8 Makanan Halal Di Seoul Yang Anda Boleh Cuba Jika Bercuti Di Sana


Dari istana lama yang menyingkap kisah silam, sehinggalah ke kereta api bawah tanah yang menuju ke masa hadapan. Pasar lama ke haute couture. Dan dari kuil tradisi sehingga ke bangunan pencakar langit; Seoul, ibu kota Korea Selatan, ialah syurga bagi pengembara
Sementara tarikan yang ditawarkan membuatkan anda terpersona, sebagai pengembara Muslim di Seoul, pastinya anda tertanya-tanya adakah bandar ini menawarkan makanan halal. Jika anda fikir nasi segera dan mi segera makanan paling sesuai untuk anda di sana, anda pasti silap.Nah, ini dia 8 makanan Halal yang anda boleh cuba di jalanan untuk mengisi perut anda ketika melawat bandar dinamik bernama Seoul ini!1.   Tteokbokki (Kek beras)
Sumber: Shutterstock.comBerjalan di lorong-lorong di Seoul, anda pasti akan jumpa pelbagai pojangmacha (penjaja jalanan) yang menjual pelbagai makanan mengiurkan, yang tidak asing lagi sebagai snek popular orang Korea.Tteokbokki ialah kek beras goreng yang digaul bersama pes sos cili manis dan pedas yang dipangil gochujang. Kombinasi mudah kek beras yang kenyal bersalut sos pedas ini pasti membangkitkan deria rasa anda dan membuatkan anda mahukannya lagi.Tip Halal: Tteokbokki kadang kala dihidangkan dengan mi segera, kek ikan, mandu goreng, telur rebus dan juga bawang serta kubis. Ada juga tempat yang menghidangkan tteokbokki makanan laut. Secara amnya ia tidak dihidangkan dengan daging tapi, untuk memastikan ia halal, pastikan anda bertanya dahulu. Tentu lebih mudah dan anda juga boleh menikmati snek ini tanpa was-was!2.   Pajeon (lempeng daun bawang)Sumber: Shutterstock.comKorea sangat dikenali dengan lempengnya, Pajeon, yang juga makanan jalanan yang popular di sana. Pajeon mengandungi telur, tepung gandum dan daun bawang, serta sering dihiasi dengan makanan laut seperti udang dan sotong (dikenali sebagai Haemul Pajeon). Ia dihidangkan bersama sos soya dan sos cili yang membuka selera.Jika anda kurang gemar makanan laut, pilih sahaja pajeon sayuran. Nikmati lempeng Korea ini bersama kopi segera Korea dan anda akan berasa pengalaman minum petang di jalanan Korea!Tip Halal: Jika anda sukakan Pajeon dan mahu mencuba lebih lagi, lawati Lorong Pajeon (ya, ia wujud) yang terletak di Universiti Kyung Hee.Bagaimana untuk ke sana: Ambil kereta api bawah tanah line 1 ke Station Hoegi dan pergi ke exit 9.3.   Bungeoppang dan GyeranppangSumber: Shutterstock.comJika anda mencari sesuatu yang besar dan mengenyangkan, anda kena mencuba bungeoppang atau gyrenppang.Snek Korea yang enak dimakan panas-panas ketika cuaca sejuk ini berbentuk ikan yang diisi dengan pilihan inti seperti kacang merah, kastad krim atau keju.Sumber: Shutterstock.comGyeranppang, pula ialah gabungan sarapan kegemaran ramai. Telur mata kerbau dan roti yang disatukan menjadi hidangan lazat. Telur tersebut akan dibakar sekali di dalam atau di atas roti berbentuk oblong, ditaburkan dengan daun parsley, dan kekacang. Hidangan ringkas ini pasti menggembirakan anda yang mahukan kelainan dalam roti anda.4.   TwigimSumber: Shutterstock.comMungkin  cara terbaik untuk memenuhi keinginan anda kepada snek Korea ialah dengan merasai hidangan yang digoreng dalam api yang panas. Twigim, seperti hidangan tempura enak yang dicelup dengan pelbagai bahan dan kemudian digoreng sehingga rangup. Twigim terdiri daripada sotong, udang dan sayur-sayuran seperti cili, daun bayam, ubi keledek (terbaik!) dan telur rebus. Pilih yang mana satu kegemaran anda dan nikmatinya panas-panas.Tip Halal: Hampir semua penjaja menjual twigim makanan laut dan sayuran. Ada yang menjual twigimmandu (dumpling) yang diisi dengan daging. Elak dari membeli twigim jenis itu dan tak perlu risau yang selebihnya ya!5.   Chamchi (Tuna) KimbapSumber: Shutterstock.comLawatan ke Korea tak lengkap kalau tak mencuba kimbap.Nasi melekit dan padat ini dibalut dengan rumpai laut yang disapu dengan minyak bijan dan ditabur dengan bijian bijan. Intinya pula dipenuhi dengan sayur jeruk, kimchi dan daging, makanan laut atau tauhu.Tip Halal: Terdapat pelbagai jenis kimbap yang tersedia termasuklah yang mengandungi ham (khinzir), tapi anda boleh memilih Kimbap Chamchi yang diisi dengan tuna atau yang hanya diisi dengan sayuran – sayuran jeruk pedas yang membangkitkan selera. Dan jika anda mahu berjimat, pilih kimbap mini yang enak dan sihat untuk makan tengah hari anda!6.   Ojingeo Gui (satay sotong panggang)Sumber: Shutterstock.comOrang Korea gemar makanan yang dicucuk dengan lidi. Dan ‘satay Korea sotong’ ini paling popular dan agak mudah didapati di pelbagai pasar utama dan jalan-jalan yang menjual makanan.Hidangan mudah ini terdiri daripada sotong yang dipotong dan dipanggang di atas arang barbeku. Jika anda penggemar barbeku Korea, anda akan ketagih rasa satay sotong yang amat berbeza ini.Tip Halal: Hidangan ini tidak dicampur dengan daging lain. Dan jika anda mahukan rasa yang lebih memuaskan, cuba sotong yang dibakar dengan mentega.7.   Eomuk (Kek ikan)Sumber: Shutterstock.comTidak seperti makanan Korea yang dijual di jalanan, yang digoreng atau diselaputi dengan mentega, eomukialah alternatif yang lebih sihat kerana ia terdiri dari pelbagai jenis ikan yang dijadikan kek ikan.Makanan lazat yang dicucuk dengan lidi, dan direbus dalam kuah panas dengan sayuran dan makanan laut ini cukup mengasyikkan. Pilih sebanyak mana kek ikan yang anda mahu dan nikmati ia dengan mencelupkannya ke dalam kuah berperisa atau menghirup kuahnya begitu saja. Kuah yang tersedia ialah percuma untuk pelanggan.Tip Halal: Tambahkan perisa eomuk dengan mencelupkannya ke dalam sos gochujang (pes cili). Juga percuma untuk pelanggan gerai!8.   HotteokSumber: Sarunyu L / Shutterstock.comJika perut anda sudah terisi dan anda mahu merasa pencuci mulut pula, makanan yang paling disarankan ialah Hotteok atau lempeng Korea.Hotteok ialah pencuci mulut tradisional Korea yang mengandungi doh yang diisi dengan madu, gula perang, kekacang dan kulit kayu manis. Lempeng ini digoreng sehingga garing dan dihidangkan panas-panas atau ada sesetengahnya lebih kenyal tetapi penuh dengan keenakkan bagi penggemar makanan manis. Setiap penjaja mempunyai cara dan resipi tersendiri bagi menghasilkan Hotteok, jadi anda boleh cuba setiap tempat yang menawarkan makanan ini, dan pilih yang sesuai dengan citarasa anda (Abaikan kalori ketika bercuti ya!)Tip Halal: Anda mahu merasa hotteok yang tidak manis? Anda boleh ke Insa-dong. Di sana, intinya diisi dengan mi dan sayuran. Pastikan ia tidak mengandungi daging.Jika anda fikir Seoul hanya tentang K-pop, istana dan tempat membeli belah bagi produk kosmetik, kami harap ini dapat mengubah pandangan anda.  Bandar yang menarik ini ialah rumah kepada destinasi makanan terkemuka, dan sudah tentulah makanan yang dijual di jalanan juga hebat dan murah. Ini juga ialah sebab paling baik kenapa anda perlu memasukkan Seoul sebagai destinasi harus dilawati musim ini!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://irahzaraune.blogspot.com/2019/07/8-makanan-halal-di-seoul-yang-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makanan Tradisi Budu Cencaluk Dan Tempoyak Adakah Mereka Boleh Dikategorikan Sebagai Salah Satu Sumber Probiotik

Makanan Tradisi Budu Cencaluk Dan Tempoyak Adakah Mereka Boleh Dikategorikan Sebagai Salah Satu Sumber Probiotik

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 389 hits
Oleh Dr Shariza binti Jamek Fakulti Kejuruteraan Kimia Sumber Asli Universiti Malaysia Pahang Apabila kita bercakap mengenai probiotik tentunya dadih serta minuman susu kultur seperti Vitagen Yakult akan terlintas di fikiran kita dahulu Ini...
Ingin Cuba Mewarna Mencorak Dan Mencanting Batik Boleh Pergi Ke Kompleks Karangkraf Kl Bertemu En Lazim

Ingin Cuba Mewarna Mencorak Dan Mencanting Batik Boleh Pergi Ke Kompleks Karangkraf Kl Bertemu En Lazim

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1635 hits
hai assalammualaikumPernah Masuk TV1 Bersama En Lazim Cikgu Mencanting Batik Haritu lepas habis pergi beraya nad ajak mr mafia jalan jalan ke Sunway Putra Nampak dekorasi menarik dekat sana Dekorasi bunga bunga yang memang sesuai untuk berg...
Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

Anak Langsung Tak Nak Makan Nasi Mama Jangan Rasa Stress Boleh Gantikan Dengan Makanan Lain

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 577 hits
Sememangnya ada di kalangan anak anak kita yang tidak suka makan nasi Malah langsung tidak boleh terima nasi dalam menu harian mereka Rungsing ibu dibuatnya bila anak anak tidak mahu langsung menjamah nasi seperti anak anak lain Sihatkah me...
Tenteramkan Bayi Menangis Kurang 5 Minit Ibu Boleh Cuba 5 Cara Ini

Tenteramkan Bayi Menangis Kurang 5 Minit Ibu Boleh Cuba 5 Cara Ini

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 742 hits
Bayi menangis sampai ibu bapa tak tak tahu cara nak tenteramkan bayi Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa ada masanya anda mendapati sukar untuk memahami apa yang sebenarnya bayi perlukan Betul tak Adakah sebab lapar sejuk bosan tak sel...
Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

Boleh Ke Campur Makanan Laut Dan Darat Mufti Doktor Perjelas Dari Sisi Islam Dan Sains

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 362 hits
Mungkin ramai yang pernah mendengar mengenai pantang larang tidak boleh mencampurkan antara makanan laut dan darat bersama sama Ikan jangan dimakan dengan daging Ayam tak boleh dimakan dengan ikan dan seumpamanya lagi Larangan ini diterapka...
Semak Jenama Pewarna Kuku Halal Kamu Boleh Guna

Semak Jenama Pewarna Kuku Halal Kamu Boleh Guna

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 402 hits
Ramai tidak memakai pewarna kuku kerana hal tidak sah mengerjakan ibadah solat Walhal sebenarnya isu itu tidak perlu dijadikan masalah kerana ada pewarna kuku di luar sana yang halal dan breatable boleh dibawa solat Wanista sendiri pernah m...
9 Hotel Di Tokyo Berhampiran Makanan Halal Untuk Percutian Anda Yang Seterusnya

9 Hotel Di Tokyo Berhampiran Makanan Halal Untuk Percutian Anda Yang Seterusnya

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 515 hits
Sumber Tokyo adalah destinasi yang hebat untuk dikunjungi tetapi kawasan yang mana tempat terbaik untuk menempah penginapan Kemudahan tarikan utama berdekatan dengan pengangkutan dan tentu saja di sekitar makanan halal adalah faktor yang sa...
Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 346 hits
Fenomena boba bubble tea atau pearl makin menular di kalangan masyarakat negara ini sejak beberapa bulan lalu Dikenali dengan pelbagai nama ia ternyata menjadi minuman popula yang selalu menghiasi dinding media sosial Rasanya yang enak dica...
Anda Boleh Dapatkan Halal Daifuku Dan Bento Di Mart Ini Di Asakusa

Anda Boleh Dapatkan Halal Daifuku Dan Bento Di Mart Ini Di Asakusa

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 629 hits
Sekiranya terdapat satu tempat yang pengunjung ke Tokyo akan pergi ia harus Asakusa Dengan Kuil Senso ji yang terkenal sebagai kemuncak utama dan jalan jalan tradisional seperti Nakamise dori Asakusa adalah tempat yang bagus untuk menenggel...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya