Doa Bebas Hutang Amalkan Selalu Agar Dapat Membayar Hutang Segera


 Doa Bebas Hutang – Amalkan Selalu Agar Dapat Membayar Hutang Segera!
Hutang adalah merupakan satu beban dalam kehidupan yang sering menghantui fikiran seseorang. Islam memandang berat terhadap hal hutang dan ia wajib dibayar. 
Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mencatat segala hutang dan masa bayarannya. 
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ 
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).
(Surah al-Baqarah: 282) Hutang Hutang pada istilah syara’ bermaksud ‘pemberian hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.’
Hutang pinjaman bank juga termasuk di dalam hutang yang wajib dibayar dan diancam dengan ancaman yang berat di dalam hadis sekiranya sengaja tidak mahu membayarnya.
BACA JUGA: Niat Jamak Takhir (Dengan Qasar & Tanpa Qasar) – Panduan Menunaikannya
Hadis Mengenai Ancaman Orang yang Tidak Membayar Hutang  Terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang ancaman terhadap golongan yang sengaja enggan membayar hutang dan tidak berusaha untuk melunaskan hutangnya tersebut.
1. Mendapat Kebinasaan 
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.
Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)
2. Bertemu Allah Sebagai Pencuri
Rasulullah SAW juga bersabda:
أيُّما رجلٍ يَدَّينُ دَينًا وهو مجمعٌ أن لا يوفِّيه إيَّاه لقي اللهَ سارِقًا
Maksudnya: Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri.
Hadith riwayat Ibn Majah: (1969)
3. Hutang Akan Dibayar Kepada Si Pemiutang Dengan Pahala Amal Kebajikan Si Penghutang Di Akhirat Kelak. 
Rasulullah SAW bersabda:
وَ مَنْ مَاتَ وَ عَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ وَلَكِنَّهَا الحَسَنَاتُ وَ السَيِّئَاتُ
Maksudnya: Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.
Hadith riwayat Abu Daud: (3597)
4. Jiwa Orang Yang Berhutang Akan Tergantung Selagimana Dia Tidak Melunaskan Hutangnya Terlebih Dahulu. 
Sabda Rasulullah SAW:
نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.
Hadith riwayat Tarmidzi: (1079)
5. Dosa Berhutang Tidak Terampun Kecuali Dihalalkan Oleh Si Pemiutang Tersebut Walaupun Mati Sebagai Mati Syahid. 
Rasulullah SAW bersabda:
يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ
Maksudnya: Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).
Hadith riwayat Muslim: (1886)
6. Orang Yang Berhutang Tidak Disembahyangkan Oleh Rasulullah Saw. 
Daripada Salamah bin Akwa` RA bahawa dia berkata:
كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا فَقَالَ هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟ قَالُوا لاَ قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا لاَ فَصَلَّى عَلَيْهِ ثُمَّ أُتِيَ بِجَنَازَةٍ أُخْرَى فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ: هَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟ قِيلَ نَعَمْ، قَالَ فَهَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا ثَلاَثَةَ دَنَانِيرَ، فَصَلَّى عَلَيْهَا، ثُمَّ أُتِيَ بِالثَّالِثَةِ، فَقَالُوا صَلِّ عَلَيْهَا، قَالَ هَلْ تَرَكَ شَيْئًا؟، قَالُوا لاَ، قَالَ فَهَلْ عَلَيْهِ دَيْنٌ؟، قَالُوا ثَلاَثَةُ دَنَانِيرَ، قَالَ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ، قَالَ أَبُو قَتَادَةَ صَلِّ عَلَيْهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَلَيَّ دَيْنُهُ، فَصَلَّى عَلَيْهِ
Maksudnya: “Pernah suatu ketika kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW, kemudian kami dibawakan sekujur jenazah. Mereka yang membawa jenazah itu memohon kepada Rasulullah SAW: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tidak”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan (mewariskan) sesuatu?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu. Kemudian dibawakan jenazah lain dan mereka memohon, “Wahai Pesuruh Allah! Solatkan jenazah ini”. Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Ya”. Rasulullah SAW bersabda, “Apakah dia meninggalkan sesuatu?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu. Kemudian datang jenazah ketiga. Mereka memohon: “Mohon disolatkan jenazah ini.” Sabda Rasulullah SAW, “Apakah ke atasnya hutang?” Mereka menjawab, “Tiga dinar”. Lalu Baginda bersabda: “Biar kalianlah yang bersolat atas jenazah sahabat kalian ini.” Lalu Abu Qatadah merespon: “Mohon solat ke atas jenazah ini wahai Pesuruh Allah, aku akan menanggung hutangnya.” Lalu Baginda mensolatkan jenazah itu.”
Hadith riwayat al-Bukhari (2286)
Doa Bebas Hutang  DOA 1: Daripada ‘Aisyah RA isteri Nabi SAW, beliau telah mengkhabarkan kepadanya (‘Urwah), bahawa Rasulullah SAW dalam solatnya sering kali berdoa:
 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada siksa kubur dan aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal serta aku berlindung kepada-Mu daripada fitnah kehidupan dan fitnah kematian. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang
Tiba-tiba seseorang bertanya kepada baginda: “Kenapa tuan banyak meminta perlindungan daripada hutang?” Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya.” (Muttafaqun Alayhi, hadith riwayat al-Bukhari, No. 832, 2397, Muslim, No. 589, Abu Dawud, No. 880, an-Nasaie, No. 1309)
DOA 2: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksud: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kebingungan dan kesedihan. Aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir. Aku berlindung kepada-Mu dari lilitan utang dan kesewenang-wenangan manusia.
DOA 3: Daripada Suhail, beliau berkata: “Abu Soleh memerintahkan kepada kami apabila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring sebelah kanan kemudian mengucapkan:
اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ، فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى، وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَاْلإِنْجِيْلِ وَالْفُرْقَانِ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ اْلآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْءٌ، وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْءٌ، اِقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menguasai langit ketujuh-tujuh langit, Tuhan yang menguasai ‘Arsy yang agung, Tuhan kami dan Tuhan kepada segala sesuatu. Tuhan yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji benih, Tuhan yang menurunkan Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada segala kejahatan sesuatu yang Engkau memegang rambut hadapannya (yakni semua makhluk dibawah kekuasaan Allah). Ya Allah! Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelah-Mu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang Zahir, tidak ada sesuatu di atas-Mu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang terlepas daripada-Mu. Lunaskanlah hutang kami dan berilah kepada kami kekayaan hingga terlepas daripada kefakiran.”
Riwayat Muslim (2713)
DOA 4:
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
Maksudnya: “Ya Allah! Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”
Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih.
Hukum Berhutang dan Memberi Hutang Haram – Jika tujuan berhutang untuk melakukan maksiat dan kemungkaran seperti minum arak, berjudi dan seumpamanya.
Makruh – Jika tujuan berhutang itu diketahui akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau dengan niat menunjuk-nunjuk dan bukan kerana keperluan mendesak. Termasuk dalam hukum ini ialah apabila pemberi hutang tahu ketidakmampuan orang yang berhutang itu untuk membayar semula hutangnya.
Wajib – Jika orang yang memberi hutang mengetahui bahawa pihak yang berhutang itu amat memerlukan dan terdesak memenuhi keperluan asasi hidupnya dan menampung perbelanjaan asasi keluarganya. Dalam masa yang sama dia tidak mempunyai sumber lain bagi memenuhi keperluannya kecuali dengan cara berhutang. 
Sumber:
1. AL-KAFI #1325: ADAKAH HUTANG BANK MENYEBABKAN ROH DAN AMALAN AKAN TERGANTUNG? – Mufti WP
2. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-180: DOA-DOA UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG – Mufti WP
3. PORTAL MYHADITH – JAKIM
4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-bebas-hutang/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-bebas-hutang

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai Dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

Himpunan Doa Pengasih Agar Disukai Dan Dikasihi Bakal Mertua Ketika Datang Beraya Pertama Kali

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 224 hits
Jom amal doa pengasih agar disukai dan dikasihi bakal mertua Mungkin ramai yang diantara kita bakal berjumpa dengan bakal mertua lagi lagi di pagi raya Mempunyai mertua idaman adalah harapan kebanyakan orang lagi lagi untuk menantu perempua...
Doa Nabi Khidir Agar Diampunkan Dosa Dimurahkan Rezeki Dikabulkan Hajat

Doa Nabi Khidir Agar Diampunkan Dosa Dimurahkan Rezeki Dikabulkan Hajat

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 200 hits
Doa Nabi Khidir Agar Diampunkan Dosa Dimurahkan Rezeki Dikabulkan Hajat Dalam Islam umat Islam diajarkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT Kita boleh berdoa bermacam macam hajat kepada Allah SWT mengikut keinginan Terdapat juga pelbaga...
Doa Untuk Anak Perempuan Agar Menjadi Anak Soleh Solehah

Doa Untuk Anak Perempuan Agar Menjadi Anak Soleh Solehah

papar berkaitan - pada 17/4/2024 - jumlah : 173 hits
Doa Untuk Anak Perempuan Agar Menjadi Anak Soleh Solehah Seperti yang kita sedia maklum anak anak adalah merupakan amanah kepada ibu bapanya daripada Allah SWT dan sudah pasti ibu bapa akan ditanya di akhirat kelak mengenai amanah tersebut ...
Doa Nabi Daud Agar Dicintai Allah

Doa Nabi Daud Agar Dicintai Allah

papar berkaitan - pada 19/4/2024 - jumlah : 191 hits
Doa Nabi Daud Agar Dicintai Allah Dalam Islam kita diajar dan dianjurkan untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT Bahkan berdoa bukan sekadar suatu ibadah bahkan ia merupakan suatu perintah dari Allah SWT buat sekalian para hamba Nya untuk be...
Tips Yang Bisa Diterapkan Agar Anak Lebih Suka Minum Air Putih

Tips Yang Bisa Diterapkan Agar Anak Lebih Suka Minum Air Putih

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 149 hits
Membiasakan anak untuk minum air putih perlu dilakukan sejak masih kecil karena manfaat kesehatannya
8 Cara Agar Terhindar Dari Rasa Lemas Dan Mengantuk Saat Perjalanan Mudik Lebaran

8 Cara Agar Terhindar Dari Rasa Lemas Dan Mengantuk Saat Perjalanan Mudik Lebaran

papar berkaitan - pada 22/4/2024 - jumlah : 165 hits
Rasa lemas dan ngantuk merupakan ancaman yang muncul saat kita melakukan perjalanan jauh untuk mudik lebaran Ketahui sejumlah cara untuk mengatasinya
Tips Agar Mahasiswa Tak Terjebak Magang Tipu Tipu Di Luar Negeri

Tips Agar Mahasiswa Tak Terjebak Magang Tipu Tipu Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 20/4/2024 - jumlah : 166 hits
Seperti diketahui sejumlah mahasiswa diduga menjadi korban TPPO berkedok magang ferien job di Jerman
Upaya Merangkul Masyarakat Jakarta Agar Dekat Dengan Seni

Upaya Merangkul Masyarakat Jakarta Agar Dekat Dengan Seni

papar berkaitan - pada 21/4/2024 - jumlah : 134 hits
Namun diperlukan dukungan dari berbagai pihak mencakup pemerintah lembaga swadaya masyarakat serta masyarakat di lingkungan itu sendiri
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya