Belum Masanya Laksanakan Gst Rakyat Masih Terbeban Getaran 02 06 2022


 

KUALA LUMPUR - Sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) sememangnya memberikan manfaat tersendiri, namun ia tidak sesuai dilaksanakan buat masa sekarang kerana pelbagai masalah yang melingkari kehidupan rakyat.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman berkata, GST adalah sistem percukaian yang sangat komprehensif dan berupaya membantu kerajaan menambah sumber pendapatan negara, lebih-lebih lagi ketika senario ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.
Mohd Yusof Abd RahmanBeliau bagaimanapun berkata, kerajaan juga harus prihatin terhadap nasib rakyat yang turut terkesan dengan peningkatan harga barangan sejak akhir-akhir ini.
“Kemerosotan ekonomi yang melanda ini tidak tahu sampai bila akan diselesaikan, justeru kita amat setuju bahawa pelaksanaan GST dapat membantu menambah pendapatan kerajaan.
“Bagaimanapun, kita memohon supaya kerajaan meneliti dan mempertimbangkan sebaik-baiknya, adakah sekarang masa yang sesuai untuk melaksanakan semula GST kerana kami khuatir ia akan menyebabkan pengguna semakin tertekan,” katanya ketika dihubungi Getaran.
Mengulas lanjut Mohd Yusof berkata, kerajaan diminta meneliti mekanisme pelaksanaan terbaik sekiranya cukai itu bakal diperkenalkan kembali, bagi memastikan pengguna tidak terkesan seperti yang berlaku sebelum ini.
“Banyak negara melaksanakan GST tetapi ia tidak membebankan rakyat mereka. Jika kamu (kerajaan) kata GST menurunkan harga barang, pastikan ia benar-benar berlaku bukan sebaliknya,” tegasnya.
Selain itu, Mohd Yusof berkata, kerajaan juga harus meneliti kadar yang sesuai untuk dikenakan sebelum memperkenalkan semula GST dan perlu mengenal pasti barangan yang perlu dikecualikan daripada cukai tersebut.
“Kami mencadangkan kadar GST yang dikenakan tidak melebihi empat peratus dan kerajaan perlu menggunakan senarai barangan yang dikecualikan GST seperti pada zaman (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata GST adalah sistem yang efisien bagi mengelakkan pengusaha lari daripada membayar cukai selain menambah pendapatan negara.
“Bagaimanapun, kami berpendapat, situasi semasa di Malaysia dengan harga barang meningkat dan bekalan tak mencukupi, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk perkenalkan semula GST.
“Kami khuatir jika GST dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa, rakyat akan terkesan dengan lebih teruk,” katanya yang tidak menyokong pemansuhan GST ketika era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nadzim JohanMenurut beliau, sekiranya GST diperkenalkan semula, kerajaan disyorkan agar meletakkan kadar berpatutan supaya ia tidak membebankan rakyat terutamanya golongan M40 dan B40.
“Namun, kami berpendapat, kerajaan perlu selesaikan dulu masalah rakyat sekarang ini iaitu peningkatan harga barang dan ketiadaan bekalan makanan mencukupi sebelum mahu melaksanakan semula GST,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam wawancara khas bersama Nikkei Asia di Tokyo baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, kerajaan berminat untuk mengembalikan GST kerana mahu mengembangkan asas pendapatannya dan menanggung beban subsidi awam.
Ismail Sabri berkata, beliau sedar mengenai persepsi negatif terhadap GST, tetapi mempunyai pilihan terhad untuk menambah tabungan kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan kehilangan RM20 bilion (kira-kira AS$4.6 bilion) hasil tahunan apabila GST dimansuhkan dan menggantikannya dengan SST. Tiada negara di dunia yang kembali daripada GST kepada SST, kecuali Malaysia,” katanya.


Artikel oleh: Getaran
BELUM MASANYA LAKSANAKAN GST, RAKYAT MASIH TERBEBAN

https://www.getaran.my/artikel/semasa/24647/belum-masanya-laksanakan-gst-rakyat-masih-terbeban


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/belum-masanya-laksanakan-gst-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gst Bukan Hasil Tambahan Negara Tetapi Hasil Derita Rakyat

Gst Bukan Hasil Tambahan Negara Tetapi Hasil Derita Rakyat

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 295 hits
Cadangan memperkenalkan semula GST sebagai kaedah menambah pendapatan negara adalah cerminan kegagalan Kerajaan untuk menjana tambahan pendapatan menerusi input baharu sama ada daripada industri tempatan mahupun antarabangsa melalui pelabur...
Kartel Kawal Bekalan Harga Punca Ikan Laut Semakin Ghaib Getaran 25 05 2022

Kartel Kawal Bekalan Harga Punca Ikan Laut Semakin Ghaib Getaran 25 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 195 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendedahkan wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata hasil tangkapa...
Ada Agensi Kerajaan Khianat Negara Halalkan Lesen Nelayan Asing Getaran 29 05 2022

Ada Agensi Kerajaan Khianat Negara Halalkan Lesen Nelayan Asing Getaran 29 05 2022

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 200 hits
KUANTAN Malaysia bukan sahaja terbeban dengan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ikan di Semenanjung sehingga bekalan hasil laut itu semakin berkurangan Malah kerakusan nelayan asing yang semakin berani menceroboh perairan...
Now Is Not The Time To Reintroduce Gst As It Is Not A Panacea For All Nations New Straits Times 03 06 2022

Now Is Not The Time To Reintroduce Gst As It Is Not A Panacea For All Nations New Straits Times 03 06 2022

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 327 hits
Article by New Straits TimesNOW IS NOT THE TIME TO REINTRODUCE GST AS IT IS NOT A PANACEA FOR ALL NATIONS
Study Reason Why Gst Was Unpopular New Straits Times 03 06 2022

Study Reason Why Gst Was Unpopular New Straits Times 03 06 2022

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR The government should study the reason why the implementation of the Goods and Services Tax had failed before it considers reintroducing the tax mechanism Experts believe the government should adopt a more diplomatic approach a...
Mei 2022 Cadangan Devisa Ri Masih Stabil Di Usd135 6 Miliar

Mei 2022 Cadangan Devisa Ri Masih Stabil Di Usd135 6 Miliar

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 272 hits
Bank Indonesia mencatat posisi cadangan devisa Indonesia pada akhir Mei 2022 tetap tinggi sebesar USD 135 6 miliar Angka ini relatif stabil sejak akhir April 2022 sebesar USD 135 7 miliar
Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

Ppim Lancar Kaji Selidik Pandangan Rakyat Terhadap Isu Semasa Dagang News 24 05 2022

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 290 hits
KUALA LUMPUR 24 Mei Persatuan Pengguna Islam Malaysia akan mengadakan program kaji selidik keberkesanan agensi kerajaan bagi mendapatkan pandangan orang awam terhadap beberapa perkara atau isu semasa secara dalam talian Ketua Aktivis PPIM D...
Kos Sara Hidup Gst Mungkin Dikembalikan Apa Manfaat Kepada Rakyat

Kos Sara Hidup Gst Mungkin Dikembalikan Apa Manfaat Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 230 hits
Kita bersama Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid bagi perinciannya
Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Kenapa Rezeki Datang Dengan Cara Tak Disangka

Use Foreign Drivers Lose Your Lorry Jpj Warns Companies Under Strict New Rule

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar

How To Put Your Kids On The Fast Track To Academic Success Through Memo Plus Gold

Dapat Hadiah Yang Tak Disangka Dari Blogger Kak Amie


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kopi Nazu Fahimi

Wanita Berkelas Syurga Apakah Ciri Cirinya

Zahid To Represent Malaysia At Singapore National Day Parade

Buat Kerepek Pisang Nangka

This 1995 Bmw R1100 Caf Racer Is A Neo Retro Dream

Sumbangan Tunai Rahmah 2025 Cara Mohon Tarikh Bayaran