Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar Benar Berlaku


 Assalamualaikum & Hi Semua! 
Benarkah Kecurian Vaksin Covid19 Benar-benar Berlaku?
Kredit Imej: Fortune


Baru-baru ni tular di Media Sosial tentang kes vaksin tidak dicucuk dengan betul dan tidak kurang juga dikatakan telah dicuri. Sudah tentu ia sangat menakutkan orang ramai terutamanya yang ingin mendapatkan vaksin & perlindungan untuk covid19. Sekiranya proses vaksinasi tidak berjalan dengan betul, ya memang payah untuk mendapatkan Herd Immunity'. 
Apapun, sebelum kita terlalu cepat menghukum dan menuduh sesetengah frontliner sebagai pencuri, marilah kita sama-sama fahami & belajar sifat vaksin itu sendiri. Usah la menambah beban pada frontliner lain yang sedang bertungkus-lumus berjuang di Medan Peperangan Covid19 ini. Sekiranya benar berlaku kecuaian ketika proses vaksinasi berlaku, hukumlah mereka dengan cara yang betul. Membuta tuli menuduh MENCURI tidak menyelesaikan masalah & bukan satu motivasi untuk frontliner yang lain.
Saranan sis, sebelum vaksin check betul-betul jarum suntikan itu dan tengok betul-betul ketika prosedur dilakukan. 
Berbalik ke topik asal, benarkah kecurian vaksin covid19 ini benar-benar boleh berlaku? Logik kah vaksin boleh dicuri?  Jom teruskan pembacaan seperti di bawah.


Logikkah Vaksin Covid19 Dicuri?1. Setiap vaksin yang sudah dibuka ni ada tempoh & had masa. Contoh kalau sudah buka, terus kena guna dalam 24 jam (sinovac). Pfizer pula misalnya kena guna dalam tempoh 3 jam.
(Part ni sis sangat alert sebab teringat masa tak jadi bawak anak pergi checkup & vaksin, nurse tegur kenapa tak bagitahu awal-awal. Katanya sudah terbazir satu vaksin sebab bila dah buka tahan beberapa jam sahaja. Sejak dari tu memang alert bab vaksin2 ni. Rasa sayang kalau terbazir.) 
 2. Setiap vaksin tu ada rekod & nombor siri.  Tidak boleh main sesuka hati ambil dan bawak keluar. Semua kena ada bukti.
3. Vaksin disimpan pada suhu tertentu. Bukan boleh main keluar. Bila dah keluar terus kena guna. 
4. Bila sekali dah suntik vaksin, terus kena buang jarum. Yang ni part hygiene. Tak logik jarum yang dah diguna pakai nak simpan dan guna pada orang lain. Setiap orang dapat jarum berbeza. 
5.  Vaksin covid19 ada sijil . Kena lalui pelbagai proses sebelum dan setelah vaksin, baru boleh dapat sijil. 


Bila Dah Vaksin Kena Ada Sijil Di MySejahtera
Sijil penting utk sahkan kita telah divaksinasi & untuk memudahkan urusan lain kita nanti.Persoalannya macam mana yang beli secara haram tu nak dapat sijil yg sah kalau tidak melalui proses seperti yang disebutkan di atas & nama pula tiada dalam list? Tambahan lagi, setiap vaksin ada had tempoh. 
Sekiranya dicuri dan dijual, bila masa dia beli? Bila masa nak cucuk? So, yang beli secara haram ni memang tak dapat sijil takpa ke macam mana? Ha, yang ni pelik. Lepas vaksin mestilah semua orang nak sijil kan. Dan sijil tu kena lalui macam-macam proses baru dapat. 


Frontliner Kepenatan,  Burnout Atau Antivaks?Maka untuk mengatakan vaksin itu telah dicuri adalah sangat tidak logik terutama isu melibatkan staff nurse yang memberi vaksin secara drive tru. Jika mereka terlepas pandang atau ianya suatu kecuaian ya logik. Jadi, hukumlah mereka kerana kecuaian dan dengan saluran yang betul. Bukan tuduhan melulu seperti mencuri.
Selain itu,  tular juga di sebuah PPV ketenteraan tentang pemberian vaksin kosong. Setelah disiasat mereka memang mengakui yang mereka  telah memberi vaksin kosong kepada staff. Namun, ianya tetap bukan isu kecurian kerana kecurian tetap tidak logik kerana sifat vaksin itu sendiri. Apapun niat mereka tiada siapa yang tahu. Ada juga sesetengah pihak yang mendakwa berkemungkinan ada antivaksin di situ, tetapi tiada pengesahan dibuat. Isu yang terjadi juga telah diambil tindakan oleh pihak berwajib. 
Apapun pangkat dan populariti kita di Media Sosial, siasat dahulu sebelum berkata-kata. Kerana setiap kata-kata kita, posting mahupun komen di Media Sosial akan melambangkan sejauh mana 'Kebijaksanaan' mahupun 'Kecetekan Ilmu' kita. Kadang-kala malu terbaca komen yang tidak seberapa bijak, tetapi tetap juga mahu komen dan mahu mengulas isu di Media Sosial. 
Tidak kurang juga kepada insan yang suka sangat guna ayat "Burnout, berhenti kerja." Sedapnya mulut anda berkata-kata. Bagaimana jika beramai-ramai frontliner ini berhenti kerja? Siapa nak ganti tempat mereka? Apatah lagi ramai yang kena quarantine, tak kurang juga yang letak jawatan 24 jam, sedangkan hospital masih kekurangan staff. Siapa lagi yang nak kita harapkan untuk sama-sama berjuang melawan covid19 ini? Jadilah seorang yang bijak ketika berkata-kata. Jika tidak mampu meringankan beban, usahlah menambah beban.
Hopefully, kerajaan mahupun KKM ada inisiatif lain untuk mengurangkan burnout & membantu para frontliner kita. Mereka adalah hero kita saat ini. Berilah sokongan moral kepada mereka. 
Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya. Maaf sekiranya ada yang terguris hati atau terkasar bahasa atau ada info yang kurang tepat. Perbetulkan jika salah. Sekian, terima kasih sudi baca.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nadhiewueen.blogspot.com/2021/07/benarkah-kecurian-vaksin-covid19-benar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Benar Melihat Jumlah Kes Covid19 Setiap Hari Itu Memberi Kesan

Adakah Benar Melihat Jumlah Kes Covid19 Setiap Hari Itu Memberi Kesan

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 270 hits
ADAKAH BENAR MELIHAT JUMLAH KES COVID19 SETIAP HARI ITU MEMBERI KESAN Assalammualaikum wbt Benarkah begitu Adakah ianya memberi kesan kepada emosi dan pemikiran kita hingga timbul banyak masalah yang lain pula Adakah kita cuma perlu buat bu...
Kenyataan Tular Vaksin Tanpa Perlu Mysejahtera Tidak Benar

Kenyataan Tular Vaksin Tanpa Perlu Mysejahtera Tidak Benar

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 315 hits
PPV IPT UMS tidak pernah melantik mana mana pihak sama ada individu atau syarikat sebagai ejen pengatur temu janji Kota Kinabalu Kenyataan tular mengenai pemberian Vaksin Covid 19 di Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi Universi...
Cek Fakta Tidak Benar Rs Di Bekasi Terima Vaksin Covid 19 Palsu Ini Faktanya

Cek Fakta Tidak Benar Rs Di Bekasi Terima Vaksin Covid 19 Palsu Ini Faktanya

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 249 hits
Video adanya vaksin Covid 19 palsu beredar di rumah sakit di Bekasi adalah tidak benar Faktanya video tersebut adalah peristiwa lama yang terjadi pada tahun 2016 lalu Saat itu terjadi penyebaran vaksin palsu untuk anak di beberapa rumah sak...
Hampir 80 Peratus Penduduk Kl Lengkap Suntikan Vaksin

Hampir 80 Peratus Penduduk Kl Lengkap Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 245 hits
Oleh OMAR ZIN SUKARELAWAN Wilayah Prihatin membantu mereka yang hadir untuk menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Rumah Prihatin Grand Season Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur UTUSAN MOHD FARIZWAN HASBULLAHPETALING JAYA Menteri ...
Stok Vaksin Di Indonesia 130 Juta Baru 50 Juta Yang Disuntikkan

Stok Vaksin Di Indonesia 130 Juta Baru 50 Juta Yang Disuntikkan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 264 hits
Saat ini lanjut dia pemerintah melalui Kementerian Luar Negeri juga tengah mencari vaksin di pasar internasional Misalnya vaksin moderna dari Amerika namun merupakan bantuan multilateral diharapkan segera bisa didapatkan
Vaksin Covid 19 Warga Pedalaman Sarawak Akan Terima Cansino

Vaksin Covid 19 Warga Pedalaman Sarawak Akan Terima Cansino

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 250 hits
Kerajaan negeri Sarawak memutuskan untuk memberikan vaksin jenis CanSino kepada penduduk di pedalaman Jelas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ini kerana ia hanya memerlukan satu dos suntikan Dan ini memudahkan penduduk yan...
Masih Boleh Dijangkiti Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin Cuma Tidak Serius

Masih Boleh Dijangkiti Selepas Lengkap 2 Dos Vaksin Cuma Tidak Serius

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 308 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah KUALA LUMPUR Hanya segelintir petugas kesihatan dari Kementerian Kesihatan yang melengkapkan dua dos suntikan vaksin telah dijangkiti virus Covid 19 kategori tiga dan empat sementara ...
Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan Kata Khairy

Pemberhentian Vaksin Sinovac Tiada Kaitan Soal Keberkesanan Kata Khairy

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 218 hits
Sehingga kini negara telah menerima 6 66 juta bekalan vaksin jenis Pfizer BioNTech termasuk kira kira satu juta dos yang disumbangkan oleh kerajaan Amerika Syarikat baru baru ini PUTRAJAYA Pemberhentian pemberian vaksin Sinovac dalam Progra...
Hiburan Hospital Tawar Individu Jenama Vaksin Tertentu Michael Ang Luah Perasaan Keliru

Hiburan Hospital Tawar Individu Jenama Vaksin Tertentu Michael Ang Luah Perasaan Keliru

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 223 hits
Kembali meluahkan rasa ingin tahu pengarah drama terkenal Michael Ang akui dirinya berasa keliru dengan beberapa pusat perubatan yang menawarkan individu memilih jenama vaksin yang diinginkan Ujar Michael dia selama ini beranggapan bahawa p...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Teringin Nasi Orang Kahwin

Rekomendasi Lagu Dengan 2 Kunci Gitar Saja Yang Cocok Untuk Pemula Belajar Gitar

29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea