8 Vaksin Yang Perlu Diketahui



8 vaksin yang perlu diketahui
VAKSIN antara kaedah terbaik ibu bapa untuk melindungi anak mereka daripada penyakit berjangkit tertentu.
Malah, vaksin juga dapat mencegah orang dewasa daripada mendapat penyakit dan menghalang penyebaran jangkitan dalam komuniti.
Dalam beberapa kes keberkesanan suntikan pelalian ini berupaya menghapuskan penyakit yang ditakuti.
Setiap individu perlu mendapatkan vaksinasi mengikut jadual imunisasi yang disarankan pihak berkuasa keselamatan di negara masing-masing.
Langkah ini bukan hanya untuk kesihatan diri sendiri, tetapi individu di sekeliling.
Lapan jenis vaksin yang perlu diketahui
1. Vaksin Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit yang menyebabkan keradangan dan kerosakan hati.
Dalam jangka panjang, jangkitan hepatitis B kronik boleh menyebabkan sirosis, kegagalan dan barah hati.
Di Amerika Syarikat, 1.25 juta individu dijangkiti virus hepatitis B secara kronik apabila 36 peratus dijangkiti ketika kecil.
Sebanyak 25 peratus daripada mereka dijangkiti semasa bayi dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Sebab itu amat penting bayi diberikan vaksinasi hepatitis B.
2. Vaksin Difteria, Tetanus dan Pertusis (DTaP)
DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap difteria (sakit kerongkong), tetanus (kancing gigi) dan pertusis (batuk kokol).
Difteria ialah penyakit kerongkong disebabkan bakteria ‘Corynebacterium diphtheriae’. Kanak-kanak dijangkiti bakteria ini akan mengalami kesukaran menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut, farinks dan bengkak pada kelenjar leher serta boleh membawa maut.
Tetanus adalah penyakit kancing gigi apabila pesakit mengalami kekejangan otot (selalunya di kawasan rahang dan leher) pada seluruh badan disebabkan jangkitan bakteria ‘clostridium tetani’.
Pertusis pula ialah batuk kokol berpunca daripada jangkitan bakteria ‘bordetella pertussis’. Penyakit yang boleh membawa maut ini dapat dicegah melalui suntikan vaksin.
3.Vaksin pneumokokal
Vaksin ini melindungi daripada jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumoniae’ yang boleh menyebabkan radang paru-paru, meningitis dan bakteremia.
4. Vaksin rotavirus
Rotavirus ialah jangkitan virus yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut teruk dalam kalangan bayi serta kanak-kanak.
Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh mengalami dehidrasi dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital.
Kira-kira 80 peratus kematian disebabkan jangkitan virus rotavirus di negara membangun.
5.Vaksin campak, beguk dan rubella (MMR)
Kombinasi tiga vaksin ini untuk melindungi kanak-kanak daripada menghidap penyakit demam campak, beguk dan rubella.
Demam campak adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus campak.
Beguk ialah penyakit yang disebabkan virus paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan serta rasa sakit pada kelenjar parotid.
Rubella sejenis penyakit disebabkan oleh virus rubella yang biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu dijangkiti.
6. Vaksin influenza
Jangkitan virus influenza boleh membawa komplikasi kesihatan hingga meragut nyawa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajiannya mendapati sekitar 600 juta masyarakat di dunia berhadapan risiko influenza setiap tahun.
Oleh itu, vaksin influenza terbukti boleh menghindari komplikasi demam selesema dan menyelamatkan nyawa.
7. Vaksin virus papilloma manusia (HPV)
HPV adalah penyebab utama barah pangkal rahim dalam kalangan wanita, barah dubur dan beberapa jenis penyakit barah yang lain.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan suntikan vaksinasi HPV kepada kanak-kanak berusia antara 11 dan 12 tahun.
Suntikan pelalian ini boleh dimulakan seawal usia sembilan tahun.
Imunisasi ini juga disyorkan kepada individu berusia 26 tahun yang belum mendapatkan perlindungan vaksinasi secukupnya.
8. Vaksin varisela
Juga dikenali sebagai vaksin cacar air yang memberi perlindungan daripada penyakit cacar air.
Penyakit ini mudah menjangkiti yang menyebabkan kulit gatal dan menggelembung berserta cecair.
Satu dos vaksin ini boleh mencegah 95 peratus penyakit yang sederhana dan 100 peratus teruk. HM
8 vaksin yang perlu diketahui
Baca Artikel Menarik :
Saya dah tutup pintu depan, tapi… Takiyuddin masuk hospital, jalani pembedahan jantung Resepi Spaghetti Gigi Hadid Viral Lagi Sedap Sarah Irdina dipaksa bogel dalam lokap,polis nafikan Mall tutup 3 hari, parlimen sampai 2 minggu Pedofil hantar gambar kemaluannya kepada kanak-kanak Layari Laman Facebook MYKMU
Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

The post 8 vaksin yang perlu diketahui appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/02/8-vaksin-yang-perlu-diketahui/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dokter Paru Nilai Belum Diketahui Durasi Proteksi Vaksin Untuk Cegah Penularan Covid

Dokter Paru Nilai Belum Diketahui Durasi Proteksi Vaksin Untuk Cegah Penularan Covid

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 256 hits
Meski begitu ia berharap antibodi vaksin bisa bertahan hingga satu tahun lebih Entah itu Sinovac Moderna Pfizer dan merk vaksin lainnya
Remaja 12 Hingga 17 Tahun Kini Boleh Daftar Vaksin Di Mysejahtera

Remaja 12 Hingga 17 Tahun Kini Boleh Daftar Vaksin Di Mysejahtera

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 285 hits
Remaja 12 hingga 17 tahun kini boleh mula daftar vaksin di MySejahtera Kuala Lumpur Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini boleh mendaftar bagi mendapatkan vaksin Covid 19 menerusi aplikasi MySejahtera Sebelum ini MySejahtera hanya membenar...
Jumlah Penerima Vaksin Lepasi 17 Juta Hari Ini

Jumlah Penerima Vaksin Lepasi 17 Juta Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 240 hits
AGENDA DAILY Data 24 Julai 2021 Jumlah keseluruhan penerima vaksin Covid 19 di seluruh negara bakal mencecah lebih 17 juta orang hari ini berdasarkan angka purata pemberian suntikan harian sehingga semalam Sejak Program Imunisasi Covid 19 K...
Rentasan 933 Gempar Kini Vaksin Covid 19 Boleh Dibeli Di Pasaran Ge

Rentasan 933 Gempar Kini Vaksin Covid 19 Boleh Dibeli Di Pasaran Ge

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 302 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9331 VAKSIN ANGIN KELETIHAN ATAU SENGAJA 2 PENDIDIKAN BAGAIMANA MEMBANTU GENERASI YANG KEHILANGAN 3 PENJENAYAH BEBAS JIKA RAPAT DENGAN POLITIKUS BERKUASA 4 BERSIDANG SAHAJA BUKAN SURUH BERPERANG
Polisi Jual Vaksin Ke Swasta Otai Reformis Buat Laporan Polis

Polisi Jual Vaksin Ke Swasta Otai Reformis Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 366 hits
Gerakan Otai Reformis 1998 membuat laporan polis pagi tadi terhadap kerajaan Perikatan Nasional yang membenarkan syarikat pembekal vaksin negara menjual produk tersebut kepada pihak swasta dan kerajaan negeri ketika rakyat marhaen masih men...
Polisi Vaksin 6 Remaja Yang Ditangkap Diduga Mau Demo Tolak Ppkm

Polisi Vaksin 6 Remaja Yang Ditangkap Diduga Mau Demo Tolak Ppkm

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 234 hits
Polisi memberikan vaksin Covid 19 terhadap enam remaja yang sempat ditangkap karena diduga hendak menonton aksi unjuk rasa terkait Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat di Jakarta Sabtu
Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar Benar Berlaku

Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar Benar Berlaku

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 371 hits
Assalamualaikum Hi Semua Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar benar Berlaku Kredit Imej FortuneBaru baru ni tular di Media Sosial tentang kes vaksin tidak dicucuk dengan betul dan tidak kurang juga dikatakan telah dicuri Sudah tentu ia sa...
Stok Menipis Pemprov Sumbar Minta Tambahan 800 Ribu Vaksin Covid 19

Stok Menipis Pemprov Sumbar Minta Tambahan 800 Ribu Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 215 hits
Iya animo masyarakat untuk vaksin cukup tinggi akibatnya stok vaksin tak mencukupi kata Gubernur Sumbar Mahyeldi
Menu Untuk Orang Demam Lepas Kena Vaksin

Menu Untuk Orang Demam Lepas Kena Vaksin

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum Hi korang SA demam teruk kan bagus la demam sebab vaksin tu bertindak baik ikut antibodi kan SA sakit sakit badan ni yang tak larat memang layan makan panadol jer untuk setiap 6 jam hari ni SA x masak pun Pak Zain dan Mak Pa...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport