Tekak Loya Badan Lenguh Sepanjang Mengandung Ibu Sanggup Hadap Demi Anak


Selain rasa mual atau mabuk, ibu mengandung biasanya akan mengalami masalah pencernaan. Ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan wanita yang sedang hamil. Gangguan pencernaan ketika hamil atau disebut atau dispepsia ialah seperti mual, muntah, kembung serta pedih hulu hati dan sembelit.
Artikel Menarik: [Jangan ‘Pejam Mata’ Kalau Ada Keputihan Serius Waktu Hamil, Berisiko Kepada Bayi]
Gangguan ini disebabkan oleh perubahan hormon ketika kehamilan yang menekan perut anda. Sebanyak lapan dari 10 orang wanita mengalami gangguan pencernaan ketika hamil. Gejala yang berikut adalah masalah berkaitan dengan pemakanan yang biasa dihadapi bakal ibu dan cadangan beberapa cara untuk mengatasinya.
MASALAH PENCERNAAN & CARA MENANGANI # Loya dan muntah
Loya dan muntah adalah gejala morning sickness. Hal ini berlaku kerana meningkatnya hormon estrogen dan progesteron. Anda dinasihatkan mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil, berehat sebentar pada waktu pagi dengan memakan biskut di tempat tidur selepas bangun dari tidur untuk mengelakkan kemualan.

Artikel Menarik: [Influenza Sangat Bahaya Kepada Ibu Mengandung, Sistem Imunisasi Badan Dah Berubah]
TIP: Elakkan mengambil makanan pedas dan berlemak. Minum lebih banyak air kosong untuk mengelakkan dehidrasi. Makanlah makanan yang banyak mengandung kadar karbohidrat dan protein. Banyakkan buah dan sayur serta hindari makanan yang mengandung bau yang akan membuat anda mual dan muntah.
Minumlah segelas teh hangat untuk mengatasi gangguan mual dan muntah. Selain itu, elakkan pakaian yang ketat pada bahagian perut kerana akan membuatkan rasa ‘ditekan’. Hal ini akan menambah ketidakselesaan anda dan menyebabkan rasa loya semakin menjadi-jadi dan ingin muntah.
# Kembung perut
Kembung perut adalah simptom biasa yang dialami oleh wanita mengandung terutama pada trimester pertama. Puncanya ialah kerana perubahan hormon dalam badan. Hormon estrogen dan progesteron meningkat ketika kita mengandung dan hormon-hormon ini merehatkan tisu otot termasuk di bahagian gastrointestinal tract. Otot yang berehat ini yang menyebabkan perut anda berasa kembung dan tidak selesa.
TIP: Ia boleh dikawal dengan cara mengelakkan daripada memakan makanan yang menjadi punca angin atau makanan yang ‘sejuk’. Amalkan makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan serta kunyah perlahan. Elakkan makan terlalu cepat untuk mengelakkan pengumpulan angin di dalam perut.
# Pedih hulu hati
Salah satu keluhan oleh para ibu hamil adalah heart burn atau rasa pedih padah hulu hati. Ia menyebabkan anda berasa seperti makanan berada di kerongkong walau pun makanan sudah lama ditelan. Hal ini berlaku kerana asid yang terkumpul di dalam perut naik ke kerongkong kerana bahagian perut tertekan apabila rahim semakin membesar.

TIP: Bagi mengelakkan daripada pedih hulu hati, ibu hamil disarankan untuk mengambil makanan dalam jumlah kecil tetapi kerap. Jika biasa anda mengambil tiga hidangan utama, pecahkan jumlah makanan kepada lima hidangan yang kecil agar ruang perut tidak terlalu penuh pada satu-satu masa. Selain itu, elakkan makanan yang memicu kepada gejala ini seperti makanan berlemak, kafein, masakan pedas, masam atau tajam.
Elakkan berbaring sejurus selepas makan serta kunyah makanan dengan perlahan. Apabila rasa pedih menyerang, cepat-cepatlah duduk dengan keadaan menyandar untuk mengelakkan asid perut naik ke bahagian kerongkong. Memakai pakaian yang longgar serta selesa juga boleh mengelakkan hal ini daripada berlaku.
# Sembelit
Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progesteron. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, ia juga secara tidak langsung mengendurnya juga otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Awas, sembelit yang terjadi secara berterusan akan menyebabkan buasir.
Artikel Menarik: [Bini Bila Mengandung Memang Selalu Mood Swings, Suami Layankan Je]
TIP: Untuk mengatasi masalah ini, anda perlulah ialah dengan memperbanyakkan pengambilan air kosong sebanyak lapan gelas atau lebih pada hari yang panas. Anda juga perlulah menambah makanan yang berserat tinggi seperti sayuran dan buah-buahan di dalam diet harian. Riadah teratur seperti berjalan kaki boleh membantu anda mengatasi masalah ini.
Sumber: Halodoc
The post Tekak Loya & Badan Lenguh Sepanjang Mengandung, Ibu Sanggup Hadap Demi Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tekak-loya-badan-lenguh-sepanjang-mengandung-ibu-sanggup-hadap-demi-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Suami Baru Seorang Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Rumah Kebajikan

Demi Suami Baru Seorang Ibu Sanggup Tinggalkan Anak Di Rumah Kebajikan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 524 hits
Apa nak jadi lah dengan ibu zaman sekarang ni Perkara ini berlaku di Thailand di mana seorang kanak kanak berusia 2 tahun ditinggalkan oleh ibunya di rumah kebajikan Difahamkan suami baru ibunya tidak mahu jadikan kanak kanak ini sebagai an...
Konon Anak Minum Susu Ibu Badan Tak Naik Juga Mulalah Ada Yang Pertikai

Konon Anak Minum Susu Ibu Badan Tak Naik Juga Mulalah Ada Yang Pertikai

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 325 hits
Sejurus seorang bayi dilahirkan sehinggalah usia enam bulan susu ibu adalah makanan terbaik untuk mereka Bukan sahaja kaya nutrisi susu ibu juga umpama senjata untuk menguatkan sistem imunisasi tubuh anak Sekiranya ibu mempunyai rezeki untu...
Tragedi Kebakaran Tolong Selamatkan Mereka Ibu Sanggup Lempar Anak Dari Tingkat 5

Tragedi Kebakaran Tolong Selamatkan Mereka Ibu Sanggup Lempar Anak Dari Tingkat 5

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 368 hits
Bukti sebuah pengorbanan seorang ibu yang mendukakan dapat dirakam melalui kamera cctv ketika sebuah bangunan rumah terbakar di China Kasih sayang ibu bapa terhadap anak sememangnya tanpa batasan Dari kecil mereka ditatang bagai minyak yang...
Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 357 hits
Kanak kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil Tidak kira masa atau tempatnya Tapi itu semua lumrah d...
Usia 51 Tahun Nasha Aziz Sanggup Membujang Demi Ibu

Usia 51 Tahun Nasha Aziz Sanggup Membujang Demi Ibu

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 1890 hits
Siapa sangka pelakon dan model Nasha Aziz kini berusia 51 tahun namum masih kekal cantik dan nampak muda Pasti ramai yang tertanya tanya The post appeared first on
Sejuk Perut Ibu Mengandung Nak Akhlak Anak Mulia Papa Mama Kena Mula Dari Janin Lagi

Sejuk Perut Ibu Mengandung Nak Akhlak Anak Mulia Papa Mama Kena Mula Dari Janin Lagi

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 263 hits
Akhlak yang mulia merupakan asas untuk menjadi insan yang Berjaya Oleh itu sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab anda dalam membentuk akhlak yang mulia untuk anak anak 1 Sewaktu hamil anda dan pasangan perlu sentiasa mematuhi suruhan ALLAH...
4 Beranak Ini Sanggup Pinjam Motor Orang Untuk Cari Aku Demi Sekampit Beras Susu Anak Mfs

4 Beranak Ini Sanggup Pinjam Motor Orang Untuk Cari Aku Demi Sekampit Beras Susu Anak Mfs

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 425 hits
Biar terpaksa menebalkan muka meminjam motosikal orang biar terpaksa merempuh perjalanan jauh namun besar harapan pasangan ini dapat meminta bantuan dari guru ini agar isteri dan anak anaknya dapati diberi makan Dengan berbekalkan panduan d...
Saya Terpaksa Sebab Suami Baru Saya Tak Terima Dia Ibu Buang Anak Di Rumah Kebajikan

Saya Terpaksa Sebab Suami Baru Saya Tak Terima Dia Ibu Buang Anak Di Rumah Kebajikan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 392 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun ditinggalkan di pintu rumah kebajikan oleh ibunya yang tidak mahu menjaganya menurut perkongsian dari pekerja sosial di Thailand Leftenan Kolonel Thawatchai Nanthaphan Pegawai Penyiasat di Lop...
Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar

Berhenti Dera Anak Dalam Senyap Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 345 hits
Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa berhenti dera anak dalam senyap Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti Abah rama rama ni nak warna apa Warna je la apa apa pun Izni sambil tangan sibuk scroll Faceboo...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda