Polisi Jual Vaksin Ke Swasta Otai Reformis Buat Laporan Polis



Gerakan Otai Reformis 1998 membuat laporan polis pagi tadi terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membenarkan syarikat pembekal vaksin negara menjual produk tersebut kepada pihak swasta dan kerajaan negeri ketika rakyat marhaen masih menunggu giliran menerima suntikan dos pertama sejak berbulan-bulan lalu.
Jurucakap Otai, Fadzli Hassan berkata, merujuk laporan media sebanyak 14 juta vaksin Sinovac akan dibuka untuk tempahan oleh pihak swasta mulai Julai, dan hal itu didakwa sebagai penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Persekutuan.
“Terdapat kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dari 20 juta orang dewasa yang masih belum menerima suntikan vaksin dos pertama
“Sebaliknya kerajaan membenarkan pula urusniaga komersial dan ini secara jelas menafikan hak rakyat terbanyak mendapat vaksin dengan kadar segera, pada ketika jangkitan meningkat dari hari ke hari
“Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab berikan vaksin secara percuma kepada 20 juta rakyat dewasa Malaysia tetapi dengan membenarkan penjualan vaksin ini, ianya membolehkan rakyat yang ada wang sahaja didahulukan .
“Yang miskin dan tidak berkemampuan akan menunggu giliran dan berpanjangan (menanti) dalam mendapatkan vaksin tersebut,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Menurut Fadzli, Otai juga mendakwa Kerajaan Persekutuan telah menyalahguna peruntukan membeli vaksin yang diluluskan sebanyak RM5 bilion dalam sidang Parlimen tahun lalu tetapi sekarang beralih pula kepada urusniaga komersial.
“Syarikat milik Kerajaan Negeri yang membeli vaksin tersebut dari pembekal akan mengenakan bayaran yang tinggi kepada pelanggan mereka atau sektor industri yang terbeban dengan sekatan (operasi) berterusan.
“Otai berpendapat adalah menjadi tanggungjawab sosial bagi Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk memberikan vaksin secara percuma kepada pihak industri bagi membolehkan sektor berkenaan bangkit semula. Lebih-lebih lagi sebelum ini sektor tersebut telah membayar cukai lumayan kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Otai Reformis 1998, Razak Ismail pula menegaskan kerajaan PN seharusnya mengutamakan rakyat yang menunggu untuk memperolehi vaksin sebelum membuka tawaran untuk urusniaga swasta.
“Orang yang berdaftar dengan MySejahtera 19 juta, tetapi setakat hari ini hanya 10 juta yang telah mendapat vaksin dos pertama. Di Selangor kita ada 4.7 juta yang berdaftar tetapi malangnya menurut rekod, hanya 2 juta saja divaksin.
“Isunya kenapa kerajaan beri vaksin kepada hospital swasta, mengapa tidak suntik kepada orang yang mendaftar sebanyak 10 juta itu?
“Mengapa tidak digunakan pendekatan itu, tetapi gunakan pendekatan komersial? Jual kepada hospital swasta. Jual pada harga yang tinggi dan hospital akan caj semula kepada pelanggan yang berkemampuan.
“Untuk 14 juta orang miskin tadi macam mana? Kita dapat banyak aduan dari rakyat, ramai yang tunggu untuk temujanji tetapi mereka tidak dapat vaksin. Kenapa perlu 14 juta dos diberi kepada swasta?” tanyanya
Razak turut mempersoalkan sama ada pembelian vaksin untuk dijual kepada pihak swasta berkenaan termasuk di dalam peruntukan pembelian vaksin kerajaan yang diluluskan dalam Belanjawan 2021 lalu.
Katanya, kerajaan PN perlu menjawab hal tersebut kerana tidak sepatutnya peruntukan kerajaan digunakan untuk urusniaga komersial.
“Kita dimaklumkan RM5 bilion telah diluluskan untuk beli vaksin. Kalau tak silap untuk 50 juta dos. Adakah 14 juta dos (kepada pihak swasta) ini dari jumlah peruntukan 50 juta itu?
“Adakah maknanya kerajaan menjual vaksin yang diluluskan dalam Belanjawan 2021?
“Sepatutnya pekerja kilang dapat vaksin percuma berdasarkan peruntukan 50 juta dos. Kenapa kerajaan menjual Sinovac ini,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32631

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Dakwaan Jual Janji Temu Vaksin Kata Khairy

Polis Siasat Dakwaan Jual Janji Temu Vaksin Kata Khairy

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 274 hits
Khairy Jamaluddin berkata garis panduan pemantauan vaksin akan mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian vaksin PETALING JAYA Polis sedang bekerjasama dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid 19 untuk menyiasat dakwaan individu menjual...
Polis Terima 13 Laporan Dakwaan Vaksin Kosong

Polis Terima 13 Laporan Dakwaan Vaksin Kosong

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 267 hits
Bukit Aman terima 13 laporan dakwaan vaksin kosong setakat ini Kuala Lumpur Polis Diraja Malaysia menerima 13 laporan berhubung dakwaan pemberian vaksin kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di beberapa Pusat Pemberian Vaksin P...
Polis Kesan Modus Operandi Baru Sindiket Penipuan Jual Vaksin Covid 19

Polis Kesan Modus Operandi Baru Sindiket Penipuan Jual Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 258 hits
Polis menjalankan siasatan dan sehingga kini lapan orang ditahan bagi membantu siasatan Petugas kesihatan menyediakan suntikan vaksin Covid 19 di pusat pemberian vaksin Empat laporan polis diterima berkait isu vaksin Covid 19 dengan tiga da...
Syarikat Swasta Di Sabah Dibenar Beli Vaksin Untuk Pekerja

Syarikat Swasta Di Sabah Dibenar Beli Vaksin Untuk Pekerja

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 372 hits
Syarikat swasta dan sektor perindustrian boleh membeli vaksin Pfizer Sinovac dan Astrazeneca untuk pekerja mereka Sabah benar syarikat swasta beli vaksin sendiri KOTA KINABALU Kerajaan Sabah kini membenarkan syarikat swasta dan sektor perin...
Laporan Polis Perlu Di Buat Dan Disiasat Berhubung Pembatalan Darurat 21hb

Laporan Polis Perlu Di Buat Dan Disiasat Berhubung Pembatalan Darurat 21hb

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 298 hits
Semua MP sudah kena lelong Peristiharan darurat yang sepatutnya dibawa ke Parlimen tidak dilakukan dan PEMBATALAN nya di buat tanpa di bawa ke Parlimen Apakah sah sepanjang Masa darurat ITU dilaksanakan PDRM melaksanakan kuasa dibawah satu ...
Mp Aktivis Buat Laporan Polis Kerajaan Gagal Lindungi Rakyat Dari Covid 19 Fazli Radzi July 25 2021

Mp Aktivis Buat Laporan Polis Kerajaan Gagal Lindungi Rakyat Dari Covid 19 Fazli Radzi July 25 2021

papar berkaitan - pada 26/7/2021 - jumlah : 337 hits
Tujuh Ahli Parlimen dan dua aktivis membuat laporan polis hari ini berhubung kegagalan kerajaan Perikatan Nasional mengawal pandemik Covid 19 Ahli Parlimen terbabit ialah Fahmi Fadzil Hannah Yeoh Aziz Jamman Isnaraissah Munirah Dr Kelvin Yi...
Disuruh Buat Kerja Rumah Kanak Kanak Buat Laporan Polis

Disuruh Buat Kerja Rumah Kanak Kanak Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 305 hits
BEIJING Seorang kanak kanak lelaki berusia 14 tahun membuat laporan polis mendakwa bapanya melakukan kegiatan buruh paksa kanak kanak selepas dia disuruh melakukan kerja rumah Insiden itu berlaku di Ma anshan di wilayah Anhui selepas bapa k...
Duduk Di Rumah Jika Belum Vaksin Atau Polis Akan Tangkap Anda

Duduk Di Rumah Jika Belum Vaksin Atau Polis Akan Tangkap Anda

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 249 hits
Presiden Filipina Rodrigo Duterte menasihatkan orang ramai supaya jangan keluar rumah jika belum mengambil suntikan vaksin Covid 19 MANILA Presiden Filipina Rodrigo Duterte menasihatkan orang ramai supaya jangan keluar rumah jika belum meng...
Laporan Polis Buat Si Penderhaka

Laporan Polis Buat Si Penderhaka

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 260 hits
Bismillahhirrahmannirrahhim 29 Julai 2021 Sebagai rakyat Malaysia berhak membuat laporan polis terhadap PM Kerajaan PN dan Menteri Menterinya yg menyalah guna kuasa jwtn dan membelakangkan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan ...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Umno Join Bersatu Mp Says More Appropriate That Mca Joins Dap

Election Victory Parades Kick Off Across Singapore

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Siri 1 2025

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Bab 5 Mei 2025

Kru Ciptaan Sempurna Chord

Man Kinabalu Sibidat Kumut Kumut Chord

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash