7 Tanda Tanda Awal Isteri Derhaka Kepada Suami



Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah Radhiallah RA bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya.” Kemudian aku bertanya lagi: “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan Al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud:


“Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Antara sebabnya ialah mudahnya si wanita bergelar isteri melakukan kederhakaan kepada suaminya. Mungkin tak sedar, tetapi begitulah manusia, sering terbabas ke kancah khilaf akibat nafsu dan hasutan.

Wahai isteri, sesungguhnya kedudukan si isteri adalah bersama suaminya. Betapa buruk dan teruk pun suami itu, adalah tanggungjawab isteri untuk menghormati dan memperbetulkan kesilapan si suami. Ingatlah syurga bagi isteri adalah terletak pada suaminya sendiri..

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka.

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami:

Menghina atau mengumpat suami.

Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya.

Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.

Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain.

Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain.

Adalah sepatutnya kita sebagai isteri sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin. Rasulullah SAW bersabda:

“Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.”

Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami.

Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali. (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Isteri mendoakan kecelakaan buat suami.

Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.

Membenci kegemaran suami.

Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

Satu kurniaan Allaw SWT yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami. Firman Allah SWT:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” -{An-Nisa: 34}

Menjadi tekanan kepada suami.

Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya.

Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami. Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. -{Riwayat Ibnu Majah}

Mengungkit-ungkit janji suami.

Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri. Sabda Rasulullah SAW:

“Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.

Rasullullah SAW ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” -{HR Al-Bukhari}

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda dan bermaksud:

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.”

Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?”

Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” -{HR Muslim}

Oleh itu, selaku isteri yang solehah, haruslah bagi kita mengetahui akan kelemahan dan kekuatan diri, suami dan keluarga untuk memahami akan apa erti kehidupan berumahtangga dan berkeluarga. Agar mudah untuk kita menetapkan hala tuju kehidupan yang semakin hari semakin baik bersama suami dan juga keluarga untuk mendapat keredhaanNya.

Carilah ‘Titik Persamaan’ dalam kebersamaan agar terbitnya rasa saling lengkap-melengkapi dan jauhilah sifat sentiasa mencari perbezaan atau mencari salah antara satu sama lain, kerana ianya akan menerbitkan Amarah yang sentiasa berusaha untuk merosakkan institusi rumahtangga jika tidak dikawal.

Sumber: https://www.adamhawa.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rancakdc2.blogspot.com/2019/06/7-tanda-tanda-awal-isteri-derhaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduh Curang Isteri Maut Dua Anaknya Selamat Selepas Suami Bakar Rumah

Tuduh Curang Isteri Maut Dua Anaknya Selamat Selepas Suami Bakar Rumah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 581 hits
Phnom Penh Berang menuduh isterinya curang di media sosial seorang lelaki membakar rumah di wilayah Takeo Kemboja dengan dua anaknya masih berada di dalam menyebabkan isterinya maut selepas melecur teruk ketika cuba menghalang tindakan suam...
Membaca Bismillah Sebelum Mengadakan Hubungan Suami Isteri

Membaca Bismillah Sebelum Mengadakan Hubungan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 388 hits
Soalan Apakah hukum seseorang itu membaca lafaz basmalah sebelum mengadakan hubungan suami isteri Jawapan Pembacaan lafaz basmalah dalam melakukan sesuatu perkara adalah antara perkara yang penting dalam ajaran agama Islam Ini dapat dilihat...
Mudah Je Gembirakan Isteri Suami Tolong Kemas Rumah 30 Minit Dah Cukup

Mudah Je Gembirakan Isteri Suami Tolong Kemas Rumah 30 Minit Dah Cukup

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 691 hits
Melihat isteri tersenyum dan gembira buat suami senang hati Tak susah pun sebenarnya cukup kalau tolong pinjamkan tenaga 30 minit sehari Isteri dah senyum sampai ke telinga Sebelum berumah tangga semasa bujang boleh uruskan pelbagai perkara...
Nelayan Diculik Isteri Merayu Agar Suami Dibebaskan

Nelayan Diculik Isteri Merayu Agar Suami Dibebaskan

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 272 hits
SEMPORNA Ahli keluarga nelayan yang menjadi mangsa culik di perairan Tambisan Lahad Datu semalam merayu pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia membantu usaha membebaskan nelayan nelayan terlibat Nilba Usman 27 isteri kepada Aslan Sapri 25 ber...
Ini Alasan Kenapa Cuti Paterniti Untuk Suami Penting Dan Diperlukan Setelah Isteri Bersalin

Ini Alasan Kenapa Cuti Paterniti Untuk Suami Penting Dan Diperlukan Setelah Isteri Bersalin

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 417 hits
Sebelum ini Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar telah mengeluarkan kenyataan untuk meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari Terbaru pihak ...
Suami Belasah Isteri Dengan Gergaji Kerana Cucu Enggan Duduk Di Atas Ribanya

Suami Belasah Isteri Dengan Gergaji Kerana Cucu Enggan Duduk Di Atas Ribanya

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 426 hits
Penduduk di sebuah perkampungan di Indonesia digemparkan dengan pergaduhan pasangan suami isteri hanya kerana si suami berang cucunya tidak mahu duduk di pangkuannya nbsp Dalam kejadian itu suspek I Ketut Jerman 58 yang gagal mengawal kemar...
Tuah Badan Isteri Paksa Suami Untuk Berpoligami

Tuah Badan Isteri Paksa Suami Untuk Berpoligami

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 414 hits
Sudah beberapa hari isteri saya merajuk dan bahkan setengah memaksa Terus menerus Tak pernah berhenti Sepanjang waktu Siang malam pagi setang si isteri tak mengenal lelah untuk merajuk dan memaksa Rajukan dan paksaannya juga bukan main main...
Tengok Saat Bersalin Masa Memasak Lipat Kain Tetap Jatuh Cinta Pada Isteri Begitulah Cara Suami Sepatutnya

Tengok Saat Bersalin Masa Memasak Lipat Kain Tetap Jatuh Cinta Pada Isteri Begitulah Cara Suami Sepatutnya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 561 hits
Pendakwah terkenal di media sosial Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsianya di instagram mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri Baca Namun yang menarik perhatian ramai cara Ustaz meluahkan perasaan cintanya kepada bidadari yang satu Begi...
Setinggi Mana Pun Pangkat Dan Darjat Seorang Isteri Syurganya Tetap Pada Suami

Setinggi Mana Pun Pangkat Dan Darjat Seorang Isteri Syurganya Tetap Pada Suami

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 450 hits
Setinggi Mana Pun Pangkat Dan Darjat Seorang Isteri Syurganya Tetap Pada Suami Seorang isteri sudah semestinya mempunyai tanggungjawab dan tugas yang berat terhadap suami Tanggungjawab ini sudah semestinya satu tugas yang serius dan tidak b...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp