89 Kemalangan Bas Pekerja Di Johor


Oleh KHAIRUL MOHD. ALI AYOB Khan Mydin Pitchay menyoal dua pemandu bas pekerja yang didapati positif dadah ketika menghadiri Ops Bersepadu JSPT di Taman Impian Emas, Johor Bahru, hari ini.JOHOR BAHRU: Sejumlah 89 kemalangan melibatkan bas pekerja dilaporkan berlaku sejak Januari hingga Oktober lalu di seluruh negeri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selain itu pihaknya turut mengesan pelbagai kesalahan dilakukan pemandu sepanjang tempoh tersebut.
Katanya, antara kesalahan itu termasuk penyalahgunaan dadah, memandu di bawah pengaruh alkohol dan mengabaikan aspek keselamatan sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
“Dalam satu kejadian pada 21 Oktober lalu, kita menerima aduan sebuah bas pekerja dipandu secara melulu dan berbahaya di kawasan perindustrian Tebrau, apabila disiasat pemandu terbabit positif dadah jenis methamphetamine.
“Susulan itu, hari ini Operasi Bersepadu dijalankan di lima kawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Johor untuk memeriksa beberapa aspek antaranya pemandu dan kenderaan digunakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Operasi Bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Johor di Taman Impian Emas, hari ini.
Tambah Ayob Khan, pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan terhadap 20 pemandu mendapati dua daripada mereka yang berusia 54 dan 34 tahun positif penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine dan ganja.
Sementara itu, dalam operasi terbabit juga, pihaknya telah mengeluarkan 42 saman dengan 27 daripadanya berkaitan ketiadaan lesen memandu.
“Daripada 27 saman lesen terbabit dua pemandu didapati tiada lesen memandu langsung, manakala 25 lagi tiada lesen Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) selain tiada alat pemadam api serta tiada tanda isyarat segi tiga keselamatan.
“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 26 saman, enam notis dan empat kompaun atas kesalahan berkaitan asap dan bunyi kenderaan,” katanya.
Dalam pada itu, Ayob Khan turut memberitahu terdapat segelintir pengusaha yang menggaji pemandu warga asing, membawa penumpang melebihi kapasiti had permit bagi mengurangkan kos dan menyewa permit dan bas kilang kepada pihak ketiga.
Johor merekodkan sejumlah 144 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja sepanjang tahun lalu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/89-kemalangan-bas-pekerja-di-johor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemalangan 2 Bas Kilang

Kemalangan 2 Bas Kilang

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 219 hits
PERAI Siasatan awal dijalankan mendapati salah sebuah bas kilang yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 147 0 Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi tadi berhenti di kiri lebuh This is a content summary only Visit my website for ...
Kemalangan Lelaki Maut Digilis Bas Di Ldp

Kemalangan Lelaki Maut Digilis Bas Di Ldp

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 258 hits
This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Bangsa Johor Membawa Makna Yang Cukup Besar

Bangsa Johor Membawa Makna Yang Cukup Besar

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 236 hits
YAB Menteri Besar Johor Dato Hj Mohammed Khaled Nordin menjawab dakwaan sesetengah pihak berhubung konsep Bangsa Johor Mari bersama kita hadamkan tentang konsep Bangsa Johor yang mempunyai makna yang cukup besar dalam membentuk negara yang ...
Ulangtahun Ppbm Dan Bakal Mb Johor Harapan

Ulangtahun Ppbm Dan Bakal Mb Johor Harapan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 309 hits
Kalau tengok dari gambar mungkin meriah agaknya sambutan ulangtahun setahun PPBM yang diadakan di Dewan Y Square Connexion Muar Johor Kenapa sambutan dibuat di Muar Mungkin mungkin TSMY merasakan dia masih ada pengaruh dan sokongan dan dapa...
Warga Felda Johor Diajak Menyotong

Warga Felda Johor Diajak Menyotong

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 239 hits
Rafizi Rafizi dan Pakatan Harapannya mengadakan Konvensyen Warga Felda di Johor Apa agenda puak puak ni Nak ajak warga Felda menyotong Boleh ke warga Felda berharap dengan puak puak ni Apa yang warga Felda yang hampir kesemuanya beragama Is...
Badut Penang Dah Sampai Johor

Badut Penang Dah Sampai Johor

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 265 hits
Sehari sebelum sambutan kemerdekaan negara ke 59 aku terbaca di MKini bahawa dah hampir sebulan poster BADUT BANGLO bertebaran di Penang Kalau dulu apa apa juga kutukan terhadap pemimpin DAP di luar Johor ianya tak akan melarat sampai le Jo...
Ucapan Ds Khaled Nordin Di Konvensyen Umno Johor 2016

Ucapan Ds Khaled Nordin Di Konvensyen Umno Johor 2016

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 248 hits
TEKS UCAPANYAB PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR SEMPENA PERASMIAN KONVENSYEN UMNO JOHOR 2016KHAMIS 10 NOVEMBER 2016HOLIDAY VILLA HOTEL JOHOR BHARUAssalamualaikum dan Salam Muafakat JohorTuan tuan dan Puan puanPertamanya saya berasa a...
Mencari Bakal Mb Pakatan Harapan Untuk Johor

Mencari Bakal Mb Pakatan Harapan Untuk Johor

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 245 hits
Siapakah beliau Adakah ini salah seorang calun MB Johor dari PAKATAN yang bakal menggugat impian beberapa calun lain yang telah memasang angan angan untuk menjadi MB Johor sekiranya PAKATAN menang dan menerajui kerajaan Johor selepas PRU 14...
Johor Tetap Biru

Johor Tetap Biru

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 236 hits
Johor pasti akan tetap biru Cuba tatap fahamkan dan buat perbandingan antara manifesto Pakatan Harapan dengan apa yang Kerajaan BARISAN NASIONAL Johor telah dan sedang lakukan
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej