Ada Agensi Kerajaan Khianat Negara Halalkan Lesen Nelayan Asing Getaran 29 05 2022


 

KUANTAN - Malaysia bukan sahaja ‘terbeban’ dengan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan.
Malah, kerakusan nelayan asing yang semakin berani menceroboh perairan negara untuk mengaut ikan juga menyebabkan bekalannya semakin ‘ghaib’, di samping memberi implikasi besar terhadap nelayan tempatan.
Lebih menakutkan, hasil laut negara didakwa mungkin pupus dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang sekiranya kegiatan terbabit gagal dikawal.
Bagaimanapun, isu terbabit dilihat tidak akan menemui noktah kerana menerusi maklumat diperoleh Getaran, wujud agensi kerajaan yang sanggup menjadi orang tengah bagi membolehkan permohonan nelayan asing, khususnya warganegara Vietnam untuk mendapat lesen menangkap ikan di Malaysia dipermudahkan.
Mendedahkan perkara itu, seorang nelayan yang mahu dikenali sebagai Sham, 51, berkata, masalah tersebut bukanlah isu baharu, sehingga nelayan tempatan seperti dianaktirikan oleh agensi kerajaan dan pihak berkuasa yang terbabit dalam membanteras kegiatan pencerobohan haram perairan negara.
“Kita pada mulanya pelik walaupun ada penguatkuasaan dan tangkapan dari Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), nelayan asing seolah-olah kebal dari perundangan. Bila kita ambil tindakan sendiri menyiasat, rupanya nelayan asing ini ada lesen menangkap ikan dari Malaysia.
“Bila kita teliti, sebenarnya ada agensi kerajaan yang menjadi orang tengah atau menjadi agen bagi memudahkan nelayan asing, terutama dari Vietnam mendapat lesen tersebut. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?,” katanya kepada Getaran.
Sham berkata, tindakan ‘sewenang-wenangnya’ seperti itu daripada agensi kerajaan yang berperanan sebagai peneraju bagi membangunkan industri perikanan Malaysia, menyebabkan warga luar dengan mudah memalsukan lesen agar dapat digunakan nelayan asing lain di negara mereka.
“Saya juga pelik bagaimana agensi yang meluluskan lesen kepada nelayan boleh sesuka hati beri kepada warga asing.
“Apa menghairankan, bot siput babi itu memang bot nelayan Vietnam, tapi memang kita dapati ada antara mereka dapat lesen itu secara sah,” katanya.
Jika tidak dibendung, tegasnya, nelayan tempatan khususnya yang menjalankan penangkapan di persisiran pantai pasti akan terjejas.
“Kalau ini berlaku dan sumber laut nanti dah habis disebabkan ketamakan serta salah guna kuasa agensi kerajaan, jangan pula kami disalahkan rakyat sebab terlalu banyak kaut hasil laut,” katanya.
Lantaran itu, beliau mengharapkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memandang serius isu tersebut dengan memperuntukkan hukuman lebih berat kepada pegawai kerajaan terlibat agar jenayah terbabit ditangani dan tidak berulang.
“Sekarang ini mereka dah mudah sangat nak palsukan lesen seperti yang nelayan tempatan ada. Saya mohon kalau dah nampak itu bot siput babi.
Jangan bagi lesen. Kita memang risau hasil ikan sudah sangat kurang.
“Kerajaan perlu wujudkan teknologi atau cipta lesen yang mempunyai ciri keselamatan lebih ketat, seperti cukai jalan kereta. Jangan lupa, agensi kerajaan yang terlibat dalam memberi lesen perlu disiasat kerajaan, khususnya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.
Terdahulu, Getaran melaporkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung, sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, penglibatan kartel yang memonopoli hasil tangkapan sudah terlalu lama berlarutan dan berisiko memberi implikasi serius kepada rantaian makanan rakyat di negara ini.
Menurut beliau, isu kekurangan pendaratan ikan yang mula tercetus sejak tahun 2015, membuktikan kerajaan hanya memandang ‘sebelah mata’ permasalahan tersebut dan gagal dalam mengurus tadbir, sehingga mencetuskan harga tidak terkawal bahan mentah itu.
Sementara itu, bagi nelayan yang dikenali sebagai Yaakob, 41, pencerobohan nelayan asing dilihat seperti tidak terkawal berikutan mereka tidak gentar menghampiri pesisiran pantai Malaysia untuk menjarah segala hasil laut negara.
Mengakui sememangnya ada penguatkuasaan melakukan rondaan, dia berkata, namun nelayan asing berkenaan seolah-olah kebal apabila sewenang-wenangnya berani memasuki sempadan perairan negara, sehingga kurang daripada 10 batu nautika daripada pesisir pantai.
Jelasnya, pencerobohan nelayan asing itu mendatangkan pelbagai masalah kepada nelayan tempatan, malah peralatan menangkap ikan dipasang nelayan pantai, seperti bubu dan pukat rosak kerana dimusnahkan mereka hingga sukar mencari rezeki untuk keluarga.
Semakin membimbangkan, Yaakob menegaskan, nelayan asing itu sanggup menggunakan peralatan menangkap ikan yang dilarang di Malaysia, seperti pukat naga, pukat Apollo dan pukat rawa yang mampu menyebabkan kemusnahan habitat hidupan marin.
“Pukat ini dilarang di Malaysia kerana ia mampu menangkap ikan kecil dan mampu membinasakan terumbu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan. Kalau masalah ini berlarutan, kita akan kehabisan sumber makanan laut.
“Mereka tak kisah, janji dapat hasil tetapi yang rugi adalah nelayan tempatan. Mana kami nak cari rezeki kalau negara sudah kehabisan hasil laut disebabkan perbuatan jenayah nelayan asing. Ikan sekarang ini pun ada yang sudah habis.
“Macam ikan bilis, udang geragau susah sangat dah nak cari. Ini sangat merisaukan kami. “Kalau masih dipandang sebelah mata, ibarat nyawa kami diambang kemusnahan,” luahnya yang menjalankan pekerjaan itu sejak 15 tahun.


Artikel oleh: Getaran
ADA AGENSI KERAJAAN KHIANAT NEGARA, HALALKAN LESEN NELAYAN ASING

https://www.getaran.my/artikel/semasa/24416/ada-agensi-kerajaan-khianat-negara-halalkan-lesen-nelayan-asing


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/ada-agensi-kerajaan-khianat-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

Program Survey Keberkesanan Agensi Kerajaan Sidang Media Ppim 24 05 2022

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 191 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan satu Program Survey bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa berkenaan keberkesanan agensi kerajaan Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran ...
Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022 Selangor

Tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara 2022 Selangor

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 277 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara kini dibuka kepada pelajar negeri Selangor yang ingin menyambung pengajian di IPTA atau IPTS Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tawaran Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara ini ...
Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

Kerajaan Perlu Fokus Selesai Masalah Rakyat Bukan Tergesa Gesa Pru Sinar Harian 08 06 2022

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Banyak pihak berpendapat kerajaan perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha mentadbir urus negara serta menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan bukannya tergesa gesa mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 Penganalisis Politik...
Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

Jangan Desak Kerajaan Berita Harian 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 210 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e hailling jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata desakan itu termasu...
Belum Masanya Laksanakan Gst Rakyat Masih Terbeban Getaran 02 06 2022

Belum Masanya Laksanakan Gst Rakyat Masih Terbeban Getaran 02 06 2022

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 166 hits
KUALA LUMPUR Sistem cukai barang dan perkhidmatan sememangnya memberikan manfaat tersendiri namun ia tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang kerana pelbagai masalah yang melingkari kehidupan rakyat Timbalan Presiden Gabungan Persatuan ...
Kartel Kawal Bekalan Harga Punca Ikan Laut Semakin Ghaib Getaran 25 05 2022

Kartel Kawal Bekalan Harga Punca Ikan Laut Semakin Ghaib Getaran 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 149 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendedahkan wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata hasil tangkapa...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator