7 Kelebihan Mengamalkan 10 Ayat Awal Dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi


7 Kelebihan Mengamalkan 10 Ayat Awal dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi 16 Surah al Kahfi adalah antara surah yang para ulama galakkan untuk dijadikan amalan khususnya pada hari Jumaat. Antara kelebihannya adalah diterangi cahaya antara dua Jumaat. Artikel ini menerangkan kelebihan mengamalkan Surah Al Kahfi pada setiap hari, kisah-kisah di sebalik daripada Surah Al Kahfi dan manfaat surah Al Kahfi bagi menangkis fitnah dajjal.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” Riwayat al-Tirmizi Pengenalan Surah Al Kahfi Kelebihan membaca Al-Quran itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab. Justeru, mana-mana surah di dalam al-Quran boleh dibaca pada bila-bila masa yang sesuai tetapi tidak boleh mengkhususkan waktu dan kelebihan tertentu melainkan ada dalil sahih yang menjelaskan perkara berkenaan. Apa yang jelas, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan kita membaca Surah al-Kahfi berdasarkan dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW.
Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga ke Baitul Atiq (Ka’bah).” Riwayat ad-Darimi Apakah itu Surah Al Kahfi? Surah yang ke-18 ini dinamakan al-Kahfi berdasarkan beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kelebihan surah al-Kahfi. Namun begitu, terdapat juga beberapa pandangan lain yang berpendapat bahawa nama surah ini adalah Ashabul Kahfi. Surah Al-Kahfi diturunkan di Makkah (kecuali ayat 28, 83 dan 101 yang diturunkan di Madinah) dan merupakan salah satu dari lima surah Mekah yang dimulai dengan “Alhamdulilah” (Segala puji bagi Allah). Surah ini mempunyai 110 ayat, dan namanya diambil dari ayat ke-9 apabila disebut tentang orang orang yang berada di dalam gua (Kahfi).
7 Kelebihan Mengamalkan 10 Ayat Awal dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi 17 7 Kelebihan Mengamalkan 10 Ayat Awal dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi 18 Surah Al Kahfi Dalam Rumi Ayat 1-10 (Terawal) Berikut ini dikongsikan teks lengkap bacaan surah kahfi, rumi dan terjemahannya.
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ 
Alhamdu lillaahil lazeee anzala ‘alaa ‘abdihil kitaaba wa lam yaj’al lahoo ‘iwajaa
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).
قَيِّمٗا لِّيُنذِرَ بَأۡسٗا شَدِيدٗا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنٗا
Qaiyimal liyunzira baasan shadeedam mil ladunhu wa yubashshiral mu’mineenal lazeena ya’maloonas saalihaati anna lahum ajran hasanaa
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
مَّٰكِثِينَ فِيهِ أَبَدٗا
Maakiseena feehi abadaa
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدٗا
Wa yunziral lazeena qaalut takhazal laahu waladaa
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.
مَّا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٖ وَلَا لِأٓبَآئِهِمۡۚ كَبُرَتۡ كَلِمَةٗ تَخۡرُجُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبٗا
Maa lahum bihee min ‘ilminw wa laa li aabaaa’ihim; kaburat kalimatan takhruju min afwaahihim; iny yaqooloona illaa kazibaa
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
فَلَعَلَّكَ بَٰخِعٞ نَّفۡسَكَ عَلَىٰٓ ءَاثَٰرِهِمۡ إِن لَّمۡ يُؤۡمِنُواْ بِهَٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَسَفًا
Fala’allaka baakhi’un nafsaka ‘alaaa aasaarihim illam yu;minoo bihaazal hadeesi asafaa
Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
إِنَّا جَعَلۡنَا مَا عَلَى ٱلۡأَرۡضِ زِينَةٗ لَّهَا لِنَبۡلُوَهُمۡ أَيُّهُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗا
Innaa ja’alnaa ma ‘alal ardi zeenatal lahaa linabluwahum ayyuhum ahsanu ‘amalaa
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
وَإِنَّا لَجَٰعِلُونَ مَا عَلَيۡهَا صَعِيدٗا جُرُزًا
Wa innaa lajaa ‘iloona maa ‘alaihaa sa’aeedan juruzaa
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَٰتِنَا عَجَبًا
Am hasibta anna Ashaabal Kahfi war Raqeemi kaanoo min Aayaatinaa ‘ajabaa
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةٗ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدٗا
Iz awal fityatu ilal Kahfi faqaaloo Rabbanaaa aatinaa mil ladunka rahmatanw wa haiyi’ lanaa min amrinaa rashadaa
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:
“Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.
Ayat 101-110 (Terakhir) ٱلَّذِينَ كَانَتۡ أَعۡيُنُهُمۡ فِي غِطَآءٍ عَن ذِكۡرِي وَكَانُواْ لَا يَسۡتَطِيعُونَ سَمۡعًا
Allazeena kaanat a’yunuhum fee ghitaaa’in ‘an zikree wa kaanoo la yastatee’oona sam’aa 
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
أَفَحَسِبَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَن يَتَّخِذُواْ عِبَادِي مِن دُونِيٓ أَوۡلِيَآءَۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا جَهَنَّمَ لِلۡكَٰفِرِينَ نُزُلٗا
Afahasibal lazeena kafarooo any yattakhizoo ‘ibaadee min dooneee awliyaaa’; innaaa a’tadnaa jahannama lilkaafi reena nuzulaa
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا
Qul hal nunabbi’ukum bilakhsareena a’maalaa
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا
Allazeena dalla sa’yuhum fil hayaatid dunyaa wa hum yahsaboona annahum yuhsinoona sun’aa
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.
أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا
Ulaaa’ikal lazeena kafaroo bi aayaati Rabbihim wa liqaaa’ihee fahabitat a’maaluhum falaa nuqeemu lahum Yawmal Qiyaamati waznaa
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَرُسُلِي هُزُوًا
Zaalika jazaaa’uhum jahannamu bimaa kafaroo wattakhazooo Aayaatee wa Rusulee huzuwaa
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلًا
Innal lazeena aamanoo wa ‘amilus saalihaati kaanat lahum Jannaatul Firdawsi nuzulaa
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
خَٰلِدِينَ فِيهَا لَا يَبۡغُونَ عَنۡهَا حِوَلٗا
Khaalideena feeha la yabghoona ‘anhaa hiwalaa
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادٗا لِّكَلِمَٰتِ رَبِّي لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَٰتُ رَبِّي وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدٗا
Qul law kaanal bahru midaadal lik Kalimaati Rabbee lanafidal bahru qabla an tanfada Kalimaatu Rabbee wa law ji’naa bimislihee madadaa
Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا 
Qul innamaaa ana basharum mislukum yoohaaa ilaiya annamaa ilaahukum Ilaahunw Waahid; faman kaana yarjoo liqaaa’a Rabbihee falya’mal ‘amalan saalihanw wa laa yushrik bi’ibaadati Rabbiheee ahadaa
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
Kelebihan Membaca Surah Al Kahfi Kelebihan kepada sesiapa yang membaca Surah Al Kahfi adalah jelas iaitu ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar sekalipun seseorang itu tidak faham bahasa Arab. Menurut dalil hadis yang darjatnya sahih daripada Nabi SAW, malam Jumaat atau hari Jumaat disunatkan untuk membaca Surah al-Kahfi. Berikut antara kelebihan membaca surah Al Kahfi:
KelebihanPenerangan1.Terhindar dari fitnah DajjalManusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal.2.Mendapat Cahaya dan Petunjuk dari AllahBahawa surah Al-Kahfi mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT.
Hidupnya akan terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampiri.3.Mendapat Keampunan Dari Allah SWTSesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.4.Bebas Dari Gangguan SyaitanDalam beberapa riwayat hadis menyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda manusia.
Ia juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia.5.Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Ka’bahDiriwayatkan dari Sahabat Abu Sa’id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda, “Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Ka’bah).”6.Dipancarkan Cahaya Di antara Dua JumaatSesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.7.Menerangi di Hari KiamatBahawa ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit. 7 Kelebihan Mengamalkan 10 Ayat Awal dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi 19 Kisah-kisah Disebalik Surah Al Kahfi KisahFitnahKisah Pemuda Kahfi (Ayat 9-26)
Diuji dengan aqidah/iman berkaitan dengan fitnah Aqidah. Bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingatkan hari akhirat.Kisah Pemilik Dua Kebun (Ayat 32-44)
Diuji dengan harta kekayaan berkaitan dengan fitnah Harta. Mengingatkan diri bahawa dunia tidak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir (Ayat 60-82)
Diuji dengan ilmu berkaitan dengan fitnah Ilmu. Kita perlu tawadhu’/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Nabi Khidir.Kisah Zulqarnain (Ayat 83-101)
Diuji dengan kekuasaan berkaitan dengan fitnah Kekuasaan. Kita perlu tawadhu’ dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah swt. 7 Kelebihan Mengamalkan 10 Ayat Awal dan 10 Ayat Akhir Surah Al Kahfi 20 Soalan FAQs Berkenaan Surah Al Kahfi Apakah maksud surah Al Kahfi? Ashabul Kahfi
Apakah antara kisah dalam surah Al Kahfi? Kisah Ashabul Kahfi, Nabi Khidir, dan Raja Zulqarnain


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/03/surah-al-kahfi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayat Pembuka Pintu Rezeki Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas Di Bulan Ramadhan

Ayat Pembuka Pintu Rezeki Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 262 hits
Ayat Pembuka Pintu Rezeki Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas di Bulan Ramadhan 8 Surah Al Ikhlas adalah salah satu surah daripada Al Quran memiliki fadhilat dan manfaat untuk orang yang membacanya Manfaat tersebut bukan hanya dirasakan ol...
Surah Al Fatihah Ayat Lafaz Rumi Dan Maknanya

Surah Al Fatihah Ayat Lafaz Rumi Dan Maknanya

papar berkaitan - pada 16/3/2024 - jumlah : 235 hits
Surah Al Fatihah Ayat Lafaz Rumi dan Maknanya Surah Al Fatihah adalah merupakan surah pertama dalam Al Quran Surah ini juga dikenali sebagai Ummul Kitab atau surah pembukaan Ia mengandungi 7 ayat yang mengandungi maksud yang mendalam Dalam ...
Ayat Seribu Dinar Makna Kelebihan Doa

Ayat Seribu Dinar Makna Kelebihan Doa

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 172 hits
Ayat Seribu Dinar merupakan satu ayat yang boleh diamalkan umat Islam yang ingin membuka pintu rezeki mereka Apa itu Ayat Seribu Dinar Ayat Seribu Dinar merupakan cebisan ayat dari Surah At Talaq iaitu ayat dua hingga ayat tiga surah terseb...
Amal Surah Al Fatihah Ayat Kursi Cara Alyah Jaga Rumahtangga Agar Terpelihara

Amal Surah Al Fatihah Ayat Kursi Cara Alyah Jaga Rumahtangga Agar Terpelihara

papar berkaitan - pada 15/3/2024 - jumlah : 228 hits
Curang dalam rumahtangga adalah satu ujian Namun bagi penyanyi Alyah dia menyerahkan segala urusan rumah tangganya kepada Allah dan memohon agar hubungan mereka terpelihara Bahkan kata Alyah lagi sepanjang lebih 10 tahun berkahwin dengan su...
Pas Dah Cadang Awal Dah Sebenarnya

Pas Dah Cadang Awal Dah Sebenarnya

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 172 hits
Jamzuri Ardani Tahun 2022 PAS cadang laksanakan cukai jualan atas talian bernilai rendah Sebenarnya cadangan dan perancangan untuk perlaksanaannya sudah pun bermula semasa PN memerintah lagi Bila kerajaan madani terus laksanakan cadangan te...
Biasanya Lagu Telah Dipilih Awal Siti Nurhaliza Ramal Top 4 Ungguli Ajl 38

Biasanya Lagu Telah Dipilih Awal Siti Nurhaliza Ramal Top 4 Ungguli Ajl 38

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 205 hits
Datuk Seri Siti Nurhaliza meramalkan beberapa nama yang akan mengungguli Anugerah Juara Lagu ke 38 yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil esok Bagaimanapun menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti dia perlu menonto...
Maklumat Berhubung Bantuan Awal Ramadan 2024 Adalah Tidak Benar

Maklumat Berhubung Bantuan Awal Ramadan 2024 Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 210 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Kementerian Kewangan MOF menegaskan bahawa maklumat Bantuan Ramadan 2024 adalah PALSU Berhati hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita berita sebegini di media sosial SUMBER
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik