Abah Cepat Lah Blah




Muhyiddin Yassin yang cuba menarik perhatian rakyat dengan mempopularkan panggilan Abah untuk dirinya sejak bergelar Perdana Menteri, adalah sosok paling dibenci dan tidak dikehendaki di Malaysia ketika ini.
Di mana saja ada ruang untuk rakyat bercakap atau meluahkan kata-kata, pasti kita akan dapat mendengar cemuhan, kata nista dan makian terhadapnya.
Jika sejak beberapa bulan sebelum ini ruang komen media sosial Abah sendiri penuh dengan serangan terhadap dirinya, ia kemudian merebak ke laman Facebook Istana Negara di mana luahan tidak puas hati memenuhi satu hantaran berkaitan Muhyiddin yang dimuatkan di situ.
Semua luahan rakyat melalui Facebook Istana Negara itu adalah petunjuk rasa tidak puas hati yang bolehndifahami bertujuan agar Agong dapat berbuat sesuatu mengakhiri kepimpinan Muhyiddin yang dianggap menyusahkan rakyat dan tidak diperlukan lagi.
Semalam pula, sementara lawatannya merentas negara ke Indonesia sudah sedia dipertikai banyak pihak kerana Muhyiddin dilihat tidak menunjukkan teladan yang baik sebagai pemimpin dalam tempoh PKP dan darurat dikuatkuasakan, hantaran Presiden Jokowi mengenai pertemuannya dengan Perdana Menteri itu di Facebook turut sama dipenuhi dengan serangan terhadapnya.
Makna kata, selain Jokowi sendiri, rakyat Indonesia yang mengikuti laman Facebook Presiden Indonesia itu juga tahu sekarang ini bahawa Muhyiddin begitu ditolak dan bukan pemimpin yang disenangi oleh rakyat Malaysia.
Tak malukah Muhyiddin dengan semua ini?
Rentetan itu, andai kata selepas ini Muhyiddin melawat mana-mana negara lain, jika ketua negara yang dilawatinya itu turut memuatkan hantaran mengenai lawatan tersebut, pastilah ia juga bakal dipenuhi komen-komen berbentuk serangan yang sama.
Pokoknya ke mana Muhyiddin pergi dan apa saja dilakukannya sekarang ini, semuanya adalah salah di mata rakyat dan menjadi kebencian belaka.
Tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini menerima penolakan yang begini ketara hanya dalam tempoh yang singkat iaitu tidak sampai setahun memegang jawatan Perdana Menteri.
Benci rakyat kepada Najib Razak sehingga beliau ditolak jatuh pun tidak seteruk seperti sekarang ini.
Dalam hal ini, tidak perlu didetailkan satu persatu lagi mengapa kebencian dan penolakan rakyat itu, bukan saja cepat meningkat, malah kian membesar hari demi hari.
Semua orang sudah maklum mengenainya, malah Muhyiddin sendiri pasti tahu tentang sebab-sebab penolakan dan kebencian terhadap dirinya itu.
Melihat perkembangan yang ada sekarang, ternampak tidak mungkin lagi benci boleh bertukar menjadi sayang, benci akan terus bertambah benci.
Benci dan rakyat menolak Muhyiddin ketika ini hanya mahukan beliau segera berundur atau meletakkan jawatan.
Kebencian yang ada kini sudah cukup merata sehingga pimpinan parti yang bersama kerajaan sendiri pun tidak henti-henti mengkritik dan membalunnya.
Rakyat pelbagai kategori jangan cerita lagilah bagaimana penolakannya, di merata-rata dan di majoriti dinding media sosial yang berbicara tentang politik, semuanya menunjukkan petanda terang lagi nyata tidak menyokongnya.
Tidak cukup dengan itu, beberapa kajian atau dapatan oleh badan tertentu juga memperlihatkan hal yang sama iaitu Muhyiddin dan kerajaan PN sudah hilang popularnya.
Mendepani semua ini, walaupun kuasa yang terkumpul dalam tangan mungkin mampu melindunginya untuk terus bertahan, berundur dan meletak jawatan adalah pilihan terbaik untuk Abah lakukan.
Melontar janji mengadakan PRU sebaik Covid19 reda bukanlah ubatnya, tambahan lagi menyerahkan nasib kepada pengundi yang sedang marah dan hatinya tengah membara boleh jadi hanya mengundang petaka buat Muhyiddin akhirnya.
Tidakkah jika PN dan Bersatu tidak mampu mengekalkan kuasa nanti, ia lebih memberi malu lagi?
Dengan itu, sesuai dengan majoritinya telah tiada berikutan beberapa Ahli Parlimen sudah menarik sokongan, disertai dengan penolakan dan kebencian rakyat yang makin membesar hari demi hari, berundur dan meletak jawatan bukan saja pilihan terbaik, bahkan hampir tidak dapat dielakkan jika Muhyiddin ada ada rasa tanggungjawab dan perasaan sayang kepada masa depan negara ini.
Negara ini akan hancur dan tak mampu dipulihkan lagi jika Abah terus berdegil ingin mendakap kuasa dengan lebih lama.
Selepas itu, serahkanlah kepada Agong membuat penentuan seterusnya, sesuai dengan Anwar Ibrahim sendiri sudah pun mengutus surat kepada Istana Negara berhubung majoriti yang dimilikinya berserta pihak yang didakwa menyokongnya.


 (Shahbudindotcom 06/02/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/abah-cepat-lah-blah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Menghilangkan Keputihan Dengan Cepat

Tips Menghilangkan Keputihan Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 644 hits
Assalamualaikum and hai ladiessss Hai putih putih melati Ali Baba hahahaha saja nak hiburkan hati wanita memang sepanjang hidupnya pasti akan melalui kisah si putih putih ni aka keputihan tak kisah lah kategori mana pun putih putih yang awa...
Makanan Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer Ibu Wajib Cuba

Makanan Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer Ibu Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 292 hits
Bagi wanita yang menjalani pembedahan Caesarean atau czer sudah tentu perlu menjaga aspek pemakanan Tetapi adakah anda tahu menu berpantang bersalin czer yang boleh diamalkan Baca Risiko pembedahan caesarean Kebanyakan wanita hamil akan ber...
Tangsel Bakal Dapat Bantuan Mobile Bsl Alat Tes Cepat Covid 19

Tangsel Bakal Dapat Bantuan Mobile Bsl Alat Tes Cepat Covid 19

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 191 hits
Pemerintah Kota Tangerang Selatan bakal menerima bantuan alat cepat tes Covid 19 berupa Mobile BSL dari Kementerian Riset dan Teknologi
Nafi Beliau Calon Pm Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid 19

Nafi Beliau Calon Pm Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid 19

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 315 hits
KUALA LUMPUR Mohamad Hasan menafikan laporan berita konon beliau dipilih sebagai calon Perdana Menteri daripada gabungan Muafakat Nasional pada pilihan raya umum ke 15 Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan penyebaran berita palsu lebih cep...
Tiga Sekawan Pemalsu Surat Hasil Tes Cepat Covid 19 Di Kotim Dibekuk Polisi

Tiga Sekawan Pemalsu Surat Hasil Tes Cepat Covid 19 Di Kotim Dibekuk Polisi

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 179 hits
Dua calon penumpang itu adalah MM dan istrinya Saat diperiksa pada lembaran pertama surat keterangan hasil tes cepat itu bertuliskan hasil pemeriksaan antigen sedangkan pada lampiran bertuliskan pemeriksaan antibodi
Cara Cepat Copy Dan Paste Fail

Cara Cepat Copy Dan Paste Fail

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 264 hits
Cara Cepat Copy Dan Paste FailAssalamualaikum dan salam sejahtera Kali ini aku akan berkongsi cara cepat copy dan paste fail Seperti yang kita sedia maklum sebenarnya setiap kali kita copy dan paste fail tak kisah la dari pendrive atau port...
Hiburan Pu Semua Desak Aku Zarina Anjoulie Dedah Kahwin Terlalu Cepat Punca Dia Bercerai

Hiburan Pu Semua Desak Aku Zarina Anjoulie Dedah Kahwin Terlalu Cepat Punca Dia Bercerai

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 400 hits
Disebabkan ramai yang meluahkan rasa risau mengenai berita penceraiannya Zarina Anjoulie ataupun Anju sekali lagi memuat naik video penjelasan menerusi Insta Story di laman Instagram miliknya BACA AdvertisementJelasnya lagi tiada perkara ya...
Tengah Marah Cepat Cepatlah Peluk Anak Hati Kembali Tenang Emosi Anak Pun Makin Terkawal

Tengah Marah Cepat Cepatlah Peluk Anak Hati Kembali Tenang Emosi Anak Pun Makin Terkawal

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 399 hits
Pernahkah anda bilang berapa kali anda peluk anak anda dalam masa sejam atau sehari atau seminggu atau sebulan Pelukan sebenarnya sangat penting dan sangat miracle Ia mempunyai kuasa magis dan impak yang hebat untuk kanak kanak Terdapat ban...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan