Kes Rm25 Juta Duit Bahan Bukti Sprm Hilang Polis Tahan Penyamun Anak Emas


 



September 28,, 2021Salah seorang pegawai SPRM, yang ditahan susulan kehilangan RM25 juta wang bahan bukti, disifatkan sebagai “bermasalah” tetapi rapat dengan orang ternama.
Perkara ini disifatkan oleh sumber-sumber, termasuk bekas pegawai kanan, yang mengetahui berkaitan selok-belok dalam suruhanjaya itu.
“Pegawai ini memang diketahui bermasalah,” kata satu sumber kepada Malaysiakini.
“Kami ada nickname untuk dia – penyamun anak emas.”
SPRM sebelum ini menahan tiga pegawainya selepas bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid membuat laporan bahawa sejumlah besar wang tunai yang dirampas dalam siasatan terhadapnya pada 2018 hilang.
Malaysiakini difahamkan bahawa tiga anggota SPRM yang menjadi suspek berkhidmat dalam unit siastan khas yang mengendalikan kes Hasanah.
Sumber-sumber mendakwa salah seorang daripada suspek juga disiasat dalam kes lain, tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.
Mereka mendakwa, pegawai itu “tidak boleh disentuh” susulan hubungannya dengan orang ternama.
“Ini semua baru sikit,” kata satu sumber, sambil menambah siasatan polis akan membongkar lebih banyak perkara.
“Kita dengar ada benda lain lagi (yang melibatkan suspek). Kalau polis siasat kes ini, saya percaya semua akan jadi huru-hara,” katanya.
“Ini yang akan jadi bila ada ‘anak emas’ tapi gagal pantau dan ambil tindakan (apabila mereka melanggar undang-undang),” kata sumber lain, yang merupakan pesara pegawai SPRM.
“Saya sedih bila benda macam ni berlaku. Kita berusaha untuk bina imej SPRM dengan keringat dan air mata, tetapi mereka telah mencemarkan nama SPRM,” katanya.
Bekas pegawai itu juga mengkritik SPRM kerana gagal melaporkan tuduhan kecurian itu kepada polis kerana ia berada bawah bidang kuasa pihak polis.
Dia menambah tindakan SPRM untuk menyiasat dakwaan kecurian itu sendiri menimbulkan persoalan kemungkinan ia merupakan satu percubaan untuk menutup isu tersebut.
Malaysiakini tidak mendedahkan nama ketiga-tiga suspek itu berdasarkan amalan yang sewajarnya – tidak menamakan tertuduh sehingga individu tersebut didakwa, kecuali dalam keadaan tertentu.
‘Dadah, peluru dan pistol palsu’
Khamis lalu, polis berkata mereka menahan salah seorang daripada tiga suspek untuk membantu siasatan berhubung kes berasingan bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah.
Individu berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 8 (a) yang menetapkan kesalahan memiliki senjata api atau peluru, dan Seksyen 36 Akta yang sama yang menangani kesalahan yang berkaitan dengan senjata api palsu.
Menurut sumber, suspek mempunyai lesen untuk pistol tetapi didakwa didapati memiliki beberapa ratus peluru 9mm, yang melebihi jumlah yang dibenarkan.
Pengarah CID Persekutuan Abd Jalil Hassan berkata dua kertas siasatan dibuka terhadap suspek.
Mengenai RM25 juta yang hilang, katanya polis akan memanggil ketiga-tiga suspek dan Hasanah untuk disoal siasat.
Hasanah didakwa pada 2018 dalam kes pecah amanah (CBT) yang melibatkan RM50.4 juta milik kerajaan.
SPRM merampas wang tunai dan barang-barang lain daripadanya berkaitan dengan siasatan. Pada April, mahkamah memutuskan Hasnah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada pertuduhan dan perbicaraan kes.
Berikutan itu, dia ke SPRM untuk menuntut wang tunai yang dirampas dan mendapati RM25 juta telah hilang.
Kes itu dibangkitkan apabila sebuah blog bernama Edisi Siasat menerbitkan sebuah artikel yang mendakwa bahawa polis takut untuk bertindak berdasarkan laporan polis Hasanah.
Bagaimanapun, polis menafikan menerima sebarang laporan mengenai dakwaan tersebut.
Pada hari yang sama, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa suruhanjaya itu telah menahan tiga pegawainya berikutan kehilangan wang tunai.
Sementara itu, dilaporkan bahawa polis sedang menyiasat Edisi Siasat kerana didakwa menyebarkan maklumat palsu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/kes-rm25-juta-duit-bahan-bukti-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Rm25j Duit Bukti Sprm Hilang Itu Baru Sikit Kata Sumber

Kes Rm25j Duit Bukti Sprm Hilang Itu Baru Sikit Kata Sumber

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 324 hits
Malaysiakini Salah seorang pegawai SPRM yang ditahan susulan kehilangan RM25 juta wang bahan bukti disifatkan sebagai bermasalah tetapi rapat dengan orang ternama Perkara ini disifatkan oleh sumber sumber termasuk bekas pegawai kanan yang m...
Rm25 Juta Barang Kes Dilarikan Tiga Pegawai Sprm

Rm25 Juta Barang Kes Dilarikan Tiga Pegawai Sprm

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 460 hits
PETALING JAYA Banyak yang perlu diperbaiki terhadap institusi keadilan negara kata seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno selepas tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia direman atas dakwaan mencuri barang kes dalam siasatan m...
Nak Simpan Duit Takut Terpakai Hadiahkan Emas Untuk Anak Mak Tengok Pun Teruja

Nak Simpan Duit Takut Terpakai Hadiahkan Emas Untuk Anak Mak Tengok Pun Teruja

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 307 hits
Sebut pasal menyimpan untuk anak bukan hanya wang ringgit sahaja Bahkan nak lebih teruja dan lagi bertambah semangat mak ayah gantikanlah simpanan emas untuk anak kecil kita Nak relaks jom cuci mata di Masa anak baru lahir saja belikan emas...
Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

Bukti Rm13 Juta Dipindah Ke Luar Negara Diserah Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 351 hits
agendaily com23 9 2021Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor Dokumen dan slip yang didakwa bahan bukti berkaitan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated Kedah yang dikatakan dipindahkan ke akaun di luar negara sudah diserah kepa...
Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari Rm25juta Tu

Penyamun Anak Emas Baru Rembat Sikit Saja Dari Rm25juta Tu

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 342 hits
Semalam Mingguan Malaysia telah melaporkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas tiga pe gawainya yang dikaitkan de ngan kehilangan barang kes mem babitkan duit RM25 juta dalam kawalan agensi itu membawa kepada penyitaan s...
Laporan Polis Dan Butir Butir Rampasan Kes Sprm

Laporan Polis Dan Butir Butir Rampasan Kes Sprm

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 332 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraYDH Tuan KJSJYDH Tuan Tim KJSJ YDH Tuan Tim KJSJ YDH Tuan PT D5Update Rampasan Senjatapi Dan Amunisi Oleh Pegawai SPRM PutrajayaButiran Repot BBST 5294 21Tarikh 21 09 2021 1923hrsSek Seksyen 8 Seksyen 36 ...
Selepas Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Ngo Terima Notis Tuntutan Rm10 Juta

Selepas Lapor Sprm Terhadap Mb Kedah Ngo Terima Notis Tuntutan Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 214 hits
September 24 2021 Sebuah syarikat swasta menghantar notis tuntutan RM10 juta terhadap setiausaha sebuah NGO yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pro...
Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

Renovate Seri Perdana Bukan Berharga Rm30 Juta Tapi 38 Jota Kot Kaya Kaya Negara Kita Untuk Rakyat Kerajaan Tak Da Duit

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 352 hits
BOB KELANANGSebelum ini kita dimaklumkan bahawa kos ubahsuai Seri Perdana adalah RM30 juta kita dah melenting marah bila mana kos itu sampai cecah RM30 juta Rupanya Kos renovate Seri Perdana bukan berharga RM30 juta tapi ianya adalah bernil...
Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor

Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Mca Should Reflect On Where Its Two Seats Are Akmal Shoots Back

Chegubard Mohon Maaf Di Mahkamah Kerana Memfitnah Anak Syarikat Mbi

Pas Open To Reunion With Umno If Latter S Leadership Changes

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


66 Top 16 By Danial Puntaek66 Run 28 25

Tadabbur Surah Al Fatihah

Kelebihan Fb Page Untuk Bisnes

Kecemerlangan Anak Anak

Pas Youth Told To Stop Misleading Statements On Harith Iskander

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu