9 Tanda Tanda Bersalin Dan Doa Untuk Mudah Bersalin
9 Tanda-tanda Bersalin dan Doa untuk Mudah Bersalin 14
Adakah anda menunggu hari untuk bersalin dan nak tahu tanda-tanda bersalin? Artikel ini menerangkan tanda-tanda bersalin dan doa mudah bersalin buat bakal-bakal ibu.
Apakah itu Bersalin?
Bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim ibu. Jangka masa bersalin berbeza-beza antara individu. Wanita yang hamil kali pertama mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk wanita yang pernah bersalin. Bagaimanapun anda tidak perlu risau, dengan teknologi perubatan yang ada pada masa ini, proses bersalin anda akan menjadi lebih mudah dan cepat.
Tanda-tanda Bersalin
Jika usia kandungan sudah mencecah 38 minggu ke atas, bakal-bakal ibu boleh memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin, antaranya:
Tanda-tanda bersalin1. Rasa kontraksi rahim
– Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari.
– Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan pastikan berapa selang masa berlakunya kontraksi. – – Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.2. Sakit Belakang
– Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.3. Pecah air ketuban
– Keluar air jernih dari rahim dan bercampur dengan darah.4. Keluar lendir pekat bercampur darah
– Lendir ini merupakan cecair yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan.
– Apabila cecair telah mula keluar dan bayi akan bersedia untuk bergerak ke bawah.
– Bila anda berasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) terus ke klinik .5. Serviks terbuka
– Bukaan serviks boleh dipantau oleh doktor perubatan.
– Apabila bukaan mencapai 10cm, proses bersalin akan dimulakan.6. Perut rasa memulas seperti hendak membuang air besar
– Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, tekanan akan diberikan kepada saluran untuk buang air besar.
– Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab terasa ingin membuang air besar. Hati-hati ketika membuang air besar.7. Kerap buang air kecil
– Akan kerap buang air kecil sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.8. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
– Menandakan bayi sudah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera9. Berat badan berkurangan
– Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.
9 Tanda-tanda Bersalin dan Doa untuk Mudah Bersalin 15
Doa untuk Mudah Bersalin
Jika anda menunggu masa untuk bersalin, bakal ibu dan suami boleh mengamalkan doa berikut supaya urusan bersalin dipermudahkan Allah swt.
Doa Mudah Bersalin 1
9 Tanda-tanda Bersalin dan Doa untuk Mudah Bersalin 16
Bacaan Rumi: Robbi Yassir, Walaa tu'assyir
Fainna Taisir, kulli 'asiir, 'alaika yasiir.
Allahumma tammim Bil khoir.
Birohmatika yaa arrhamar Rohiimin.
Maksudnya: "Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".
Doa Mudah Bersalin 2 (Ayat Kursi)
اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الۡحَـىُّ الۡقَيُّوۡمُۚ لَا تَاۡخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا نَوۡمٌؕ لَهٗ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الۡاَرۡضِؕ مَنۡ ذَا الَّذِىۡ يَشۡفَعُ عِنۡدَهٗۤ اِلَّا بِاِذۡنِهٖؕ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ اَيۡدِيۡهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۚ وَلَا يُحِيۡطُوۡنَ بِشَىۡءٍ مِّنۡ عِلۡمِهٖۤ اِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ السَّمٰوٰتِ وَالۡاَرۡضَۚ وَلَا يَـــُٔوۡدُهٗ حِفۡظُهُمَا ۚ وَ هُوَ الۡعَلِىُّ الۡعَظِيۡمُ
Maksudnya: Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Doa Mudah Bersalin 3 (Al-A’raf Ayat 54)
اِنَّ رَبَّكُمُ اللّٰهُ الَّذِىۡ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَ الۡاَرۡضَ فِىۡ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسۡتَوٰى عَلَى الۡعَرۡشِ يُغۡشِى الَّيۡلَ النَّهَارَ يَطۡلُبُهٗ حَثِيۡثًا ۙ وَّالشَّمۡسَ وَالۡقَمَرَ وَالنُّجُوۡمَ مُسَخَّرٰتٍۢ بِاَمۡرِهٖ ؕ اَلَا لَـهُ الۡخَـلۡقُ وَالۡاَمۡرُ ؕ تَبٰرَكَ اللّٰهُ رَبُّ الۡعٰلَمِيۡنَ
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan-Mu ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy (singgahsana). Dia menutupi malam dengan siang yang mengikutinya dengan cepat. Dia juga menjadikan matahari, bulan dan bintang yang semuanya ditundukkan perintahNya. Ketahuilah olehmu, Allah yang mempunyai penciptaan dan suruhan. Maha berkat Allah, Tuhan semesta alam.
Doa Mudah Bersalin 4 (Doa Nabi Yunus)
لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Doa Mudah Bersalin 5 (Surah Ali ‘Imran Ayat 38)
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Ya Tuhanku, berikanlah keturunan baik dari sisi Mu, Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.
Doa Mudah Bersalin 6 (Surah Maryam Ayat 26)
فَكُلِىۡ وَاشۡرَبِىۡ وَقَرِّىۡ عَيۡنًا ۚ فَاِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الۡبَشَرِ اَحَدًا ۙ فَقُوۡلِىۡۤ اِنِّىۡ نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمٰنِ صَوۡمًا فَلَنۡ اُكَلِّمَ الۡيَوۡمَ اِنۡسِيًّا
Maksudnya: Maka makan, minum dan bersenang hatilah engkau. Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah, “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pengasih, maka aku tidak akan berbicara dengan siapa pun pada hari ini.
Soalan FAQs Berkenaan Tanda Bersalin
Apakah tanda-tanda bersalin?
Merasa kontraksi setiap 5 minit dan sakit kuat
Bilakah tempoh ibu mengandung dijangka bersalin?
Selepas 38 minggu mengandung
Apakah contoh doa mudah bersalin?
Ayat kursi dan doa nabi yunus.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/04/tanda-bersalin.html