Ada Lagi



Tekak asyik nak makan jer. Rasa pahit jer mulut ni tau.Nak makan masam juga. Benda lain tak terliur pun, yang terliur sangat nak makan adalah mee berkuah dan tekak asyik nak makan pedas-pedas. Mengandung ea?

Ohhh, haritu nampak kawan ni upload video anak-anak makan ramen.Esok juga,cari tau.Memang pedas,anak-anak menangis bila makan. Ramen keju jer,pedas tak boleh bawa bincang langsung.

Nak dijadikan cerita, perut memang dah berangin sebenarnya.Kembung perut lah.Okay panggil. Dan satu malam tu,singgah makan malam di luar.Order teh O halia.Pergh! memang sedap betul gigit halia tu.Duk kunyah-kunyah layan betul makan halia. Gedebus, berdas-das angin keluar.Angin kentut dan juga angin sendawa.Happy lah sekejap,sebab perut dah lega dari masalah kekembungan.
Period??
Errr, balik dari kedai makan malam tu. Tetiba macam period.Rasa tak selesa. Tetapi dalam hati macam lega lah sikit.Sebab bulan 7 ni period tak datang langsung. Biasanya, awal bulan period dah mai.Kali ni macam terlambat.
Period dalam 2 hari, tetapi apa yang pelik.Darah period tak macam period.Faham kan? Warna gelap dan tak berbau .Eeeeuu~ pelik lah jugak. Selepas 2 hari period je ,penuh pad lah.Hari ke-3 dah takde period.Dia stop gitu jer.Takde macam period betul tu.Stop terus. Dan beberapa hari kemudian, spotting pula. Sebab makan Mee Tomyam.
Ehh,sebelum ni kan. Ramai pula kenalan Ina yang mengandung.Ada rakan di facebook dan juga sepupu 2 orang pun turut mengandung. Happy sangat tau bila dengar berita gembira ni …
Mengidam Kali ini tekak asyik nak makan mee berkuah, pedas. Asyik teringin pula nak makan baby octopus. Seminggu sebelum period tu memang dah makan makanan korea dan sushi lah.Haih~ pelik-pelik masa ni anak tekak nak makan. Tak dapat makan,rasa sedih sangat.Rasa nak meraung pun ada masa ni tau.
Lepastu anak tekak asyik teringat Mee Kari warung KUYOE, ada satu malam tu nak makan.Call abah minta belikan,tetapi takde rezeki malam tu. Habis licin Mee Kari dia. Abah belikan di kedai astaka,memang tak kena langsung dengan selera tekak.Kuah pucat dan tak kaw macam kat Warung KUYOE tu. Keesokan harinya, abah belikan.Ya Allah~ nikmat sangat bila dapat Mee Kari tu. Dalam hati risau lagi, sedapkan hati. Baby kuat kat dalam.Jangan bleeding lagi yea.. alhamdulillah, dah tak bleeding dah.
Terlupa tarikh last Miss Period Adehh,bab ni memang payah betul nak ingat.Tak tahu lah kenapa.Susah nak ingat last tarikh period tu bila.Dan bermasalah pula sekarang ni.

Minggu lepas ke Klinik WYKO di Jalan Beserah. Sebab bleeding masa tu. Pergi sebab pagi selepas subuh dah test buat upt sendiri di rumah.Dan alangkah gembiranya, naik laju betul double line masa tu. Terkejut sangat. Macam tak percaya jer rasa. Yerlah, anak yang bongsu tu asyik ingat kecil aje. Asyik cakap,tu lah zuriat terakhir dari rahimku.Tetapi tup-tup allah bagi lagi rupanya.
Ehh,mujur sangat.Suami bagitahu last period bulan 6 bukannya bulan 5. Doktor pun ada cakap, kantung macam 5 weeks.Bukan 2 bulan, 2 bulan dah ada heartbeat ,kaki tangan semua. Hihihihi.. Duk menangis juga sebenarnya.Rupanya tak gugur.


Sebenarnya bukan apa, start dari anak nombor 2 lagi,semasa mengandungkan Soffea kandungan bleeding.Tak boleh stress dan penat . Walau penat sedikit jer pun, akan ada spotting. Kuasa allah s.w.t besar (sekarang Soffea dah 4 tahun), bleeding ON OFF dan spotting sudah biasa.Hampir sebulan juga, siap bleeding darah fresh dan pernah juga keluar ketulan macam keguguran.Pinggang semua start sakit,memang macam nak gugur betul lah. 9weeks barulah nampak heartbeat masa tu. Huhuhuu,sujud syukur masa tu suami bila kali terakhir doktor scan bagitau ada heartbeat. Suami pun masa tu nak sangat baby.Anak sulung waktu itu dah 3 tahun Sara.

Alahan macam-macam kandungan ke-4 Sejak miss period haritu dah ada simptom ni.Cuma tak nak percaya jer bahawa Ina ni betul mengandung. Tetapi sekarang ni dah memasuki 6 weeks, alahan tu semakin kerap.

Alahan biasa je. Memasuki tengahari anak tekak dah rasa mual. Rasa macam nak keluar jer isi kat dalam ni tau. Ambil Sara jam 1 petang, masa tu juga dia nak muntah semasa drive. Dah mula pening-pening kepala. Tekak pun asyik rasa pahit,nak makan sesuatu. Mulut asyik nak mengunyah ni tau. Erm, makan buah tembikai susu pun,rasa tawar jer.Anak-anak makan semuanya kata manis.Adududud..

Dan alahan lain rasa malas nak melipat baju. Malas lahhh, baru jer keluarkan kain dah menguap 2 3 kali. Sekali pakej loya tekak.Ermm,terus simpan masuk dalam bakul semula. Tetapi kan, kalau memasak Ina rajin. Macam-macam juga masak sekarang ni. Tekak nak makan benda-benda bakar jer. Terliur pula bila cerita ni tau.
Sejak baru-baru disahkan mengandung ni kan, jam 10 malam dah mengantuk. Anak-anak paling excited nak sapukan minyak pada perut mama sebelum tidur.Rasa lega sangat.. suami nak sapukan minyak pun,mereka semua tak bagi chance dah. Excited sangat terutamanya yang sulung Sara tu. Dia bercakap dengan baby,ucap selamat malam dan selamat pagi .
Pagi tadi kaki dah mula cramp.Ohh,sakit sangat.. mujur ada suami yang jadi doktor. Lega lahh,tak semakin melarat cramp nyee.
Minggu depan nak repeat scan di Klinik WYKO. Tengok samada macam mana perkembangan janin.Sebab tanda alahan masih ada. Perut pun makin membesar.Hihihi..

Bagi sesiapa yang nak pregnat tu baca ni : How to get Pregnat Fast

Ada lagi… Mee Kari Sedap! Di Warung Kuyoe Tetap Setia denga Jenama Panasonic! Beli jenis Aqua Beat 7.0Kg Penapis Air 3 Suhu – Bio Ultra Alkaline Sakan Beraya di 3 Buah Open House
The post Ada lagi… appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nurimanqhaisara.com/pengalaman-awal-mengandung/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga