Ini Alasan Kenapa Cuti Paterniti Untuk Suami Penting Dan Diperlukan Setelah Isteri Bersalin


Sebelum ini, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar telah mengeluarkan kenyataan untuk meminda Akta Kerja 1955 bagi membolehkan pekerja wanita di sektor swasta menikmati cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari.
Terbaru, pihak kementerian juga sedang berusaha untuk meminda akta bagi membolehkan golongan bapa yang bekerja di sektor swasta diberikan cuti paterniti selama tiga hari bagi menemani isteri yang baru lepas bersalin.
Draf pindaan Akta Kerja 1955 sedang dipersiapkan dan akan dibentangkan di Parlimen selepas perbincangan dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLEC), wakil kesatuan sekerja dan wakil majikan.
Dato’ Mahfuz Omar. (Gambar: Bernama) Pindaan draf ini berikutan desakan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA) yang menuntut supaya pekerja swasta turut mendapat cuti paterniti sama seperti golongan bapa dalam sektor kerajaan yang mendapat cuti paterniti bergaji selama 7 hari.
Namun begitu, hal ini tidak dipersetujui oleh Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan yang mengatakan bahawa pemberian paterniti akan memberi kesan kepada kos operasi syarikat.
Katanya, berdasarkan kajian, majikan terpaksa menanggung kos lebih RM 150 juta setahun jika langkah itu dilaksanakan. Baginya, pemberian cuti untuk membina ikatan kekeluargaan antara suami, isteri dan anak yang baru dilahirkan itu perlu diubah dengan cara lain tanpa membabitkan sebarang kos perlu ditanggung majikan.
Berikut merupakan petikan daripada Hello Doktor yang berpendapat pemberian cuti paterniti penting bagi memastikan kesihatan isteri stabil dari segi fizikal, mental dan spiritual.
Kepentingan cuti paterniti buat isteri Gambar: Hello Doktor Setelah bersalin, seorang isteri akan melalui fasa perubahan dramatik dalam tahap hormon sekaligus mempengaruhi emosi. Oleh itu, sokongan bapa untuk membantu penjagaan anak dari segi praktikal amat penting bagi isteri yang baru melahirkan, bukan semata-mata sekadar untuk membina ikatan kekeluargaan antara ibu, ayah dan anak.
Menurut Pembantu Profesor Obstetrik dan Ginekologi di University College of Physicians and Surgeons di New York, Dr. Hilda Hutcherson, situasi itu adalah sesuatu yang normal dan perubahan emosi itu merupakan perkara yang tidak mendatangkan kebimbangan.
Tempoh rapuh untuk ibu Gambar hiasan. (Gambar: KMP Blog) Tempoh postpartum (selepas bersalin), merupakan satu tempoh paling rapuh bagi wanita, terutama bagi yang melalui proses kelahiran melalui pembedahan. Ia bukan sekadar melibatkan kesakitan fizikal, tetapi ia turut melibatkan aspek perubahan emosi. Ketika tempoh ini, badan akan mengalami pelbagai perubahan sepanjang proses pemulihan badan.
Semasa tempoh ini, badan seorang wanita akan kerap untuk berasa sakit dan lesu. Ia akan memerlukan tempoh masa selama 4 hingga 6 minggu untuk kembali pulih dan rasa kembali bertenaga. Walau bagaimanapun, jika kaedah bersalin adalah secara pembedahan C-section, ia mungkin perlu mengambil tempoh yang lebih lama untuk pulih.
Semasa postpartum, terdapat beberapa simptom-simptom yang akan dialami oleh badan, antaranya seperti di bawah:
Bengkak Pendarahan faraj Kesakitan faraj Bengkak payudara Kekejangan Masalah pundi kencing Masalah pergerakan usus Rambut menipis Kehilangan pigmentasi kulit Kemurungan selepas bersalin Kekurangan tenaga Bahaya kesan postpartum Kebanyakan individu wanita, selepas kelahiran bayi akan melalui fasa emosi yang dipanggil “baby blues” semasa beberapa hari terawal selepas bersalin. Puncak fasa ini biasanya pada hari keempat dan akan berkurangan dalam masa kurang daripada dua minggu.
Gambar: News-Medical.net Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan untuk seseorang wanita mengalami blues lebih daripada tempoh tersebut, malah terdapat juga risiko untuk wujudnya kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau bayi, ia adalah berkaitan dengan kemurungan selepas bersalin (Postpartum depression) atau meroyan yang boleh dikaitkan dengan kecelaruan emosi serta perasaan dan keresahan perinatal (Perinatal Mood and Anxiety Disorder, PMAD).
Pentingnya sokongan suami Sememangnya cuti selama tiga hari tidak mungkin mencukupi buat isteri, tetapi sekurang-kurangnya dalam tempoh yang singkat itu, ia dapat membantu mengurangkan tekanan dan bebanan yang dihadapi isteri pada awal-awal kelahiran anak, terutama bagi pasangan yang pertama kali mendapat cahaya mata.
Walaupun terdapat perkhidmatan bidan berbayar yang boleh didapati pada masa kini, namun hakikat yang perlu disedari adalah bukan semua pasangan mampu untuk mendapatkan khidmat bidan berbayar untuk menjaga isteri ketika dalam proses pantang. Malah lebih menyedihkan terdapat juga pasangan yang tidak dapat menyediakan keperluan bayi dengan lengkap.
Jadi sebenarnya, kehadiran suami selepas proses kelahiran anak bukan sahaja untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak, tetapi sebagai bantuan untuk meringankan bebanan dan tekanan yang mungkin dihadapi isteri. Sumber: Hello Doktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/26/ini-alasan-kenapa-cuti-paterniti-untuk-suami-penting-dan-diperlukan-setelah-isteri-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tengok Saat Bersalin Masa Memasak Lipat Kain Tetap Jatuh Cinta Pada Isteri Begitulah Cara Suami Sepatutnya

Tengok Saat Bersalin Masa Memasak Lipat Kain Tetap Jatuh Cinta Pada Isteri Begitulah Cara Suami Sepatutnya

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 567 hits
Pendakwah terkenal di media sosial Ustaz Ebit Lew menerusi perkongsianya di instagram mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri Baca Namun yang menarik perhatian ramai cara Ustaz meluahkan perasaan cintanya kepada bidadari yang satu Begi...
Dating Suami Isteri Penting Walaupun Ada Anak Waktu Ini Sama Sama Luah Faham

Dating Suami Isteri Penting Walaupun Ada Anak Waktu Ini Sama Sama Luah Faham

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 285 hits
Nampak macam biasakan tapi inilah yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri walaupun dah ada anak ramai Ketahuilah siapa tak dating suami isteri memang rugi besar Mana tidaknya kalau sibuk dengan alam kerjaya balik rumah dengan anak lagi...
Isteri Sedang Sakit Bersalin Terus Tersenyum Melihat Tarian Pesona Lemah Gemalai Suami Dalam Bilik Bersalin

Isteri Sedang Sakit Bersalin Terus Tersenyum Melihat Tarian Pesona Lemah Gemalai Suami Dalam Bilik Bersalin

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 531 hits
Satu sentuhan hati paling manis ialah apabila melihat para suami sanggup mengiringi dan terus menemani isteri mereka yang sakit mahu melahirkan ke dalam bilik bersalin tetapi lelaki dari China ini telah pergi lebih jauh dan ia sungguh mence...
Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

Tak Berkira Dengan Anak Isteri Allah Permudahkan Urusan Suami Rezeki Pun Makin Dekat

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 553 hits
Berbuat baik kepada orang yang terdekat adalah perbuatan yang terpuji Anak dan isteri ialah insan yang paling dekat bagi seorang lelaki bergelar seorang suami dan ayah Suami yang tidak berkira wang ringgit dan perhatian dengan anak dan iste...
Kerajaan Cadang Cuti Paterniti 3 Hari Kepada Pekerja Swasta

Kerajaan Cadang Cuti Paterniti 3 Hari Kepada Pekerja Swasta

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 441 hits
Sebelum ini WAO menggesa cuti paterniti sekurang kurangnya 7 hari diperkenalkan dalam sektor swasta berikutan pindaan Akta Kerja 1955 KUALA LUMPUR Kementerian Sumber Manusia bercadang memperkenalkan cuti paterniti selama 3 hari kepada golon...
Sekuat Mana Pun Lelaki Tasha Manshahar Nak Bersalin Suami Makin Cuak Berdebar

Sekuat Mana Pun Lelaki Tasha Manshahar Nak Bersalin Suami Makin Cuak Berdebar

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 355 hits
Suami saat isteri bersalin akan mengalami perasaan cuak dan berdebar Sekuat mana pun lelaki pasti akan terkesan lebih lebih lagi bagi anak pertama Penyanyi Tasha Manshahar dikhabarkan dalam proses melahirkan permata hati sulungnya Melalui p...
Majikan Tolak Cadangan Suami Cuti Tiga Hari Sambut Anak Baru Lahir

Majikan Tolak Cadangan Suami Cuti Tiga Hari Sambut Anak Baru Lahir

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 500 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Sumber Manusia mencadangkan tiga hari cuti bergaji kepada pekerja lelaki sektor swasta yang isterinya dalam tempoh bersalin Timbalan menterinya berkata kabinet belum meluluskan cadangan itu dan kerajaan mungkin tida...
Isteri Suruh Suami Sado Kemas Rumah Disumbat Dalam Lokap 17 Jam

Isteri Suruh Suami Sado Kemas Rumah Disumbat Dalam Lokap 17 Jam

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 270 hits
Seorang wanita disumbat dalam lokap selepas meminta suaminya membantu melakukan kerja kerja rumah nbsp Valerie Sanders 58 dari Catterick North Yorkshire berkata dia hanya meminta suaminya Michael 58 meninggalkan beberapa sesi gym untuk meng...
Seorang Suami Membina Astana Minangkabau Bernilai Rm4 5 Juta Khas Buat Isteri Tercinta Sungguh Romantik

Seorang Suami Membina Astana Minangkabau Bernilai Rm4 5 Juta Khas Buat Isteri Tercinta Sungguh Romantik

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 318 hits
Setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk membuktikan cinta kepada seseorang Ada yang akan membawa pasangan pergi bercuti ada juga yang sanggup berhabis wang membelikan pasangan kereta barangan kemas bahkan sebuah rumah Apa s...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik