Strain Bcmc Probiotik Buatan Malaysia Melakar Sejarah Bidang Perubatan Dalam Pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit


Assalamualaikum dan salam sejahtera
STRAIN BCMC® PROBIOTIK BUATAN MALAYSIA MELAKAR SEJARAH BIDANG PERUBATAN DALAM PENGURUSAN PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT
Komuniti perubatan Malaysia melangkah ke tahap yang lebih tinggi dengan kejayaan cemerlang dalam penyelidikan probiotik strain BCMC® yang dihasilkan oleh salah satu peneraju industri farmaseutikal Malaysia - B-Crobes Laboratory Sdn. Bhd. (B-Crobes) sebagai terapi sampingan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (NCDs). Pada sidang akhbar baru-baru ini, B-Crobes dan GUT Research Group Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), memaparkan penemuan baharu dalam aplikasi strain BCMC®

Penyelidikan baharu strain BCMC® ini telah diuji dan disahkan secara klinikal, mampu membaikpulih dan mengurus NCDs, khususnya kanser kolorektal, diabetes yang dialami perempuan mengandung dan penyakit hati berlemak bukan akibat alkohol (NAFLD). Selama dua dekad, B-Crobes mendedikasi diri mereka kepada penyelidikan, pembangunan dan penghasilan strain probiotik khusus iaitu BCMC® yang mengandungi Lactobacillus acidophilus BCMC® 12130, Lactobacillus casei subsp. BCMC® 12313, Lactobacillus lactis BCMC® 12451, Bifidobacterium longum BCMC® 02120, Bifidobacterium bifidum BCMC® 02290, dan Bifidobacterium infantis BCMC® 02129, digunakan untuk mencegah dan membaikpulih sistem pencernaan, kesihatan metabolik, sistem imun dan kesihatan secara keseluruhan

Lebih dari 20 kajian klinikal telah dijalankan untuk membuktikan tahap keselamatan dan kecekapan strain BCMC®, menghasilkan produk yang bernama ‘HEXBIO’, digunakan di unit-unit ICU hospital kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Ia turut boleh didapati di kedai-kedai farmasi seluruh dunia termasuk UAE, Bahrain, China, Oman, Singapura dan banyak lagi


Penyelidikan pertama yang diterbitkan berjudul “A Randomized Double-Blind Placebo-Controlled Trial on Post-Surgical Colorectal Cancer Patients” (1) - sebuah penyelidikan yang mengkaji kesan-kesan strain BCMC® terhadap pesakit kanser kolorektal selepas pembedahan. Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC® secara rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan

Didapati, strain BCMC® menunjukkan kesan pengurangan yang signifikan tahap khusus sitokin radang (bahan merbahaya) yang diketahui mengakibatkan kesan buruk terhadap pesakit kanser kolorektal. Justeru, meningkatkan kadar pemulihan selepas pembedahan seseorang pesakit kanser kolorektal

Penyelidikan seterusnya yang diterbitkan berjudul “The Roles of Probiotics in the Gut Microbiota Composition Outcomes in Asymptomatic Post-Gestational Diabetes Women: A Randomized Controlled Trial” (2) di mana kajian mengenai kesan strain BCMC® terhadap metabolisme glukosa dalam wanita selepas bersalin dengan sejarah penyakit gestational diabetes mellitus (GDM). Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan menerima plasebo manakala satu lagi kumpulan menerima strain BCMC® secara rawak, selama 3 bulan


Penyelidikan tersebut turut melibatkan ujian yang teliti dan konsisten terhadap glukosa puasa, tahap penerimaan insulin dan tanda-tanda keradangan para pesakit. Didapati, kumpulan yang menerima strain BCMC®  menunjukkan pemulihan tahap penerimaan insulin, di mana ianya faktor penting dalam mengubati diabetes selepas mengandung dan mengurangkan risiko mengakibatkan diabetes tahap 2

Berdasarkan kajian NAFLD, dua penyelidikan telah diterbitkan iaitu “The Effect of Probiotics (MCP® BCMC® Strains) on Hepatic Steatosis, Small Intestinal Mucosal Immune Function, and Intestinal Barrier in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease” (3) dan “The Effects of Probiotics on Small Intestinal Microbiota Composition, Inflammatory Cytokines, and Intestinal Permeability in Patients with Non-Alcoholic Fatty Liver Disease.” (4)
Penyelidik telah mengkaji kesan strain BCMC® terhadap hepatic steatosis, fibrosis, dan ujian darah biokimia para pesakit NAFLD.  Penyelidikan dijalankan melalui kaedah blind trial di mana pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan menerima plasebo manakala kumpulan yang lain menerima strain BCMC® secara rawak, dalam jangka masa pemulihan selama 6 bulan


Setelah ujian disimpulkan, didapati strain BCMC® dapat mengawal kestabilan fungsi imun mukusal yang melindungi pesakit NAFLD melawan kebolehtelapan usus (menghalangi toksin memasuki ke dalam badan). Penggunaan strain BCMC® juga membantu mengawal keseimbangan komposisi mikrobiota, meningkatkan kesihatan usus dengan anggapan strain BCMC® memainkan peranan sampingan merawat NAFLD dan menjaga kesihatan secara keseluruhan. Tambahan pula, ianya menurunkan tahap sitokin radang, hampir sama dengan kajian sebelumnya, menunjukkan keputusan yang konsisten dengan strain BCMC®

Pengarah Bahagian Gaya Hidup & Sains, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), YBrs. Puan Razida Hanim Abdul Razak berkata, 
“Penyelidikan ini bukan sahaja memaparkan dedikasi dan komitmen peneraju industri kita untuk menyediakan produk yang cekap dan dibangunkan secara klinikal untuk kesihatan masyarakat, ianya juga meningkatkan kebergantungan dan permintaan terhadap produk buatan Malaysia di peringkat antarabangsa.” 

Selari dengan Pelan Strategik Nasional Kementerian Kesihatan 2016-2025 dalam menangani isu berkaitan NCDs, B-Crobes telah menandatangani perjanjian penyelidikan bersama Fakulti Perubatan UKM dan School of Medical & Life Science, Universiti Sunway. Turut diumumkan adalah kerjasama akademik dan industri dalam penyelidikan aplikasi klinikal probiotik dan mikrobioma usus dalam kesihatan. Demi memulakan inisiatif ini, B-Crobes menyediakan geran penyelidikan pendidikan sebanyak RM50,000 kepada kedua pihak termasuk biasiswa kepada pelajar-pelajar Ph.D. Mereka adalah pelajar Fakulti Perubatan UKM dan pelajar School of Medical & Life Science, Universiti Sunway bagi menjalankan penyelidikan berkaitan probiotik di Malaysia

Puan Razida Hanim menambah, 
“Saya yakin di masa hadapan, kerjasama di antara B-Crobes, UKM dan Universiti Sunway akan membawa industri perubatan dan farmasi di Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Ini turut memberi motivasi kepada para pemain tempatan untuk menyelami dan menemui penemuan yang membantu kemanusiaan disamping membangunkan inovasi-inovasi canggih dan membawa Malaysia ke hadapan sebagai negara yang disegani dalam pengeksportan produk perubatan secara global.”
Puan Razida Hanim Abdul Razak, Director of Lifestyle & Sciences Section, Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) | Study presentation by Prof. Dr. Norfilza Mohd Mokhtar, Leader Of Gut Research Group, Cluster Chairman, Health And Advanced Medicine, UKM
Pengarah Eksekutif B-Crobes Group of Companies, En. Dean Lee berkata, 
“Inisiatif ini adalah untuk menyediakan pendidikan dan penyelidikan yang akan mengembangkan para pelajar dan bakal penyelidik, di mana mereka ini akan menjadi tunjang dalam menawarkan  pembangunan inovasi yang mencerminkan apa yang Malaysia mampu tawarkan. Tambahan pula, penyelidikan translational merupakan kaedah seterusnya dan akan meningkatkan ekonomi Malaysia. Kami percaya ini merupakan contoh kerjasama unik dalam penyelidikan dan pembangunan klinikal yang melibatkan empat sektor seperti industri, universiti, kerajaan dan orang awam. Kami berharap objektif kami akan memberi inspirasi kepada para pemain industri untuk menemukan penemuan perubatan yang lebih baik dan menyumbang kepada masyarakat Malaysia. Sudah pasti, penemuan penyelidikan yang penting akan diterapkan di dalam pengamalan klinikal untuk kebaikan masyarakat Malaysia dan lebih lagi.”
Speech by Mr Dean Lee (李兴雨), Executive Director, B-Crobes Group Of Companies
Tambahan lagi, B-Crobes teruja untuk berkongsi tentang pembangunan kemudahan penyelidikan serba baharu di Batu Kawan, Pulau Pinang, bakal dibuka pada tahun 2025 hasil kejayaan produk HEXBIO dalam pasaran tempatan dan antarabangsa. Kesihatan masyarakat menjadi keutamaan B-Crobes, dan kejayaan cemerlang penyelidikan ini melambangkan permulaan perjalanan mereka demi menonjolkan Malaysia sebagai sumber yang dikenali dan dipercayai dalam penyelidikan dan pembangunan produk perubatan secara global

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://bcrobes.com/about-us 
References:
(1) Colorectal Cancer study citation: Zaharuddin, L., Mokhtar, N.M., Muhammad Nawawi, K.N. et al. A randomized double-blind placebo-controlled trial of probiotics in post-surgical colorectal cancer. BMC Gastroenterol 19, 131 (2019). https://doi.org/10.1186/s12876-019-1047-4 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/04/strain-bcmc-probiotik-buatan-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amway Lancar Program Pengurusan Berat Badan Bagi Menangani Penyakit Tidak Berjangkit

Amway Lancar Program Pengurusan Berat Badan Bagi Menangani Penyakit Tidak Berjangkit

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 288 hits
Selaras dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia AMWAY Malaysia menyokong dengan komited untuk memperkukuhkan lagi usaha menangani gejala penyakit tidak berjangkit termasuk memberi tum...
Malaysia Terima Pelaburan Tertinggi Dalam Sejarah Rm170 Bilion Dari China

Malaysia Terima Pelaburan Tertinggi Dalam Sejarah Rm170 Bilion Dari China

papar berkaitan - pada 2/4/2023 - jumlah : 171 hits
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berjaya meraih pulangan pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China Beliau menjelaskan nbsp ia sekali gus menunjukkan keyakinan pelabur dari China...
Tiada Sebab Mengapa Malaysia Terus Bergantung Kepada Dolar Pm

Tiada Sebab Mengapa Malaysia Terus Bergantung Kepada Dolar Pm

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 274 hits
Tiada sebab mengapa negara seperti Malaysia terus bergantung kepada dolar kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pn Kerajaan Yang Tidak Bertanggungjawab Pada Rakyat Malaysia

Pn Kerajaan Yang Tidak Bertanggungjawab Pada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 274 hits
Ahli Parlimen PN keluar dewan tanda protes nak KWSP demi mileage politik Sengaja buat buat tak tahu habis kering duit kwsp di kerjakan dalam bajet RM600 bilion di luluskan tanpa kebenaran dewan Parlimen semasa lockdown covid Bila dah hampir...
Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

Generasi Baharu Rakyat Malaysia Beli Berasaskan Nilai Dalam Talian

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 196 hits
Hi Korang Generasi baharu rakyat Malaysia membeli belah dengan tujuan dalam talian Data pasaran Shopee menunjukkan pengguna dalam talian berkemungkinan tiga kali ganda membeli produk yang menggalakkan penggunaan lebih bijak pada 2023 berban...
Azhar Sulaiman Pening Anak Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar

Azhar Sulaiman Pening Anak Balik Malaysia Sebab Rindu Nak Pergi Bazar

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 197 hits
Influencer dan juga anak kepada aktor terkenal Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat sudah berada di Malaysia apabila bapanya berkongsi video menyatakan anak bongsunya itu pulang untuk berpuasa bersama keluarga Menurut Azhar dia sen...
Kuantan S Mckip A Rm14 5bil Testament To China Malaysia Partnership

Kuantan S Mckip A Rm14 5bil Testament To China Malaysia Partnership

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 218 hits
The Malaysia China Kuantan Industrial Park has realised RM14 55 billion in investments while another RM15 45 billion has been committed says the international trade and industry ministry PETALING JAYA During his recent trip to China Prime M...
Commentary The Politics Of Malaysia Pm Anwar S Trips To Saudi Arabia And China

Commentary The Politics Of Malaysia Pm Anwar S Trips To Saudi Arabia And China

papar berkaitan - pada 4/4/2023 - jumlah : 329 hits
No amount of positive coverage from Malaysia PM Anwar s trip to China will change perceptions that he was intentionally snubbed by Saudi leadership during a recent trip says CNA s Leslie Lopez Leslie Lopez Channel News Asia Malaysian Prime ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket