Tengah Marah Cepat Cepatlah Peluk Anak Hati Kembali Tenang Emosi Anak Pun Makin Terkawal


Pernahkah anda bilang berapa kali anda peluk anak anda dalam masa sejam atau sehari atau seminggu atau sebulan? Pelukan sebenarnya sangat penting dan sangat miracle. Ia mempunyai kuasa magis dan impak yang hebat untuk kanak-kanak.
Terdapat banyak keistimewaan bila mana ibu bapa sering memeluk anak. Ini disokong oleh kajian saintifik mengenainya. Malah menurut Dr. Rahimah Saimin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dari Universiti Sains Islam Malaysia, pelukan sebenarnya dapat meningkatkan keyakinan diri anak.

Bukan itu saja malah setiap pelukan dapat menzahirkan kasih sayang walaupun hanya dengan perbuatan. Apatah lagi jika diikuti dengan ciuman dan ucapan verbal seperti
“Terima kasih. Mama bangga dengan kamu” atau “That’s my girl. I am proud of you!” ataupun “It’s ok. Usaha lagi. Inshaa Allah akan berjaya.”

Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW pernah mencium Hasan bin Ali sedangkan di samping beliau ada Al Aqra’ bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata:
“Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekalipun.” Maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda: “Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi.” (Riwayat al-Bukhari)
Juga diriwayatkan dari Anas RA, berkata ” Rasulullah SAW memeluk putranya Ibrahim lalu menciumnya” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Rangsang perkembangan anak
Pelukan dapat merangsangkan perkembangan anak. Kanak-kanak memerlukan ransangan deria semasa otak mereka berkembang. Bayi yang baru lahir contohnya belajar menavigasi dunia baru melalui sentuhan. Hubungan fizikal seperti pelukan dan sentuhan kulit ke kulit sangat penting untuk perkembangan. Sentuhan dapat memberi ransangan yang diperlukan oleh otak untuk perkembangan normal.
Sokong perkembangan emosi
Pelukan bukan sahaja baik untuk perkembangan otak dan penaakulan (cognitive development) kanak-kanak, malah ia juga menyokong perkembangan emosi. Pelukan dapat mengubati hati yang merajuk atau marah dan mengawal emosi negatif. Apabila kanak-kanak kehilangan kontak fizikal, tubuh mereka gagal mencapai pencapaian perkembangan yang sepatutnya.
Dengan satu sentuhan sahaja, iaitu pelukan, anak dapat menyampaikan banyak maklumat. Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Emotion tahun 2006 mendapati bahawa emosi seperti kebahagiaan, kesedihan, kemarahan, ketakutan dan simpati dapat disampaikan hanya melalui pelukan. Cukup mengagumkan!

Cipta bonding
Pelukan menciptakan bonding antara ibu/bapa dan anak. Seorang neurologist Illene Ruhoy ada mengatakan bahawa dengan pelukan, oksitosin akan dilepaskan. Oksitosin ini juga disebut “love hormone” kerana ia membantu kita menjalin hubungan dengan bayi baru lahir. Perasaan sayang, keakraban dan cinta itulah sebenarnya yang mendorong kita memeluk anak.
Mengoptimalkan potensi
Seorang psikoterapis Victoria Satir ada menyebut “Kita memerlukan 4 pelukan sehari untuk survival. Kita perlukan 8 pelukan sehari untuk maintenance. Kita perlukan 12 pelukan untuk growth.” Ini membuktikan bahawa pelukan dapat mengoptimalkan potensi anak.

Akhiri amarah
Di samping itu, pelukan adalah cara paling berkesan untuk mengakhiri amarah. Ramai ibu bapa bimbang apabila memeluk anak yang tantrum akan menyebabkan tingkah laku semakin parah. Tetapi ini adalah mitos. Memeluk anak dalam saat ledakan emosi akan menenangkan mereka dan mengajar mereka bahawa anda berada di situ untuk menyokong mereka semasa ledakan emosi dan membantu menenangkan emosi mereka.
Pelukan dapat meningkatkan sistem imunisasi. Kanak-kanak memerlukan lebih daripada nutrient yang mencukupi untuk membesar dengan sihat. Satu kajian pada tahun 2014 yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science mendedahkan bahawa mereka yang sering dipeluk lebih cenderung untuk lebih sihat.

Sentuhan fizikal iaitu pelukan, apabila dilakukan dengan betul boleh menjadi satu miracle pada anak. Ia dapat melembutkan hati atau sikap yang keras. Dan ternyata pelukan terbukti menjadikan anak lebih sihat dan bahagia. Pelukan memberitahu anak selamat, disayangi dan tidak sendirian. Jangan sesekali memandang rendah kuasa miracle atau magic pelukan!
Artikel berkaitan:Jangan Pandang Rendah Kuasa Pelukan, Anak Lebih Bijak & Positif Jika Sering Dipeluk
Hebatnya Kuasa Pelukan Kasih Sayang, Anak Jadi Bijak & Hebat, Bukan Lembik

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tengah Marah Cepat-Cepatlah Peluk Anak, Hati Kembali Tenang, Emosi Anak Pun Makin Terkawal! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tengah-marah-cepat-cepatlah-peluk-anak-hati-kembali-tenang-emosi-anak-pun-makin-terkawal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amir Datang Dia Cakap Cepat Mimpi Arwah Amir Wajah Anak Syurga Itu Tenang Seperti Tidur

Amir Datang Dia Cakap Cepat Mimpi Arwah Amir Wajah Anak Syurga Itu Tenang Seperti Tidur

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 304 hits
Hasrat keluarga angkat untuk menuntut Jenazah Amir tidak kesampaian setelah pihak keluarga kandung bertegas mahu arwah di kebumikan di Melaka
Marah Anak Tak Perlu Jerit Nanti Makin Melawan Ada Cara Nak Lembutkan Hatinya

Marah Anak Tak Perlu Jerit Nanti Makin Melawan Ada Cara Nak Lembutkan Hatinya

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 277 hits
Orang cakap mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang Pernah terfikir tak mak mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai Kalau nak marah anak pun ada caranya Sebab itu semua anak menjadi
Anak Sulung Suka Menyendiri Jadi Pendiam Petanda Anak Berjauh Hati Cepat Cepat Perbaiki

Anak Sulung Suka Menyendiri Jadi Pendiam Petanda Anak Berjauh Hati Cepat Cepat Perbaiki

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 318 hits
Anak sulung kita adalah segalanya Merekalah yang mendidik kita menjadi ibu dan belajar menjadi seorang ibu setiap hari Jika sebelum ini melimpah dengan kasih sayang namun sejak punya adik baru perhatian mula dialihkan sedikit demi sedikit J...
Hal Remeh Temeh Anak Jangan Difikirkan Boleh Jadi Luka Besar Pada Emosi Sendiri Mama Rehatlah

Hal Remeh Temeh Anak Jangan Difikirkan Boleh Jadi Luka Besar Pada Emosi Sendiri Mama Rehatlah

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 282 hits
Ya kita bukan superhero hingga semua perkara kita hendak ambil kisah Anak tertumpahkan air berebut remote televisyen dan sebagainya bukan hal besar untuk kita fikirkan hingga buat kita tertekan Benda remeh biarkan sahaja tenangkan diri dan ...
Sejuk Hati Norman Hakim Dapat Duit Belanja Dari Anak Bujangnya Hasil Duit Ajar Orang Mengaji Di Musim Pkp

Sejuk Hati Norman Hakim Dapat Duit Belanja Dari Anak Bujangnya Hasil Duit Ajar Orang Mengaji Di Musim Pkp

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 324 hits
Pelakon Norman Hakim 45 terharu dengan tindakan anak lelakinya Mohamed Danish Hakim 17 yang memberikannya duit belanja hasil daripada titik peluh bekerja Difahamkan Danish menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencari wang se...
Tak Cukup Whiteboard Conteng Lantai Pulak Anak Arwah Abam Makin Kreatif Wargamaya Doa Bakal Jadi Arkitek

Tak Cukup Whiteboard Conteng Lantai Pulak Anak Arwah Abam Makin Kreatif Wargamaya Doa Bakal Jadi Arkitek

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 286 hits
Orang kata sementara anak hendak membesar macam macam gaya dan aksi kreatif mereka yang dipamerkan Menconteng dinding satu perkara biasa yang pastinya terjadi pada kita Kalau bukan di dinding dan lantai habis perabot dan kelengkapan rumah j...
Kekasih Enggan Kahwin Lepas Lahirkan Anak Wanita Terjun Bangunan Sambil Peluk Bayi

Kekasih Enggan Kahwin Lepas Lahirkan Anak Wanita Terjun Bangunan Sambil Peluk Bayi

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 359 hits
Hong Kong Seorang wanita kaya kacukan China Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima bulan Dilaporkan mangsa Luo Lili 34 mengambil keputusan itu selepas kecewa dengan k...
Ada Anak Bawah 4 Tahun Sebelum Nak Pandai Baca Buat Yang Ni Dulu Baru Cepat

Ada Anak Bawah 4 Tahun Sebelum Nak Pandai Baca Buat Yang Ni Dulu Baru Cepat

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 374 hits
2 3 tahun dah boleh membaca Logik tak Logik DENGAN SYARAT MEREKA DAH BERSEDIA Setiap anak kayu ukur mereka tak sama Maka jangan banding bandingkan mereka Life is about competition Compete dengan DIRI SENDIRI bukan dengan anak jiran ya atau ...
Mudah Sangat Nak Anak Cepat Kenal Abc Baca Mengira Guna Cara Cikgu Ini

Mudah Sangat Nak Anak Cepat Kenal Abc Baca Mengira Guna Cara Cikgu Ini

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 455 hits
Ramai ibu yang ada anak usia 4 5 dan 6 tahun bertanya macam mana nak buat anak fokus ketika belajar Apabila tinggikan suara sikit anak terus merajuk Lama kelamaan ibu pula yang rasa putus asa nak mengajar Ingat ya anak usia ini kita tak per...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever