Ingin Cuba Mewarna Mencorak Dan Mencanting Batik Boleh Pergi Ke Kompleks Karangkraf Kl Bertemu En Lazim
hai assalammualaikum
Pernah Masuk TV1, Bersama, En Lazim Cikgu Mencanting Batik - Haritu, lepas habis pergi beraya, nad ajak mr mafia jalan-jalan ke Sunway Putra. Nampak dekorasi menarik dekat sana. Dekorasi bunga-bunga yang memang sesuai untuk bergambar. Masa tu pulak, ada aktiviti mewarna batik dalam pelbagai bentuk. Fariza pulak bila dah nampak dia mesti nak buat. Jadi, nak bagi dia happy, hah ikutla apa dia nak buat. Yang jaga aktiviti tu seorang lelaki. Sambil Fariza buat, nad dalam kepala masih berfikir " mana nad jumpa orang laki ni"..fikir punya fikir, baru ingat, inila orang yang sama-sama masuk TV 1 rancangan Tumit Tinggi dengan nad...hahhaa. Tak sangka dapat jumpa dekat sini..
Rancangan tu dah lama, tahun 2017. Bila dah ingat tu, nad terus tegur. En, kita pernah masuk tv sama dulu. En tu pun ingat. Dan nad terus tanya nama dia.. Almaklumla, benda dah lama, tak ingat dah nama.. Hahaha.. Otak banyak berfikir. En Lazim, tu la nama dia.. Hehhee.. Nasib dia ingat lagi pernah masuk tv sama-sama. Terus diaa cakap " lama tak nampak dekat karangkraf. Taknak belajar buat batik? "..alamak.. Hehee.. Bukan taknak datang, kekangan masa tu yang sush nak datang.. Ahh gituu..
Anak kita pulak, suka aktiviti macam ni. Hah, nanti bolehla datang Karangkraf Kuala Lumpur tu.
En Lazim ni memang kerja dekat Kompleks Karangkraf tu bahagian mencanting batik. Kalau korang nak tau, dekat situ bukan pameran barang kraf orang je, ada workshop, aktiviti sesuai untuk keluarga dan anak-anak. Salah satunya, mencanting batik ni la.
Ingin Belajar Mencorak, Mewarna Batik, Boleh Datang Ke Kompleks Karangkraf KLKalau korang nak belajar mencorak, mewarna batik, takyah susah pergi jauh, dekat Kuala Lumpur pun ada di Kompleks Karangkraf. Bengkel batik ninterletak di sebelah kiri di bahagian belakang tangga. Boleh je tanya orang situ.
Harga bengkel sangat berpatutan. Korang boleh memilih reka bentuk pra-canting (waxed) oleh En Lazim sendiri. Sekiranya korang mempunyai banyak masa, korang boleh mula dari awal untuk membuat lukisan. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam atau lebih bergantung kepada berapa terperinci korang. Nampak orang buat macam senang ye, tapi terkial juga tangan ni tau.. Huhu..
Ia adalah bengkel yang sangat menyeronokkan yang disyorkan untuk penduduk tempatan dan pelancong, orang dewasa dan kanak-kanak juga.
Haritu, untuk rancangan tumit Tinggi, topik khas saya adalah seni. Jadi lokasi di bahagian batik ni la. Nad cuba sendiri mencanting dan mewarna batik tu. Dahh lama tinggal bab warna semua, terkedek-kedek jugala.. Hahha. Tapi dengan bantuan En Lazim, semuanya ok.
En Lazim adalah lelaki yang sangat baik dan sabar. Dia akan berkongsi dengan korang beberapa teknik bagaimana untuk memulakan lukisan dan bagaimana untuk memperbaiki lukisan anda. Cara dia cakap pun lembut je.. Memang aktiviti menarik untuk melakukan lukisan Batik di bengkel En Lazim.
Oh, nad takk buat entry pasal rancangan ni sebab gambar yang mr mafia ambil sampai sekarang dia tak siapkan lagi.. Hahaha.. Jadi malas nak bising, takdela entry tu. Cuma video rancangan tu ade.. Jadila kan.. Hehehe.
Ni hasil mewarna corak bunga batik yang nad buat.. Hahahha.. Memang bawak balik jadikan kenangan. Jadi kalau korang teringin nak belajar mencnting dan mewarna batik, bolehla datang ke Kompleks Karangkraf KL dan bertemu dengan En Lazim.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/06/ingin-cuba-mewarna-mencorak-dan.html