Ayat Pembuka Pintu Rezeki Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas Di Bulan Ramadhan
Ayat Pembuka Pintu Rezeki: Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas di Bulan Ramadhan 8
Surah Al Ikhlas adalah salah satu surah daripada Al-Quran, memiliki fadhilat dan manfaat untuk orang yang membacanya. Manfaat tersebut bukan hanya dirasakan oleh orang yang membacanya, tetapi orang yang mendengarkan juga mendapatkan pahala.
Rasulullah SAW bersabda;
“Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Di bulan Ramadhan, kesemua ibadat digandakan 10x pahala. Dengan membaca surah Al Ikhlas 3x, anda mendapat pahala seperti khatam Al-Quran sekali. Bayangkan jika anda membaca 1000x surah Al Ikhlas pada bulan Ramadhan, anda telahpun mengkhatam 333x Al-Quran, digandakan lagi 10x pahala di bulan Ramadhan. Justeru, artikel kali ini ingin berkongsi apakah maksud Surah Al Ikhlas, dan fadhilat dan cara mengamalkan surah Al Ikhlas.
Apakah itu Surah Al Ikhlas?
Surah Al Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.
Ayat Pembuka Pintu Rezeki: Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas di Bulan Ramadhan 9
Surah Al Ikhlaṣ mengandungi empat ayat dan merupakan surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan Islam, seperti ‘paganisme, animisme dan kemusyrikan’. Surah Al Ikhlas juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).
Ayat dan Terjemahannya
بسم الله الرحمن الرحيم (Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim)
Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
قُلْهُوَاللَّهُأَحَدٌ (Qul huwa Allahu ahad)
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
للَّهُالصَّمَدُ (Allahus-samad)
Maksudnya: Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
لَمْيَلِدْوَلَمْيُولَدْ (Lam yalid walam yulad)
Maksudnya: Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.
وَلَمْ يَكُنْ لَّهُ كُفُواً أَحَدٌ (Walam yakun lahu kufuwan ahad)
Maksudnya: Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas
Surah Al Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan fadhilat surah al-Ikhlas antara lain :
1.Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.”
2.Membuka pintu rezeki dari berbagai arah
Bacalah Surah Al Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, dapat menunaikan segala hajat dan melapangkan rezeki. Rasulullah SAW membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali kepada seorang yang fakir dan menyuruh dia mengamalkannya dengan istiqamah dan penuh keyakinan dan akhirnya Allah swt melapangkan rezeki orang tersebut.
Ayat Pembuka Pintu Rezeki: Fadhilat Mengamalkan Surah Al Ikhlas di Bulan Ramadhan 10
3.Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
4. Pahala membacanya
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya dari pahala seperti pahala syuhada.”
5. Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun menghindarkan dirinya daripada api neraka. “Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali bererti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
6. Selamat Di Alam Barzakh
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ pada perkuburaan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”
7. Diampuni Dosanya Oleh Allah SWT
Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun. Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”
“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”
Cara Mengamalkan Surah Al Ikhlas
Tercapai Setiap Hajat dan RezekiBacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib.Penawar PenyakitBacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat farduMenghindari Kesukaran– Bacalah 3 surah ini, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang
– Bacalah surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahariMenundukkan Orang ZalimBacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhuMenghindarkan Dari Segala Bala Bencana.Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak.Terhindar Dari Fitnah Dan Siksa KuburBacalah Surah Al-Ikhlas pada orang yang sedang sakit dan orang yang telah meninggal dunia
Soalan FAQs Berkenaan Surah Al Ikhlas
Apakah maksud Surah Al-Ikhlas?
Surah Al Ikhlaṣ (الإخلاص) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama.
Berapakah bilangan ayat dalam surah Al Ikhlas?
Empat ayat.
Apakah kedudukan susunan surah Al Ikhlas dalam Al-Quran?
Surah ke-112.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/03/surah-al-ikhlas.html