Ucapan Ds Khaled Nordin Di Konvensyen Umno Johor 2016


TEKS UCAPAN
YAB PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI JOHOR SEMPENA PERASMIAN KONVENSYEN UMNO JOHOR 2016
KHAMIS, 10 NOVEMBER 2016
HOLIDAY VILLA HOTEL, JOHOR BHARU


Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor

Tuan-tuan dan Puan-puan

Pertamanya, saya berasa amat bersyukur kerana sekali lagi kita dapat bersama sempena Konvensyen UMNO Johor untuk tahun 2016. Dan tahun ini ianya bersejarah kerana dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO.

Marilah kita sama-sama mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO, ke Konvensyen UMNO Johor 2016 pada hari yang berbahagia ini.

Pastinya kehadiran YB Dato’ Seri Hisham sangat bermakna kepada UMNO Johor. Bagai sirih pulang ke gagang, Dato’ Seri Hisham adalah tokoh besar Johor.

Inilah tanah asalnya. Di Johor inilah keluarga besarnya berasal dan berbakti.

Dan UMNO inilah parti yang diasaskan oleh nendanya, Allahyarham Datuk Onn bin Jaafar. Inilah juga parti yang pernah dipimpin oleh Almarhum ayahandanya, Tun Hussein Onn.

Kepada YB Dato’ Seri Hisham, UMNO Johor senantiasa mengalu-alukan kehadiran Dato’ Seri. Johor ini adalah medan politik tuan yang sebenar-benarnya.

Doa kami, agar Dato’ Seri dapat terus memberikan kepimpinan terbaik pada UMNO di peringkat Pusat. Insya-Allah kami di Johor akan terus mendukung siapa jua tokoh Johor di peringkat nasional.

Agar Johor senantiasa diwakili dengan berkesan sama ada dalam Majlis Tertinggi mahupun dalam Kabinet.



Tuan-tuan dan Puan-puan;

Saya juga mengambil kesempatan ini, mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada malam ini. Yang datang dari seluruh pelusuk Johor.

Doa saya agar pertemuan kita kali ini, memanfaatkan parti, bangsa dan tanahair. Kerana inilah akhirnya tujuan sebenar kita berhimpun.

Kita ingin mendengar suara hati akar umbi parti. Memahami keluh kesah rakyat dan pendukung kita di seluruh Johor.

Kerana tanpa sumbang saran para wakil parti, UMNO ini tidak punyai apa-apa. Nadi sebenar UMNO adalah akar umbinya.

Dan jika akar umbi memilih untuk sekadar menjadi akar, dan tidak memberikan buah fikiran, maka UMNO hanya akan menjadi sebatang pokok tua. Yang hidup segan mati tak mahu.

Justeru saya percaya, para peserta telah gunakan medan dan pentas konvensyen ini sebaiknya di sebelah siang tadi. Semua pandangan yang cerdas dan bernas tersebut, Insya-Allah menjadi pedoman untuk kita memperbaiki parti, bangsa dan negara.
Hadirin hadirat para Perwakilan sekalian,

Tahun ini genaplah 70 tahun usia UMNO. Dalam tempoh yang panjang ini, sumbangan UMNO kepada bangsa Melayu, pada Islam dan pada tanahair, sangat luar biasa.

Biar dari perspektif manapun kita menilainya, tiada siapa yang boleh menafikan. Betapa selama UMNO memerintah negara dan bangsa ini, Malaysia telah menjadi sebuah negara yang berdaulat dan berjaya.

UMNO membidani kelahiran Malaysia moden. Dan kejayaan UMNO paling menyerlah ialah mambantu bangsa Melayu. Sangat konsisten dan berhasil. Malah, sangat radikal dan terlihat.

Dasar-dasar UMNO telah membebaskan Melayu dari kemiskinan dan kemunduran. Kadar kemiskinan negara kita waktu ini, hanya 0.6 peratus.

Jutaan Melayu kini menjadi kelas menengah semenjak UMNO memerintah.

Jutaan Melayu telah mendapat pendidikan, bergelar graduan dan berkemahiran tinggi.

Kini, ramai sekali Melayu yang telah menguasai perniagaan besar. Menjadi pengurus yang berjaya. Meneraju bank, mengepalai syarikat multinasional, menyertai pertubuhan antarabangsa, menggerakkan NGO, menghidupkan industri, menjadi tokoh agama. Namakan sahaja.

Tetapi, di sebalik semua hasil yang besar dan baik ini, mari kita mengambil masa dan bertanya dengan jujur. Adakah UMNO sebenarnya semakin berpengaruh dan diyakini di kalangan orang Melayu?

Adakah UMNO akan terus kekal menjadi pilihan orang Melayu untuk memerintah? Dan memenangi pilihanraya akan datang?

Saya pasti, dalam setiap sanubari kita, wujud pengakuan, bahawa dari sehari ke sehari, UMNO semakin jauh dari hati orang Melayu. UMNO sudah tidak berada dalam kedudukan seperti sebelumnya.

Benar UMNO masih berkuasa dan berpengaruh, masih besar dan ramai. Tetapi adalah juga benar bahawa pengaruh UMNO sebagai sebuah pergerakan politik Melayu semakin susut dengan deras.

Kenapa ini berlaku? Apa yang belum dilakukan oleh UMNO, sehingga ia semakin pudar dan jauh dari nurani bangsa Melayu?

Semua orang boleh memberi pelbagai alasan. Pastinya ramai yang memilih untuk menyalahkan UMNO. Seolah-olah UMNO tidak pernah berbakti.  Tidak pernah melakukan apa-apa dan tidak ada sumbangan dan jasanya.

Benar, UMNO tidak lari dari silap. Benar UMNO itu jauh dari sempurna.

Tapi untuk menghukum UMNO itu gagal mengambil langkah dan tanggungjawab pada bangsa Melayu, adalah pandangan yang sangat tersasar dan tidak adil.

Maka kerana itu saya mengambil pendirian tegas mempertahankan UMNO.

Kerana saya sedar, masalah sebenar sebahagian orang Melayu ada DUA.

PERTAMA, masalah kebolehsaingan, kebergantungan dan lemahnya nilai berdikari mereka. Kedua, ketirisan dan salah keutamaan dalam tindakan afirmatif kita.

Bukan kerana UMNO tidak menjalankan tanggungjawabnya pada orang Melayu.

Kerana itu, saya kekal berjuang dalam UMNO untuk memperbetulkan keadaan ini.

Saya kekal dalam UMNO kerana ingin berlaku adil kepada UMNO kerana saya berasa bertanggungjawab untuk merubah sikap, melonjak kebolehsaingan dan menanam nilai maju pada sebahagian dari bangsa Melayu.

Saya tidak sama sekali memilih untuk kekal dalam UMNO kerana kedudukan dan cita-cita untuk terus menjadi pemimpin. Saya berasa terpanggil membetulkan ketirisan yang merugikan orang Melayu selama ni.

Saya berasa amat tidak bertanggungjawab jika saya meninggalkan UMNO tatkala orang Melayu mempunyai masalah sikap, pemikiran dan ketirisan seperti ini.

Dan malam ini saya mengajak semua pendukung UMNO Johor untuk bersama-sama memperbaiki keadaan ini.

Agar melalui usaha kolektif kita bersama, kita dapat mengusahakan pencerahan bagi membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing, berdikari dan kompetitif. Dan mereka kembali mendukung UMNO.

Tuan-tuan dan Puan-puan

Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan.

Begitu juga dengan pelbagai tindakan afirmatif yang UMNO telah perkenalkan untuk meningkatkan kebolehsaingan bangsa Melayu. UMNO akan mengekalkan semua ini.

Ini adalah ikrar dan mandat UMNO. Jangan risau. UMNO akan terus mempertahankannya dengan jujur dan ikhlas.

UMNO telah dan akan terus memberikan orang Melayu permulaan yang adil dan perlu.

Agar orang Melayu maju dan berjaya. Berdikari dan bersaing di persada perniagaan, pendidikan, dan industri dengan lebih hebat. Dan tidak perlu terus bersandar dan bergantung dengan bantuan UMNO dan  Kerajaan selamanya.

Mereka yang telah berjaya mesti berdikari, bergraduat dari terus menerima bantuan. Malah merekalah yang sepatutnya bangun, menyumbang pada Negara setelah berjaya. Atau setidak-tidaknya membantu orang Melayu yang lain.

Tetapi selepas semua apa yang UMNO lakukan ini, mereka masih dengan sikap meminta-minta, sikap kebergantungan dan pemikiran bahawa, dalam keadaan apa pun, UMNO itu ada dan UMNO terus berkewajipan membantu. Kerana mereka Melayu.

Pemikiran terkebelakang sebegini adalah satu masalah yang menyebabkan orang Melayu mundur. Masalah yang menyukarkan UMNO menjadi lebih progresif.

Walaupun selepas segala yang UMNO telah lakukan untuk orang Melayu. Kebanyakan dari orang Melayu masih gagal bersaing atas merit. Masih tidak mempunyai kompetensi yang kuat. Masih gagal mencipta kejayaan sendiri.

Banyak perniagaan orang Melayu umpamanya, hanya sekadar menjadi orang tengah. Tidak ada kepakaran sebenar. Tidak ada usaha sebenar. Malah tidak ada organsiasi yang kemas, yang boleh dibangunkan dengan lebih baik dan bertahan lama.

Anak Melayu yang kita bantu memasuki universiti, tidak memanfaatkan peluang menuntut ilmu dengan serius. Akhirnya, mereka bergraduat dengan pencapaian yang rendah, dan gagal mendapat tempat dalam pasaran kerja yang bermutu. Malah Kerajaan pula terpaksa membelanjakan jutaan ringgit lagi untuk terus melatih mereka dengan pelbagai skim khas.

Lebih menyedihkan, bagi sebahagian yang telah berjaya, mereka masih tidak sedia menghadapi persaingan secara terbuka. Tetapi masih terus mengharapkan projek, kontrak dan kouta. Masih mengharapkan sokongan dan dukungan atas dasar menjadi Melayu.

Insaflah bahawa ini semua sangat membebankan UMNO dan Kerajaan. Ini semua juga menyebabkan ketirisan dalam usaha pengupayaan orang Melayu. Akhirnya, dana tidak mencukupi kerana yang perlu ditanggung semakin ramai. Apatah lagi, dalam keadaan kedudukan hasil negara yang semakin susut.

Tuan-tuan dan Puan-puan

Pendirian UMNO Johor mudah. Kita percaya, telah tiba masanya bangsa Melayu diselamatkan. Diselamatkan dari sikap dan cara berfikir yang tidak betul. Dari cara kerja yang tidak kompetetif dan tidak berdaya saing. Dari budaya suka meminta-minta.

Dan caranya ialah dengan mengubah pemikiran dan sikap orang Melayu ini.

Kerana, sekalipun UMNO ditolak dalam pilihanraya akan datang, tiada jaminan bahawa keadaan orang Melayu akan menjadi lebih baik. Jika sikap dan pemikiran sebegini ini tidak diubah. Tukarlah kepada apa parti sekalipun.

Dan kalau boleh diibaratkan. Seperti kereta dan pemandu yang sering kemalangan. Tukarlah kereta apa sekalipun. Proton, Honda, Mercedez, BMW. Tetapi kalau pemandu itu adalah pemandu yang tidak cekap, yang lalai, yang tidak bertanggungjawab. Kereta apa sekalipun yang dipandu, tidak ada maknanya.

Jadi, yang perlu ditukar, bukan kereta. Tetapi sikap dan cara pemandu itu.

Begitu jugalah dengan kita. Yang perlu berubah dan diubah sebenarnya adalah pemikiran, sikap dan budaya Melayu itu. Bukannya parti yang menjadi wadah orang Melayu berjuang.

Atas kesedaran inilah, UMNO Johor pada tahun ini memilih untuk membahaskan agenda Melayu Maju dalam konvensyennya.

Kerana bagi UMNO Johor, Melayu mesti diasuh berdikari. Dibenteras  pemikiran dan sikap terlalu bergantung pada hak dan bantuan. Sikap anti persaingan dan anti kemajuan mesti berakhir.

Jadi, senjata paling penting kita adalah dengan meyakinkan seluruh bangsa Melayu bahawa mereka mesti berubah.

Dan UMNO adalah wadah terbaik melakukan perubahan tersebut. Kerana UMNO sentiasa memilih jalan yang serius, jalan yang betul dan terbaik untuk orang Melayu.

Jalan yang selari dan menjawab keperluan orang Melayu. Bukannya menjadikan Melayu bangsa yang terus bernostalgia dengan hak dan keistimewaannya.

Melayu yang dalam istilah Tan Sri Shahrir Samad, berada dalam ekonomi dan persekitaran yang benar-benar merdeka.
Tuan-tuan dan Puan-puan;

Maka, untuk menjayakan agenda Melayu Maju ini, saya ingin sarankan DUA jalan.

PERTAMA, pendidikan berkualiti dan terbaik untuk Melayu.

UMNO mesti memperjuangkan pembaharuan radikal dalam pendidikan di negara ini. Kaedah paling penting untuk menjana kebolehsaingan bangsa Melayu ialah pendidikan terbaik. Pendidikan bermutu. Pendidikan abad ke 21.

UMNO tidak lagi perlu khuatir tentang cerita akses dan keciciran. Perkara ini sudah berjaya kita uruskan dengan cemerlang.

Lihat sahaja segala usaha luar biasa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO termasuk YB Dato’ Seri Hisham sendiri semasa beliau memimpin Kementerian Pendidikan.

UMNO telah memastikan di mana sahaja di Malaysia; termasuk di daerah paling terpencil, akan ada sekolah yang berfungsi dengan baik, dengan guru terlatih, dengan kemudahan yang cukup.

Kini, masanya adalah untuk kita beralih dan memecut ke fasa yang berikutnya. Fasa menggandakan mutu dan kualiti pendidikan. Yang sesuai dan menjawab tuntutan kompetensi abad ke 21.

Anak-anak Melayu harus mempunyai kemahiran untuk hidup, berfungsi dan berperanan mengikut keperluan abad ke 21.

Ertinya, kita memerlukan sistem pendidikan yang boleh menyediakan kemahiran dan pemikiran abad ke 21.

Telah tiba masanya pendidikan kita mesti dilaraskan dengan mutu termaju. Yang digerakkan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti antarabangsa.

Kerana, akses pendidikan tanpa kualiti yang baik, ialah sistem pendidikan yang terkebelakang.

Ia tidak akan menyediakan Malaysia yang berkemajuan. Akses tanpa kualiti, tidak akan menganjak Malaysia menjadi kuasa ekonomi berpengetahuan.

Lebih kritikal, akses tanpa kualiti, tidak akan berupaya melahirkan generasi Melayu yang terbaik. Yang boleh memastikan kebolehsaingan Malaysia.

Maka, tanpa pendidikan yang kualitinya setara dengan kepentingan abad ke 21, Malaysia akan tercicir dalam kancah persaingan global.

Lebih parah, bangsa Melayu akan pasti lebih terkebelakang.

Kerana itu, pada hari ini, UMNO Johor akan membahaskan isu pendidikan terbaik dan berkualiti ini. Dan mencari pencerahan.

Harapannya, melalui interaksi dengan mereka yang mahir dan pakar dalam hal ini, akan ada beberapa cadangan bernas yang akan UMNO Johor usul dan majukan untuk Perhimpunan Agung UMNO nanti.

Kedua, Islam mesti menunjangi kelahiran Melayu Maju ini.

Perkara ini saya usulkan hanya kerana satu sebab. Bahawa saya tidak boleh membayangkan Melayu tanpa Islam.

Islam tanpa Melayu, itu biasa. Namun, Melayu tanpa Islam, itu kejanggalan di luar kelaziman.

Islamlah yang selama ini, menjadi satu-satunya faktor yang telah membentuk keperibadian orang Melayu.

Menjadikan orang Melayu itu rasional, menolak animesme, berakhlak mulia dan berbudaya baik.

Dan, jika Islam itu terbukti sebagai faktor penting dalam pembentukan keperibadian dan peradaban Melayu, maka Islam juga harus terus penting dalam agenda melonjak pemikiran dan budaya terbaik bangsa Melayu.

Islam mesti menjadi inspirasi untuk orang Melayu menjadi semakin maju, semakin progresif, semakin berlumba-lumpa ke hadapan.

Yakinilah bahawa nilai-nilai Islam, penyelesaian Islam, fikrah dan cara hidup Islam, adalah satu kemajuan yang Tuhan ajarkan merentas zaman dan peradaban.

Islam bukan sekadar susunan hukum agama. Islam adalah cara kehidupan paling baik dan syumul.

Maka jika orang Melayu itu, yang memang dari lahirnya menjadi Muslim, tetapi gagal melihat Islam sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik, lebih maju dan lebih berdaya saing. Maka, pada mereka Islam itu hanya anutan yang tidak dijiwai.

Kerana itu, UMNO tidak lagi boleh mengungkapkan agenda agamanya hanya berkisar tentang menaik taraf mahkamah syariah atau gaji guru sekolah agama.

Naratif sebegitu terlalu kecil dan tidak pun menggambarkan potensi sebenar Islam.

Naratif baru yang perlu diketengahkan oleh UMNO ialah, bagaimana Islam dan ajarannya, boleh membantu melonjakkan bangsa Melayu dan Malaysia, menjadi sebuah masyarakat terbaik.

Bagaimana Islam, dapat meminjamkan nilai dan menjadi panduan menuju kemodenan. Bukan menjadikan Islam alasan menolak dan menjauhi kemodenan.


Bagaimana Islam, menjadi inspirasi untuk pemimpin kita menjadi lebih beramanah dan takut pada Penciptanya. Menghapuskan politik wang dan salah guna kuasa.

Bagaimana Islam, memeta jalan keluar kepada kemaslahatan bangsa. Menggunakan pelbagai pendekatan Islami seperti wakaf, hibah, zakat dan pelbagai lagi.

Bagaimana Islam, menjadi pedoman untuk kita mengurus ekonomi moden dengan bersandarkan prinsip tidak menindas, inklusif dan berkeadilan.

Dan bagaimana Islam, secara keseluruhannya akan menjadi faktor paling penting dalam anjakan pemikiran orang Melayu menjadi bangsa berkemajuan.

Yang Berhormat Dato’ Seri, tuan-tuan dan puan-puan,


Saya memilih untuk bercakap tentang TIGA perkara malam ini.

PERTAMA, cabaran terbesar UMNO ialah melakukan transformasi pemikiran dan agenda Melayu. UMNO mesti memacu segala usaha untuk membentuk Melayu Maju.

KEDUA Melayu Maju ini mesti dijayakan dengan pendidikan termaju, dengan kualiti terbaik. Jika UMNO gagal memberikan anak-anak Melayu pendidikan terbaik, UMNO gagal menyediakan orang melayu untuk bersaing di abad ke 21.

KETIGA, Melayu Maju ini mesti kembali kepada Islam dan nilai-nilai terbaik agama. Islam harus menjadi inspirasi untuk Melayu menjadi lebih berkemajuan dan berjaya.

Kenapa saya memilih ketiga-tiga perkara ini. Jawapan saya mudah.  Jika UMNO tidak menjawab persoalan jangka masa panjang ini, siapa lagi yang bertanggungjawab menjawabnya. Jika UMNO tidak memikirkannya, siapa yang akan memikirkannya.

Orang Melayu mendambakan pemikiran besar dan berani dari UMNO. Jika tiada pemikiran besar dan berani, tentang masa depan bangsa Melayu, maka UMNO tersasar dari misi utamanya untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu.

Apa yang saya utarakan sebenarnya, bertujuan menjawab masalah sebenar orang Melayu, yang wajar UMNO perjuangkan.

Seruan saya, jika UMNO ingin untuk berkelangsungan 70 tahun dan lebih lagi, UMNO mesti mengambil pandangan jauh. Jalan pintas, bukan cara UMNO.

Dan medan terbaik untuk UMNO membahaskan dengan tulus, misi besar sebegini, ialah perhimpunan seperti ini.

Insha Allah, UMNO Johor akan melakukan usaha lebih terancang selepas ini untuk menyebar luaskan Agenda Melayu Maju ini.  Agar ia didukung sepenuh jiwa oleh seluruh orang Melayu insyallah.

Akhirnya, sekali lagi terima kasih atas kehadiran pada malam ini.

Saya harap, kasih kita, cinta kita, ikhlas dan sayang kita pada bangsa Melayu, pada Islam dan pada tanahair ini akan terus subur.

Biarlah orang Melayu, hari ini atau dari generasi yang akan datang, setidak-tidaknya berbangga dengan kita. Kerana, masih ada dari kalangan bangsa mereka, yang benar-benar mengasihi orang Melayu. Dan memikirkan yang terbaik untuk mereka.

Sekian, Terima kasih.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dtenggara.blogspot.com/2016/11/ucapan-ds-khaled-nordin-di-konvensyen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Umno Johor Terus Cabar Mahiaddin Tak Rasa Tercabarkah Beliau

Pemimpin Umno Johor Terus Cabar Mahiaddin Tak Rasa Tercabarkah Beliau

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 323 hits
Berikutan kenyataan Mahiaddin Md Yasin bahawa beliau boleh menekan button pada bila bila masa jika ingin menjatuhkan kerajaan negeri Johor pimpinan UMNO negeri itu nampaknya terus mengasak beliau agar berani berbuat demikian Tujuannya ialah...
Muafakat Exists Only In Name Says Umno Veep Khaled After Pas Sides With Perikatan In Melaka Poll

Muafakat Exists Only In Name Says Umno Veep Khaled After Pas Sides With Perikatan In Melaka Poll

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 295 hits
The Umno vice president said while MN s constant claim of championing unity of the Muslim community is music to one s ears the fact remains that other interests take precedence in politics PAS decision to stick with Perikatan Nasional and d...
Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

Poster Tular Sultan Johor Mahu Rakyat Tolak Umno Dalam Prn Melaka Palsu

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sekali lagi bertitah menegaskan bahawa baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang tular dalam media sosial ketika ini Jelas baginda kenyataan yang...
Apa Kata Mb Johor Di Persidangan Umno Bahagian Kota Tinggi

Apa Kata Mb Johor Di Persidangan Umno Bahagian Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 166 hits
Antara intipati ucapan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menteri Besar Johor di Persidangan UMNO Bahagian Kota Tinggi yang siadakan di Dewan Semai Bakti Felda Lok Heng Timur Mesyuarat dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbqlq...
Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

Kenyataan Media Ketua Pemuda Umno Johor

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 144 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor hari ini melahirkan rasa dukacita dan membantah keras di atas tindakan seorang ahli jemaah Pengurus sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Nan Ya Telok Sengat Kota Tinggi yang telah mengarahkan seorang guru Isla...
Hakikatnya Umno Tak Mau Bekerjasama Dengan Bersatu

Hakikatnya Umno Tak Mau Bekerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 268 hits
ShahbudinPatutlah Pak Wan ni kalah bertanding dia rupanya masih tak faham dengan hakikat UMNO tak mahu langsung bekerjasama dengan Bersatu
Syarat Kepada Pas Guna Lambang Sendiri Apa Sebenar Niat Umno

Syarat Kepada Pas Guna Lambang Sendiri Apa Sebenar Niat Umno

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 317 hits
agendaily com30 10 2021UMNO mahu PAS menggunakan logo sendiri dalam PRN Melaka nanti Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sepatutnya memuktamadkan keputusan berhubung kerjasama dengan PAS dan Bersatu tetapi sebaliknya yang berlaku mereka meletak...
Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

Prn Melaka Pas Akan Bincangkan Keputusan Umno Mahu Jalin Kerjasama Politik Ahad Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 354 hits
MELAKA PAS akan membincangkan mengenai keputusan UMNO untuk menjalinkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Ahad ini Pesuruhjaya PAS Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata setakat ini pihak...
Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Intan Najuwa Cantik Lepas Bersalin Kongsi Gambar Dengan Baby Imane Dalam Pantang Pun Comel

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay