Mengidam Naik Kereta Kebal Ibu Hamil Menangis Impian Tercapai Dengan Bantuan Atm
Ibu hamil yang mengidam bukan saja-saja. Kadang benda ini berlaku diluar kawalan dan tak dibuat-buat pun. Bukan setakat mengidam makanan, ada juga ibu mengandung teringin untuk buat sesuatu yang tak terfikir sebelum itu.
Terbaharu, tular di akaun TikTok apabila seorang ibu hamil bukan mengidam untuk makan tetapi dia mengidam untuk naik kereta kebal, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @omma_ellysha76 di laman TikToknya, dipercayai ibu kepada wanita hamil tersebut dan demi memenuhi permintaan anaknya, dia telah membawa anaknya itu ke Kem Tentera di Sungai Besi.
@omma_ellysha76♬ Ya Maulana (Remastered) – Sabyan
Ujarnya lagi, dia atau lebih mesra disapa dengan panggilan Omma sangat memahami keadaan anaknya itu kerana dia sendiri sudah melalui fasa yang sedang dialami anak kesayangannya.
Tanpa menghiraukan rasa malunya, sebaik sahaja tiba di kawasan kem itu, Omma meminta izin kepada anggota tentera yang berada di berhampiran untuk menaiki kereta kebal tersebut.
@omma_ellysha76♬ Syukran Lillah (Sabyan) – Sabyan
Alhamdulillah, atas budi bicara anggota tentera, ingatkan ibu yang mengandung saja diberi peluang tetapi ahli keluarga lain pun dapat menaiki kereta kebal tersebut dan anaknya itu menangis gembira kerana dapat melepaskan rasa mengidamnya selama ini.
Alhamdulilah, netizen tengok pun happy sebab ibu hamil dapat naik kereta kebal!
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira apabila mereka dapat melihat keiginan ibu hamil itu akhirnya tercapai.
Terbaiklah abang askar!
Bukan itu sahaja, netizen turut kagum serta memuji sikap anggota tentera yang memberikan keizinan pada ketika itu yang sanggup mengemaskan barang dalam kereta kebal itu demi memenuhi ibu yang mengidam.
Semoga anak yang dikandung menjadi seorang pejuang tanah air, aamiin!
Malah, majoriti netizen mendoakan agar anak yang dikandung oleh wanita tersebut lahir menjadi seorang yang berjuang untuk tanah air, kelak.
“Alhamdulillah. Tahniah.mungkin anak dalam kandungan nak jadi askar tu. Semoga dimurahkan segala urusan.Terbaik ibu dan ATM
“Alhamdulillah tercapai hajat.. saya faham sangat orang mengidam nie.. tak dapat kita boleh nangis.. dah dapat pun kita akan nangis terharu 🥺🥺”
“Terbaik abang askar dapat tunaikan moga dipermudahkan, harap keluar nanti jadi seorang perwira negara.”
Sumber: TikTok @omma_ellysha76; OMM
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post Mengidam Naik Kereta Kebal, Ibu Hamil Menangis Impian Tercapai Dengan Bantuan ATM appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/mengidam-naik-kereta-kebal-ibu-hamil-menangis-impian-tercapai-dengan-bantuan-atm/