7 Sebab Kena Penyakit Autoimun Dr Noordin Darus
 Ada yang menderita gatal-gatal kulit sehingga berdarah-darah tatkala 
menggarunya. Ada pula yang sakit sendi entah kan bila sembuhnya. Dan ini
 semua dipanggil penyakit autoimun kulit.
Maksud autoimun – Menurut lama sesawang 
myhealth.gov.my, penyakit autoimun (AI) ialah apabila sistem imun tubuh 
menyerang sel atau tisunya sendiri. Terjadi kerana sistem imun badan 
gagal membezakan sel dan menganggapnya sebagai sel asing. Hal ini 
menyebabkan ‘ianya’ menyerang pelbagai organ dan tisu.
Imuniti (kekebalan tubuh) – Sistem melindungi tubuh daripada ‘ancaman’ seperti jangkitan bakteria, virus dan fungus.
Tanda-tanda –
1) Sakit sendi, sakit otot                                               
                              
                                         
2) Susut berat badan
 /Rasa letih, berat badan bertambah atau tidak 
tahan sejuk               
3) Ruam yang berulang, berbentuk rama-rama, 
sensitif pada cahaya matahari                  
4) Sukar untuk 
memberikan perhatian atau tumpuan                                       
                         
5) Rambut gugur ataupun keputihan pada kulit 
                                                                         
6) Kekeringan pada mata, mulut dan 
kulit
                                                                                   
7) Kebas pada tangan dan kaki  
                                                                                                      
8) Kerap gugur
Antara Penyakit:
Psoriasis –  menyerang kulit terutamanya kepala, berbentuk tompokan, gatal, apabila digaru akan turun proriasis seperti ‘salji.Grave’s Disease
 – Menyerang kelenjar tiroidE. Celiac Disease
 – Menyerang usus kecil sebagai respon dari intoleransi terhadap produk gluten iaitu bahan yang terdapat dalam gandum.
F. Addison’s Disease
 – Menyerang kelenjar adrenal yang letaknya diatas ginjal yang menghasilkan hormon steroidSystemic Lupus Erythematosus (SLE)
 – Penyakit autoimun yang paling popular kerana ia melibatkan lebih dari satu organ.
Jadi, nak dijadikan cerita, OMK terscroll TikTok dan jumpa akaun Dr 
Noordin Darus yang menyatakan autoimun kulit adalah ‘top 3’ penyakit 
sekarang di dunia. Dia punya maksud lagi simple nak terangkan.
Auto – maknanya sendiri / Imun – maksudnya daya tahan
autoimun – “Dah tak jaga badan sendiri, jadi serangan tu berlaku dengan sendiri.”
Antara punca-puncanya:
1) Terlalu ‘sterile’ – maksudnya cuci bersih sampai satu 
bakteria pun tak lekat. Mungkin dari kecil lagi. Sebagai contoh mak jaga
 anak sampai takda sapa pun pegang atau sentuh, terlalu bersih pun 
bahaya.
2) Over vaksinasi – yang cukup-cukuplah, tapi ditambah gila-gila sangat pun tak boleh
3) Infant formula – takmau menyusu baby dengan breast milk sendiri, jadi bahaya
4) tak cukup vitamin d -dok dalam rumah saja dan selalunya
5) Over Stress –  tak boleh tenteramkan jiwa kita, penyebab paling utama
6) Banyak makan antibiotik
7) Senang kena infection, demam 
OMK – Memang takda pula cara-cara nak atasinya walau dah ‘scroll’ tiktok beliau. Jadi, kalau dah jumpa nanti OMK tambah ya.
Notakaki: Ini time Februari 2023 masa update kat website ya 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dyaneaza.blogspot.com/2023/04/7-sebab-kena-penyakit-autoimun-dr.html