Membaca Bismillah Sebelum Mengadakan Hubungan Suami Isteri



Soalan:
Apakah hukum seseorang itu membaca lafaz basmalah sebelum mengadakan hubungan suami isteri?

Jawapan:
Pembacaan lafaz basmalah dalam melakukan sesuatu perkara adalah antara perkara yang penting dalam ajaran agama Islam. Ini dapat dilihat berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

كُلُّ كَلَامٍ أَوْ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُفْتَحُ بِذِكْرِ اللهِ فَهُوَ أَبْتَرُ - أَوْ قَالَ : أَقْطَعُ
“Semua ucapan atau perkara yang ada tujuan (ia dilakukan) yang tidak dimulakan dengan zikrullah maka ia terputus (dari keberkatan).” [Riwayat Ahmad (14/329)]

Berkenaan dengan hadis ini, terdapat beberapa riwayat yang datang dengan lafaz-lafaz yang sedikit berbeza. Yang mana secara umumnya, hadis-hadis ini menjelaskan bahawa sekiranya seseorang itu melakukan sesuatu perkara tanpa menyebut nama Allah S.W.T terlebih dahulu, maka perkara tersebut tidak mendapat keberkatan dari Allah ataupun kurang berkat padanya.

Demikian juga dituntut oleh seorang suami itu untuk membaca basmalah meskipun dalam mengadakan hubungan intim dengan isterinya. Hal ini adalah berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّهُ
“Sekiranya salah seorang dari kamu mendatangi isterinya lalu dia berkata: ‘Bismillah, ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah kau rezekikan kepada kami’. Maka apabila ditetapkan buat mereka berdua lahirnya seorang anak, maka syaitan tidak akan memberi kemudaratan kepadanya.” [Riwayat Al-Bukhari (141)]

Kata Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani: “Antara faedah yang terdapat pada hadis ini adalah anjuran membaca tasmiah (bismillah), berdoa, dan menjaga hal tersebut dalam perkara-perkara yang melazatkan seperti hubungan suami isteri.” [Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani (9/136)]


Beliau juga menukilkan sebuah riwayat lain yang menyebut:

إذا أتى الرجل أهله فليقل بسم الله اللهم بارك لنا فيما رزقتنا ولا تجعل للشيطان نصيبا فيما رزقتنا ، فكان يرجى إن حملت أن يكون ولدا صالحا
“Apabila seseorang lelaki itu mendatangi isterinya lalu dia membaca: ‘Bismillah, ya Allah berkatilah kami pada apa yang kau telah rezekikan kepada kami, dan janganlah kau jadikan bagi syaitan itu bahagian dari rezeki kami ini’, maka diharapkan sekiranya isteri tersebut mengandung, kandungannya akan menjadi seorang anak yang soleh.”

Hadis-hadis sebegini memberikan isyarat bahawa syaitan itu sentiasa melazimi anak-anak Adam dan tidak akan berpaling dari mereka melainkan apabila dibacanya zikrullah. Serta menunjukkan tuntutan untuk seseorang itu sentiasa memohon perlindungan dengan Allah S.W.T dari segala bentuk kejahatan dalam urusan dunianya dan juga urusan akhirat. [Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-Asqalani (9/136)]

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa pasangan suami isteri disunatkan untuk membaca lafaz basmalah dan juga doa sebelum mengadakan hubungan intim bersama. Ini bagi mendapat keberkatan dalam amalan halal yang dilakukan serta bertujuan mendapatkan zuriat yang sentiasa dalam kebaikan.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/membaca-bismillah-sebelum-mengadakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

Suami Isteri Luangkan Masa Dengar Luahan Sebelum Tidur Lebih Tenang Kurang Stres

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 482 hits
Suami isteri jangan jemu meluangkan masa walau pun sebentar untuk sama sama mendengar luahan hati Pillow talk atau berbual sebelum tidur boleh menjadikan hubungan lebih tenang dan diri kurang tekanan Perkongsian daripada Akhtar Syamir ini a...
7 Cara Semarakkan Hubungan Suami Isteri Yang Dah Lama Bersama

7 Cara Semarakkan Hubungan Suami Isteri Yang Dah Lama Bersama

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 538 hits
Bagaimanakah cara semarakkan cinta suami isteri yang sudah lama berkahwin Masih adakah cinta atau sekadar melaksanakan tanggungjawab KLIK UNTUK BACA SEPENUHNYA 7 Cara Semarakkan Cinta Suami Isteri Yang Dah Lama Kahwin
Suami Ni Senang Je Janji Air Tangan Isteri Ikan Dengan Sambal Pun Laju Dia Makan Netizen

Suami Ni Senang Je Janji Air Tangan Isteri Ikan Dengan Sambal Pun Laju Dia Makan Netizen

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 748 hits
Pelakon Fasha Sandha menerusi akaun instagramnya meluahkan rasa lega apabila suami sentiasa memuji masakanya walaupun simple dan kos penyediaan yang murah Baca Fasha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Aidil yang juga pelakon k...
Tidur Alas Rumput Dekat Kaki 5 Anak Isteri Hidup Gelandangan Ditinggal Suami Durjana

Tidur Alas Rumput Dekat Kaki 5 Anak Isteri Hidup Gelandangan Ditinggal Suami Durjana

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 581 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Isu gelandangan sememangnya kerap kali mengundang sebak dihati setiap netizen Semalam Lembaga Zakat Selangor melalui Facebook rasminya telah memuat naik satu posting mengenai kesusahan yang dihad...
Suami Dedah Rahsia Isteri Pandai Masak Walau Baru Sebulan Kahwin

Suami Dedah Rahsia Isteri Pandai Masak Walau Baru Sebulan Kahwin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 588 hits
BAGAIKAN satu kemestian untuk setiap gadis pandai memasak sebelum mendirikan rumah tangga Namun dalam zaman serba moden ini perkara itu tidak lagi menjadi satu indikasi utama dalam perkahwinan apatah lagi dengan kewujudan banyak restoran da...
Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri

Bahasa Isyarat Sayang Dari Suami Yang Jarang Diketahui Oleh Isteri

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 680 hits
Sebenarnya lelaki juga menggunakan tubuh dan bahasa berlapik untuk menunjukkan yang mereka sayang si isteri Sama sahaja dengan wanita yang lebih suka menggunakan bahasa berlapik atau berkias bila nak menunjukkan betapa dia meyayangi seorang...
Kitab Ilmu Asmara Suami Isteri Dari Zaman Silam

Kitab Ilmu Asmara Suami Isteri Dari Zaman Silam

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1022 hits
Kamasutra adalah kitab kuno dari India yang ditulis oleh Vatsayana berdasarkan kajian beliau ke atas gerak laku seksual manusia dan dipercayai adalah manual seks tertua di dunia dan diterbitkan 400 tahun sebelum tahun Masihi Ilmu Kamasutra ...
5 Tahun Kehilangan Mh370 Isteri Dedah Kelakuan Aneh Kapten Zahari Sebelum Kejadian

5 Tahun Kehilangan Mh370 Isteri Dedah Kelakuan Aneh Kapten Zahari Sebelum Kejadian

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 283 hits
Misteri yang belum terungkai sudah lebih lima tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa sebarang jejak lalu meninggalkan pelbagai persoalan mahupun persepsi di kalangan masyarakat dunia Teka teki rumit yang masih belum terjawab itu...
Tuah Badan Isteri Paksa Suami Untuk Berpoligami

Tuah Badan Isteri Paksa Suami Untuk Berpoligami

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 444 hits
Sudah beberapa hari isteri saya merajuk dan bahkan setengah memaksa Terus menerus Tak pernah berhenti Sepanjang waktu Siang malam pagi setang si isteri tak mengenal lelah untuk merajuk dan memaksa Rajukan dan paksaannya juga bukan main main...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Kubis Dan Karot Goreng Simple

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan