9 Petua Melegakan Sakit Tekak Bengkak Tonsil Dengan Bahan Semulajadi



Berikut adalah antara petua sakit tekak dan tonsil yang mudah untuk anda lakukan di rumah

1. MADU
Selain kandungan gula semulajadi, madu juga mempunyai berbagai khasiat terapeutik seperti komponen antibakteria dan antiradang. Bahan-bahan aktif ini mampu melegakan kesakitan serta mengurangkan rasa bangkak. Ia juga membekalkan nutrisi lain seperti antioksida, zat besi dan mineral

Cara penyediaannya ialah mencampurkan 4 sudu teh madu, satu suku sudu garam dan perahan sebiji limau kasturi. Kacaukan dan minum 2 ke 3 kali sehari untuk kesan lebih cepat

2. KUNYIT
Selain menjadi penyeri masakan, kunyit juga sering menjadi pilihan bagi rawatan alternatif dari rumah kerana kesan baiknya pada kesihatan seseorang termasuk rawatan tonsil yang bengkak

Minum susu panas dengan campuran sesudu kunyit serbuk untuk meredakan sakit tekak. Amalkan 2 kali sehari untuk kelegaan segera


Kandungan penyembuh yang ada pada kunyit mampu melawan pembiakan bakteria dan virus yang menyumbang kepada jangkitan. Bengkak juga menjadi susut dengan pengambilan kunyit kerana ia membantu menguatkan sistem imun tubuh

3. KUMUR AIR GARAM
Rata-rata banyak doktor gigi yang mengesyorkan penggunaan kumuran air garam bagi meningkatkan kesihatan oral secara menyeluruh termasuklah tekak. Hal ini disebabkan oleh kebaikan garam yang didapati berkesan untuk mengurangkan perit di tonsil akibat kepedihan dan bengkak lebih-lebih lagi ketika ingin makan dan minum

Caranya ialah dengan mencampurkan sesudu garam dalam secawan air suam. Kumur tiga kali sehari bagi kesan yang optimum

4. LEMON
Lemon juga sinonim dengan rawatan bagi tonsillitis secara semulajadi dari rumah kerana memiliki kandungan nutrien yang tinggi seperti antivirus, antiradang dan antibakteria. Bahan utama lemon iaitu vitamin C pula dapat menguatkan sistem pertahanan tubuh bagi melawan penyakit

Cara penggunaannya ialah dengan menyediakan air suam yang ditambah dengan perahan sebiji lemon, secubit garam dan sesudu madu. Amalkan dua kali sehari untuk kesan yang cepat

5. KULIT KAYU MANIS
Selain kunyit, kulit kayu manis juga adalah rempah yang tidak asing dalam masakan di rumah. Tahukah anda, rempah wangi yang diperkaya dengan agen antimikrob ini dapat menjadi penawar kepada tonsillitis kerana keupayaannya menghalang pembiakan bakteria pada tonsil dan mengurangkan bengkak dan rasa sakit pada kawasan tersebut

Gunakan dengan menambah sesudu kulit kayu manis dan 2 sudu madu ke dalam secawan air panas. Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu untuk mendapatkan kesan yang efektif

6. PUDINA
Didihkan secawan air bersama segenggam daun pudina. Tapiskan, tambah sesudu madu dan minum 2 ke 3 kali sehari. Bakteria dan virus yang membiak pada kawasan tonsil dapat dihapuskan dengan penggunaan pudina kerana kandungan antibakterianya

Komponen mentholnya yang menyegarkan pula mampu memberi kelegaan kepada permukaan tonsil yang terkena jangkitan. Boleh juga amalkan berkumur dengan pembersih mulut berperisa pudina untuk memperbaiki kesihatan tonsil serta kawasan lain dalam mulut seperti gusi, gigi dan lelangit

7. JINTAN
Nutrisi yang terkandung dalam jintan juga dipercayai dapat menyembuhkan tonsillitis secara alami dari rumah. Setiap bijian memiliki kadar antioksida, vitamin dan mineral yang tinggi. Selain dapat melawan jangkitan, komponen aktif ini juga dapat menguatkan sistem imunisasi badan

Panaskan suku sudu biji jintan di atas kuali sehingga perang. Kemudian, tambah secubit serbuk kunyit dan kacau bersama. Sesudah masak, tambahkan secawan susu. Minum semasa suam dan ulang 2 ke 3 kali sehari untuk kesan terbaik

8. BUAH TIN / ARA
Dengan kandungan serat ‘mucilage’ sebagai bahan utama, ia mampu melawan tonsillitis dengan melegakan kesakitan dan bengkak. Selain melancarkan pergerakan usus, serat ini juga bertindak aktif bagi melindungi dan menyembuh kawasan yang berjangkit dari serangan bakteria

Rebus 3 biji buah tin kering. Hancurkan dan makan bersama sesudu madu. Amalkan 2 ke 3 kali sehari bagi meredakan sakit

9. HALIA
Halia juga sering digunakan sebagai petua secara turun temurun untuk pelbagai penyakit termasuk sakit tekak yang berpanjangan. Kandungan antibakteria dan anti-radangnya yang aktif bukan sahaja dapat mempercepat proses sembuh, ia juga dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak

Cara penggunaannya ialah dengan menyediakan teh halia. Didihkan secawan air dengan sesudu halia parut. Selepas didih, biarkan selama 10 minit dan sedia untuk diminum

Foto Kredit: blog.doctoroz.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sensasi247.blogspot.com/2020/01/9-petua-melegakan-sakit-tekak-bengkak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga

Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 498 hits
Petua Mudah Bagi Mereka Yang Sering Sakit Kepala Atau Sakit Telinga Kita semua pernah rasa sakit telinga yang sungguh tak menyenangkan tapi tahukah kekawan semua yg kita boleh kurangkan rasa sakit tu hanya dengan bawang putih dan jugak bole...
Tekak Loya Badan Lenguh Sepanjang Mengandung Ibu Sanggup Hadap Demi Anak

Tekak Loya Badan Lenguh Sepanjang Mengandung Ibu Sanggup Hadap Demi Anak

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 299 hits
Selain rasa mual atau mabuk ibu mengandung biasanya akan mengalami masalah pencernaan Ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita yang sedang hamil Gangguan pencernaan ketika hamil atau disebut atau dispepsia ialah seperti mu...
Macam Penguin Jalan Lambat Lambat Kaki Pun Bengkak Waktu Hamil

Macam Penguin Jalan Lambat Lambat Kaki Pun Bengkak Waktu Hamil

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 750 hits
Kaki bengkak masa hamil memang kerap dihadapi wanita Dengan perut yang semakin membesar kaki yang membengkak menyukarkan pergerakan Walaupun ia perkara yang lazimnya berlaku kepada wanita mengandung ia sedikit sebanyak menyukarkan pergeraka...
Kembang Tekak Viral Tikus Montel Berendam Dalam Bekas Makanan Dipercayai Di Restoran

Kembang Tekak Viral Tikus Montel Berendam Dalam Bekas Makanan Dipercayai Di Restoran

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 514 hits
Aspek kebersihan ketika menyediakan makanan harus dititik berat supaya ianya dijamin bersih dan selamat untuk dimakan Terutama bagi premis premis makanan yang menyajikan hidangan kepada pelanggan pelanggan mereka Hal ini perlu dititik berat...
Tips Pakai Beg Galas Elak Sakit Belakang

Tips Pakai Beg Galas Elak Sakit Belakang

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 550 hits
Elakkan ketika memakai beg galas Beg yang memiliki aksesori berlebihan bagi mengelakkan beban bertambah Jika sekolah mempunyai beberapa aras dan mempunyai permukaan tidak rata beg beroda kurang sesuai Membeli kotak pensel bekas air alat tul...
Saari Berkerusi Roda Kerana Sakit Lutut

Saari Berkerusi Roda Kerana Sakit Lutut

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 258 hits
Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Saari Sungib berucap pada Program Back To School anjuran Otai Reformis di Dewan Masyarakat Taman Gombak Jalan 2 Taman Greenwood Batu Caves Selangor foto AFFAN FAUZI GOMBAK Ahli Dewan Undangan Negeri Hu...
Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak

Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 703 hits
Anak Merengek Waktu Malam Buka Lampu Tengok Muka Dia Dah Separuh Bengkak Pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati muka dan badan anak kesayangan mereka tiba tiba bengkak sebelum membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan Pada ...
Wajah Bengkak Dan Sesak Napas Akibat Alergi Cat Rambut Cewek Ini Menderita Selama 10 Tahun

Wajah Bengkak Dan Sesak Napas Akibat Alergi Cat Rambut Cewek Ini Menderita Selama 10 Tahun

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 558 hits
Padahal udah sempet uji tempel sebelum ngewarnain rambut di salon profesional lo Duh serem
Straw Serai Bukan Bahan Lawak

Straw Serai Bukan Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 944 hits
Straw seraiSerai atau nama saintifiknya Cymbopogun citratus merupakan perasa makanan yang tidak asing lagi Aroma wangi serai itu disebabkan kehadiran sebatian kimia mudah meruap iaitu geranial neral dan myrcene sebagai komponen utama diikut...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord