Minoriti 38 Mp Desak Pru Tak Pernah Berlaku Dalam Sejarah Kata Pakar


agendaily.com07/10/2022
Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk memutuskan sama ada Parlimen wajar dibubarkan atau tidak dan baginda tidak perlu mengikut nasihat sesiapa.
Belum berlaku dalam sejarah Malaysia apabila sekumpulan minoriti 38 daripada 222 Ahli Parlimen (MP) mendesak supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan, kata pakar Perlembagaan Negara.

Pada masa sama, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk memutuskan sama ada Parlimen wajar dibubarkan atau tidak dan baginda tidak perlu mengikut nasihat sesiapa.

Lebih-lebih lagi sekarang ini apabila negara menghadapi keadaan yang tidak pernah dilihat sebelum ini, kata Sri Ram.

“Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara sepenuhnya mengenai pembubaran Parlimen.

“Sekiranya baginda mendapati pembubaran Parlimen bukan untuk kepentingan ekonomi atau keselamatan negara, baginda boleh berkata tidak.

“Jika Yang di-Pertuan Agong mendapati bahawa pembubaran memudaratkan rakyat yang lebih miskin, baginda juga boleh mengatakan tidak.

“Tambahan pula, dalam sejarah Malaysia, tidak pernah ada situasi di mana sekumpulan minoriti 38 Ahli Parlimen mendesak untuk dibubarkan,” kata Sri Ram menurut laporan TheStar.

Beliau diminta mengulas mengenai kuasa Raja di bawah Perlembagaan Persekutuan mengenai pembubaran Parlimen.

UMNO yang diketuai MP Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang hanya mempunyai 38 MP daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat mendesak PTU-15 diadakan segera tanpa mempedulikan nasib rakyat dan negara yang masih cuba bangkit setelah berdepan pandemik Covid-19.

Terdapat banyak cakap-cakap mengenai kemungkinan pembubaran Parlimen apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, semalam.

Mengulas lanjut Sri Ram berkata Kabinet juga tidak pernah berpecah sebegitu rupa, seperti yang dilihat melalui surat daripada 12 Menteri Kabinet Perikatan Nasional kepada Yang di-Pertuan Agong yang tidak bersetuju PRU diadakan tahun ini.

“Dulu, gesaan pembubaran sentiasa disokong oleh majoriti ahli Parlimen.

“Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga bersetuju dengan kerajaan perpaduan antara parti,” kata Sri Ram.

Pakar perlembagaan Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi juga berkata di bawah Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh berkata tidak untuk membubarkan Parlimen.

“Undang-undang juga menyatakan bahawa tiada had masa bagi baginda perlu membuat keputusan atas nasihat Jemaah Menteri atau wakil Jemaah Menteri.

“Baginda boleh mengambil satu hari atau satu tahun,” kata Shad Saleem.

Shad Saleem menjelaskan lagi bahawa baginda berhak mendapat sebarang maklumat, seperti ramalan cuaca, untuk membuat pertimbangan baginda mengenai pembubaran Parlimen.

“Sekiranya Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pembubaran, mesti ada Parlimen baharu dalam tempoh 120 hari daripada tarikh pembubaran.

“Pilihan raya umum perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, yang mesti termasuk tarikh penamaan calon dan tempoh kempen minimum 11 hari,” kata Shad Saleem.

Semalam, baginda melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mendapatkan maklumat mengenai Monsun Timur Laut dan persiapan banjir negara.

Untuk rekod, MetMalaysia meramalkan Malaysia bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November depan, yang sekali gus akan menyebabkan banjir besar pada penghujung bulan itu.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif dalam tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/minoriti-38-mp-desak-pru-tak-pernah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tidak Pernah Padam Agenda Penyatuan Ummah Kata Zahid

Umno Tidak Pernah Padam Agenda Penyatuan Ummah Kata Zahid

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 264 hits
UMNO tidak pernah memadamkan agenda penyatuan ummah termasuk dalam kerjasama politik parti itu dengan PAS yang menjadi asas kestabilan politik tanah air Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sentiasa menekankan soal keikhlasan ...
Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

Apa Jasa Zahid Pulihkan Negara Selain Desak Pru Awal Dan Jatuhkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 281 hits
agendaily com29 09 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 3 Ogos 2021 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ...
Umno Mahu Pru Awal Kerana Penjenayah Nak Elak Hukuman Kata Dr Mahathir

Umno Mahu Pru Awal Kerana Penjenayah Nak Elak Hukuman Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 335 hits
Pengerusi Pejuang itu berkata tidak ada gunanya menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional yang menulis surat kepada raja Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab kritikan Ismail Sabri Yaakob terhadap anggota Kabinet Perikatan...
Hakim Perlu Bebas Sebarang Pengaruh Kata Tengku Maimun

Hakim Perlu Bebas Sebarang Pengaruh Kata Tengku Maimun

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 171 hits
KEDUA dua sistem kehakiman dan penyelesaian pertikaian alternatif perlu berusaha untuk memberikan keputusan yang munasabah semasa membuat keputusan dalam sebarang kes secara bebas adil dan tanpa rasa gentar atau pilih kasih kata Ketua Hakim...
Zahid Kata Pm Tak Dihormati Tapi Terlupa Insiden Boo Dalam Dewan

Zahid Kata Pm Tak Dihormati Tapi Terlupa Insiden Boo Dalam Dewan

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 205 hits
agendaily com06 10 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dihormati walaupun menjadi ketua kera...
Tiada Agenda Tergempar Hanya Mesyuarat Biasa Bincang Manifesto Pru15 Kata Ahmad

Tiada Agenda Tergempar Hanya Mesyuarat Biasa Bincang Manifesto Pru15 Kata Ahmad

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 178 hits
freemalaysiatoday com October 6 2022 11 15 PMSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pertemuan pucuk pimpinan tertinggi itu pada malam ini hanyalah perjumpaan rutin yang sering diadakan Umno KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Umno Ahmad Masla...
Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Gold Sinks Over 1pct As Easing Us China Tensions Curb Safe Haven Demand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Ramai Yang Skeptikal

Full House Bangkok Residence A Modern Dual Family Home By Warchitect

Mca S Chong Short Sighted Says Umno Youth Leader

From Ai To Robotics The Creative Forces Driving Change In Dental Education

Man Hurt Trying To Stop Snatch Thieves Outside Kampung Pandan Temple