 Mei kemarin Moda Raya Terpadu akan beroperasi lebih awal dan berakhir lebih malam Yakni dari pukul 05 00 Wib sampai pukul 24 00 Wib
Adakah Dengan Menghukum Saya Mereka Sudah Dapat Tiket Masuk Syurga Fathia Umum Tidak Lagi Bertudung

Adakah Dengan Menghukum Saya Mereka Sudah Dapat Tiket Masuk Syurga Fathia Umum Tidak Lagi Bertudung

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 534 hits
Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga Fathia Umum Tidak Lagi Bertudung Saya rasa lebih lega sekarang Saya enggan menipu diri sendiri lagi dan kembali menjadi diri sendiri Lagipun untuk kekal bertudung bukan satu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti