Adakah Berbohong Akan Membatalkan Puasa



Soalan:
Adakah perbuatan berbohong semasa seseorang itu sedang berpuasa menyebabkan puasanya terbatal?

Jawapan:
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani mendefinisikan berbohong seperti berikut: “Memberitahu akan sesuatu berbeza dengan keadaan sebenarnya, sama ada dengan sengaja ataupun tersilap.” [Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (1/201)]

Manakala Imam Al-Nawawi pula mengatakan bahawa berbohong adalah: “Mengkhabarkan sesuatu berbeza dengan keadaanya yang sebenar, sama ada dengan sengaja atau tidak, dan sama ada perkhabaran itu akan perkara yang telah berlalu atau akan datang.” [Lihat Syarah Sahih Muslim, Al Nawawi (1/69)]

Perbuatan berbohong adalah termasuk dalam himpunan dosa-dosa besar. Ini seperti yang ditunjukkan oleh firman Allah S.W.T:

‎فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الْأَوْثَانِ وَاجْتَنِبُوا قَوْلَ الزُّورِ
“Maka jauhilah kalian akan kotoran berhala dan jauhilah kalian ucapan yang dusta.” [Surah Al-Hajj (30)]

Berdasarkan ayat di atas, perbuatan berbohong diselarikan kedudukan dan sebutannya dengan perbuatan menyembah berhala. Oleh yang demikian, keduanya dianggap sebagai sama dari sudut keduanya merupakan perbuatan dosa besar.

Imam Al-Nawawi apabila menjelaskan berkenaan hukum berbohong beliau berkata: “Sesungguhnya telah jelas nas-nas dari Al-Kitab dan juga Al-Sunnah ke atas pengharaman berbohong. Ia adalah antara perbuatan dosa yang buruk serta suatu keaiban yang keji. Ijma' para ulama telah berlaku ke atas pengharamannya bersama-sama dengan nas-nas yang jelas.” [Rujuk Al-Azkar Al-Nawawiyyah, Al Nawawi (Hlm. 377)]

Perbuatan berbohong dalam keadaan seseorang itu sedang berpuasa menjadikan dosa orang tersebut bertambah beratnya. Ini kerana, dosa dan pahala seseorang itu boleh berbeza kadar ganjaran dan hukumannya mengikut perbezaan faktor seperti tempat ia dilakukan dan juga masa ia dilakukan. Justeru, melakukan dosa seperti berbohong dalam bulan Ramadhan lebih-lebih lagi dalam keadaan seseorang itu sedang berpuasa menjadikan ianya lebih berat di sisi Tuhan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan yang dusta dan beramal dengan pembohongan maka Allah tidak berhajat ke atas perbuatannya yang meninggalkan makan dan juga minum.” [Riwayat Al-Bukhari (1903)]


Imam Ibn Hajar menukilkan kata-kata Imam Ibn Batthal dalam menghuraikan makna hadis di atas dengan kata beliau: “Hadis ini bukanlah bermaksud arahan kepada orang yang berpuasa untuk meninggalkan puasanya itu. Bahkan maknanya adalah ancaman terhadap perbuatan berbohong.” [Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar (4/139)]

Berdasarkan hadis di atas para ulama memberikan tafsiran yang berbeza-beza akan maksud sebenar kenyataan Nabi S.A.W. Sebahagian mensyarahkan bahawa maksudnya adalah sesiapa yang berbohong puasanya tidak diterima oleh Allah S.W.T. Manakala sebahagian yang lain pula menyatakan bahawa maksud hadis tersebut adalah sesiapa yang berbohong akan menyebabkan pahala puasanya berkurangan.

Berikut kami kongsikan kenyataan Imam Ibn al-Munir yang menyebut: “Bahkan ucapan Nabi ini adalah kinayah terhadap tidak diterimanya (puasa mereka yang berbohong).”

Kenyataan ini dikuatkan lagi oleh Imam Ibn al-‘Arabi yang menyebut: “Intipati hadis ini adalah, sesiapa yang melakukan perbuatan yang telah disebutkan (berbohong) maka dia tidak akan diberikan pahala ke atas puasanya itu.” Ini bermakna pahala berpuasa tidak akan berada di dalam neraca timbangan amalan yang setara berserta dengan dosa bercakap bohong.

Manakala Imam al-Baidhawi pula berkata: “Bukanlah maksud (tujuan) dari pensyariatan puasa itu untuk menahan diri dari lapar dan dahaga semata-mata. Bahkan ia diikuti dengan memecahkan nafsu syahwat serta mentaatkan nafsu al-ammarah menuju ke arah nafsu al-muthma’innah. Sekiranya yang demikian itu tidak terhasil (melalui puasa), Allah tidak akan melihat ke arahnya dengan pandangan menerima (amalan).”

Maka sabda Nabi S.A.W: “Allah tidak berhajat (kepada puasanya)”, adalah majaz (kiasan) kepada tidak diterimanya puasa tersebut.

Imam al-Subki pula menyatakan: “Hadis ini memberikan peringatan kepada kita akan dua perkara: Pertamanya, bertambah keburukan dan keji bagi orang yang berbohong semasa berpuasa berbanding di luar puasa. Keduanya, hendaklah seseorang itu berusaha untuk menyelamatkan puasanya dari perbuatan berbohong. Kesan darinya adalah, puasa akan sempurna dengan selamatnya ia dari perbuatan berbohong. Sekiranya tidak selamat, maka puasa akan berkurangan.” [Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani (4/139)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, setelah kami menekuni beberapa pandangan ulama yang kami sebutkan di atas kami menyatakan bahawa perbuatan berbohong tidaklah termasuk dalam perkara-perkara yang membatalkan puasa. Namun, berbohong tidak dinafikan bahawa ia merupakan perbuatan yang mengurangkan pahala puasa seseorang.

Meskipun begitu, perbuatan berbohong adalah suatu perkara yang perlu dielakkan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Jadikanlah bulan Ramadhan sebagai suatu medan mentarbiah diri agar menjauhi segala perbuatan dosa dan maksiat.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat dan benar kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/adakah-berbohong-akan-membatalkan-puasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa

Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 1316 hits
Adakah Masuk Waktu Imsak Bermulanya Puasa Waktu imsak adalah 10 minit sebelum masuk waktu subuh Dalam kalendar waktu berbuka puasa ada ditulis waktu imsak Biasanya kita akan ajar anak anak untuk berhenti makan semasa dah masuk waktu imsak J...
Perkara Perkara Membatalkan Puasa Usah Buat Buat Lupa Ya

Perkara Perkara Membatalkan Puasa Usah Buat Buat Lupa Ya

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1457 hits
Perkara Perkara Membatalkan Puasa Usah Buat Buat Lupa Ya Bulan ramadhan dah dekat sangat ni tak sabar nak berpuasa dengan bersungguh sungguh dengan sempurna dan lebih baik dari tahun yang lepas lepas Dalam usaha nak lengkapkan puasa dengan ...
Betulkah Kumur Dan Sikat Gigi Bisa Membatalkan Puasa

Betulkah Kumur Dan Sikat Gigi Bisa Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 264 hits
Menurut Ustadzah Aini Aryani LC saat berpuasa mulut adalah anggota tubuh yang memerlukan perhatian lebih Sebab mulut menjadi pintu gerbang dari segala kebaikan yang dapat kira berikan bagi tubuh kita maupun orang lain
Yang Membatalkan Puasa Dari Wajib Qadha Hingga Dikenai Kafarat

Yang Membatalkan Puasa Dari Wajib Qadha Hingga Dikenai Kafarat

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 427 hits
Kita perlu tahu betul hal hal yang membatalkan puasa Agar puasa kita tetap sah dan tidak batal Apalagi jika sampai terkena kafarat Betapa ruginya menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari ternyata puasa kita bat...
Diam Ternyata Boleh Membatalkan Puasa

Diam Ternyata Boleh Membatalkan Puasa

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 386 hits
as salam Dalam acara ceramah seorang ustadz berkata Ternyata diam boleh membatalkan puasa Lalu para jamaah serentak terkejut hairan bagaimana boleh batal puasanya tanya salah seorang jemaah lalu dengan santai ustadz berkata Hal yang membata...
Adakah Melatah Membatalkan Solat Kita

Adakah Melatah Membatalkan Solat Kita

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 307 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua Selawat dan salam ke atas Nabi SAW dan keluarga sahabat seterusnya yang mengikut jej...
Adakah Bermulanya Puasa Apabila Masuk Waktu Imsak

Adakah Bermulanya Puasa Apabila Masuk Waktu Imsak

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 422 hits
Soalan Umum mengetahui bahawa waktu imsak masuk 10 minit sebelum waktu subuh Adakah dengan masuknya waktu imsak tersebut maka kita tidak lagi boleh untuk makan dan minum kerana telah bermulanya puasa Jawapan Di antara perkara perkara sunat ...
Hukum Hakam Tentang Puasa

Hukum Hakam Tentang Puasa

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 663 hits
Kalau masih ragu ragu jom baca perkongsian ini semuga bermanafaat
Jadwal Imsyak Buka Puasa Selasa 7 Mei 2019 Jakarta Surabaya Dan Kota Besar Lain

Jadwal Imsyak Buka Puasa Selasa 7 Mei 2019 Jakarta Surabaya Dan Kota Besar Lain

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 371 hits
Jadwal Imsyak dan Buka Puasa untuk hari Selasa 7 Mei 2019 bagi warga di wilayah Jakarta Surabaya Medan Makassar dan Balikpapan
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tuition Teacher Found Dead In Pool Of Blood With Slash Wounds To Neck

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko