790 Penuntut Universiti Pulang Ke Rumah Malam Tadi


BANGI, 28 APRIL: Seramai 790 orang penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berlepas dari sembilan pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk pulang ke kampung halaman malam tadi.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata pecahan pergerakan penuntut dari sembilan buah pusat pelepasan IPT melibatkan lapan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan 759 orang penuntut dan satu Politeknik serta Kolej Komuniti dengan 31 orang penuntut.
Noraini berkata sembilan pusat pelepasan itu adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur (UTM KL), Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Kuala Lumpur (USIM KL) dan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Taburan penuntut IPTA yang berlepas dari pusat pelepasan IPT adalah seperti berikut: 89 dari UIAM, 150 dari UKM, 164 dari UM, 80 dari UPM, 146 dari UiTM Shah Alam, 50 dari UPNM, 49 dari UTM KL, 31 dari USIM KL dan 31 dari Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Jelasnya, bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan, pergerakan penuntut ke 17 destinasi di tiga buah negeri di utara akan bermula dari pusat pelepasan pada pukul 9.00 malam menggunakan perkhidmatan 50 buah bas yang telah disanitasi.
“Daripada jumlah itu, 32 buah bas menuju ke negeri Kedah, 13 buah bas ke Pulau Pinang dan lima buah bas lagi menuju ke Negeri Perlis,” katanya ketika hadir meninjau persiapan dan prosedur pergerakan pulang penuntut ke rumah masing-masing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini malam tadi.
Tambahnya, seorang wakil keluarga akan menjemput penuntut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Pejabat Daerah yang telah dikenal pasti.
“Bagi keluarga yang tidak dapat menjemput penuntut di lokasi ketibaan, urusan penghantaran penuntut akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang terlibat,” katanya.
Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk membenarkan pergerakan penuntut dari kawasan zon hijau ke kampung halaman yang berada di dalam zon hijau secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.
Sementara itu, seramai 150 orang penuntut berlepas dari UKM, dengan 68 orang dari kampus UKM manakala 82 orang  lagi daripada pelbagai IPT.
Keberangkatan pulang penuntut dari UKM bermula sekitar pukul 11 malam dengan bas pertama akan membawat ke Kubang Pasu, Kedah.
Segala proses persiapan penuntut UKM malam ini membabitkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Setelah bersabar lebih 40 hari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, rata-rata penuntut yang ditemui  gembira kerana dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat mulai malam ini.
Perasaan teruja dan gembira itu dikongsikan seorang penuntut UKM jurusan Sains Politik, Muhammad Jurais Abdullah, 23, ketika ditemui sebelum menaiki bas menuju ke Arau, Perlis.
“Saya teruja dan gembira, perasaan saya ini bercampur-baur kerana akhirnya dapat juga bersama dengan keluarga di bulan Ramadan dan seterusnya Aidilfitri,” katanya dan mengucapkan ribuan terima kasih khusus kepada KPT dan anggota yang terlibat dalam menguruskan pergerakan penuntut pulang ke rumah masing-masing.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/04/790-penuntut-universiti-pulang-ke-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
1 128 Pelajar Universiti Dihantar Pulang Mulai Malam Ini

1 128 Pelajar Universiti Dihantar Pulang Mulai Malam Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 396 hits
SHAH ALAM 27 APRIL Seramai 1 128 pelajar daripada sembilan institusi pengajian tinggi awam dan swasta akan dihantar pulang ke kampung masing masing mulai malam ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Menteri Kanan Datuk Ser...
Orang Ramai Terharu Baca Kisah Sekumpulan Polis Peronda Datang Membantu Pak Cik Berkerusi Roda Pulang Ke Rumah

Orang Ramai Terharu Baca Kisah Sekumpulan Polis Peronda Datang Membantu Pak Cik Berkerusi Roda Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 539 hits
Dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia kini semakin hari kita semakin didedahkan dengan kisah kisah yang mengharukan dari pelbagai pelosok negeri Dari kisah bantuan kepada gelandangan kisah bantuan orang ramai untuk orang...
Katanya Baru Discaj Dari Wad Polis Hantar Warga Emas Berkerusi Roda Pulang Rumah

Katanya Baru Discaj Dari Wad Polis Hantar Warga Emas Berkerusi Roda Pulang Rumah

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 600 hits
Sejak PKP dilaksanakan pelbagai kisah mengenai nasib nasib golongan memerlukan berlegar di media sosial Kebanyakan perkongsian pastinya mendapat perhatian warganet dan secara tidak langsung menyentuh hati mereka Menerusi banyak perkongsian ...
Boleh Pulang Ke Rumah Dari Kampung Bermula 25 April 2020

Boleh Pulang Ke Rumah Dari Kampung Bermula 25 April 2020

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 791 hits
Rakyat yang berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman masing masing perlu membuat permohonan dan pendaftaran kepada polis bermula 25 April ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata permohonan itu boleh dibuat melalui dal...
5 Tips Untuk Menghasilkan Rakaman Malam Yang Cantik Dengan Vivo V19 Di Rumah Semasa Pkp

5 Tips Untuk Menghasilkan Rakaman Malam Yang Cantik Dengan Vivo V19 Di Rumah Semasa Pkp

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 431 hits
Pernahkah anda membuat rakaman gambar ataupun video namun hasilnya tidak seperti yang kita inginkan Hal ini adalah mungkin disebabkan teknik penggambaran anda yang kurang tepat atau spesifikasi kamera telefon pintar anda yang rendah Tambaha...
7 Jam Pulang Dari Rumah Sakit Pasien Sembuh Corona Di Madura Wafat

7 Jam Pulang Dari Rumah Sakit Pasien Sembuh Corona Di Madura Wafat

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 230 hits
Pasien pertama sembuh dari virus corona di Kabupaten Bangkalan Madura Jawa Timur meninggal dunia Pasien asal Kecamatan Blega tersebut hanya bertahan tujuh jam usai dipulangkan dari RSUD Syamrabu Bangkalan Juru Bicara Gugus Tugas Covid 19 Ba...
Bosan Duduk Rumah Sila Ambil Kursus Online Percuma Universiti Harvard Ni Boleh Update Dalam Resume Nanti

Bosan Duduk Rumah Sila Ambil Kursus Online Percuma Universiti Harvard Ni Boleh Update Dalam Resume Nanti

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 525 hits
Bosan Duduk Rumah Habis semua benda dan aktiviti dah dibuat sepanjang PKP ini Jom tambahkan pengetahuan dengan ilmu baru pula Anda boleh belajar secara online dengan 63 kursus yang disediakan Ilmu bertambah masa pun tak terbuang begitu saja...
Pelajar Universiti Zon Tengah Balik Kampung Malam Esok

Pelajar Universiti Zon Tengah Balik Kampung Malam Esok

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 480 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan pulang pelajar institut pengajian tinggi yang terkandas di asrama akibat Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula malam esok membabitkan universiti di zon tengah Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Y
Bagasi 553 Penuntut 70 Kenderaan Disanitasi Menerusi Program Penghantaran Pulang Di Johor

Bagasi 553 Penuntut 70 Kenderaan Disanitasi Menerusi Program Penghantaran Pulang Di Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 246 hits
JOHOR BAHRU 1 Mei Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor melakukan operasi sanitasi bagasi 553 penuntut dan 70 kenderaan di lima kampus institusi pengajian tinggi semalam menerusi Program Penghantaran Pulang Pelajar IPT Pengerusi Jawatankuasa K...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Hidden Junk Fees Must Be Disclosed F T C Rule Says

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kemuliaan Bercucuk Tanam

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Panduan Lengkap Optimisasi Pencarian Suara Untuk Bisnis Anda Di 2025

Pontianak Entrepreneur Inspirasi Dan Peluang Memulai Bisnis Untuk Generasi Z

Kelantan Pelanggan Hotel Lari Akibat Tebing Sungai Runtuh

Hadiah Birthday 2024 Handbag David Jones Dari Kaklong Aya