7 Resipi Sajian Kampung Dari 20 Laman Caf Sedap Sungguh


Peluang menikmati keenakan sajian kampung yang asli, pastinya meggamit kenangan di desa tercinta. Bahan ramuan yang ringkas, jika cukup asam garam dan kena gaya masaknya pasti mengubat rindu sajian ibunda.

Pemilik 20 laman cafe, Bariyah Abd Aziz berkongsi resepi yang mempunyai pengaruh kuat sajian dari kampung halamannya Rembau. Negeri Sembilan.
MASAK LEMAK CILI API ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor itik salai4 sudu makan cili api/ yang telah ditumbuk lumat2 sudu makan kunyit hidup/yang telah ditumbuk lumat2 biji kelapa /ambil santan pekat sahaja4 keping asam keping4 batang serai /diketukGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
Masukkan daging salai, cili api dan kunyit ke dalam periuk dan masak atas api sederhana.Biarkan seketika sehingga air dari itik dan cili telah sejat dan agak kering.Apabila airnya telah sejat, masukkan santan pekat dan biarkan mendidih hingga itik empuk sambil dikacau agar tidak pecah minyak.Masukkan asam keping, serai dan garam secukup rasa.Kecilkan api dan biarkan ia merenih hingga naik minyak.Kacau sekali sekala.Masakan sudah sedia untuk dihidangkanSaiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa itik salai memberikan aroma dan kesedapan yang memikat selera
INFO CHEF : Inilah kelainan masak lemak cili api asli Negeri Sembilan, ramuannya tidak menggunakan bawang. Daging atau itik adalah yang telah siap disalai.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN :
250gm udang saiz sederhana1 mangkuk kecil terung pipit5 sudu makan cili kering/yang telah dikisar5 biji bawang kecil/ ditumbuk lumat3 ulas bawang putih/ditumbuk lumat2 sudu makan asam jawa /diperah bersama setengah cawan air1 biji bawang besar/dihiris nipisGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK :
Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang.Goreng terung pipit sebentar.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak.Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejapMasukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu.Masukkan udang dan dibalik-balikan sebentar.Angkat dan sedia untuk dimakan.Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Terung pipit menambah keenakan sambal udang.
INFO CHEF : Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
AYAM MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam2 biji kentang /dipotong nipis memanjang2 biji cili hijau/dihiris nipis1 biji bawang besar/dihiris nipis1 batang kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang2 sudu makan pes cili kering5 sudu makan kicap lemak manis2 sudu makan sos tiram2 sudu makan tepung jagung/dibancuhkan sedikit air4 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk2 ulas bawang putih/dikisar atau ditumbuk2.5 sm halia/ditumbukGula dan garam secukup rasaKunyit serbuk secukupnyaCARA MEMASAK :
Gaul ayam bersama garam dan kunyit serbuk , goreng hingga masak dan ketepikan.Gaulkan kentang bersama garam dan digoreng hingga masak.Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.Masukkan pes cili kering dan digoreng hingga garing.Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan biarkan hingga naik baunya.Masukkan sos tiram dan kicap, masukkan air secukupnya.Biarkan hingga mendidih dan masukkan garam dan gula secukupnya.Masukkan ayam dan kentang, biarkan mereneh seketikaMasukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dihiris.Masukkan tepung jagung yang dibancuh sedikit air untuk memekatkannya.Masukkan asam jawa, garam, gula secukupnya dan biarkan ia mereneh seketika sebelum diangkat dan dihidangkan.Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ayam masak kicap tidak mudah basi dan tahan lama
INFO CHEF : Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang ditumbuk
IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru2 biji cili merah/ditumbuk8 biji cili api/ditumbuk1/2 biji bawang besar/dihirisSedikit belacan/ 2 sm1 biji limau kasturiGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.Goreng sehingga masakSaiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Sedap dan cepat disediakan
IKAN KELI GORENG BERLADA
 BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan keli2 biji cili merah/ditumbuk halus10 biji cili api/ditumbuk halus1/2 biji bawang besar/dipotong memanjangGaram secukup rasaSerbuk kunyit secukupnyaCARA MEMASAK :
Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam.Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing.Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu.Masukkan garam secukup rasa.Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi.Gaul rata dan sedia untuk dimakan.Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan :Lauk pauk
Keistimewaan : Masa memasak yang singkat dan kos yang murah.
INFO CHEF : Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN :
500 gm daging /yang telah dihiris nipis1 biji bawang besar/dihiris membulat5 biji cili api/dihiris1 batang serai/dihiris nipis2 biji limau kasturiKicap lemak manis secukup rasaCARA MEMASAK :
Campurkan daging salai dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.Masukkan kicap dan perahkan limau kasturi.Gaul rata dan ia sedia untuk dimakanSaiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Campur dan gaul, tanpa memasak
Jenis masakan : Sajian pembuka selera dan juga lauk
Keistimewaan : Rasa masam manis dan aroma serai menjadi pembuka selera
INFO CHEF : Sekiranya daging salai yang dibeli tidak terlalu masak, masukkan daging salai dalam kuali tanpa minyak atas api kecil ,dan biarkan seketika sehingga ia lembut.
SAMBAL TEMPE GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN :
2 keping tempe /dipotong sederhana nipis250 gm ikan bilis/ secukupnya3 sudu makan pes cili kering5 biji bawang kecil/ ditumbuk atau dikisar1 asam kepingGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK :
Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng tempe dan ikan bilis sehingga garing. Biarkan ia sejuk.Tumis pes cili kering hingga garing, dan masukkan bawang kecil dan biarkan seketika.Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya.Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis dan digaul rata.Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama
INFO CHEF : Sambal ini juga boleh dijadikan sarapan ,dimakan bersama roti.
Resipi : Bariyah Abd Aziz
Terima kasih : 20 lamancafe, No 20, Jalan Damai 8, Taman Desa Damai, Bangi, Selangor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/7-resipi-sajian-kampung-dari-20-laman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikan Lampam Talapia Masak Cara Kampung Ni Sungguh Sedap

Ikan Lampam Talapia Masak Cara Kampung Ni Sungguh Sedap

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 868 hits
Ikan Lampam dan Talapia Merah memang diakui antara ikan air tawar isi putih yang sedap dan tidak hanyir Selain goreng atau gulai ini ada dua menu yang orang dulu dulu selalu masak dan sangat sedap rasanya Ini RASA kongsikan resipinya yang a...
Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

Apam Johol Kuih Tradisi Nogori Yang Super Sedap Resipi Ori Gebu Lembut

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1028 hits
Apam Johol ni yang buatkannya istimewa kerana ia dibalut dengan daun rambai Sebab itulah rupanya begitu menyelerakan dan aromanya kekal harum merangsang selera Kalau kat nogori kuih ni sedap dimakanatau dicicah dengan rendang atau sambal tu...
Pelik Tapi Boleh Seekor Ikan Boleh Masak Dua Menu Yang Sungguh Sedap Dalam 1 Hidangan

Pelik Tapi Boleh Seekor Ikan Boleh Masak Dua Menu Yang Sungguh Sedap Dalam 1 Hidangan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 767 hits
Korang suka menu masakan cina terutamanya ikan korang wajib cuba menu yang Chef S Patrick Eg Ekskutif Chef dari Tung Yuen Restaurant Bluewave yang sudi berkongsi resipi istimewa Ikan Kerapu Dua Rasa Buny macam pelik satu ikan dimasak dengan...
Dapat 29k Share Di Fb Resipi Kek Gula Hangus Kukus Ni Memang Sedap

Dapat 29k Share Di Fb Resipi Kek Gula Hangus Kukus Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1199 hits
Sedap nampak Kek Sarang Semut Kek Gula Hangus versi kukus perkongsian FB Empayar Annur ni Lebih istimewa lagi resipi ini dimasak tanpa ketuhar Hanya perlu kukus sahaja Nampak sedap dan gebu kan Malah resipi Kek Sarang Semut ini juga tak per...
Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

Koleksi Aneka Resipi Apam Kukus Yang Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1765 hits
Kuih Apam kukus adalah antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai tak kira usia Walaupun dikategorikan sebagai kuih orang dulu dulu keenakan serta keunikan rasanya membuatkan ia kekal popular hingga kini Nak buat pun mudah Jom cub...
Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 625 hits
Musim durian tengah banyak ni bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni nampak mudah Jom cuba KEK K...
Resipi Nasi Goreng Cili Kering Lebih Sedap Dan Menyelerakan

Resipi Nasi Goreng Cili Kering Lebih Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 584 hits
Nasi goreng adalah hidangan yang selalu menjadi pilihan ketika sarapan Malah ada juga yang lebih suka makan nasi goreng ketika makan malam Ini kerana nasi goreng tidak perlu ada lauk Cukup sekadar apa yang ada di dalam nasi itu sahaja Nah R...
Resipi Ayam Popcorn Daging Bersos Cendawan Tenggiri Panggang Sedap Nak Dimasak

Resipi Ayam Popcorn Daging Bersos Cendawan Tenggiri Panggang Sedap Nak Dimasak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 962 hits
RASA tampilkan 3 resipi menarik yang dikongsikan dari instagram My Kitchen Diary Mempunyai follower seramai 10 500 di instagram nyata hobi memasak ibu anak lima ini berjaya mencuit hati pembaca Selain berkongsi resipi beliau turut berkongsi...
Cara Buat Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam

Cara Buat Dadih Susu Sedap Macam Pasar Malam

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 861 hits
Dulu dulu kalau pergi pasar malam mesti nak beli dadih Favourite tuuu Pantang jumpa mesti nak beli Tapi sekarang ni macam susah je nak jumpa orang jual dadih Sedapnya makan dadih susu yang biasa jumpa dekat pasar malam tu kan Rasa yang lema...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids