Ada Ibu Hamil Mengidam Telur Penyu Saya Tak Berani Jual Peniaga Telur Penyu


Pelaksanaan larangan menjual telur penyu di Terengganu kini sudah dijalankan dan kebanyakan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang telah pun mematuhi peraturan tersebut.
Walaupun berasa sedikit terkilan kerana tidak lagi dapat memenuhi permintaan pelanggan tetap yang menggemari telur eksotik itu, mereka akur dengan keputusan kerajaan Terengganu demi memastikan usaha konservasi secara maksimum dapat dicapai.

Bagi Hayati Mad Zain, 54, beliau mengakui ramai pelanggan tetapnya yang masih berharap beliau akan terus menjual telur penyu, walaupun setelah larangan itu dikuatkuasakan 1 Jun lepas.
“Paling membuatkan saya rasa sayu apabila segelintir ibu hamil merayu untuk membeli telur penyu kerana mengidam,”.
Hayati berkata, rayuan tersebut bagaimanapun tidak dapat ditunaikan kerana peniaga terikat dengan undang-undang larangan penjualan telur penyu yang dikuatkuasakan di Terengganu sejak awal bulan Jun lalu.
“Saya tidak mahu ambil risiko didenda atau dihukum kerana melanggar peraturan. Sebagai peniaga, saya patuh sahaja larangan tersebut, walaupun telur penyu adalah antara jualan yang paling laris di gerai saya ini,” katanya yang berniaga di pasar tumpuan pelancong itu sejak berusia 11 tahun, mengikut ayahnya.
Ketika ini, terdapat tujuh peniaga telur penyu di Pasar Besar Kedai Payang dan Hayati antara peniaga yang sering dicari pelanggan, kerana stok jualannya sentiasa banyak dan Hayati juga menjual telur yang sedia dimakan kerana ia sudah siap dijeruk serta direbus.
Seorang lagi peniaga Zainab Mohd Elias, 48, berkata beliau baru sahaja mencuba nasib menjual telur penyu sejak dua tahun lepas, sebagai ‘produk jualan’ tambahan di gerai kuih tradisionalnya.
“Selain kain batik, sutera dan keropok keping, telur penyu juga adalah antara daya tarikan orang ramai ke pasar ini, kerana hanya Terengganu sahaja yang masih membenarkan penjualan telur penyu di Malaysia.
Beliau mengakui ada pelanggan membeli telur penyu untuk dimakan sebagai ubat sakit lutut, dan mendakwa ia mujarab walaupun tiada kajian saintifik yang membuktikan dakwaan itu.
Pada November tahun lepas, kerajaan Terengganu telah meluluskan Enakmen Penyu 1951 (Pindaan 2021) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri, untuk mengelakkan kepupusan hidupan marin yang semakin terancam itu.
Pindaan itu antara lain, akan mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan berkaitan penyu, dengan menetapkan kadar denda yang lebih tinggi terhadap kesalahan kacau ganggu dan membunuh penyu, iaitu RM50,000 hingga RM250,000 berbanding hanya RM3,000 sebelum ini.
— BERNAMA
Kredit: Awani, Kosmo
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post “Ada Ibu Hamil Mengidam Telur Penyu, Saya Tak Berani Jual” – Peniaga Telur Penyu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ada-ibu-hamil-mengidam-telur-penyu-saya-tak-berani-jual-peniaga-telur-penyu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengidam Naik Kereta Kebal Ibu Hamil Menangis Impian Tercapai Dengan Bantuan Atm

Mengidam Naik Kereta Kebal Ibu Hamil Menangis Impian Tercapai Dengan Bantuan Atm

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 243 hits
Ibu hamil yang mengidam bukan saja saja Kadang benda ini berlaku diluar kawalan dan tak dibuat buat pun Bukan setakat mengidam makanan ada juga ibu mengandung teringin untuk buat sesuatu yang tak terfikir sebelum itu Terbaharu tular di akau...
Risau Anak Makin Jauh Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat Jual Nasi Lemak

Risau Anak Makin Jauh Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat Jual Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 227 hits
Bagi menyediakan yang terbaik untuk anak anak seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja Kadang kadang demi menyediakan keperluan yang lengkap untuk anak tersayang kita mungkin tidak ada masa yang cukup bersama mereka Artikel Menarik Ibu beke...
Perghhh Ibu Tebal Muka Rayu Atm Bawa Anak Hamil Ronda Ronda Naik Kereta Kebal

Perghhh Ibu Tebal Muka Rayu Atm Bawa Anak Hamil Ronda Ronda Naik Kereta Kebal

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 253 hits
Ibu tebal muka rayu ATM bawa anak hamil ronda ronda naik kereta kebal Mak buyung punya drama sampai muntah 3 kali Oleh MSTARCara mengidam Ain semasa hamil anak kedua berbeza dengan kehamilan anak pertama KAU dah kenapa Mana ibu nak cari ADV...
Operasi Pasar Untuk Menstabilkan Harga Telur Ayam Ras

Operasi Pasar Untuk Menstabilkan Harga Telur Ayam Ras

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 282 hits
Operasi Pasar untuk Menstabilkan Harga Telur Ayam Ras Operasi pasar yang digelar Badan Pangan Nasional menjual telur ayam ras dengan harga Rp27 000 per kilogram Operasi pasar ini dilakukan untuk menstabilkan pasokan dan harga telur yang ter...
Resipi Sup Telur Yang Mudah Sedap Cepat Masak

Resipi Sup Telur Yang Mudah Sedap Cepat Masak

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 273 hits
Sup Telur memang sangat mudah disediakan Ia merupakan salah satu menu yang menyihatkan yang tidak memerlukan kos yang banyak untuk dimasak Selain itu ia juga sesuai untuk kanak kanak terutamanya bagi yang picky eater susah nak makan nasi da...
Hari Ini Harga Telur Ayam Di Jakarta Rp29 000 Per Kg

Hari Ini Harga Telur Ayam Di Jakarta Rp29 000 Per Kg

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 311 hits
Terpantau harga telur ayam ras di Pasar Munjul Jakarta Timur pada Minggu mengalami penurunan Telur ayam dibanderol dari Harga Rp 29 000 hingga Rp 32 000 Untuk harga telur ayam super Rp 32 000
Asyik Tak Jadi Ini Cara Tepat Rebus Telur Separuh Masak Guna Air Fryer

Asyik Tak Jadi Ini Cara Tepat Rebus Telur Separuh Masak Guna Air Fryer

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 367 hits
Merebus telur separuh masa menggunakan air fryer sememangnya lebih menjimatkan masa Hanya mengambil masa selama 5 hingga 10 minit ini cara tepat merebusnya dengan betul Perkongsian tip lengkap dengan suhu dan cara memasaknya seperti yang di...
10 Resipi Berasaskan Tofu Telur Sedap Yang Tak Suka Tauhu Pun Boleh Suka

10 Resipi Berasaskan Tofu Telur Sedap Yang Tak Suka Tauhu Pun Boleh Suka

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 473 hits
Inspirasi resipi berasaskan tofu telur Sungguh sedap dimakan dengan nasi putih panas2 Tak perlu lauk lain Wajib cuba Kalau biasa tak makan tauhu cuba rasa Tofu telur ini mesti boleh masuk kerana rasanya berbeza Bagi yang tak tahu beginilah ...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik