9 Hujah Kenapa Guru Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh



9 HUJAH Kenapa Guru-Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh!. Tular baru-baru ini mengenai pendapat subjek sejarah patut dimansuhkan kerana tidak memberi keuntungan kepada. Perihal matapelajaran di Sekolah merupakan isu yang sensitif kerana ia merupakan hal-hal dari sistem pendidikan negara.
Pendidikan negara terus dikritik dari semasa ke semasa, bukanlah kerana mempunyai masalah besar tetapi masalah dari segi relavan ataupun tidak. Pelbagai pihak sudah memberi pendapat dan kritkan masing-masing. Banyak pihak yang beranggapan Kementerian Pendidikan Malaysia harus mendengar dan menerima pembaikan dalam sistem pendidikan negara.
Persoalan kini timbul, adakah relevan untuk subjek sejarah dikeluarkan dari silibus pembelajaran? Ikuti kupasan lanjut mengenai isu subjek sejarah yang menjadi tular di media sosial.
9 HUJAH Kenapa Guru-Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh! Subjek Sejarah merupakan subjek yang diperkenalkan oleh KPM dalam usaha untuk mewujudkan bangsa yang celik sejarah masa lalu berkait dengan negara, tamadun dan budaya. Aplikasi subjek sejarah juga sememangnya menebal dalam diri kita, rakyat Malaysia.
Kita Tahu Negara Kita Merdeka Pada 31 Ogos 1957.. Ya, betul kita tahu negara kita mencapai kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1957 selepas bertahun-tahun negara kita dijajah. Dimana kita tahu maklumat mengenai ini? Sememangnya kita mengetahuinya melalui pembelajaran subjek sejarah. Itulah fungsi kita belajar sejarah, untuk mengingati dan ambil kesimpulan dari masa lalu.
Mengapa Timbul Masalah Sehingga Perlu Mansuh Subjek Sejarah? Hiruk pikuk di alam maya baru-baru ini, mana tidaknya tiba-tiba ada pendapat yang mengatakan subjek sejarah patut dimansuhkan atas beberapa sebab. Ini menimbulkan perbalahan diantara netizen.
Sebenarnya, kita perlu meneliti dahulu apa sebabnya keluar pendapat sebegitu. Menurut pemerhatian kami, Isu ini dibangkitkan dengan kenyataan ‘patut’ mansuh subjek sejarah daripada silibus kerana :
Fakta di dalam buku sejarah adalah tidak tepat dan ‘auta’. Pembelajaran subjek sejarah merugikan. Belajar sejarah sia-sia kerana murid tidak berminat. Benarkah Sememangnya ‘PATUT’ Subjek Sejarah Dimansuhkan? Banyak pendapat pro dan contra mengenai isu ini. Subjek sejarah merupakan subjek yang sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Dari sudut kepentingan subjek sejarah juga banyak. Pembelajaran subjek sejarah juga dapat membentuk jatidiri seseorang, semangat nasionalisme dan lain-lain lagi.
Jelas disini, subjek sejarah adalah patut juga untuk dikekalkan jika dilihat pada sudut manfaatnya. Berbeza pula jika seandainya subjek sejarah yang sediada terlalu banyak auta berbanding fakta, ia boleh dipertimbangkan untuk diambil tindakan.
9 HUJAH Kenapa Guru-Guru Sepakat Subjek Sejarah Tidak Patut Di Mansuh! Gempar baru-baru ini apabila sebuah akhbar telah menerbitkan artikel berkaitan subjek sejarah adalah wajar untuk dimansuhkan atas alasan tidak menguntungkan. Perkara itu mendapat perhatian netizen yang dimana rata-rata mengecam artikel tersebut kerana merasakan adalah tidak patut, ‘buang sejarah ibarat buang diri sendiri’.
Ada juga yang berpendapat adalah patut kerana kerajaan perlu membuat kajian semula keatas subjek sejarah yang sediada.
Jadi, kami dari Sistem Guru Online telah membuat tinjauan di media sosial dengan menanyakan persoalan kepada guru-guru mengenai isu semasa , “Buang Subjek Sejarah Dari Silibus Pembelajaran”.
Berikut kami lampirkan antara hujah-hujah guru yang terbaik kenapa subjek Sejarah tidak patut dibuang dari silibus pembelajaran.
Hilang Sejarah hilanglah Bangsa n negara – Siti Mariyam Benar, Sejarah telah mengajar kita untuk mempunyai jati diri dan bangsa rakyat Malaysia.
Buang subjek sejarah ibarat… Ibubapa berhempas pulas melahir mendidik membesarkan anak… Sampai waktu anak dah besar, sang anak wajar melupakan ibu bapanya… – Muhammad Rabbani Abd Manaf Seorang yang buta sejarah akan buat seseorang itu tidak mempunyai rasa syukur akan negara sendiri..
Sejarah tue wajib dikekalkan supaya budak2 skrg sedar diri asal usul mereka!! Jangan x kenang budi hasil keamanan, keharmonian dan keselesaan skrg adalah dari perjuangan dan titisan darah pejuang dan org2 terdahulu serta jangan duk sanjung sgt bangsa penjajah2 yg pernah berlaku zalim pada masyarakat kita pada suatu masa dahulu. – Alya Abdullah Latif Benar apa yang dikata, bermula kenal sejarah akan memupuk diri insan rakyat Malaysia. Jikalau tiada pengamatan sejarah, rugilah anak bangsa.
Saya tidak menyokong subjek ini dimansuhkan. Belajar dan mengetahui Sejarah tetap penting bagi generasi sekarang. Pada pandangan saya, sebaiknya direndahkan sedikit silibus sekolah rendah, terutama bagi Tahun 4 dan 5. Kandungan subjek Sejarah sekarang agak tinggi,agak sukar untuk guru menyampaikan, selain murid yang tidak gemar menghafal. – Norasikin Md Samingon X payah buang subjek Sejarah tu, cuma perbetulkan fakta sejarah. Especially berkenaan dgn Hari Kebangsaan. Selitkan sejarah kemerdekaan Sarawak. – La Wren Dino Ada juga yang berpendapat subjek sejarah tidak patut dibuang tetapi dikaji semula..
Not knowing history is like not knowing your parents or your family roots. History is something to be proud of provided, it is the truth. Kenapa nak buang,hanya perlu cerita kan benda yg betul,jika memalukan kita harus perbaiki di masa hadapan, jika membanggakan kita ikut jejak mereka. History is guidance and there is a reason why it’s a compulsory pass subject – Nageswari Sacillan Begitulah diibaratkan kepada mereka yang tidak belajar sejarah. Ibarat tidak kenal ibu bapa sendiri dan moyang-moyang dahulu. Sejarah adalah hidup kita dimasa lalu.
Subjek Sejarah tu pnting utk generation kta jgn d buang tpi prbetulkan fakta yg d tulis agar telus dan mnjdi sejarah yg brsejarah – Js Sunshine Ya, betul. Genarasi akan datang memerlukan sejarah untuk mempelajari ketamadunan dan gaya hidup generasi yang lalu.
Belajar sejarah pun.. X kenal sejarah negara… Klu buang… Nk kenal apa.. Nk ajar apa kt bangsa kita ni.. Nk ajar dunia.. Kekayaan.. Duit.. Duit.. Duit… Semua dah gila dunia… Belajar utk kerjaya… Semata2.. Tu sbb.. Nilai dan budaya.. Semakin hilang.. Kita kejar dunia.. Kejar dunia.. Dunia makin jauh… – Azlan Lan Iza Belajar sejarah bukanlah untuk mengejar kekayaan semata, ia tiada jaminan. Namun, alhasil pembelajaran sejarah akan melahirkan individu yang baik budi pekertinya.
Buang sejarah adalah usaha nak merosakkan bangsa Dan negara – Wahab Ismail Ringkas.. Sejarah amat penting dalam kehidupan. Kita bukanlah diajar mengenai orang-orang dimasa lalu, tapi isi yang tersirat ada di dalam pembelajaran sejarah.
Pengamatan subjek sejarah akan melahirkan ribuan rakyat Malaysia yang bertamduan, berbudi bahasa dan bersemangat patriotik. Sejarah itu penting untuk dipelajari kerana kita kena pastika sejarah itu mengajar kita untuk bangkit dan terus maju.
“Orang Yang Tidak Belajar Dari Sejarah, Dia Akan Mengulangi Sejarah -George Santayana”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2022/10/9-hujah-sejarah-tidak-patut-di-mansuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putar Belit Sejarah Perang Vietnam Syarikat Produksi Little Women Keluarkan Kenyataan

Putar Belit Sejarah Perang Vietnam Syarikat Produksi Little Women Keluarkan Kenyataan

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 228 hits
Syarikat produksi Little Woman tvN telah mengeluarkan kenyataan selepas program itu dihentikan tayangannya di Netflix Vietnam Menurut pelbagai saluran berita di Vietnam Little Woman telah menghentikan siarannya di Netflix Vietnam pada 6 Okt...
Minoriti 38 Mp Desak Pru Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah Kata Pakar

Minoriti 38 Mp Desak Pru Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah Kata Pakar

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 122 hits
agendaily com07 10 2022Yang di Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk memutuskan sama ada Parlimen wajar dibubarkan atau tidak dan baginda tidak perlu mengikut nasihat sesiapa Belum berlaku dalam sejarah Malaysia apabila sekum...
Pas Kelantan Boleh Tumbang Jika Para Pembela Sepakat

Pas Kelantan Boleh Tumbang Jika Para Pembela Sepakat

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 136 hits
RENCANA KHASHASRAT dan keinginan para politis Kelantan dan rakyat yang sudah merasa naik muak dengan pemerintahan Pas di Kelantan sungguh tinggi Semangat itu sedang membakar Mereka ini sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan Pas kerana en...
Terkini Cuti Rehat Khas Guru 15 Hari Berkuat Kuasa 1 September 2022 L Berita Baik Buat Guru

Terkini Cuti Rehat Khas Guru 15 Hari Berkuat Kuasa 1 September 2022 L Berita Baik Buat Guru

papar berkaitan - pada 20/9/2022 - jumlah : 580 hits
Terkini Cuti Rehat Khas Guru 15 Hari Berkuat Kuasa 1 September 2022 l Berita Baik Buat Guru Makluman baru daripada pihak Kerajaan kepada guru guru Malaysia cuti rehat khas kini ditambah baik penambahan cuti kepada guru guru sebanyak 15 hari...
Pengambilan Guru Ditambah Kpm L Peluang Keemasan Graduan Jadi Guru Tahun 2022

Pengambilan Guru Ditambah Kpm L Peluang Keemasan Graduan Jadi Guru Tahun 2022

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 212 hits
Pengambilan Guru Ditambah KPM l Peluang Keemasan Graduan Jadi Guru Tahun 2022 Kerajaan Malaysia dijangkan akan menambah bilangan pengambila guru baharu di sekolah daripada kira kira 4 000 sehingga 5 000 orang setahun sebelum ini kepada angk...
Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat L Jom Menyimpan Wang

Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat L Jom Menyimpan Wang

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 274 hits
Guru Ini Mengajar Cara Menyimpan Wang Dengan Betul Dan Selamat l Jom Menyimpan Wang kita semua tahu menyimpan wang adalah merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan Simpanan juga amat penting untuk masa depan dan kecemasan Ki...
Guru Ditahan Polis Selepas Letak Cecair Peluntur Dalam Makanan Murid Untuk Balas Dendam

Guru Ditahan Polis Selepas Letak Cecair Peluntur Dalam Makanan Murid Untuk Balas Dendam

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 228 hits
Seorang guru sekolah rendah di Fujimi Saitama Jepun telah ditahan polis kerana meletakkan bahan peluntur dalam hidangan tengah hari murid sekolah berkenaan Suspek Ayana Hanzawa 24 guru sekolah di Sekolah Rendah Mizutani Higashi telah ditaha...
Selepas Setahun Ceo Disney Korea Kim Soyeon Mohon Maaf Isu Putar Belit Sejarah Snowdrop

Selepas Setahun Ceo Disney Korea Kim Soyeon Mohon Maaf Isu Putar Belit Sejarah Snowdrop

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 246 hits
Ketua pegawai eksekutif Disney Korea Kim So yeon mohon maaf atas kontroversi yang melanda baru baru ini Eh apa jadi ARTIKEL BERKAITAN Ketua pegawai eksekutif Kim So yeon baru baru ini tampil membuat permohonan maaf diatas respons pasif mere...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba